Tuesday, January 25, 2011

bersyukurlah!

Saat menerima berita perpindahan suami tercinta ke Ipoh sebulan yg lepas, perasaan saya menjadi x keruan. Tak dapat digambarkan betapa berkecamuknya hati saya memikirkan hari yg suram tanpa dia. Walhal, kalau diikutkan dia pindah ke Ipoh je, bkn jauh mana pun, naik kereta 2 jam, naik bas 3 jam, naik train laju tu 1jam 55 minit je. Tapi, keadaan tetap tak sama. Dia tiada di sisi saya, mengharungi hidup bersama-sama, saya tiada berteman siang & malam. Meskipun setiap hari 4-5kali mendengar suaranya, namun keadaan tetap tak sama. Saya butuh dia di sisi saya!

Setiap hari saya bersungut, bersedih, meratapi nasib diri. Saya buat-buat gembira padahal dalam hati saya menangis. Saya ceria padahal langkah saya longlai. Saya selalu berfikir, "kalaulah ....... (begitu), kalaulah ........... (begini). Saya rela dalam terpaksa.

Hinggalah pada suatu ketika, saya rasa saya berdosa kerana tidak redha atas ketentuanNya. Padahal Dia sedang menguji saya. Dia ambil sedikit nikmat shj, dan saya tidak sedar ketika saat diuji itu Dia datangkan rezeki yg melimpah ruah utk saya, tanda Dia masih mengingati dan menyayangi saya.

Mujur keimanan itu bertaut kembali. Saya redha dan pasrah. Saya ikhlas menerima ketentuan ini.

Maka, Dia hadiahkan saya dgn sebuah kegembiraan. Berita pertukaran semula suami ke Kuala Lumpur amat saya nanti-nantikan. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Allah jawab doa-doa saya. Allah perkenankan permintaan saya.

Tak semua yg kita minta kita akan dapat. Cepat atau lambat, Allah pasti makbulkan doa hamba-hambaNya.

Saya bersyukur atas segalanya!

1 comment:

  1. wah thniah la kak tiey..lps ni xde la snyi2 g kn...leh buat smula aktvti yg dh sbulan xbuat..cnthnye tgk wyang...

    ReplyDelete