Friday, October 29, 2010

polis dtg...

Hari ni, ada seorang lelaki masuk ke blk guru dan ingin berjumpa dgn guru tingkatan 2 Nurani. Sayalah guru itu. Saya berdebar-debar apb dia memperkenalkan kad pengenalan dirinya iaitu anggota polis berpangkat sarjan. Ape hal plak kali ini?

Utk pengetahuan, kelas 2 Nurani adalah kelas ke-2 dr blkg. Di sek ini bil. kelas tingkatan 2 ialah sebanyak 16 kelas, bermakna kelas tersebut berada pd ranking ke-15. Dan pd thn ini saya sungguh 'bertuah' krn dipertanggungjawabkan utk menjadi guru tingkatan kpd kelas yg digeruni ini. Ialah, bayangkan pelajar2 kelas ini bagaimana. Kalau anda biasa dgn situasi di sekolah harian biasa, bkn sek asrama penuh @ MRSM @ sek kluster @ sek bestari @ sek2 yg seumpama dgnnya, anda pasti dpt bayangkan bagaimana tingkah laku mereka di sekolah.

Mereka ini golongan 'terpilih' yg dtg ke sek bkn utk belajar, tp utk bermain dan berkawan. Mereka dtg ke sek bkn menggalas beg yg berat. Dlm beg mereka hanya ada komik dan sapu tangan. Mereka suka-suka shj bersekolah sbb dpt duit belanja... Ada 2 kategori utk kelas2 di blkg ini, iaitu mereka dtg ke sek utk bermain @ mereka x dtg langsung ke sek, yakni ponteng. Istilah dtg utk belajar x pernah ada dlm kamus hidup mereka. Kadang2, saya rs kesian pd kwn2 sekelas yg dtg utk belajar..ada juga, tp segelintir cuma. Mereka seolah-olah terganggu dgn aksi dan perilaku kawan2 sekelas yg luar biasa aktif itu. Ada ketika, cikgu pun rs serabut dan tiada mood utk mengajar. Yg jd mangsa ialah kwn2 yg segelintir itu, mereka mangsa keadaan.

Berbalik kpd cerita polis td, dia minta saya perkenalkan kpd seorang pelajar bernama si polan ini. Apb beliau bertanyakan kehadiran pelajar itu ke sek pd hari ini, saya pula tersilap memberi info kpd beliau krn saya difahamkan oleh kwn2 si polan td, dia dtg ke sek hari ini. Setelah saya pegi double check kt clas br saya tahu bhw hari ini si polan itu ponteng sekolah rupanya.

Alamak!! masalah saya kali ini. Saya terkejar trn mencari polis td utk membetulkan maklumat. Tp mungkin dia sudah blk. Kwn2 nasihatkan agar saya segera maklumkan hal ini kpd penyelia ptg, Miss M. Kerana kalau terjadi apa2 hal, at least dia blh back-up saya. (kalau dia mampu utk jd back-up la..huhu)

Miss M nasihatkan saya call parent si polan td memaklumkan ttg status kehadiran anak mereka. Mmg dr awal lg saya berkira-kira utk berbuat begitu, tp saya teringat 2 hari lps, si polan pernah bgtahu saya bhw ayahnya skrg berada di hospitak krn mslh jantung. Risau juga kalau saya beritahu hal ini terjadi apa2 yg tidak diingini. Saya suarakan kerisauan itu pd Miss M, dan dia minta saya sms shj mereka.

Saya sms pd no yg ada dlm maklumat pelajar. 10 minit kemudian, saya terima 1 panggilan drpd ibu si polan itu. Saya jelaskan serba ringkas kpd beliau apa yg berlaku td..Saya pun sebenarnya xtahu nk ckp ape juga, sbb inilah pengalaman pertama saya didatangi polis di sekolah.

En. polis td minta saya bg kerjasama pd nya. InsyaAllah, saya akan tlg selagi terdaya. Mereka masih muda, masih mentah...dan yg penting masih ada MASA utk diselamatkan dr terjebak dgn sebarang gejala sosial...

