Tuesday, December 31, 2013

2013. All is well:)

Assalam.

Post terakhir di tahun 2013.
Terima kasih utk segala kenangan terindah di angka tiga belas.
Banyak. Sehingga tak terhitung.
Jgn kira yg pahit. Kirakan nikmat yg Dia telah beri.
Baru rasa hidup serba cukup.
Tak meminta-minta, tak menyusahkan.
Semoga begitulah sehingga ke pengakhiran usia.

Adaaaa banyaaaaak doa yg tak terkabul.
Tp sebenarnya jika dihitung laaagiii baaaaanyaaaaak yg Dia perkenankan.
Antara kita sedar atau tidak.
Nikmat apakah yang didusta?

Terima kasih Ya Allah.
Untuk segala kuniaanMu.
Semoga segala doa kami di tahun 2014 sampai langit ke-tujuh.
DimakbulkanNya. InsyaAllah. Amin.

Goodbye 2013.
All is well :)

Welcome 2014.
Please be good :)

Friday, December 6, 2013

Kronologi Pasport

Hari Isnin aritu, saya ke Imigresen Kajang utk renew pasport. Renew 2thn besela sbb nk murah kan. 2thn-RM100 dan 5thn-RM300. Harus la ambik 2thn jer walaupun ini kali ke-3 kami renew pasport utk 2thn. Fyi,pasport hanya sah laku selama 6bln sblm tamat tarikh luput. Bermaksud sebenar-benarnya tempoh yg kita boleh guna pasport hanyalah setahun setengah je. Lg 6bln tu kire burn. Kalo renew 5thn br dia carry forward balance 6bln tu. Renew 2thn non-hadoo...

Nasib baik sempat perasan pasport tamat Mei 2014. Bermakna utk next trip tgh bln 12 nnt dh kena renew. Saya konfiden je igt pasport tamat hjg thn dpn. Mujur x terperasan kt airport. Kalau x berlinang air mata darah sekalipun mmg xt pegi laa...


Taraaa...! Sekejap je dlm masa lbh kurang sejam dh siap pasport br saya. Pegi imigresen pd musim cuti sekolah walaupun pd hari bekerja org mmg raaaamai. Maka saya ambik inisiatif pegi belah ptg.. Dlm kul2 lbh sampai2 nk ambik no turn saya dah ke-400. Tu pun nyaris2 xdpt buat aritu sbb org terlampau ramai. Tp imigresen mmg cekap. Mereka boleh siapkan 400-450 pasport br setiap hari. Urusan di kaunter sekejap je x sampai 5min pun. Selebihnya urusan menunggu dan melongo. Hehe

Pasport br ni berwajah baru dgn gambar hitam putih. Background gambar ukuran pasport yg kita ambik kt kedai pun mesti kaler putih. Pastu dia buat bbrp penambahbaikan yg mana saya ada baca ciri-ciri pasport baru malangnya ya ampunn saya terlupa. Heheh:) Sorry,i couldn't spread the info;p

Selalunya, setiap kali sblm renew pasport saya mesti lihat cop terkumpul pd negara yg pernah saya lawati. Pastu sedih. Pastu rasa nk pegi lagi tempat-tempat tersebut. Pastu mula la nostalgik mengimbas kenangan lama. Hahah berat nanang!!

Ni pasport lama, sampai hati mu abe imigresen guting pasprt ambo. Huhhh! 

Trip bermula pd Mei 2012 ke ke Medan, Indonesia. Kemudian Jun 2012 ke Singapore. Gi USS je pon. 
September 2012 ladies trip to Ho Chi Minh, Vietnam. Syiokkk abis bila pegi ladies trip ni. Xde org nk control kewangan nk beli itu ini semua boleh! Hahaha

Mac 2013 trip pendek 4hari 3mlm ke Hatyai dan gabung terus dgn Krabi, Thailand. Seterusnya Mei/Jun 2013 kami menjelajah Europe. Dari Malaysia menaiki China Airline maka transit di Guangzhou, China (pun ada cop tulisan cina tu walaupun tinggal semalaman je..heheh), keesokannya dr Guangzhou direct ke Heathrow Airport, London. Dari London naik eurobus ke Cheriton, Paris dan  seterusnya menaiki Thalys train ke Belgium dan destinasi terakhir di Rotterdam, Belanda. 

