Wednesday, August 24, 2011

Suka dan Duka

Minggu ni minggu terakhir sekolah. Mcm2 kisah dan cerita serta kes kecemasan berlaku dlm minggu ni.

Kes Kecemasan: Mak mertua saya dimasukkan ke wad ICU lg sbb ada masalah pd organ badan iaitu hati. Sebenarnya dh dkt 2 minggu mak Dato' dimasukkan ke wad. Asalnya doktor ckp mak demam denggi, masa tu mak dirawat di Taiping Specialist Centre (TMC). Tp, pg jumaat 2 minggu lps, mak jatuh kt hospital, doktor ckp lg mungkin ada serangan strok. Dari TMC doktor refere mak ke Hospital Taiping. Mak dimasukkan ke wad ICU. Doktor ckp ada jangkitan kuman dlm paru-paru. MasyaAllah...masa tu semua org risau. Semua anak-anak menantu cucu blk kg sbb risaukan keadaan mak. Tp Alhamdulillah, lbh kurang seminggu keadaan mak stabil kembali. Doktor pindahkan ke wad biasa. Keadaan kembali reda, dan anak-anak kembali bekerja. Tp kelegaan kami x lama. Allah uji lg pd bulan yg mulia ini. Sekali lg mak dimasukkan ke ICU. Ya Allah...semoga segalanya baik-baik belaka, dan semoga mak sihat seperti sediakala. InsyaAllah... Amiiiinn...

Cerita raya di sekolah:Minggu terakhir ni, mcm2 tempahan telah diterima. Biskut, kerepek, kek, baju raya, tudung...hehehe. Meriah betul kt sekolah sehari dua ni. Kt sekolah saya, mcm2 brg ada dijual. Dr hjg kaki ke hjg rambut. Ada org jual kain siap dgn tempahan baju+manik, ada org jual tudung, kuih raya, bekas raya, baju raya, brooch...pendek kata kalo x beringat mau hari2 melayang duit walau dgn duduk di kerusi je. hehe...nk wat mcmane...brg2 sampai dpn mata. Sambar je la. Kalo x cukup duit nnt ade org promote credit card plak. hahah, pendek kata, mcm-mcm ado! Meriah betul la diorang nie nk sambut raya. Seronok rasanye.

Kisah clumsy: Semalam blk dr sek, saya singgah di psr mlm seksyen 1. Tmpt feverit nk bli tudung. Bkn cr tudung raya pun sbb tudung raya awal2 lg dh bli..tp dlm x cari tu sempat le sambar sehelai dua. Cessss. On the way nk blk, saya singgah deposit check kt Bank Islam. Pastu saya blk rumah. Sampai je kt rumah, Dato' call kt hp celcom saya. Aikk, pelik...Jarang Dato' call no ni. Kenapa ye? Isy isy musykil. Dlm kemusykilan, saya jwb panggilan Dato'.

Cemas bunyinya...

Hahhh, rupa-rupanya saya tertinggal hp kt Bank Islam td. Yg peliknya boleh saya x sedar ms tu phone saya dh hlg.huhu Dato' ckp budak yg jumpa tu tunggu kt sane. Deras je saya pecut kereta dr rumah ke Seksyen 1. Ms tu dh dkt waktu berbuka dh...mujo semalam x pose.huhu... Sampai kt bank, hati berdebar-debar sbb byk kali call ke hp maxis tu masuk voice mail. huhu...saya pasrah dan tawakal andai xde rezeki saya kali ini.

Bila saya masuk je dlm bank dlm keadaan kalut, ada bbrp org pekerja Safeguards kt dlm tu. Rupa-rupanya, mereka yg jumpa hp saya. Dan kebetulan Dato' call hp tu masa tu. Kalo x, sumpah saya x igt kt mana hp saya hlg.huhu...begitu cuainye saya.........

Xtau nk terima kasih macamana kt budak yg nama Nabil tu sbb jumpa dan simpan hp saya. Sudahnya, saya belanja mereka roti canai. Yg tu je saya nampak dlm keadaan kalut2 sbb kedai mamak tu kt sebelah bank. Bila difikir-fikir smeula, mujurlah hp tu dpt kt tangan org yg jujur, kalo org tu x jujur sah2 hp kesayangan dh kene kebas. X dpt nk bayangkan kalo hp hlg lg....huhuhu.

Ct Muja......sile jgn cuai oke!!

Tuesday, August 23, 2011

Doa ku dari jauh.

Semoga cpt sembuh utk ibu mertua yang disayangi.
InsyaAllah, berkat di bln Ramadhan, doa anak-anak yg soleh pasti akan dimakbulkan.

Doa ku dari jauh _+_

Mode: Sedihhhhh.........

Puasa thn ni, berlainan sekali...
Kadangkala rasa rindu, rindu pd kemeriahan puasa dulu-dulu
Zaman kecilku.

Segalanya berubah kini. Saya ada tanggungjawab kini.
Tapi saya langsung tidak kisah, dr rutin menjadi kewajipan.
Cuma kadang-kadang hati ini berdetik...saya jd emo. huhhh.