Saya rs bertanggungjawab utk itu...

Thursday, October 28, 2010

KDRM...the best!!

hari ni, saya ke Pejabat Imigresen yg terletak di Hentian Kajang itu lg...2hari lps, sudah dtg bersama Dato'. Masa tu saya temankan Dato' buat pasport, pasport saya xdapat buat lg sbb terlupa bhw pasport lama ada kt rumah P.Mas.Ooo..nk buat pasport baru kne bw yg lama rupanya. Mak saya ckp, pasport jgn dibuat main-main. Kalau hlg pasport kene wat report police, sama mcm kalo hlg kad pengenalan.

Dan semalam, sampai parcel pos express dari bonda saya. Laju gak kn pkai pos express ni, ye laa...br sesuai nama ngn service...ini ada sesetengah servis nama jer laju, tp hampehh...selalu mak saya akan krm melalui perkhidmatan City Link, mmg konpem 1 hari akan sampai.kalau pos express kne tgk area jgk laa..kalau kt bandar, mmg cpt...kalau di luar bandar, ambk masa 2 hari kot...hehe, spt jurucakap Pos M'sia plak...

Berbalik kpd cerita imigresen td. hari ni saya dtg berseorangan krn Dato' skrg outstation di K. Terengganu. jam 7.30 pg lg saya dh tercongok dlm Pejabat Imigresen itu. igtkn org plg awal lah, tp bla ambk no giliran, saya org ke-13 dh utk hari ni. aisehh, d'org ni dtg kul brape lg haa??

Seusai membuat bayaran, dia minta saya tunggu 1 jam utk dptkn pasport itu. tp Dato' punye hari tu siap dlm 30-40 minit jer kot...sementara menunggu pasport siap, saya berkira-kira nk ke mana. Iyelah, rs kekok plak bersendirian begini. Perut pula berkeroncong mintak diisi. Lantas, saya decide pegi breakfast kt kedai yg sama masa saya breakfast ngn Dato' 2 hari lps. mkn pun menu yg sama...ns lemak + nescafe tarik. yummm...yummm...sedap ns lemak kt kedai org k'tan ni...ada manis2 dan rs pedas2 cket..hehe. Saya mkn berseorangan sambil membaca paper Harian Metro. rs janggal plak mkn sorang2 begini, tp lapar punye psl saya tebalkan muka je laa... ms mkn, saya teringat kt Dato'.emm terpikir Dato' mst tgh mkn sedap2 kt hotel ni..isyy jeles btul...;)

Jam 9 pg, saya kembali ke Pejabat Imigresen td. aduuuiii...dh terlepas no rupenye. saya terus menonong ke kaunter menunjukkan no giliran saya td...nsb baik servis kt Pejabat Imigresen Kajang ni tip top...drpd 1st time saya dtg lg layanan yg mereka berikan sungguh mesra. mcm ni laa contoh agensi kerajaaan yg mesra pelanggan. dr pengawal keselamatan sehingga ke pegawai kastam sume mesra belaka. Recommended!

Terima kasih warga KDRM.
mcm ni laa contoh budi bahasa amalan mulia.
sekarang, saya dh ada pasport.
nk pergi ke manakah??

tunggu pengumuman di post yg akan dtg...surprise!! hehe...

Tuesday, October 26, 2010

budi bahasa

kejadian ni berlaku smlm dlm pejabat sekolah saya, SMK dot dot dot...

Saya : Kak A, Pn. L ade x?

Kak A: Xde...dia x masuk office hari ni...(dgn suara yg agak kasar bunyinye)

Saya : Erkk...xpelaa, esk je laa saya jumpa ngn Puan L

Kak A: Ada ape nk jumpa dia?

