Thursday, December 31, 2009

2010 - welcome new year!

Inilah post pertama ku di thn baru 2010.

kami meraikan mlm thn baru di putrajaya...mlm ni aku berangan nk tgk bunga api kt cni...memula tringin nk mkn satey kajang kt tmn warisan pertanian..malangnya,pabila kami smpai tmpt berkenaan dh ditutup...frust tul,hampeh...

kami berpusar-pusar di putrajaya..mencari port menarik utk duduk2 smbil menikmati angin mlm. at last kami melongo je kt dpn bangunan putrajaya holdings...ramai tul org mlm ni.warga kota mengambil kesempatan utk menghabiskan ms di luar sempena mlm thn baru...

tik tok tik tok...12.00 am - 01/01/10

seminit, dua minit...suasana masih tenang seperti sediakala...tiada percikan bunga api yg ditunggu-tunggu...

lima minit,kami mengambil keputusan utk blk aje...sementelah mata msg2 telah mengantuk... huarghh...blk tdo lg baik...oh bunga api...sungguh hampa dan begitu hampeh...huhuhu

+ve!

~2009~

ada impian yg masih belum terlaksana,
ada cita-cita yg belum kesampaian,
ada agenda yg belum dijejaki
ada harapan yg belum terkubur...

terasa tidak bersedia utk melangkah ke thn baru...sedang ms berlalu begitu pantas sedangkan terlalu byk impian dan matlamat yg tergantung di awangan...

kalau boleh ku capai semua impian itu...kalau mampu ku penuhi segala matlamat......

Alangkah bahagianya
Terasa sungguh gembira
Mungkin aku lah insan yg plg bertuah saat ini

Malangnya,tika dan saat itu belum tiba
Dia maha Adil,Dia maha Mengetahui di saat Dia ingin memberi

~2010~

Datanglah...walau dlm keadaan aku masih belum bersedia sepenuhnya
smg peningkatan usia di thn akan dtg menjadikan aku insan yg lbh positif!

Tuesday, December 15, 2009

Allah maha Adil

Satu peristiwa yg sgt menyakitkan hati berlaku hari ini..kisah bermula dr perbualan yg biasa2 shj, yg kemudiannya bertukar menjadi topik hangat..mengapalah manusia x penah nk phm dgn qada' dan qadar serta ketentuan dr-Nya.ada 1 jenis manusia yg kukenali di dunia ini yg x pernah bersyukur dgn apa yg dia ada...sudah lah tdk bersyukur utk dia,kemudian sibuk2kan dr utk tumpang tdk bersyukur dgn hak org lain.sedangkan si empunya dr sentiasa bersyukur dan x pernah nk mntk lbh2,cukup sekadar apa yg ada...mungkin dia tdk pernah bersangka baik dgn Allah,akibatnya hati sentiasa merasa was was dgn pemberianNya...aku mnta dijauhi dr berperangai sebegitu,mnta dijauhi juga dr suami,ibu,bapa serta adik beradikku yg lain.

Sama2lah kita menginsafi diri sendiri..sentiasa bersyukur dgn apa yg ada...kenangkan mereka yg lbh malang nasubya dr kita...buka mata,lihatlah dunia...

Sesungguhnya aku percaya,yang Allah itu maha Adil.

Wednesday, December 9, 2009

semangat oh semangat!

Aku keseorangan lg.
Di bumi yg sekian lama ku jelajahi ini.
Tanpa teman,tanpa bicara.
Kosong.

Tepat jam 10pg:aku selamat sampai di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.Dtg meneruskan misi yg sekian lama tertangguh.misi yg x habis-habis.misi yg x sudah-sudah.hingga aku hampir2 berputus asa.

aku x tahu sampai bilakah aku mampu bertahan dgn semua ini.aku keseorangan meneruskan perjuangan,tanpa bicara,tanpa teman,tanpa gelak ketawa buat meredakan 'stress'. segala-galanya kulakukan sendirian.aku tahu bkn senang utk aku menggapai kejayaan yg sekian lama kunanti-nantikan.amat payah.aku perlu melalui liku-liku perjalanan yg jauh,susah,perit dan tegar utk ku tempuhi keseorangan,bersendirian.selama ini apa yg aku fikirkan jauh bercanggah dgn apa yg kutempuhi dlm realitinya. aku belajar segala perkara yg baru.hari-hari yg kulalui di sini kadang2 menggembirakan,kadang2 memeritkan. pelbagai karenah yg kuhadapi,inilah asam garam kehidupan ku di sini...sbg pelajar,sbg seorang mahasiswi...

di rumah,aku gembira,aku bahagia,aku cuba melupakan segala tekanan yg melanda.aku ingin melaui hari2 yg membahagiakan dgn suami tersyg...aku lupakan segala yg bersarang di hati.

dlm keterpaksaan,ku cuba mencari ilham,mengolah idea dan memerah otak demi memberikan hasil yg terbaik utk segala pengorbanan ku selama ini.

semangat oh semangat...hanya itu yg ku perlukan saat ini...


Friday, December 4, 2009

setahun dua bulan

Hari Jumaat-4 Disember 2009, genap 1 thn 2 bln usia perkahwinan ku dgn insan tersyg.tiada apa yg istimewa pd hari ini,sekadar ingatan tulus ikhlas atr kami pd tarikh bersejarah ini...

pg Jumaat nan indah-aku ke KLCC ngn riza...hari ni bermula PC Fair smpai ahad.jam 10.30am kami dh tercongok kt KL Convention Centre,pameran hanya bermula jam 11 pg.t'smpai awal la plak sbb td follow hubby riza je,dia anta smpai cni sbb ofis nye sebelah KLCC nih jer.kami lepak berdua je cerita ttg mcm2 perkara....

lbh kurang 11 pg,org dh makin ramai kami pun naik ke atas utk memulakan sesi 'penjelajahan' ini. dr 1 hall ke 1 hall aku berdengket-dengket dgn riza di celah kesesakan org ramai.pelik,br hr jumaat tp dh rmai org.mungkin sbb cuti sek kut.hari esk & lusa,entah laaa...sbb tu aku mengelak utk pergi ke tmpt seumpama ini pd cuti hjg mggu,meskipun terpaksa pergi b2 je ngn riza tanpa ditemani suami...sementelah suami tercinta mmg x suke berkunjung ke tmpt org ramai seumpama ini,klu dia pergi pun sbb 'diheret' oleh sang isteri...hehehe

mlm nan indah,aku keseorangan di rumah.hubby ke mines memenuhi temujanji sosialnya bersama kwn2...main boling laa,ape lg.mcm biasa,klu dia ade game aku mls nk ikut...nnt tersengeh jgk kt ctu xtau nk buat ape...so adlh lbh afdal aku tersengeh kt umh jek.ade jgk benda yg bleh aku buat.

siaran anugerah skrin yg disiarkan scr langsung mlm ni langsung x menarik minat ku...w'pun mengetengahkan kedua-dua org pengacara terhebat yg aku suka,namun keletah dan celoteh yg meleret2 ntah hape2 menambahkan rs bosan di dada. tgk performance d'org mlm ni nmpk mcm x cukup preparation pun ade...ntahlaaa...aku hanyalah pemerhati bebas...x layak utk menilai.

siaran hampir tamat, dan mlm pun hampir melabuhkan tirai nya...esk hari sabtu,ms utk enjoy dan berpoya2 ngn hubby...berehat di rumah @ keluar ke mana2 sekadar utk menghabiskan ms berdua..sabtu yg indah dan ahad yg meriangkan...then,monday blues will come out..huhu

Wednesday, December 2, 2009

Wanita Cantik

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."