Friday, October 29, 2010

polis dtg...

Hari ni, ada seorang lelaki masuk ke blk guru dan ingin berjumpa dgn guru tingkatan 2 Nurani. Sayalah guru itu. Saya berdebar-debar apb dia memperkenalkan kad pengenalan dirinya iaitu anggota polis berpangkat sarjan. Ape hal plak kali ini?

Utk pengetahuan, kelas 2 Nurani adalah kelas ke-2 dr blkg. Di sek ini bil. kelas tingkatan 2 ialah sebanyak 16 kelas, bermakna kelas tersebut berada pd ranking ke-15. Dan pd thn ini saya sungguh 'bertuah' krn dipertanggungjawabkan utk menjadi guru tingkatan kpd kelas yg digeruni ini. Ialah, bayangkan pelajar2 kelas ini bagaimana. Kalau anda biasa dgn situasi di sekolah harian biasa, bkn sek asrama penuh @ MRSM @ sek kluster @ sek bestari @ sek2 yg seumpama dgnnya, anda pasti dpt bayangkan bagaimana tingkah laku mereka di sekolah.

Mereka ini golongan 'terpilih' yg dtg ke sek bkn utk belajar, tp utk bermain dan berkawan. Mereka dtg ke sek bkn menggalas beg yg berat. Dlm beg mereka hanya ada komik dan sapu tangan. Mereka suka-suka shj bersekolah sbb dpt duit belanja... Ada 2 kategori utk kelas2 di blkg ini, iaitu mereka dtg ke sek utk bermain @ mereka x dtg langsung ke sek, yakni ponteng. Istilah dtg utk belajar x pernah ada dlm kamus hidup mereka. Kadang2, saya rs kesian pd kwn2 sekelas yg dtg utk belajar..ada juga, tp segelintir cuma. Mereka seolah-olah terganggu dgn aksi dan perilaku kawan2 sekelas yg luar biasa aktif itu. Ada ketika, cikgu pun rs serabut dan tiada mood utk mengajar. Yg jd mangsa ialah kwn2 yg segelintir itu, mereka mangsa keadaan.

Berbalik kpd cerita polis td, dia minta saya perkenalkan kpd seorang pelajar bernama si polan ini. Apb beliau bertanyakan kehadiran pelajar itu ke sek pd hari ini, saya pula tersilap memberi info kpd beliau krn saya difahamkan oleh kwn2 si polan td, dia dtg ke sek hari ini. Setelah saya pegi double check kt clas br saya tahu bhw hari ini si polan itu ponteng sekolah rupanya.

Alamak!! masalah saya kali ini. Saya terkejar trn mencari polis td utk membetulkan maklumat. Tp mungkin dia sudah blk. Kwn2 nasihatkan agar saya segera maklumkan hal ini kpd penyelia ptg, Miss M. Kerana kalau terjadi apa2 hal, at least dia blh back-up saya. (kalau dia mampu utk jd back-up la..huhu)

Miss M nasihatkan saya call parent si polan td memaklumkan ttg status kehadiran anak mereka. Mmg dr awal lg saya berkira-kira utk berbuat begitu, tp saya teringat 2 hari lps, si polan pernah bgtahu saya bhw ayahnya skrg berada di hospitak krn mslh jantung. Risau juga kalau saya beritahu hal ini terjadi apa2 yg tidak diingini. Saya suarakan kerisauan itu pd Miss M, dan dia minta saya sms shj mereka.

Saya sms pd no yg ada dlm maklumat pelajar. 10 minit kemudian, saya terima 1 panggilan drpd ibu si polan itu. Saya jelaskan serba ringkas kpd beliau apa yg berlaku td..Saya pun sebenarnya xtahu nk ckp ape juga, sbb inilah pengalaman pertama saya didatangi polis di sekolah.

En. polis td minta saya bg kerjasama pd nya. InsyaAllah, saya akan tlg selagi terdaya. Mereka masih muda, masih mentah...dan yg penting masih ada MASA utk diselamatkan dr terjebak dgn sebarang gejala sosial...

Saya rs bertanggungjawab utk itu...

No comments:

Post a Comment