1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Monday, August 30, 2010
Thursday, August 26, 2010
You are what u drive
Cantik x kereta ni?? comel btul kereta MYVI LIMITED EDITION ni...saya nmpk ia sungguh sweet, kereta kompak yg sesuai utk dibawa oleh lady's driver yg x brape nk bsr ni.hehe..
mula2 terpandang imej kereta di dlm surat khabar dan leaflet perodua, saya ingatkan ia betul2 berwarna pink. masa tu terpikir 4-5x jugak laa sanggup ke En. Suami naik kereta saya ni..buatnya dia band keta pink nih, naya saya asik kna pandu sndiri jer. Lama juga saya tercari-cari kereta ni di atas jalanraya, sbb nk tgk dgn mata kepala sndiri kaler keta ni in a real life..sbb dlm leaflet dia tulis myvi L.E ni kaler dazzling red...kalo btul2 kaler pink xnk laa...feminin sgt..x perkasa lah husben i u....auwww...hehe
Akhirnya, di suatu pagi yg ceria dan indah...saya dpt juga melihat kereta idaman ni di sebatang jalanraya di Shah Alam, Selangor. masa tu, kami tgh berpusing-pusing mencari rumah sewa abg zam di seksyen 19. sekali,saya terpandang show room perodua, test drive available..lantas saya ckp kt husben pasni nk sggah kt cni..nk tgk myvi kaler pink tuh...ok,selesai berurusan..kami berpatah blk utk mencari showroom td. malangnye,tersalah jln..pusing punye pusing x jumpak jgk at last saya decide nnt g tgk kt showroom Bangi @ Putrajaya aje lah...huhu frust sgt masa tu...masa kami nk patah blk ke federal highway,di sebuah roundabout, kereta idaman btul2 berada di hdpn mata.. dptlaa tgk sekejap je sbb kami menyusur ke kiri dan kereta tersebut meluncur laju membelah jalanraya...kalernya ok,x terlalu pinky...mcm nk purple2 gtu..bestnyer!!dan hasil google di internet, ini laa kaler sebenar myvi limited edition pink kaler..ehehe
esok, saya ajak dia ke showroom perodua di Putrajaya...nk tgk2 aje,krn sebenarnya saya belum bersedia utk berpisah dgn si kecik DAT...'dia' begitu bermakna bg saya.
5 thn kami bersama ia adalah suatu tempoh yg cukup bermakna buat saya. kereta itu sebenarnya 'dipinjamkan' oleh kedua ibu bapa semasa saya masih menuntut di UPSI lg utk kemudahan ke kuliah dan utk keselesaan saya sewaktu berjauhan dr keluarga. dan setelah bekerja baru saya mampu nk byr ansuran bulanan kereta tersebut...huhuh
Mengapa memilih Myvi??
emm,mengapa yek saya cenderung memilih kereta comel myvi ini..krn saya rasa myvi memiliki auranya yg tersendiri...ia berada pd kelas tersendiri dan sgt sesuai utk golongan wanita. lgpun,saya hanya mencari kereta kecik shj, sesuai dgn saya yg juga bersaiz kecik...(hehe..ok ker reason nih??). kereta yg saya cari ialah kereta yg saya rasa selesa nk bawa ke mana-mana,ke pasar mlm, ke bazar ramadhan, ke pusat membeli belah, ke sekolah hatta utk blk kg sekalipun ia sesuai...jimat minyak.hehe..
Dan sbb yg plg utama saya memilih myvi ialah krn saya mencari kereta yg hanya perlu dibayar lbh kurang sama dgn membayar sebiji kereta kancil. hoho...watpe nk bli dan byr keta mahal2 pdhla lama kelamaan ia jadi besi buruk aje. lbh baik saya simpan duit dan bli rumah...jd aset.hehe...kata abg zizi, kereta ialah liabiliti manakala rumah ialah aset...klu bab ini,saya percaya ayah yg lbh arif...