Saya rindu berpuasa dan bersahur bersama keluarga.
Sedih x dpt bersama. Sgt sedih.

Saya cuba memahami. Walau kadang-kadang saya terpaksa mengorbankan hati & perasaan sendiri. Saya akan cuba sedaya upaya.

Adakah siapa-siapa tahu dan faham kesedihan org lain? Adakah??

Walau sekali, mahupun utk sehari...sampai ke hari ini saya masih x berpeluang berbuka bersama-sama keluarga. Bersama mak & ayah. Masih x berpeluang.

Sedihhh..........


kerana saya seorang cikgu

Ramai org ckp kerja cikgu ni bestt..byk cuti, byk rehat, keja half-day bla bla bla lg.

Mmg diakui benar-benar belaka semua itu. Cuti sekolah 4x setahun. Tiap-tiap hari g keja separuh hari je...pegi pg blk tengahari, @ pegi tengahari blk ptg. huhuhu...

Tp org xtahu separuh drpd masa cuti tu utk sekolah...siapkan markah, key-in markah, kelas tambahan, mesyuarat dll. Semuanya demi memastikan keberlangsungan sistem pendidikan negara...dan kerana SAYA YANG MENURUT PERINTAH. huhu...

Cikgu jgk ada mcm2 tugas kt sek...kalo hari sukan kene jaga parking, kene lukis line kt padang, kene angkut kerusi meja, kene uruskan barisan, kene baca pengumuman, jd pengacara dan mcm2 lg. haha sile jgn slh faham, ni bkn satu rungutan cuma explanation shj dr pengalaman cetek seorang guru. Ya, mmg saya masih cetek pengalaman berbanding para guru lain yg berpuluh thn berbakti pd nusa bangsa.

Cth pd diri sendiri..mcm saya kt sekolah saya bknlah siapa-siapa, hanya guru akademik biasa (GAB) bergred 41 shj. tunggu la time base 8-10thn br cikgu-cikgu ni naik pangkat. kalo pegawai kerajaan lain umo 30thn dh bergred 48 tp klo cikgu umo 50thn blum tentu dpt. Tu la jurang plg ketara bg pegawai kerajaan berjawatan guru, dan semua guru terpaksa redha. huhu...

Dan masalah plg utama cikgu-cikgu ni x blh nk ambil cuti sesuka hati, kecuali sakit dan ada hal kecemasan.Tu pun ada 7 hari shj Cuti Rehat Khas (CRK). Ye laa, btul jgk xkan nk bg cuti byk2 lg...dh ada cuti sekolah berbulan-bulan kan...nnt kalo byk sgt cuti nnt ramai yg kompelin plak ;)

Tp mana org tahu bila berlakunya hal-hal yg tidak diingini itu...dlm cuti sekolah ke, hjg mggu ke, tgh mggu ke...xde sapepun yg tahu.Kadang2 tgh emergency, ada perkara tertangguh yg belum diselesaikan. HARUS selesaikan perkara tersebut dahulu demi kemaslahatan bersama...cehhh, kalo x nnt akan menyusahkan semua pihak, gara-gara kita aje. kadang2 tgh emergency masalah keluarga, ada komitmen pulak yg perlu dilunaskan dahulu..macamane tu?? huhu...pening jgk kan sang cikgu nih.

haha..sebenarnya ape yg saya merapu nihh...ekceli i'm alone at home rite now, mungkin emosi x stabil. Saya naaaaakkk sgt bersama mereka di saat begini, tp saya x mampu buat masa ini.

Segala tindak tanduk kita...x semua org akan faham. Kadang-kadang perkara yg betul bg kita x betul utk org lain. Semua org ada hak utk fikir tentang ini, cuma segalanya terpulang pd kerasionalan diri kita.

Salah tindak tanduk mungkin mengundang cerita kurang elok, justeru kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. Cecehhh...

Salam Aidilfitri dari ku seorang cikgu...genap seminggu lg hari raya ;)

Monday, August 15, 2011

La Tahzan sayangku.

"Ya Allah, aku tidak mampu."

Ada kalanya inilah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA.

Cintaku, di kala hatimu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Cintaku.. indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia.

Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
(Ar-Rad : Ayat 28)

Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita.

Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.

Yakinlah cinta, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.

Buatmu cinta, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita.

Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hatimu kepada-NYA.

Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini.

Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya.

Indahnya aturan-MU ya Allah.

-Artikel iluvislam.com

La Tahzan. "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

No matter what

Suka ayat ni:-

The most important marriage skill is listening to your partner in a way that they can't possibly doubt that you love them.

ILOVEU...no matter what.

Thursday, August 11, 2011

Bil Astro MAHAL

Bln lps, dpt notis kenaikan harga langganan Astro. semua dpt kan? huhu Astro xdoo pilih kasihnyee...klo boleh yg x langgan pun dia nk anto. hehe...

