Thursday, September 2, 2010

Yati oh Yati


muka lapar...

muka sabar...hehe

semalam, kami berbuka puasa di Restoran Yati Ayam Percik...1st time saya masuk ke restoran ini sejak ia bibuka di Bangi bbrp bulan lalu...kalau di Kota Bharu, ayam percik Yati mmg tersohor...tp kedai di KB xdelaa se'exclusive' kt KL ni...interior design mmg cantik, suasana yg selesa, bersih, kemas, menarik, tertarik pendek kata semua adelah.heheee...

blk dr keje, En. Naim singgah dulu utk reserved tempat..kena order makanan siap2 dan byr deposit RM10/per person. so en. naim tepon laa saya di sekolah, tny nk mkn ape.. kne tny dulu sbb dia ckp nnt saya x puas ati klo dia yg order...emm,btul ke?? agak2 btul la kot sbb diakui mmg saya cerewet ckit bab2 mkn ni..huhu.kalau en. naim dia main belasah jer mkn ape, tolak batu ngn kayu jer..tp saya x reti nk mem'belasah', klo bab mkn saya mesti memilih...itulah slh satu kekurangan saya...huhuhu

berbalik kpd cerita makanan td,nie laa menu kami hari ini :-


Milo Ais dan Sirap Bandung...dlm jug kecik yg comelll..hehe


Ayam Percik


Nasi Goreng Yati Yam Tuan Naim..hehe


nasi kerabu biru Cik Puan Mujahadah

Selesai berbuka puasa, kami singgah di Warta utk semayang maghrib.saje mls nk blk rumah sbb dh plan nk berterawih di masjid al-hasanah, seksyen 9 mlm ni...arini kami merempit ngn moto baru En. Naim...best la merempit mlm2....sejukkk hehehe...

kul10.30 pm, br sampai di rumah...hari ni kene masak la pulak. En naim tu, bkn suka sgt klo hari2 mkn kedai...so minggu terakhir ni saya selang seli laa..smlm mkn kedai, arini msk, esk lusa dan seterusnya mkn kedai je laa oke??....hehe

sekian catatan ramadhan thn ni, saya xtau lah sempat lg ke x nk update blog ttg puasa... mood raya kian menghampiri...tp puasa ade 6 hari lg tau...jgn ponteng k..=)

Selamat berpuasa, perbanyakkan ibadah di mlm2 terakhir Ramadhan...smg Ramadhan thn ini menjadi Ramadhan terindah buat kami.....amiiinn

Wednesday, September 1, 2010

Untuk Si Pemakai Cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.