Thursday, November 4, 2010

sentiasa di sisi, x pernah menyakiti...

Dulu, ke mana saya pergi ia mesti ada bersama. Dari Pasir Mas - Tanjung Malim, Tanjung Malim - Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Seremban, Kuala Lumpur - Johor Bahru, Pasir Mas - Johor Bahru...ke mana-mana jua. X pernah berpisah.


Kini tiba masa utk kami berpisah. Jodoh saya bersama si dia setakat ini shj. Ini kerana si dia bakal saya pulangkan kpd yg berhak. Iaitu tuan empunya diri yg sebenar, pemilik geran kereta Perodua KANCIL DAT 224. Beliau ialah Tn Hj Md Kamal Hamzah, bapa saya.

Ptg semalam, saya memandu kereta tersebut buat kali terakhir. Merata-rata saya pergi di kawasan rumah saya. Saya ingin menghabiskan masa bersamanya sepuas hati, saya ingin berkongsi detik2 indah ini bersamanya, krn sampai suatu masa kelak kami akan berpisah jua. Dan hari ini, ia telah selamat tiba di kg halamannya, setelah 2 tahun ia tidak pulang-pulang, tp hari ini ia selamat pulang ke tanah tumpah darahnya. Terima kasih Dato', kerana memandu dgn selamat sang kancil kesayangan saya itu dalam hujan lebat.


Saya sedih. Ia bakal saya tinggalkan di sini, bersama kedua 'ibu bapa' kandungnya, krn selama ini saya hanyalah 'ibu bapa' angkatnya shj. Saya harapkan ia akan bahagia di sini, dan bertemu 'jodoh' yg baik utk dirinya. Saya dh x boleh nk jaga ia lg, nk pulas sterengnya, nk tukar gearnya, nk tekan breknya, nk picit honnya, nk kalih seatnya,nk sumbat badannya dgn mcm2 barang2 saya, nk mandikannya, nk sabunkannya, nk bilas badannya dan segala-galanya...tugas saya utk semua itu sudah berakhir.

Selama ini ia sering menemani saya siang & mlm, susah @ senang, ia sentiasa di sisi x pernah menyakiti...



Oh sang kancil, saya pasti rindukan awak kelak.

1 comment:

  1. eemmm....sabar yea datin M...
    dengr kata ia nya akan d gnti dengan myvi pink...
    hahahahaa...amacam???

    ReplyDelete