Saya : Ni haa..saya nk hntr borang nie..emm Puan L ckp hantar kt Kak A pun boleh, kan? (saya cuba nk beramah mesra..hrp2 moody nye reda)

Kak A :Laa...dr td cari Puan L...nk hntr benda ni jer..haa, hantar laa kt dia (dlm nada memerli sambil tangan dihulur minta saya serahkan borang tersebut kepadanya)

Saya : (dgn nada yg mula rasa benganng) Ye laa..td saya susun2 dulu borang ni, lps tu baru igt nk bg kt Puan L utk semak...(nk je saya ckp dr td lg saya tgk Kak A garang sgt)

Kak A: Nk jumpa sgt Puan L tu APEHAL!!! (saat itu saya rasa, mcm dia marahkan saya spt dia marahkn anak-anaknya kt umh..huhu)

Saya : Weiii...suke ati aku laa nk jumpa dia pon..dh ngko tu kerek sgt mmg xde sapa nk berurusan laa...hampehhh punyer kerani..patutlaa ko keje kerani cabuk mcm ni smpai ke tua...belagak x habis2... (dlm hati jerr...huhuhu)

Sudahnya, smlm saya masuk ke kelas 2 Cekap dgn perasaan yg bengang..mood pun dh spoil. org mcm ni laa yg merosakkan sektor kerajaan, klo dok kt kementerian agaknya dh lama kne banned. saya pernah tgk dia maki student kt ofis tu psl ape ntah..mmg lain mcm ckit moody dia...

Mulai skrg, saya TAKKAN berurusan lg dgn dia..SAY NO TO HER.rasenye, klo tgk muke dia pun mood dh spoil. so, xpyh tgk muka dia or jumpa dia lg. dia tu, time ok baik sgt laa...tego org tu, tego org ni..tp klo dtg time 'dtg bln' dia tuh, menonong jer nk marah org..x kira sapa dah.haiss, ssh klo berurusan ngn org moody ni, moody yg x bertempat..dgn semua org abs rasa skt jiwa cm dier...

aduhh..aduhh..emo sgt ke saya mcm ni? jumpa ngn org emo mcm ni laa kesannya.

buat kakak (eh, dh blh pggl aunty pun), buat aunty berkenaan, bwk2laa bersabar..uduh rupenyer bla org tua tgh marah..klo org berbudi, pandai2lah kita nk berbahasa...

barulah aman dunia..

bujang seketika

mlm ni dan mlm esok..
saya tidur bersendirian.
dh lupa mcmane nk lelapkan mata sorang2..
dulu boleh je..
hisyyy, pelik2...

lain rasanye bila hidup membujang ni..
berkahwin jauh lbh seronok --->

For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

hayati liriknya...sungguh puitis...love to hear this song =)

Monday, October 25, 2010

Adakah suami saya cintakan saya?

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

7. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

8. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

9. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

10. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

11. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

12. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

13. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

14. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

15. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

16. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

17. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Sunday, October 24, 2010

Makan 1

hari ini ke Shah Alam lg..buat kesekian kali menghantar cik pura blk ke campus.sblm tu, kami singgah mkn di Bintang Side Walk...memula, nk pekena roti canai jer..tp bla masuk kedai jer tetiba rasa lapar...at last, kami order mkn goreng-goreng...hehe

saya lapar...saya nk mkn...emm, nk order ape ye hari ni?


cik muja & cik pura sementara menunggu menu tiba


haisss...amende neh?? jengg..jeng...inilaa bolgogi meatball, Shah Alam mariii... sedap ker?? emm, biase jer..mcm mkn megi sup..nama jer gempak haha

selesai mkn dan menghantar cik pura ke rumah sewaannya, kami singgah di Giant Hypermarket yg baru dibuka di Seri Kembangan. xde nk bli ape pun, cuma notis pemberitahuan pembukaaan Giant baru ini oleh org Seri Kembangan tlh sampai ke telinga saya, maknanya HARUS pergi...hehe

selepas itu, kami berkejar pulang ke rumah. ade bola daa...Stoke vs Man U...hisssyy!!

tp, xtgk bola pun...saya upah Dato' mkn megi yg saya msk khas utk beliau, karena saya nk tgk FFM mlm ni...TQ my lalink...sedap kn megi yg dimasak dgn penuh kasih syg dan mkn berkongsi mangkuk td? hehe...i love u lah!

