Tuesday, January 25, 2011

myMJ

my MJ mau blk kg...aduhh, sunyi laa saya tanpa dia.

MJ stand for whom? huhu she's my youngest sister. Siti Maryam Jamilah a.k.a MJ a.k.a Dik Melah. dh sebulan dia di sini, menemani saya...agaknya kalau dia tiada, menangis kesunyianlah saya. Kebetulan, dia sedang menunggu result SPM. Saya ajak dia temankan saya, ambil lesen memandu di Kuala Lumpur. haha, x psl2 memegang stereng kereta buat kali pertama di KL metropolitan ini. waaah, classs u!!

Terima kasih MJ temankan kakak comel mu ini. Balik sekejap aje tau, pastu dtg semula. Dapatkan lesen L u, then habiskan P. pasni dh boleh meronggeng dgn Cik DAT di Pasir Mas. I x halang u blk ,tp i sunyilah i kalau u tiada.

Nanti malam-malam, i nk buat ape? nak cakap ngn sape? nak makan dgn sapa? nk tido ngn sapa? selama ni, rutin tu kita lakukan bersama-sama kan, since my husband tiada di sisi. Cuma, weekend jer kita terpisah tmpt tido. I lg lame tdo ngn u drpd tdo ngn my husben tau...huhh

ok lah, kalau MJ nk blk jgk, esk I blikan u tket la. I tau u ade program ape ntah kt sek, I pun x fhm. alaaa, org penting kan :) pegi le :)

I xpe :) I ok je :)

bersyukurlah!

Saat menerima berita perpindahan suami tercinta ke Ipoh sebulan yg lepas, perasaan saya menjadi x keruan. Tak dapat digambarkan betapa berkecamuknya hati saya memikirkan hari yg suram tanpa dia. Walhal, kalau diikutkan dia pindah ke Ipoh je, bkn jauh mana pun, naik kereta 2 jam, naik bas 3 jam, naik train laju tu 1jam 55 minit je. Tapi, keadaan tetap tak sama. Dia tiada di sisi saya, mengharungi hidup bersama-sama, saya tiada berteman siang & malam. Meskipun setiap hari 4-5kali mendengar suaranya, namun keadaan tetap tak sama. Saya butuh dia di sisi saya!

Setiap hari saya bersungut, bersedih, meratapi nasib diri. Saya buat-buat gembira padahal dalam hati saya menangis. Saya ceria padahal langkah saya longlai. Saya selalu berfikir, "kalaulah ....... (begitu), kalaulah ........... (begini). Saya rela dalam terpaksa.

Hinggalah pada suatu ketika, saya rasa saya berdosa kerana tidak redha atas ketentuanNya. Padahal Dia sedang menguji saya. Dia ambil sedikit nikmat shj, dan saya tidak sedar ketika saat diuji itu Dia datangkan rezeki yg melimpah ruah utk saya, tanda Dia masih mengingati dan menyayangi saya.

Mujur keimanan itu bertaut kembali. Saya redha dan pasrah. Saya ikhlas menerima ketentuan ini.

Maka, Dia hadiahkan saya dgn sebuah kegembiraan. Berita pertukaran semula suami ke Kuala Lumpur amat saya nanti-nantikan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Allah jawab doa-doa saya. Allah perkenankan permintaan saya.

Tak semua yg kita minta kita akan dapat. Cepat atau lambat, Allah pasti makbulkan doa hamba-hambaNya.

Saya bersyukur atas segalanya!

Tuesday, January 11, 2011

Hari Istimewa

Setiap bulan, kami akan menyambut hari istimewa.

bermula dgn 4hb...Anniversary perkahwinan.
4 Oktober 2008.
Tp 4hb setiap bln akan ada ucapan happy anniversary dari Dato'.

kemudian, 11hb..iaitu besday Dato'
11 Oktober 1984.
saya yg selalu lupa besday bulanan beliau..sbb saya x set reminder mcm Dato'
hahaha...Dato' sayanggg, jgn ngaju yek. Datin mmg ngok ngek! hahaa

diikuti 13hb...yakni besday saya.
13 Februari 1984.
Tiap bulan, x kiralah 13/1, 13/3, 13/4, 13/5 ..... 13/12 Dato' pasti wish.
yg plg spesel pd 13/2...saya sukaaa sbb dpt hadiah. hehe

Pastu 22hb..iaitu Loving Day kami.
Pada tarikh inilah kami declare cinta monyet 8thn lps.
22 September 2003.
Dan sampai sekarang x sangka cinta monyet itu ke jinjang pelamin.
Makanya kami masih meraikan tarikh keramat itu.