Last sekali sbg penutup,kami pulang ke tanah air dari Amsterdam Schipol Airport. Pun sempat transit di Beijing, China pulak. Alhamdulillah, syukur sgt2 my travel wishlist comes true:) dan Dia telah mempermudahkan segala-galanya utk setiap perjalanan kami. Pasport ni insyaAllah akan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat.

Rumusan perjalanan dari pasport edisi Mei 2012-Mei 2014:
1) Medan, Indonesia
2) Singapore
3) Ho Chi Minh, Vietnam
4) Hatyai, Thailand
5) Krabi, Thailand
6) Guangzhou, China
7) London
8) Paris
9) Belgium
10) Holland
  
Alhamdulillah. 

Cabaran pasport edisi Dec 2013-Dec 2015. Ke mana kita? Hehe...:) insyaAllah. Ada niat plg bsr yg telah lama terpendam. Ke tempat plg suci di muka bumi ini. InsyaAllah smg Allah murahkan rezeki kami utk ke sana dan dipermudahkanNya. Amin. 

Salam Disember 2013. 





Wednesday, November 13, 2013

Simbolik 131113

Cantik tarikh hari ini. 

Penuh simbolik.
Saya rasa setiap orang akan ada satu angka yang mereka gemari.
Angka 13 memang menjadi angka kegemaran saya. 
Simbolik kepada tarikh kelahiran. 

2013 is really my year! :)

Angka 11 pula merupakan angka Dato'.
Dato' lahir pd tanggal 11 Oktober.
Dulu berangan nk pakai plat kereta 1113.
Namun belum terlaksana. 
Satu hari nanti...saya rasa. Hehe

Tarikh hari ni kalau diterbalikkan pun tetap mendapat angka yang sama.
Contohnya, no IC dan tarikh lahir pemilik hari ini adalah sama.
Unik bukan!? 

p/s:Cikgu Matematik mmg suka main nombor-nombr. Hehe:)  

Friday, November 1, 2013

Genap 6 tahun

1 Nov 2007

Petempatan pertama di SMK Kangkar Pulai, Skudai, Johor. 
Detik keramat bergelar guru. 

Dgn semangat waja, gigih memecut sang kancil dari KL ke Johor. 
Ditemani Dato' dan berkonvoi kereta. 
Tanpa Ayah Mak yg menghantar.
Kali ini benar-benar berdikari.

Kemudian berkongsi rumah sementara berdekatan sekolah.
Daif...rumah berbilik tapi tiada berkipas.
Kesudahannya ptg2 blk sekolah kami lepak di ruang tamu shj.
Sambil menonton sinetron melalui tv kecik. 
Berkongsi lima kepala. 

Kemudian berpindah ke intermediate terrace yg lbh selesa. 
Kami belajar membina kehidupan.
Berdikit-dikit membeli peralatan rumah dan keperluan asas.
Kali ini betul-betul merasa makan gaji sendiri. 

Seronok rupanya bila berduit. 
Sekali sekala enjoy sana sini.
Dunia bujang betul-betul dirasai.
Hujung minggu lepak di mall. Hehe:) 

Kamilah guru muda abad ke-21.
Kami martabatkan falsafah pendidikan.
Kami junjung cita-cita negara.

Selamat ulang tahun ke-6 menjadi guru sahabat sekalian.
Semoga terus bertahan dgn pancaroba dunia pendidikan. 




Nilai 3

Hari ni 1st time menyinggah di Nilai 3
Sejak pindah sekolah ini laa kali pertama saya melencong ke Nilai. 
Hehe
Haaa sudahh...!

Dkt je rupanya dr sekolah. 
10min sampai kot

Misi ke Nilai ialah mencari rod langsir
We olls tgh make over rumah u olls! Hehe

Singgah x sampai setengah jam pun
Terus ke kedai target
Sebenarnya sabtu lps dh berkunjung ke sini dgn Dato'
Beli rod panjang 2 btg tp mcm terlebih panjang
Sayang nk potong
So pegi topup 1 rod pendek



Sesambil tu,jenjalan beli bunga...hehe:) 


Kantin yg kosong


Beginilah suasana kantin sekolah baru saya. 
Petang-petang kalau bkn waktu rehat
Ia kosong dan lengang
Bukanlah kebiasaan, tapi selalunya beginilah.

