Saturday, July 23, 2011

Have a blast, Mum!

23rd. July: Antara yg plg special hari ni ialah birthday mak saya, yg ke 55. lagi setahun menunggu detik nk pencen, lps tu...merdeka!! bole horey horeyy ngn ayah kan..

Thank u Allah I've a great Mum. Semoga Dikau merahmatinya, memanjangkan usianya, memurahkan rezekinya dan berada dlm lindungan-Mu selalu Ya Allah...

Have a blast, Mum!

Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas

Ni temanya. Saya suka kpd tema acara berjalan kaki 10 000 langkah sehari, anjuran Berita Harian dgn kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.



Bertempat di Putrajaya, acara berjalan kaki sejauh 6.5km ni bermula di dpn POJ (Istana Kehakiman) mengelilingi bbrp bangunan di Putrajaya dan berakhir di tempat yg sama. Mula2 igtkan dkt je..rupa2nya...jauh giloss!! dan letih giloss!!

Tp berbaloi. Puas hati dpt memeriahkan suasana dgn aktiviti kemasyarakatan begini. At least boleh isi aktiviti dlm SKT, selain dprd dpt t-shirt n free goodies bag. Ada sijil lg=) haha..

Saya berjalan diiringi semangat yg berkobar-kobar bersama Ryza. Melenggang lenggok kami bersama ribuan peserta yg lain,ada muda, tua, kanak2 malah bayi sekalipun diusung dlm stroller oleh ibu bapa masing2.semuanya enjoy...berjalan sambil berborak. Santai dan sempoi.

Knp Dato' x ikut?

Alaa...xpelaa, Dato' x suka joging or bersenam gaya mcm ni. Dia suka bersenam dgn cara bersukan. Main badminton ke, futsal ke...asal bkn joging dan aerobik. heheh..
So saya pegi le membujang ngn Ryza yg hubby nye bekerja arini... Tinggalkan Dato' tgh marathon atas katil...huhh..sayang sgt kt lemak ye! Ajak g bakar lemak x nak.


Acara pelepasan oleh Dato' Dr. Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia.hensem Dato' ni...tough je body. sihat betul Menteri Kesihatan ni. hehe...

p/s: Tp, saya laaaggiii serooooonoook klo next time Dato' Naim yg dpt join =) kan Dato' kan.. kan kan??

Tiada alasan untuk tidak cergas oke!!

Love u Nouvo!

Saya suka keluar dgn moto. Entah knp sejak dulu lg saya mmg suka naik moto. Saya rs fresh air tanpa aircond. Kalo ke tempat yg x berapa familiar, saya lbh cpt igt jln berbanding berkereta. Sbbnya ms atas moto kita x blh nk ckp telefon, nk main sms, nk dgr lagu, nk pakai bedak,lipstik or tgk cermin...fokus kita hanya utk membonceng dgn selamatnya.

Saya tabik pd mereka yg bermotor di kotaraya ini. Sbb bkn calang2 halangan yg perlu ditempuhi saban hari di tgh kesesakan lalulintas yg menggila, tambah2 pd waktu puncak di tgh2 bandaraya KL nun. Salah sorg mangsanya ialah Dato' la. Perjalanan ke tempat kerja yg mengambil masa 40 minit bertukar menjadi 1-1jam 30 minit dgn berkereta.

Pabila bermotor kita boleh mencilok. Bermotor blh berada di barisan plg hadapan di setiap traffic light, bermotor senang nk buat pusingan U, bermotor juga senang utk parking. Pendek kata mcm2 boleh...

Malangnye, saya x reti bwk moto. Malah, lesen moto pun saya x ada gara2 x konfiden dulu ms nk ambk lesen kereta. Dato' yg selalu membawa saya ke mana2. As I wish..hehe. Atau sekarang ni si muyam pun selalu jd mangsa saya. Mesti seronok kan dpt bawa moto? Kalo saya ambik lesen moto skrg ni ok x? hahaha, mmg mustahil...

