Setiap perempuan yg berkahwin dan melangkah ke fasa baru dlm kehidupannya, pasti perlahan demi perlahan akan membiasakan diri dgn perubahan hidup yg berlaku dlm hidup mereka. kadang-kadang, perubahan itu membawa kebaikan dan momen indah dlm hidup, tp x terkecuali ada juga perubahan yg memeritkan...
Plg ketara ialah, apb kita berkongsi keluarga. punya 2 ayah dan 2 ibu, yg sama-sama ingin dijaga hati mereka. punya abg, kakak, adik dan anak2 buah yg bertambah bilangannya. punya perancangan keluarga masing-masing, dan punya agenda tersendiri utk menghabiskan masa bersama kelaurga yg disayangi.
Setiap perempuan pastinya, x kiralah mana-mana perempuan sekalipun, walau ke mana jua dia pergi, walau dgn siapapun dia dinikahi, walau semewah manapun kehidupannya dan walau punyai keluarga sendiri, dia akan ttp merasakan dia masih anak ayahnya yg kecil2 dulu dijaga dan ditatang, dia masih anak emaknya yg dulu saban hari dileteri, srh memasak, sidai baju, cuci pinggan, kemas rumah dan sebagainya. Dan apb dia besar, dia merindui saat-saat kecilnya bersama keluarga. dia rindukan masakan ibunya lantaran kini setiap hari dia hanya merasa masakan sendiri, dia rindukan rumah dan bilik tidurnya yg kadangkala kemas dan kadangkala bersepah itu, dia rindukan hiruk pikuk suara-suara rutin yg selalu didengari suatu ketika dahulu, dia rindukan semua itu...
Dan kerana dia adalah seorang perempuan, maka apb dia tlh bernikah dia harus patuh pd suaminya, mengutamakan kehendak suami meskipun keinginan sendiri membuak-buak, berkongsi cerita bersama keluarga baru dgn menganggap mereka spt keluarga sendiri, cuba mengenali hati budi keluarga itu dan membiasakan dirinya dgn segala perubahan tersebut. perempuan itu memainkan peranan yg penting, krn apb dia senyap maka terasa kuranglah krn kebiasaan perempuan itu ramah bercerita. lelaki lain ceritanya, kerana jika dia senyap mungkin ia sikap semulajadinya...dan perempuan itu pun x kisah krn tlh mengenali suaminya yg mungkin pendiam itu...
Lelaki kebiasaannya pendiam dan x byk ckp,tidak dinafikan ada lelaki yg byk ckp ttp yg selalu bersikap dominan dlm sebuah keluarga ialah sang perempuan. sbb itu tidak peliklah jika lelaki itu tidak berapa byk bercakap apb bersama keluarga isterinya, mungkin krn dia xtahu nk ckp apa. apb bersama keluarga sendiri dia mungkin lbh peramah, krn byk perkara yg ingin dibualkan. dan isteri tidak kisah pun apb suaminya begitu,walaupun kadangkala dia merasa kekuranganitu krn dlm keluarga si isteri itu mungkin jenis yg peramah belaka-belaka. berbeza dgn perempuan, ada byk perkara yg blh dijadikan modal utk berbual. dia mencuba sedaya upaya utk 'masuk' dlm keluarga barunya, dia mencuba utk jadi diri sendiri dan dia mencuba sehabis baik utk menjadi yg terbaik demi suami yg amat dicintainya...
Tanyalah pd mana-mana perempuan sekalipun, walau sejauh mana dia pergi dan dgn siapa dia mendampingi, aura keluarga ttp mempengaruhinya. contohnya, apb bercerita dia sering mengambil contoh kata-kata ayahnya, atau tindakan emaknya, atau perangai adik beradiknya. apb mendengar bicara ttg org lain, dia cpt teringat akan keluarganya...mungkin huraian saya ini agak kurang difahami, krn betapa susahnya menjadikan org lain memahami diri kita sendiri...perkara ini sudah lama saya perhatikan terhadap keluarga, kawan2, adik2 ipar, kakak2 ipar, biras dan semua yg bergelar perempuan...krn dlm diri setiap perempuan itu, ada sisi kecil di mana dia masih bergelar anak kecil buat ayah dan emaknya, di mana rumah yg dia membesar itu adalah syurga buat mereka........
ok.
ReplyDeletesy terharu.
walaupun tak baca penuh, saya faham mesej awak.
tapi, dengan keluarga baru, lebih banyak ilmu awak dapat, yang bila awak gabungkan dengan ilmu yang awak belajar di 'syurga' awak, insya Allah, awak akan temui syurga sejati, bersama suami tercinta. :)
keluargakan keluarga! :)