Punca? 

Tiada lauk, makanan sejuk, tidak sedap dan mahal.

Bukan nk menjatuhkan bisnes org Melayu, ttp Melayu sepatutnya apabila dpt peluang manfaatkanlah ia sebaik-baiknya. 

Sesebuah kantin setiap hari mempunyai plg kurang 1000 pelanggan (pelajar) tak termasuk guru. Jadi apalah salahnya pengusaha kantin lbh kreatif dlm memacu bisnes di sekolah. 

Tak perlu sewa tapak @ byr sewa kedai pun
Berbisneslah dgn ikhlas, kalau tak berminat sila beri peluang pd mereka yg lbh layak. 

Sunday, October 20, 2013

Rinduku pada Baitullah



Tahun 2000
Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah
Mengerjakan umrah bersama Mak & Ayah
Di usia 16 tahun, masih mentah

Saban tahun rindu kian bertandang
Keinginan sentiasa menggebu
Rindu pada Al-Haram
Rindu pada Baitullah


Semoga Allah memurahkan rezeki kami utk ke sana lagi



Rinduku pada Baitullah! 


#kredit gambar utk Travelog Haji Saiful Nang. It's awesome! Subhanallah:)






Friday, October 18, 2013

Mabruk TNGA!


Syahdu suara Tok Ti:(
Berjejeran air mata saya mengalir tanpa dapat ditahan-tahan
Ditambah dgn wajah tenang mulus kudus milik Tuan Guru
Mabruk!



Saturday, September 14, 2013

Sepoi-sepoi angin Langkawi


Saya sedang berlintas langsung dr Pantai Cenang...yeayyy!! What a great morning...pg2 lps breakfast bermalas-malasan kt tepi pantai...facebooking,googling,blogging,instagramming bla bla bla bersama deruan ombak dan pemandangan indah. Tenang & nyaman.

Refresh.
Revive.
Rejuvenate. 

Subhanallah.

A morning from Langkawi with LoVe;)

Sunday, September 1, 2013

Kata Imam Al-Ghazali

"Suami yg baik bukanlah suami yg menyerahkan apa adanya pd isterinya. Tetapi suami yg baik adalah suami yg 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah apabila isterinya kurang akal. 

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yg paling baik..."

-Imam Al-Ghazali

Wednesday, August 28, 2013

London:Harrods

Letih window shopping, perut pun dh lapar maka kami blk ke hotel dahulu utk mkn, solat dan berehat. Sepanjang berada di London, kami cuba berjimat dgn mkn bekalan makanan yg dibawa. Lagipun kebanyakan kedai makanan halal bermenukan kebab dan yg sewaktu dengannya. Takde nasi. We olls nk nasi. Hehe..mujurlah saya dh siap-siap bw sambal ikan bilis, roti, tuna, nasi segera, Berahims dan mee segera pelbagai perisa ada. Cukup bekalan utk seminggu. Hehe.. *first day belum jumpa Malaysian Hall lg. 

Kembali segar bugar setelah berehat seketika. Sedia utk memulakan perjalanan. 
Destinasi kami ptg ini adalah utk ke gedung membeli-belah terkemuka Harrods. Menurut info dr hotel, jarak perjalanan ke Harrods dr hotel penginapan kami hanyalah 15min in walking distance. Huhu,bole percaya ke? Dia bg peta dan cerita serba sedikit ttg perjalanan ke sana. Memandangkan br bgn tidur dan badan masih segar, kami memutuskan utk berjalan kaki shj. Gamble sajalah. 

Aikkk...baju dh tertukar?hehe...hoodie pepel ini dr Uniqlo, dibeli mengikut saiz Dato' tp saya yg beriya pakai sbb xde pakaian bersesuaian utk menahan sejuk. Saya bw beberapa helai cardigan nipis, igtkn x sejuk sgt tp pakaian tersebut x sesuai sbb ia menyebabkan saya menggigil kesejukan. Ada org pertikaikan knp saya pakai sweater beriya bagai, tgk org sekeliling xde pun mcm tu..haha maybe suhu 14-19 darjah celsius apelaa sgt bg org putih berbanding suhu musim sejuk mereka yg mencecah negative.. Maka bg golongan yg x biasa mcm kami ni suhu mcm tu pun dh kira sejuk sampai ke telinga..lagipun dress up penting beb... *yg komplen jeles la tuu.heh






Aktiviti ptg ni dikira sbg an evening stroll dh ni. Jauuuuhhhh, bkn 15min tp hampir sejam kami jln kaki! So hampehh...