Sekarang, saya rasa nk kumpul duit dahulu smpai hjg thn ini...andai kata jodoh saya dgn sang kancil sehingga hjg thn ni, maka saya terpaksa akur...kereta tersebut saya akan pulangkn pd pemiliknya...ayah x pernah minta, dan saya pun rasa segan nk pulangkan kereta ini setelah berthn2 menggunakanannya, krn semasa kereta ini bertukar ke tangan saya, ia masih baru dan bergetah lg..sekarang,apb kereta akan bertukar ke tangan ayah..ia semakin dimamah usia...huhu..tp hari tu saya ada tnya ayah nk guna blk ke kereta kancil tu...ayah tny kenapa, saya ckp mane laa tahu nk bg maryam pkai sementelah dia dh hbs sekolah hjg thn ni...ayah tny nk bli keta baru ke dan saya ckp..nak jugak..hehe.tp saya tggu plat WWW. wahh..lmbt lg..skrg plat wilayah br nk masuk WUG. hampeh punye anak...hahaha
ok..sekian perkongsian utk kali ini..mood menulis saya on dan off..klo rajin, telebih rajin tp klo malas, xsah ckp laa...huhu..selamat berpuasa!!
Thursday, August 12, 2010
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Selamat dtg bln barakah...Alhamdulillah,thn ni sekali lg kita berpeluang menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sekali lg juga saya berpeluang menyambut Ramadhan bersama suami tercinta buat kali ke-2.Alhamdulillah ^_^
Persiapan Ramadhan kami biasa2 shj.Tiada yg istimewa, tiada yg melampau...hanya mengikut aliran arus secara bersederhana...hari pertama berpuasa,rasa bersemangat sekali sehingga terlupa tekak yg kering dan perut yg kosong.kami bangkit sahur seawal jam 5 pg,masing2 saling mengingatkan utk kejut sahur atr 1 sama lain.pengalaman thn2 lps,adela bbrp kali kami terlajak bgn sahur,sedar2 dh azan subuh...sadis..sadis..huhu
thn ni saya berazam utk melunaskan tanggungjawab sebaik mungkin.kalau ada terkurang itu,mohon ampun buat sang suami...hari pertama kami berbuka di rumah Abg Mat,kerana menyambut kepulangan Ijat & keluarganya dr Mesir.mereka pulang bercuti selama sebulan, dr mula puasa - hari raya...wahh seronok sgguh bercuti lama2 begini... mlmnya kami tidak berterawih krn slps berbuka,bergegas ke KLIA menghantar mereka pulang ke Kota Bharu.Flight jam 10.35mlm selamat dinaiki dan kini mereka bahagia bercuti di kg halaman bersama atuk,nenek dan makcik2...jumpa raya nnt lah pulak ye!huhu
Mlm td,kami tidak bersahur...hanya bgn mnum air dan mkn 2-3bijik kurma shj..perut ms tu masih kenyang lg..penangan roti canai mamak lah ni..sudahnye,hari ni saya lesu di sekolah...rs lemah longlai shj dan setiap detik menghitung waktu utk pulang ke rumah.
Sepanjang bln Ramadhan ini,waktu bekerja juga disingkatkan.sekolah masuk jam 12.35 t/hari dan blk jam 5.30 ptg.saya spt biasalah,klo xde kelas last period tu,5.25ptg lg dh tggu dlm keta,siap sedia utk bertolak blk..hehe.bunyi loceng je saya cpt2 keluar dr kawasan sekolah sbb mls nk bersesak-sesak dgn pelajar yg juga x sbr2 utk pulang.klo ade kelas,x blh nk buat ape laa tepakse juga menempuh lautan pelajar yg menjadikan masa tertangguh selama 10minit.huhuhu...
Esk en. naim ajak blk berbuka di kg nye di Selama, Perak...sbnrnye ade sek ganti sabtu nnt tp pk2 rs mls nk pegi..huhu.org dh plan awal2 nk blk kg tup tup hari ni (khamis) br official keluar notis ade sek ganti...aiseh...janji pd suami mst blk juga...ejas laa mcm2 mane pun..hukhuk.nk mntk CRK xde alasan,so mcm tepakse ambk MC jer..ape daa cikgu nih kan,klo ade hal nk cuti punye laa ssh.bla buat cara btul kdg2 x dapek tepakse laa guna cara 'halus' hehehe
Mlm ni,kami berterawih di surau Al-Mujahidin..kt Tmn Desa Surada.w'pun rumah yg kami duduki hanyalah 100m dr surau,saje je nk try kt tmpt lain.sekadar mencari kelainan utk elak kebosanan. rs janggal pun ade sbb kami yg duduk dpn surau ni berkereta, sedangkan org lain berkereta juga parking di hdpn rumah...nsb baik pkai telekung so xdelaa org prejudis sgt..huhu
sekian, coretan ramadhan..esk blk kg..lalala~

Subscribe to:
Posts (Atom)