DOALAH UNTUK ORANG TUA KITA MURAH REZEKI

Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita,termasuk guru2 kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (cth: makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal...insyallah,rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya...tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita...Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, di mana saja,(tidak termasuk di waktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

Salam Ukhuwah..~

Tuesday, October 19, 2010

pandangan hati itu yg hakiki...

blk sekolah td, saya menerima 1 kotak berwarna hijau berisi spek swatch. wahh, suda smpai brg kiriman dr shah alam itu..hehe, ni laa gmbr2 saya menggedik ngn spek baru.. gmbr ini dirakam oleh x lain x bkn mestilaa Dato' N..hahaha



isyyy, gemuk..gemuk..pose yg lain plak bang...hihiii..Dato' N layankan ajerrr



emm, ni xtau gembira ke sedeyy sbb kne pkai spek nih.wat permulaan, esk tgk wayang testing dulu kt dlm panggung...gelap xpe, xde org nmpk so xdelaa malu sgt..hehe



waduhh..waduhh..saya hrp lps ni pandangan saya menjadi lbh terang & jelas...bkn hanya pandangan zahir shj, jua agar pandangan hati sentiasa terang benderang......

Monday, October 18, 2010

kerna dia seorang perempuan...

Setiap perempuan yg berkahwin dan melangkah ke fasa baru dlm kehidupannya, pasti perlahan demi perlahan akan membiasakan diri dgn perubahan hidup yg berlaku dlm hidup mereka. kadang-kadang, perubahan itu membawa kebaikan dan momen indah dlm hidup, tp x terkecuali ada juga perubahan yg memeritkan...

Plg ketara ialah, apb kita berkongsi keluarga. punya 2 ayah dan 2 ibu, yg sama-sama ingin dijaga hati mereka. punya abg, kakak, adik dan anak2 buah yg bertambah bilangannya. punya perancangan keluarga masing-masing, dan punya agenda tersendiri utk menghabiskan masa bersama kelaurga yg disayangi.

Setiap perempuan pastinya, x kiralah mana-mana perempuan sekalipun, walau ke mana jua dia pergi, walau dgn siapapun dia dinikahi, walau semewah manapun kehidupannya dan walau punyai keluarga sendiri, dia akan ttp merasakan dia masih anak ayahnya yg kecil2 dulu dijaga dan ditatang, dia masih anak emaknya yg dulu saban hari dileteri, srh memasak, sidai baju, cuci pinggan, kemas rumah dan sebagainya. Dan apb dia besar, dia merindui saat-saat kecilnya bersama keluarga. dia rindukan masakan ibunya lantaran kini setiap hari dia hanya merasa masakan sendiri, dia rindukan rumah dan bilik tidurnya yg kadangkala kemas dan kadangkala bersepah itu, dia rindukan hiruk pikuk suara-suara rutin yg selalu didengari suatu ketika dahulu, dia rindukan semua itu...

Dan kerana dia adalah seorang perempuan, maka apb dia tlh bernikah dia harus patuh pd suaminya, mengutamakan kehendak suami meskipun keinginan sendiri membuak-buak, berkongsi cerita bersama keluarga baru dgn menganggap mereka spt keluarga sendiri, cuba mengenali hati budi keluarga itu dan membiasakan dirinya dgn segala perubahan tersebut. perempuan itu memainkan peranan yg penting, krn apb dia senyap maka terasa kuranglah krn kebiasaan perempuan itu ramah bercerita. lelaki lain ceritanya, kerana jika dia senyap mungkin ia sikap semulajadinya...dan perempuan itu pun x kisah krn tlh mengenali suaminya yg mungkin pendiam itu...