Yihaaaa...!! Sampai jua di Harrods walaupun kaki dh lenguh + letih. 


Individu yg mengalami sindrom keterujaan. 
Btw, kt Harrods Shop ni je mampu shopping pun. Kt floor lain kebanyakan barangan berjenama mewah spt Coach, Burberry, Ferragamo dll yg sewaktu dgnnya. 

Yeayyy...x puas rs shopping harrods bag yg murah2. Kebetulan ade sale u olls! 
Balik, kami naik bas teruuuusss sampai ke hotel. 15min jugaklaa..tp sng sbb ade direct bas yg ulang alik dr hotel ke Harrods. Satu jln je xpyh tkr2..gaya hafal tu mcm bole pegi sendiri jer. Saya bgtau Dato' pg besok kalo saya hilang cr jek kt Harrods. Dh reti naik bas sendiri hehe.. 

Bye. Adios Day 1 @ London

London:bagai tak percaya bila BigBen depan mata

Kuda? Hahhh inilah tempat pengkerumunan td. Guard house rupenye. Btw,ramai org bertanyakan fungsi guard tu mcm tu je ke? Haha,saya pun terpikir benda yg sama. Cari rezki beb..xpe yg penting halalan toyyiba..heheh kiut abe kudo 
* I tumpang family matsallehmanentah..ramai beno org nk bergambo ngn kuda

And this is the memorial of the women world war II..Dato' xnak bergambar kt sini sbb katanya dia bkn women..he's a man. Eh iya ke? Kehkehkeh



And at last. Serius bagai x percaya pabila Big Ben di dpn mata:) 
Waktu ben menunjukkan tepat jam 1 tengah hari di saat kami sampai kt situ. Jln kaki beb. Jauh weiii..

Lama jgk la we olls dok posing maut kt situ. Eheh. Bile lg kan? Berjam-jam i lepak kt sini tau. Kalau bole tidur kt rumput tu pun rs nk tido. Rakyat Britain ambik peluang cuti musim panas utk berjemur. Tp tgk le tourist yg tgh posing sakan tu bagai sweater bagai. Sejuk laa korangg..even musim panas diaorang suhu masih lg below 20 tau..ai ni manusia berdarah sejuk. Haha

Next destination please!!

Oh ya di sebelah Big Ben ialah Westminster Abbey. Mmg unik senibina ia. 



1,2,3 Lompatt!! Big Ben menjadi saksi kesuksesan Dato' melompat. Hihii

Ok, they're cool, right? 

Saya nk lompat jgk walaupun tak tinggi. Iyelaa,dulu 40kg skrg 50kg ape cerr?? Hahah *tetibe

Siapa kata di London tiada gelandangan? 1st class punye gelandangan ni 


Rata rini sana sini tgk org bersantai. Tak kerja ke hoiii? Heheh ohoi


Last pic utk hari ini...window shopping je dulu. Clarks tak murah pun, bile convert masih mahal. Kecuali kalau berkesempatan ke outlet. 

Saturday, August 24, 2013

ke London mencari almond > Part III

Hari pertama di Kota London, kami mengalami jetlag dgn teruknya. Tidurrrr!! Hahah...hajat nk keluar melihat gemerlap lampu di London Eye, Big Ben & House of Parliament pd waktu mlm terbantut krn kami tertidur sampai subuh. Letih giler kot menempuh perjalanan berbelas-belas jam, lps tu usung bag ke hotel pulak. Mmg cabarannya bukan calang-calang, tp dr cabaran sebeginilah kami belajar. 

