Tuesday, September 6, 2011

Kembali kepada rutin.

Cuti raya dh habis. Saya kembali ke ibukota bersama-sama Dato' dlm keuzuran. Skt pewottt...huwaaaa!!

Tu lah. cuti raya mkn mcm2 lg. Skrg mkn pun x selera. Rasakan. huhu

Tp mendung kembali reda. Hari ni selera kembali. Pg2 lg dh belasah nasi lemak ngn roti canai kt Anugerah Cafe ngn Dato'. Cessss!!

Hari ni hanta Dato' g opis lg. Moto masuk workshop plak. Semalam pg2 nk g keja start2 moto x dpt. Merajuk agaknye sbb dh 10 hari abaikan dia. huhu dan dek krn dh lmbt, smlm wat kali pertama saya jd drebar Dato' anta pi opis. Nasib baik opis Dato' dh pindah Putrajaya, klo opis lama agaknye... hambiklaaa kete tuh bwk g opis. Saya rela g sekolah tumpang kwn dr kene bersesak di tgh kota. uhh...ptg smlm br panggil pomen dtg umh. Namanye pomen, sekali dia start pakai kaki terus dpt. Dato' buat pg tuh sampai berpeluh-peluh x hidup2 jgk. Pomen ckp problem bateri, so moto kene hanta workshop. jadiknye hari ni pun saya jd drebar x bertauliah dia jugek laa...huhuhu terabai tido ku pg2...ngeheeee~

Mujurlah 3hari ni sekolah 2 alam. Bole la jd drebar. Esok2 bila back to normal blk kul 6.40 ptg x dapek laa nk nolong. hrpnye hari ni moto dh ok.

Rutin harian berjalan seperti sediakala. Salam Aidilfitri! Thn ni rasanye x sempat nk buat open house sbb nk pindah rumah.mebi open house jadik house warming kot. InsyaAllah doa-doalanlah ye moga2 murah rezeki.....Amiiiin.

Thursday, September 1, 2011

Baju raya bersalut tanah.

31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432H.

11.20pagi.

Hospital Taiping.

Ibu mertua saya pergi jua mengadap Ilahi. Di sisi suami dan bbrp org anak. Terkilan krn x dpt bersama di saat-saat mak menghembuskan nafas yg terakhir. Tp Dato' sempat bersama emak beliau, membisikkan kalimah syahadah ke telinga emak.

Sebak sekali mengenangkan Syawal yg hiba. Di saat insan lain kegembiraan meraikan kemeriahan Aidilfitri, dan di saat seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-54, emak pegi jua setelah lbh kurang 3 minggu berada di wad ICU.
Pemergian yang x akan kembali.

Pesan ayah, menangis xpa...jgn meraung...
Setiap insan pasti akan merasa sebak sedih berdepan kenyataan kehilangan org tersayang, lbh2 lg ibu bapa sendiri. Bersabarlah.

Selepas Asar, mak dikebumikan slps disembahbahyangkan di masjid berdekatan. Alhamdulillah...anak-anak menantu emak sendiri yg menguruskan jenazah emak, dprd dimandi, dikapankan, disembahyangkan dan diusung ke kubur.

Baju raya habis bersalut tanah. Emak 'dihantar' oleh anak-anak sehingga ke liang lahad. Semoga mak tenang aman bersemadi di sana. Semoga mak bahagia di alam abadi. Kami di sini akan sentiasa mendoakan semoga Roh mu dicucuri rahmat. Amin.

Bacaan talkin oleh ayah begitu menghibakan kami. Penuh keinsafan, penuh keredhaan. Kehilangan yg dirasai.


Al-fatihah utk arwah ibu mertua (Allahyarham Satariah bt Shahudin).