Lelaki kebiasaannya pendiam dan x byk ckp,tidak dinafikan ada lelaki yg byk ckp ttp yg selalu bersikap dominan dlm sebuah keluarga ialah sang perempuan. sbb itu tidak peliklah jika lelaki itu tidak berapa byk bercakap apb bersama keluarga isterinya, mungkin krn dia xtahu nk ckp apa. apb bersama keluarga sendiri dia mungkin lbh peramah, krn byk perkara yg ingin dibualkan. dan isteri tidak kisah pun apb suaminya begitu,walaupun kadangkala dia merasa kekuranganitu krn dlm keluarga si isteri itu mungkin jenis yg peramah belaka-belaka. berbeza dgn perempuan, ada byk perkara yg blh dijadikan modal utk berbual. dia mencuba sedaya upaya utk 'masuk' dlm keluarga barunya, dia mencuba utk jadi diri sendiri dan dia mencuba sehabis baik utk menjadi yg terbaik demi suami yg amat dicintainya...

Tanyalah pd mana-mana perempuan sekalipun, walau sejauh mana dia pergi dan dgn siapa dia mendampingi, aura keluarga ttp mempengaruhinya. contohnya, apb bercerita dia sering mengambil contoh kata-kata ayahnya, atau tindakan emaknya, atau perangai adik beradiknya. apb mendengar bicara ttg org lain, dia cpt teringat akan keluarganya...mungkin huraian saya ini agak kurang difahami, krn betapa susahnya menjadikan org lain memahami diri kita sendiri...perkara ini sudah lama saya perhatikan terhadap keluarga, kawan2, adik2 ipar, kakak2 ipar, biras dan semua yg bergelar perempuan...krn dlm diri setiap perempuan itu, ada sisi kecil di mana dia masih bergelar anak kecil buat ayah dan emaknya, di mana rumah yg dia membesar itu adalah syurga buat mereka........

Sunday, October 17, 2010

budak kaca mata

hari ni kami berkenduri di Dewan Warisan, Seksyen 24, Shah Alam..so bla pegi kenduri ni means selamat laa hari ni x pyh msk..hehe..dlm ku1 ptg kami dh tercongok dlm dwn.. pengantinnye ialah coursemate Dato' Naim ms kt UM dulu...lps kenduri, selaku abg & kakak yg baik, kami pegi laa menziarah adik tercintaa kt uitm shah alam tu...ajak pi kenduri xnk, ajak pi jusco nakkk pulekk..isy isy

sementara menunggu si ct safura trn dr atas kayangan tu, saya ke kedai runcit berhampiran utk membeli suratkhabar...tp lain yg dpt..krn saya ternampak kedai spek di sebelahnya...ade package promotion..utk student kot..so masuk laa berbual dgn ramah tamah ngn apek cina tu (yg mule2 disangka keling or singh..kah3).

saya kembali ke kereta..memberitahu suami dgn perasaan teruja..sbb saya rs apa saya cari sudah dijumpai..selama ni, mmg kne penyakit ape ntah asal benda tu nama NAK CARI jer, mst x jumpe yg berkenan di hati..ade je kompelin mcm2...huhu terok btul peel mcm ni kan..punyelaa pusing shopping complex, x kirelah alamanda ke, the mines ke habis ku jelajahi mencari spek yg terbaik, berpatutan dan berkenan di hati..tp x jumpa..

opss, sblm tu saya ceritakan serba sedikit sejarah kerabunan dan tanda2 awal saya ttg mslh penglihatan ni..problem mata ni mula dirasakan awal thn ni, sy cuma ngadu kt dato' n jer..so dia srh laa sy g wat spek..ms tu, setiap kdai spek sy masuk utk cek power..ade yg kata power 75 laa, 100 laa, silau laa..dan mcm2 mslh lg laa..haih tetibe plak rs dh tua bla mengalami mslh penglihatan sebegini..dlm keluarga saya, kesemua adik beradik termasuk mak + ayah memakai kaca mata...tp mak+ayah pkai kdg2 jer, yg kne pkai slalu ialah mula dr abg mat, kemudian trus skip ke ijat, mardhiyyah dan maryam...mata saya terselamat lg waktu itu=) mungkin kini, ia xdpt diselamatkan dah..saya terpakse menjoinkan diri bersama d'org..huhu, sedihnye hlg originaliti...