Masa kami sampai, negara tersebut sedang mengalami perubahan dari musim spring ke summer. Tapi suhu masih sejuk sekitar 14-19 celcius. D'org relax jer pakai baju sejuk nipis sedangkn saya pakai hood tanpa sarung tangan pun masih terketar-ketar. Bayangkan kul9.55 mlm br masuk waktu Maghrib. Kul10 mlm tu masih remang senja, kalau nk tunggu betul-betul mlm dlm kul12 midnite! Weiii...tu kul5 pg waktu Malaysia. Jawabnye mmg kami asek tertidur laa sepanjang 3 hari di London setiap kali nk tunggu waktu mlm gara-gara masih jetlag. Harr..harr, konpius...kt Kolumpo ker London? 



Yeayyy...!! 1st morning lps jetlag..mlm td lps mkn & solat ketiduran lbh 12 jam, sedar2 kul5 pg segar bugar..hehe..kul6 pg dh bersiap utk keluar hokayy...hihii

Panorama sepanjang perjalanan dari hotel ke tube station

KFC dpn earls' court tube station atr 3 bijik KFC yg halal di London..yg lain2,non ado..haha

6pg matahari dh memancar terik..agaknya kul4am dh cerah kot..tp suhu masih sejuk...kami tetap berbungkus...maklumlah,kulit melayu hehe

Lbh kurang 15minit jln kaki br sampai underground station ok..seruan 10,000 langkah sehari berjaya disahut di sini kekeke...

Cehh...kekonon tgk map..;p yg saya paham cuma laa kaler setiap jns tube tu berbeza..ada 7jns kalo x silap..route dia klo study betul2 sng je..Dato' dpt A+ bab-bab study route nie..hehe

Dalam underground..canggih betul depa nie. Dlm underground ada underground lain pulak. Entah berapa kaki kamu 'masuk' ke bwh tanah..trn escalator, trn tangga...at last,dlm ketapi jgk! Hehe

Destinasi pertama menuju ke Tower Hill Station...we olls nk seberang Tower Bridge
 
Gigih gua nk abadikan potret berdua..iyelaa,asik bergambar sorang-sorang jer...sape nk amikkan gambar kami kalo x self-capture?hehe..sbb tu compact camera penting, utk selca laa weii




Masa ni dok nyanyi lagu London Bridge is falling down...falling down..tp kt blkg itu ialah Tower Bridge..nampak dkt jer dari satu tower ke tower berikutnya, tp lps walk in thru the bridge, ya ampunn... Jauh sungguh...kami tawaf dari Tower Bridge terus ke London Bridge. Dua tempat ni pun dh cukup penat..sambil-sambil lepak kt kerusi ni buat ape la lg selain dr mengunyah...breakfast hehe.. Bawa bekal air kotak dan roti tuna...cukupla nk isi perut..br kul7 lbh ok..awal gile. Masyarakat London pun belum keluar bekerja lg tp kami dh kua meronda...jimat masa katekan..heheh



Akhirnyaa hajat saya nk posing maut berlatarbelakangkan double decker bus tercapai jua..bkn senang tau walaupun bas double decker melambak kt sini..tunggu kita naik pulak bas double decker ni nk rs seronok ke tak seronok...

Unik gile! Bangunan tinggi dgn panorama pokok tanpa daun.. See the shadow:) 

Hilton London. Hanya mampu posing saja hehe..

The Monument. Jalan-jalan terjumpa Monument ni terselit di celah-celah bangunan..

Underground..

This is Lilywhites! Kedai pertama yg kami masuk.. Kalo baca kt blog kedai ni sepanjang thn offer..sampai 70% beb..

Ni satu lg trademark London..dan aku pasti tidak akan melepaskannya walaupun bau hancing kt dlm tu...pffftttt

Muzium Ripleys

Tengahari. Lapar. Jom makan tutup laa pulak! Frust...perut dh cari nasi ni. Mana tahan asik mkn roti je dr semalam lg..huhu

National Library @ Trafalgar Square. Masuk cari toilet je sbb free admission. Hehe

Introducing u..pokcik Trafalgar..sepanjang masa tegak berdiri hehe..

Tetibe ternampak bendera Malaysia berkibar megah di tgh kota London. Bangga siottt... *patriotik kejap rasa nk nyanyikan Lagu Negaraku jer. Hehe
Ohh yg tu ialah Tourism Malaysia. Sempat la kami masuk borak-borak sekejap..


Cececeh...posing maut beb..igtkn Brad Pitt haha

Apa diaa org ramai berkerumun ni? Hmm tungguuu next entry ye:)