Saya sangatttt bahagia dr dulu, kini & selamanya....
Terima kasih Dato' karena membahagiakan saya.
Membelai jiwa saya, membuai perasaan saya.
Membuatkan saya rasa dikasihi, disayangi dan dicintai.

Hanya kamu.

tuisyen

saya dapat rezeki tergolek kali ni.
Alhamdulillah.

baru2 ni, kawan sekolah tny nk mengajar tuisyen ke x.
sepuluh kali saya fikir, sbb xnk terikat dgn komitmen.
kali ke-9 pk, mcm xnk, kali ke-10 saya nekad.
saya terima tawaran beliau.

maka mlm ini, bermulalah kelas tuisyen saya.
di pusat Tuisyen Sarjana, Seksyen 7, Bangi.
5 minit shj dr umh saya.
Sukanya.

Walaupun seharian hari ni, saya rs cuak.
Sbb x dpt nk bayangkan keadaan mcmane,
kelas mcmane, tuan punya mcmane, pelajar2 mcmane.
tp td saya menempuh pengalaman baru.
saya belajar perkara baru.
saya rasa saya lbh berkeyakinan.

yg plg penting, income hari ni...terus masyukkk...!!
jumlahnya berapa, biarlah rahsiaaa...hahahaaa
yg penting, berbaloi-baloi...auuww!!

Rindu Kamu

Rinduuuuuuuuuuuu sama kamu Dato'
Hari ni saya masak sambal udang.
Teringat kt dia yg sukakan sambal udang.
Tp td dia ckp udang goreng pun sodaaap..:)

Sekarang saya memasak utk dia hanya pd hjg mggu shj.
Kalo dahulu hjg mggu saya gantung kuali.
Skrg hjg mggu masa utk bersama keluarga.

Jumaat...cepatlah muncul.
saya x sabar nk jumpa my baby bear....ooouuuhhh!!

Saturday, January 1, 2011

Salam 2011

Tahun 2011 muncul sudah..
mlm thn baru saya berada di Ipoh bersama Dato' Naim dan adik2 saya...
sesungguhnya, thn baru bg org dewasa tidak membawa apa2 makna, melainkan azam yg terbaik utk thn yg akan dtg, serta peningkatan usia...uwaauwaaauwaaaaa....!

2011-permulaan baru hidup saya.
Dato' dpt jawatan tetap bersama KKR, tp ditempatkan di KPKT, Ipoh.
bermakna, saya harus berjauhan dgn suami yg sgt saya sayangi...

Kini, mlm2 saya sunyi tanpa dia.
Dulu, saya lega kalau x memasak..tp skrg saya gelisah xdpt menjalankan rutin seperti biasa. X dpt berjemaah bersama, X dpt kucup tangannya setiap pagi dan dia mencium dahi saya...
Mlm-mlm, saya x blh ajak dia jln2 lg.
Tiap-tiap rabu, x blh tgk wayang lg.
Saya xdpt bayangkn macamana saya blk sekolah tanpa dia yg tgh menonton slot akasia.
dan hari isnin kami x dpt tgk Awan Dania sama2 lg. hari selasa x dpt menonton slot Lestary dan Samarinda bersama-sama..
hari Rabu, terlepas tgk Mr Mama
tiada lg kesukaan bersama...huhu

Dato'...saya pasti merindui kamu....pasti sunyi tanpa kamu w'pun mlm2 kamu hanya main game dan saya main internet...tp kamu masih ada dpn mata saya dan saya di dpn mata kamu.kamu masih blh mengusik saya, dan saya akan menyakat kamu.

Dan skrg, apb kita berjauhan...adakah kita masih blh melakukan semua itu bersama-sama?

Dato', saya harap kamu sedetik pun xkan melupakan saya, spt setiap saat saya akan mengingati kamu.

Semoga kita berjaya melalui ujian ini. Inilah ketetapan dariNya dan hanya Dia yg tahu perkara terbaik utk hamba-hambaNya.

Saya pasti amat merindu kamu Dato'!