yg plg ketara, apb nk baca signboard di jln raya..saya ni mmg jenis yg suka bc signboard, w'pun kdg2 apa yg saya bc tu slh dan selalu kne kutuk ngn dato' N sbb arah kiri kanan pun sy konpius..hahaha ya ampun!! smlm, ms jln2 window shopping sorg2 kt jusco lps pekser ptk, sy rs pelik jer..isyy, btullah aku dh rabun nie.. waktu tu sy rs dh smpai masanye sy serius nk wat spek..xnk main2 dah...

so that's why, di hari yg bersejarah ini...seriously saya gi cek power td, x main2 dah..esk siaplaa spek saya itu walaupun lokasi dibuat di shah alam, kire oke laa.. nnt cik pua deliver spek saya itu..ms test2 power td, ade laa 2 insan yg dok tergelak2 ketawakan saya..huduh gamaknyer rupe saya pkai alat ini..hahaha


mata sedang diperiksa...



em, kire ok laa kedai nie..servis yg memuaskan hati sbb saya sesekali xkan berurusan di kedai2 yg x ade PR mcmane nk layan pelanggan dgn baik...so, mane2 kedai yg saya jumpa, x kire laa kedai tu kecik @ besar, mewah @ biase2 aje, asalkan saya suka saya terima...itulah citarasa saya..hehe

bilamasa spek itu sampai ke tangan saya, bermakna rasmilah saya menjadi budak kaca mata...huhu, hrp2 mata saya akan sembuh rabunnya dgn sendiri..saya inginkan kebebasan melihat alam semesta spt dahulu...

Wednesday, October 13, 2010

250 fakta menarik di dunia....

1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)

2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.

7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4

14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm

15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

21. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

23. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

25. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

26. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

28. Unta punya 3 kelopak mata.

29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

30. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik

32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya

33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

34. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki

35. 13% orang di dunia adalah kidal

36. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan

37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata

39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri

40. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.

41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.

47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya

48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.

49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

51. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing

52. Nombor “172″ boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu

54. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.

55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun

56. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.

57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

58. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam

59. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.

60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.

62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori

63. Darah sama pekat dengan air laut

64. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik

65. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.

66. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

67. 1 bayi lahir setiap 7 saat

68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17

69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.

70. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

71. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit

72. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya

73. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum

74. Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi

75. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.

76. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria

77. Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.

78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau

79. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun

81. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land

82. Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis

83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

84. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara

85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

87. Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

88. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

89. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata

90. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri ari perpustakaan

91. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah

92. Coca-Cola dulu berwarna hijau

93. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit

94. Semua beruang kutub kidal

95. Kelelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua

96. Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”

97. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat

98. The Michelin man (figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

100. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.

101. Sekitar 14% penagih yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.

102. Kalimah yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut “palindrome” .

103. Siput boleh tidur selama 3 tahun

104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata

105. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggeris daripada orang di Amerika

106. Kerana pengaruh putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya daripada kearah timur

107. Satu dari 9000 orang menderita albino

108. Keursi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi

109. Kita menyambut ulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia

110. Setiap manusia dalam seumur hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu

111. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun

112. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10

113. Gigi memerang tak pernah berhenti tumbuh

114. Kelelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang

115. Jika patung Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar 215cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal

116. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.

117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam kuping 700 kali lebih cepat.

118. Seekor Babun bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama

119. Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandsanya.

120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit

121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.

122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata

123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.

124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.

125. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan

126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari

127. Umur pepatung (dragonfly) adalah 24 jam

128. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.

129. Memrlukan waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari yang paling bawah sampai ke hujung kuku.

130. Daya ingatan ikan hanya 3 saat

131. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.

132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.

