Wednesday, December 14, 2011

Teringin.

Tgk gambar2 mak + ayah + adek muyam mengerjakan umrah, kira-kira 3thn yg lps tiba2 meresap keinginan saya utk ke sana jua, utk kesekian kali. 11 thn yg lps, Alhamdulillah saya telah sampai ke Tanah Suci bersama mak + ayah. waktu itu saya berumur 16 thn. Mmg menjadi tradisi keluarga, setiap kali slps PMR dan sblm peperiksaan SPM, mereka membawa kami adik beradik secara bergilir-gilir ke sana...Alhamdulillah, smg rezeki mak dan ayah sentiasa murah menerusi amalan mulia ini. Amin.

Kalau nk cerita pengalaman di sana, sukar digambarkan. priceless! tiap2 kali pegi, ayah mst cr destinasi utk transit, ms abg mat mereka transit di Beirut klo x silap, turn saya di Iran, turn ijat di Istanbul rasenye, dan Maryam di mana ye...lupaaa..hehe.
Hnya kunah yg belum berkesempatan ke sana, janji ayah pasti sampai jua dia kelak ke sana. mana tahu ayah nk bw kunah mengerjakan haji terus. yg penting lengkapkan ilmu di dada spy bila2 ms pun kita bersedia menyahut panggilan dariNya...ya kunah ya?!

Ketenangan di Tanah Suci sukar dicari ganti. Tiada tempat yg lbh istimewa di dunia melainkan di Makkah. Kalau saya punya wang berjuta, pasti setiap thn kaki ini akan dijejakkan di sana. Saya nk berdoa di hdpn kaabah memohon pdNya, menangis merayu dgnNya...Ya Rabb, hanya Engkau yg berkuasa mengabulkan setiap permintaan dan doa hambaMu. Hanya Engkau yg Maha Mendengar setiap bait-bait permintaan ku dan hanya Engkau yg Maha Memberi dan Mengambilnya kembali. Maka, berilah kami rezeki yg halal di sisi mu dan permudahkanlah kami utk ke sana...


Amin. semoga sampai ke sana kelak.

1 comment: