31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432H.
11.20pagi.
Hospital Taiping.
Ibu mertua saya pergi jua mengadap Ilahi. Di sisi suami dan bbrp org anak. Terkilan krn x dpt bersama di saat-saat mak menghembuskan nafas yg terakhir. Tp Dato' sempat bersama emak beliau, membisikkan kalimah syahadah ke telinga emak.
Sebak sekali mengenangkan Syawal yg hiba. Di saat insan lain kegembiraan meraikan kemeriahan Aidilfitri, dan di saat seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-54, emak pegi jua setelah lbh kurang 3 minggu berada di wad ICU.
Pemergian yang x akan kembali.
Pesan ayah, menangis xpa...jgn meraung...
Setiap insan pasti akan merasa sebak sedih berdepan kenyataan kehilangan org tersayang, lbh2 lg ibu bapa sendiri. Bersabarlah.
Selepas Asar, mak dikebumikan slps disembahbahyangkan di masjid berdekatan. Alhamdulillah...anak-anak menantu emak sendiri yg menguruskan jenazah emak, dprd dimandi, dikapankan, disembahyangkan dan diusung ke kubur.
Baju raya habis bersalut tanah. Emak 'dihantar' oleh anak-anak sehingga ke liang lahad. Semoga mak tenang aman bersemadi di sana. Semoga mak bahagia di alam abadi. Kami di sini akan sentiasa mendoakan semoga Roh mu dicucuri rahmat. Amin.
Bacaan talkin oleh ayah begitu menghibakan kami. Penuh keinsafan, penuh keredhaan. Kehilangan yg dirasai.
Al-fatihah utk arwah ibu mertua (Allahyarham Satariah bt Shahudin).
No comments:
Post a Comment