Sunday, February 27, 2011

pisang panas hujan lebat

Ahad.

Seharian di rumah, satu hari yg membanggakan tanpa perlu keluar berjalan-jalan seperti biasa.

Agak aneh, jua ajaib. hehe...

Petang, saya ajak Dato' beli goreng pisang berdekatan dgn rumah. Br nk keluar, hujan rintik-rintik. Saya bawa payung bimbang hujan semakin lebat.

Berpayung menaiki motosikal adalah satu perkara pelik yg jarang dilakukan oleh manusia. Manusia?? haha..agak janggal bunyinya kan tp itulah hakikat, kita semua kan manusia...Takkan rimau naik moto pakai payung kot?? haha...

Tp, menurut Dato'..ayahnya biasa naik moto pergi blk masjid pakai payung. So, x pelik lah kan...hrp2 xde org igt kami org indon krn berkelakuan pelik..hahaha

Hujan yg rintik2 bertukar menjadi lebat sebaik shj kami sampai di gerai menjual goreng pisang. Tu laa, degil lg. Dh tahu nk hujan pergi jgk. Rasakan! haha...

Sudahnya, kami blk berhujan dlm keadaan basah, nasib baik x basah kuyup je krn payung hitam menjadi penyelamat kami. Pisang panas disangkut pd pemegang payung.

Tiba-tiba, "Aduhh..." kata Dato'. Panas sang pisang melekat pd blkg badan. Kami tergelak. Ketawa dlm hujan. Mengonggg....hahaha

500 meter dr rumah, dia menyanyi pulak, "kerana kasih ku sanggup korbankan, jasad dan nyawa...seribu thn dan sejuta wajah..." bla bla bla...hahahaa. Kesian Dato', dan kesian pd saya juga. Kasihan kami!


5 minit kemudian, kami selamat sampai di rumah. Pisang panas dah jd dingin dek terkena air hujan. Tp bila dimakan bersama teh panas, dlm cuaca yg sejuk mmg memikat selera.

Sudahnya, pisang 3hengget selamat dimakan beserta habuk2nya sekali. Ohh yaa, lupa nk maklumkan, pisang di gerai pakcik itu mmg kegemaran kami. Mungkin pisang goreng tersedap di Bangi kot. Rupanya agak hodoh, tp rasa sekali pasti nk lg, nk lg dan lg. Gerainya terletak di tepi jalan berhadapan petronas seksyen 7. org mmg ramai, so klo sapa2 lalu jemput le singgah ye! promote nie, hehe...

1 comment:

  1. "kerana kasih ku sanggup korbankan, jasad dan nyawa...seribu thn dan sejuta wajah..."

    kerana kasih...

    ReplyDelete