Wednesday, November 13, 2013

Simbolik 131113

Cantik tarikh hari ini. 

Penuh simbolik.
Saya rasa setiap orang akan ada satu angka yang mereka gemari.
Angka 13 memang menjadi angka kegemaran saya. 
Simbolik kepada tarikh kelahiran. 

2013 is really my year! :)

Angka 11 pula merupakan angka Dato'.
Dato' lahir pd tanggal 11 Oktober.
Dulu berangan nk pakai plat kereta 1113.
Namun belum terlaksana. 
Satu hari nanti...saya rasa. Hehe

Tarikh hari ni kalau diterbalikkan pun tetap mendapat angka yang sama.
Contohnya, no IC dan tarikh lahir pemilik hari ini adalah sama.
Unik bukan!? 

p/s:Cikgu Matematik mmg suka main nombor-nombr. Hehe:)  

Friday, November 1, 2013

Genap 6 tahun

1 Nov 2007

Petempatan pertama di SMK Kangkar Pulai, Skudai, Johor. 
Detik keramat bergelar guru. 

Dgn semangat waja, gigih memecut sang kancil dari KL ke Johor. 
Ditemani Dato' dan berkonvoi kereta. 
Tanpa Ayah Mak yg menghantar.
Kali ini benar-benar berdikari.

Kemudian berkongsi rumah sementara berdekatan sekolah.
Daif...rumah berbilik tapi tiada berkipas.
Kesudahannya ptg2 blk sekolah kami lepak di ruang tamu shj.
Sambil menonton sinetron melalui tv kecik. 
Berkongsi lima kepala. 

Kemudian berpindah ke intermediate terrace yg lbh selesa. 
Kami belajar membina kehidupan.
Berdikit-dikit membeli peralatan rumah dan keperluan asas.
Kali ini betul-betul merasa makan gaji sendiri. 

Seronok rupanya bila berduit. 
Sekali sekala enjoy sana sini.
Dunia bujang betul-betul dirasai.
Hujung minggu lepak di mall. Hehe:) 

Kamilah guru muda abad ke-21.
Kami martabatkan falsafah pendidikan.
Kami junjung cita-cita negara.

Selamat ulang tahun ke-6 menjadi guru sahabat sekalian.
Semoga terus bertahan dgn pancaroba dunia pendidikan. 




Nilai 3

Hari ni 1st time menyinggah di Nilai 3
Sejak pindah sekolah ini laa kali pertama saya melencong ke Nilai. 
Hehe
Haaa sudahh...!

Dkt je rupanya dr sekolah. 
10min sampai kot

Misi ke Nilai ialah mencari rod langsir
We olls tgh make over rumah u olls! Hehe

Singgah x sampai setengah jam pun
Terus ke kedai target
Sebenarnya sabtu lps dh berkunjung ke sini dgn Dato'
Beli rod panjang 2 btg tp mcm terlebih panjang
Sayang nk potong
So pegi topup 1 rod pendek



Sesambil tu,jenjalan beli bunga...hehe:) 


Kantin yg kosong


Beginilah suasana kantin sekolah baru saya. 
Petang-petang kalau bkn waktu rehat
Ia kosong dan lengang
Bukanlah kebiasaan, tapi selalunya beginilah.

Punca? 

Tiada lauk, makanan sejuk, tidak sedap dan mahal.

Bukan nk menjatuhkan bisnes org Melayu, ttp Melayu sepatutnya apabila dpt peluang manfaatkanlah ia sebaik-baiknya. 

Sesebuah kantin setiap hari mempunyai plg kurang 1000 pelanggan (pelajar) tak termasuk guru. Jadi apalah salahnya pengusaha kantin lbh kreatif dlm memacu bisnes di sekolah. 

Tak perlu sewa tapak @ byr sewa kedai pun
Berbisneslah dgn ikhlas, kalau tak berminat sila beri peluang pd mereka yg lbh layak.