Saturday, November 6, 2010

MOKSU ohh MOKSU

Sebenarnya, saya sendiri pun x kenal siapa itu Moksu...Yg saya tahu ialah di bandar Pasir Mas ini ada satu warung terkenal yg dikenali sbg warung Kurnia Ibu @ dikenali dgn kedai Moksu oleh penduduk setempat.

Siapa MOKSU di hati saya?


Setiap kali pulang ke kg halaman, saya pasti x lupa berkunjung ke gerai ini ditemani Dato'. Sekarang, dato' pun dh mula minum coconut shake, awal2 dulu dia eksen konon x minum air kelapa + susu ini...tp skrg nmpknya dia sendiri dh pandai order "coconut shake aiskrim coklat 1 ya"..hehe, bermakna tekak Dato' dh boleh terima minuman ini. Utk yg belum pernah merasa minuman sesedap ini, silalah berkunjung ke Pasir Mas dan telefon lah saya, nescaya kalau kebetulan saya blk pasti saya akan membelanja kamu;)


Kecil2 dulu, saya selalu berkunjung ke kedai Moksu ini bersama rakan2 seperjuangan di SK Sultan Ibrahim (1) atau lbh dikenali sbg SKSSIS. Di sinilah tempat kami menghilangkan dahaga, melegakan minda dari sesi pembelajaran yg memenatkan, atau blk latihan sukan ptg2, latihan koir dan sebarang aktiviti sekalipun, kalau saya pulang lwt ke rumah di sinilah port saya bersama kwn2. (ops, setakat ini mak/ayah xpernah cari saya sampai ke kedai, saya ke mana2 saya pasti akan maklumkn kpd mereka).

Semasa tingkatan 5, saya pernah bw kwn2 baik sehostel iaitu Maryne, Mc Na, Mc Lynn, Nani, Dhiera dtg ke kedai ini. Waktu matrik kalau saya ajak kwn2 dtg rumah juga saya akan perkenalkan tempat yg istimewa ini kpd mereka. Masa bercinta dgn Dato' dulu, saya juga pernah mkn di kedai ini bersamanya...dan berlarutan sehingga kini. Setiap kali blk, saya setia mengunjungi kedai feverit ini.


Menurut ayah saya, dia kagum dgn pemilik warung kurnia Ibu ini. Seorang anak muda yg dahulunya gagal dlm SRP, kemudian atas azam dan iltizam yg kukuh beliau berjaya membina empayarnya sendiri. Ayah saya ckp juga, tokey kedai ni x pernah tinggalkan solat jemaah 5 waktu sehari di masjid bandar. Menjelang magrib, kedainya sudah ditutup walhal kalau dibuka sehingga mlm sekalipun kedai ini pasti sentiasa dipenuhi dgn umat manusia, tp beliau memilih utk sebaliknya.

Walaupun ia hanyalah warung biasa, tp kedai Moksu ini bergitu istimewa di hati saya. Ia Melekat di jiwa. Mungkin krn mereka berniaga dgn jujur & ikhlas, dan pengunjung juga pasti tertawan.

2 comments: