Friday, December 6, 2013

Kronologi Pasport

Hari Isnin aritu, saya ke Imigresen Kajang utk renew pasport. Renew 2thn besela sbb nk murah kan. 2thn-RM100 dan 5thn-RM300. Harus la ambik 2thn jer walaupun ini kali ke-3 kami renew pasport utk 2thn. Fyi,pasport hanya sah laku selama 6bln sblm tamat tarikh luput. Bermaksud sebenar-benarnya tempoh yg kita boleh guna pasport hanyalah setahun setengah je. Lg 6bln tu kire burn. Kalo renew 5thn br dia carry forward balance 6bln tu. Renew 2thn non-hadoo...

Nasib baik sempat perasan pasport tamat Mei 2014. Bermakna utk next trip tgh bln 12 nnt dh kena renew. Saya konfiden je igt pasport tamat hjg thn dpn. Mujur x terperasan kt airport. Kalau x berlinang air mata darah sekalipun mmg xt pegi laa...


Taraaa...! Sekejap je dlm masa lbh kurang sejam dh siap pasport br saya. Pegi imigresen pd musim cuti sekolah walaupun pd hari bekerja org mmg raaaamai. Maka saya ambik inisiatif pegi belah ptg.. Dlm kul2 lbh sampai2 nk ambik no turn saya dah ke-400. Tu pun nyaris2 xdpt buat aritu sbb org terlampau ramai. Tp imigresen mmg cekap. Mereka boleh siapkan 400-450 pasport br setiap hari. Urusan di kaunter sekejap je x sampai 5min pun. Selebihnya urusan menunggu dan melongo. Hehe

Pasport br ni berwajah baru dgn gambar hitam putih. Background gambar ukuran pasport yg kita ambik kt kedai pun mesti kaler putih. Pastu dia buat bbrp penambahbaikan yg mana saya ada baca ciri-ciri pasport baru malangnya ya ampunn saya terlupa. Heheh:) Sorry,i couldn't spread the info;p

Selalunya, setiap kali sblm renew pasport saya mesti lihat cop terkumpul pd negara yg pernah saya lawati. Pastu sedih. Pastu rasa nk pegi lagi tempat-tempat tersebut. Pastu mula la nostalgik mengimbas kenangan lama. Hahah berat nanang!!

Ni pasport lama, sampai hati mu abe imigresen guting pasprt ambo. Huhhh! 

Trip bermula pd Mei 2012 ke ke Medan, Indonesia. Kemudian Jun 2012 ke Singapore. Gi USS je pon. 
September 2012 ladies trip to Ho Chi Minh, Vietnam. Syiokkk abis bila pegi ladies trip ni. Xde org nk control kewangan nk beli itu ini semua boleh! Hahaha

Mac 2013 trip pendek 4hari 3mlm ke Hatyai dan gabung terus dgn Krabi, Thailand. Seterusnya Mei/Jun 2013 kami menjelajah Europe. Dari Malaysia menaiki China Airline maka transit di Guangzhou, China (pun ada cop tulisan cina tu walaupun tinggal semalaman je..heheh), keesokannya dr Guangzhou direct ke Heathrow Airport, London. Dari London naik eurobus ke Cheriton, Paris dan  seterusnya menaiki Thalys train ke Belgium dan destinasi terakhir di Rotterdam, Belanda. 

Last sekali sbg penutup,kami pulang ke tanah air dari Amsterdam Schipol Airport. Pun sempat transit di Beijing, China pulak. Alhamdulillah, syukur sgt2 my travel wishlist comes true:) dan Dia telah mempermudahkan segala-galanya utk setiap perjalanan kami. Pasport ni insyaAllah akan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat.

Rumusan perjalanan dari pasport edisi Mei 2012-Mei 2014:
1) Medan, Indonesia
2) Singapore
3) Ho Chi Minh, Vietnam
4) Hatyai, Thailand
5) Krabi, Thailand
6) Guangzhou, China
7) London
8) Paris
9) Belgium
10) Holland
  
Alhamdulillah. 

Cabaran pasport edisi Dec 2013-Dec 2015. Ke mana kita? Hehe...:) insyaAllah. Ada niat plg bsr yg telah lama terpendam. Ke tempat plg suci di muka bumi ini. InsyaAllah smg Allah murahkan rezeki kami utk ke sana dan dipermudahkanNya. Amin. 

Salam Disember 2013. 





No comments:

Post a Comment