133. Beruang dewasa boleh lari sepantas kuda

134. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia

135. Obur-obur terdiri dari 95% air

136. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam

137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna

138. George Washington Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)

139. Tikus dan kuda tidak boleh muntah

140. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.

141. Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.

142. Winston Churchill lahir di toilet wanita pada waktu majlis tarian

143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag

144. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)

145. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis

146. Coklat mencair dalam mulut karena titik cairnya adalah 35 darjah celcius

147. Tisu tandas dicipta pada tahun 1857

148. Lembu tidak mempunyai gigi atas

149. Hedenophobic bermaksud takut akan kesenangan.

150. Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.

151. Buaya tidak boleh menjelirkan lidah.

152. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming

153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga

154. Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus

155. Seorang rakyat Amerika mengambil kafein secara purata setahun di dalam jumlah yang boleh membunuh seekor kuda.

156. Seorang manusia boleh hidup selama 11 hari tanpa air.

157. Agen rasa kupu-kupu ada dikakinya

158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap

159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya

160. Tapak sulaiman tidak punya otak

161. Setiap manusia punya telinga yang berbeza

162. Kebanyakkan bahan besi di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.

163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit

165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)

166. RSVP adalah Respondez S’il Vous Plait yang artinya ‘mohon jawapan’

167. Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu

168. Ikan emas yang bunting disebut ‘twit’.

169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir

170. Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang

171. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

172. Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam

173. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.

174. Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy"

175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil

176. Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat

177. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer

178. Hamster sangat suka makan cengkerik

179. Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.

180. Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.

181. Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras

182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 minit berperang.

183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor

184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji.

185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.

186. Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.

187. Kuda Nil kentut melalui mulut.

188. Shakespeare ialah orang yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”

189. Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia

190. Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.

191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.

192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militari untuk General Purpose.

193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal

194. Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas sebanyak 20kg

195. Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam

196. “Quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

197. Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.

198. Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

199. Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.

200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

201. David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).

202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.

203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen

204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.

205. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan

206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat dicium dalam nafas kita.

207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan tinggi kita.

208. Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya

209. Di dalam filem Silence of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.

210. Di jepun, warung kopi disebut ‘Kissaten’.

211. Merebus telur burung unta memerlukan waktu 40 minit.

212. Jaguar takut pada anjing

213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari

214. Johnny Deep takut pada badut

215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.

216. Dalam golf, ‘Bo Derek’ adalah istilah untuk nilai 10.

217. Iceland mengambil Coca-cola perkapita lebih daripada lain-lain negara.

218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu

219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris.

220. Di Itali, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama ‘Topolino’

221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.

222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.

223. Nyamuk lebih suka kanak-kanak daripada orang dewasa.

224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati

225. Rata-rata manusia bergerak 40 kali dalam tidurnya

226. Dalam bahasa Inggeris, ‘Naked’ artinya tanpa perlindungan.

227. Broccoli dan kubis bunga adalah sayuran yang berupa bunga.

228. Bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.

229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangunkan Taj Mahal.

230. Dalam kajiselidik terhadap 200,000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satu pun yang menguburkan kepalanya dalam tanah.

231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

232. Shuttlecock untuk badminton harus mempunyai 14 bulu.

233. Mutiara boleh larut dalam cuka.

234. Babi tidak boleh berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.

235. Venus dan Uranus adalah planet di tata suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.

236. Microwave dicipta setelah seorang ilmuan yang berjalan melalui tabung radar mendapati coklatnya meleleh disakunya.

237. Ikan yu kebal terhadap kanser

238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen

239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.

240. Kita boleh menghela lembu naik tangga, tapi tidak boleh menghela mereka turun tangga.

241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND.”

242. Kapal Cruise Queen Elizabeth 2, hanya bergerak sebanyak 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakar.

243. Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.

244. Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram

245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung.

246. Penguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (Garisan tengah bumi).

247. Kebanyakan orang boleh mendengar lebih baik dengan kuping kanan

248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya

249. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.

250. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita