Tuesday, December 9, 2014

Countdown 10 hari

Selepas Adam Mujahid berusia sebulan, bermakna tinggal 10 hari lg tempoh berpantang saya. Yeayyy! 

Hari ni tinggal 9 hari lg. 

Sekejap je rs masa berlalu. Pejam celik pejam celik dh hampir 40 hari saya menempuhi saat berpantang. Pantang yg biasa-biasa je. Berpantang mkn dan keluar rumah. Kadang-kadang terlanggar jgk pantang tu terutama bab mkn. Hehe.. Kalau ditanya antara pantang mkn atau pantang keluar rumah, rasa mcm pantang mkn yg lg susah nk jaga. Byk dugaan betul berpantang mkn di Kelantan negeri yg terkenal sbg sorgaa makanan ni hehe.. Saya x boleh mkn nasi belauk, nasi sup, coconut shake, colek, kuih muih yg sdp2, blablabla byk lg...terutama masakan mak yg sdp tu..huhu. Telan air liur je tgk pg2 papa Adam breakfast ngn nasi belauk + teh tarik. Jelesnye.....

Pantang keluar rumah saya jaga. Setakat hari ke-31 ni saya masih taat x keluar ke mana-mana selain pergi klinik. Rasa xdela susah sgt pun nk pantang keluar. Mungkin sbb sblm ni dh sepuas hati keluar ke mana-mana, dan lps ni boleh sambung lg hobi suka keluar tu..bawak Adam le, xde masalah lah..hehe. Semoga ketaatan ni genap hingga hari ke-40. Hari-hari slps tu..Kb Mall, Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh mu tunggu aku dtg kikiki...


No comments:

Post a Comment