Notis pemberitahuan, biase laa...cerita dulu broom braam psl pakej depa..pastu baru la cakap "...dukacita dimaklumkan, akibat tekanan kos yang berterusan, termasuk kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran, harga pakej-pakej tertentu akan disemak, termasuk pakej langganan anda..."

Bermula bil bulan depan, Astro telah sesuka hati depa jer MENAIKKAN caj bulanan.

Marah ni, marah...sbb bil-bil utiliti I yg bayo.huhh.

(gempak je kan, padehal byr bil brp sen je..Dato' byr umh ngn keta ribu riban x kecoh pun....ahaha~)

Lepas ni, pls tgk Astro sampai puas ati. maksimumkan channel berbayo spt channel Mustika 130,131,132. dulu langgan pasai Maharaja Lawak, skrg dh xde purpose mau langgan Mustika tu. tp Dato' selalu layan citer2 AR Badul. huhhh...gelak sorang2. huhhh...

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

1 Ramadhan 1432H = 1 Ogos 2011.
Istimewa sekali..

Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawih.
Peluang sekali dlm setahun.
Rebut!!!'

p/s:Thn ni 1 Ramadhan disambut di rumah Dato' di Selama,Perak.
Berbuka bersama keluarga lbh bermakna ;)

Cerewet.

Saya lah tu insan yg cerewet. huhh.
Terutama bab2 makan...mmg saya memilih.
Kalo benda yg saya x besa mkn dr kecik lg jgn nk paksa.
Nnt saya pura2 jek sukekan benda tuh pd ms tu...walhal tak!

Tp cerewet saya bertempat. Saya bukannya nakkan makanan yg mewah dan mahal semata2...
Cuma saya perlukan makanan yg memenuhi selera saya.
Hatta telur goreng ngn nasi kosong panas2 pun saya selera nk mkn.
Drpd makan makanan yg saya x blh nk telan, buat ape ;)

Bkn slh sesiapa. Salah saya yg x menikmatinya.
Dulu lg teruk, saya hanya makan makanan basic shj.
Cthnye, lauk ayam, ikan, daging lembu, telur. tu je.
Jgn bagi daging kambing atau kerbau mahupun rusa, sbb saya x suke ;)
Daging plak saya x mkn daging berkuah, cthnye masak gulai atau kari.
Saya suke daging grg kunyit shj. serta daging kicap dan daging pedas yg mak saya masak.
Daging masak lain2 mmg x memenuhi selera saya.
Apatah lg bukan daging lembu yg dimasak lain-lain. Mana saya blh makan. huhu

Sama juga dgn ikan. Ikan goreng/masak pedas/kicap je yg saya mkn.
Tu pun spesis ikan2 tertentu shj.
Ikan sungai langsung saya x sentuh.
Dulu2 masa belajar tgk kwn2 mkn ikan keli teliur jgk nk try.
Tp bila rasa lidah saya x blh terima. Saya rasa pelik.
Maka saya teruskan dgn apa yg saya suka.
Lebih puas begitu.

Hanya ayam yg blh membuatkan selera saya terbuka utk semua jns masakan.
Masak le apa shj,digoreng,msk sambal,kicap,cili api,sup,rendang,gulai,kari,kurma,kerutub...sume saya makan. AYAM shj.
Kasihan kan?

Ye,mmg ramai org kasihankan saya sbb x mkn itu dan ini.
Tp saya x kisah, mebi sbb dh biasa kot.

Dulu2. saya x suka makan makanan yg dimasak oleh org lain selain drpd mak saya. Kalo mkn kt kedai pun kne mkn kt tmpt yg biasa dimakan. Sbb dh tahu rasanye sedap ke tak. Klo saya x biase ngn kedai tu, lbh selamat jika saya order masakan panas shj. Skrg bila dh kawen, saya bljr masak dr ramai org...saya cedok recipe dr internet, atau korek rahsia dr mak @ mak mentua.

Saya cuba masak sendiri. Mula2 x menjadi, pastu selang seli jd x jd, dan lama-kelamaan kire boleh laa nk mkn berdua ngn Dato', kemudian belajar lg dan lg..boleh la setakat nk masak utk family terdekat tu...

Skrg, dh byk makanan yg saya blh telan. Cthnye udang ngn sotong. Dulu mane nk mkn ;) Tp bila dh bleh telan allergic la plak. Terpaksa control. Skrg juga saya dh mkn sayur! (tu pun, sayur putih je :P huhu)

Yg plg kasihan, Dato' la. Mst dia pening kepala ngn kecerewetan saya.
Alhamdulillah, dia redho shj. Cerewet bertempat ok kan?

Kita berhak buat apa yg kita suka.
Kalau x suka, jgn hipokrit.

sekian khutbah 1 Ramadhan. hehe

p/s:aiseyyy...mentang2 puasa time2 ni jgk laa nk citer psl makanan itu ini...huhh.
Dogaaaann!! Salam Ramadhan. Mabruk..Mabruk!!