Wednesday, January 21, 2015

Pulang ke Rahmatullah

19 Jan 2015. 12.25am. Kembalinya AyahTok ke Rahmatullah.

Dia pergi dlm keadaan yg sgt mudah kerana terlantar sakit tua. Genap setahun AyahTok dan Mek berada di rumah kami. Alhamdulillah, Allah pilih mak dan ayah saya utk jaga mereka sehingga ke akhir hayat. Semoga ganjaran syurga selayaknya utk mereka kerana sentiasa bersabar dgn karenah org tua.

AyahTok pergi 4 hari sblm usia ayah genap 63 tahun. Mungkin hadiah ulang tahun yg plg sedih utk dia. Walau bagaimanapun, saya sentiasa fikir ayahlah org plg beruntung kerana di usia sebegini dan di saat dia sudah ada 8 org cucu tp dia masih punya ibu dan bapa. 

AyahTok pergi di usia Iqbal Hakeem 9 tahun.
Ikmal Hakeem 6 tahun.
Abdullah Fathi 5 tahun.
Irham Hakeem 4 tahun.
Khadijah Hawwa 3 tahun.
Izz Zara Hannan 2 tahun.
Adam Mujahid 70 hari. 

Sekejap shj Adam Mujahid sempat bertemu mata dgn AyahTok. 

Kami adik beradik semua pulang dan berada di pangkuan keluarga di saat-saat seperti ini. Malah kanak-kanak kecil itu juga menyaksikan dgn mata mereka sendiri jasad AyahTok yg kaku di pembaringan. 

Saudara mara, sepupu sepapat jua pulang memenuhi ruang rumah di saat jenazah dimandi, dikapan dan dikebumikan. Alhamdulillah. Semoga roh AyahTok tenang abadi di sana. 

Doa kami dari kejauhan. 

Al-fatihah buat,
Hj Hamzah bin Idris
1927-2015

Friday, January 2, 2015

Si tua itu.

Si tua itu. 
Termenung keseorangan di beranda rumah.
Memikirkan nasib diri dan ms hdpn yg entah bila berkesudahan.
Sunyi barangkali.

Si tua itu.
Kata-katanya sering menyakitkan telinga.
Pelbagai persoalan dia bangkitkan.
Perkara sama diulang berkali-kali.

Dahulu si tua itu.
Sering menjadi tempat bermanja.
Ketika ku kecil ku dibawa ke hulu hilir.
Ketika ku besar ku membawa dia ke sana sini.

Si tua itu.
Semakin dimamah usia.
Tiada berdaya.
Perasaannya sunyi, sepi dan kosong.

Kini si tua itu.
Semakin tua dan tiada upaya.
Mulut juga kadang-kadang lancang berbicara.
Lumrah si tua. Bersabarlah.







Bah di Kelantan

Mlm ni, masuk mlm ke-3 kami bergelap. Bekalan elektrik dipotong sepenuhnya di Kelantan krn banjir besar melanda. Alhamdulillah, rumah mak ayah selamat dan tak ditenggelami air walaupun kiri kanan kawasan rumah adalah sekolah yg dijadikan pusat pemindahan. Banjir thn ni plg teruk dlm sejarah sepanjang hidup saya. Tak pernah menempuh pengalaman banjir seumpama ini. Rata-rata rumah saudara-mara terjejas dek banjir walaupun sblm ni tak pernah kena. Ada yg terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan. 

Air penuh membanjiri masjid di hdpn rumah dan kawasan sekitarnya. Setiap hari kami berdoa agar air tak masuk sampai ke dlm rumah. Kalaulah air memasuki kawasan rumah, panjang ceritanya kelak. Sudahlah harta benda akan rosak, rumah pula dikotori dek lumpur. Dlm rumah kami ada ramai ahli keluarga. Atuk dan nenek yg sudah tua dan dijaga sepenuhnya oleh mak dan ayah saya, 3 org kanak-kanak kecil yakni anak-anak adik saya, kami bertiga termasuk Adam dan adik-adik saya. Syukur, Allah pelihara kediaman kami dr segala kerosakan, Allah lindungi mak dan ayah serta seluruh ahli keluarga kami dr segala kesulitan. Mungkin berkat seorang anak soleh yg menjaga kebajikan kedua-dua ibu bapanya yg sakit dan tua. Maka Allah datangkan kesenangan utk mak dan ayah saya dlm keadaan mcm ni. Smg ahli keluarga yg lain dan semua mangsa banjir sentiasa dlm perlindunganNya jua. Amin. 

Bekalan makanan di rumah kami lbh dr mencukupi. Dlm saat kecemasan mcm ni mak dan ayah mmg cekap menguruskan kebajikan kami semua. Mkn lbh drpd musim banjir, hehe msg2 berselera menjamah air tangan bonda yg tiada tolok bandingannya. Siang hari anak kecil riang bermain air, mlm-mlm kami bergelap ditemani cahaya lilin. Tanpa tv, tanpa line telefon dan internet, tanpa bekalan api dan air, barulah kami sedar betapa selama ini begitu byk nikmat kehidupan yg dikecapi. 

Dgn izinNya, smg keadaan akan pulih spt sediakala spls ini. Smg dugaan kesulitan ini tidak berpanjangan hendaknya. 

Pray for Pasir Mas, pray for Pantai Timur.