Tapi, semenjak dua menjak ni saya rasa rendah diri bermotosikal, tambah2 di area Bangi ni. Emm, klo naik moto tu berenti kt traffic light tgk keta sebelah BMW, tgk kereta blkg Accord,atau Camry,atau Wish, atau Alphard bla bla bla... klo tgk yg bermotor pun ade jgk la, tp lelaki memakai jeans koyak, atau perempuan bersinglet yg membonceng..huhu. begitu terhina rasanya...

Pendek kata, jarang la dpt tgk si gadis bertudung labuh mcm muyam tu membonceng motosikal...huhu, skali skala bila bermotor begitu saya rs mcm org Indon plak kt sini...aduhh...kakaka

Tp,at last kami decide utk buat x pedulik je...Xpelaa, suke ati i le..sementara masih x mengendong baby ni saya rs xde masalahnye nk naik moto ke kereta ke...ikut keselesaan masing2 la kan..haha, xde org pk pun kot ape yg saya pk ni...I'm just wondering...my ridiculous ;)

Apepun, saya ttp sayangkan moto Dato' ni.


Ni la gepren Dato' yg x bernyawa. Nouvo LC ni mmg terbaeekkk!! Love u Nouvo!

Anjasmoro.....gosh!!

Mlm ni saya berseorangan di rumah. Dato' mcm biasa mlm minggu begini akan join kwn2 bujangnya bermain badminton. Minggu lps dh ikut sekali, mebi for the first n last time kot...hahaha. malas le...baik mkn tido baring dpn tv...lg syiokkk.

Tp hasrat saya utk mkn tido baring dpn tv x kesampaian mlm ni. Sbbnye, citer cerekarama sungguh x sesuai dgn situasi saya sekarang. Arghhh!! ngape laa drama bersiri ni jd telefilem plak...penerbit drama melayu ni mcm xde modal je kan...x sedo citer depa ni kne kutuk ke..or x mkn kutukan. konon gigih berkarya la tu....tuihhh!!

Sudahnya, jam 10.15pm lg saya naik ke bilik. Mengilik lappy n segelas minuman panas. Memerap dlm bilik je laa nmpknya mlm ni...mood nk iron baju tiba2 dtg...sempat la iron 3 psg kemeja dan 3 psg bj kurung. Pastu mood merudum kembali..haha

Gara2 Anjasmoro, saya mkn tido baring dpn labtop je la mlm ni...klo tgk kang, x psl2 rs seram sejuk berdiri bulu roma pulak. Tiba2 terimaginasi yg bkn2...huihh, baik xyah tgk. kang x psl2 g ketuk pintu umh jiran mntk tumpang tdo sekejap =) huhu


Mantera hape namenye wehh...i x suke x suke x sukerrr......

Thursday, July 21, 2011

Movie marathon

Semalam ke pawagam menonton wayang. Niat di hati nk tgk Harry Potter jam 10.30 mlm, tp lama sangat menunggu Dato' beli tiket citer kul 8.30 mlm.

Citer ape? hahaha...


Uihh, minat betul dia dgn si Zahiril Adzim a.k.a Daim ni. nk tgk Daim la ni. hehe... Tp betul wa cakap lu..citer ni best ape...10x lbh best dr citer bongok 321 tuh... tuiii...

Daim mmg kekal baik dlm citer nih...kelako..lucu..comelll jgk Daim ni kan kan..hehe

10.25 pm tamat citer, trus sambung HP jam 10.30 mlm.



X payah nk review, cerita nih mmg terbaeeekkk!!

blk kul1 pg, terhoyong hayang kemengantukan gara2 movie marathon. hikhik ;)

Sungguh jeles.

1.43 p.m: terima panggilan dr Dato'. Saya yg sedang enak menjamu selera dlm blk guru menjawab panggilan beliau dgn mesra..hehe.

Tp, ada suara lemah di hjg talian.

Ohh...demam rupanya. cian dia..dh blk umah lps g klinik dkt opis td.
Pg td, lps solat subuh Dato' dh mengadu mcm x sedap badan. Tp saya igt dia liat pi keja. Ye laa,sejak2 tkr kementerian ni Dato' lemah semangat sokmo nk g keja. Byk keja sgt kot kt opis. X rilex mcm dulu. Rasakan....naaaak sangaaatt!! heheh.

Tp saya suruh Dato' g kerja juga arini. Sbb semalam Dato' dh amik EL gara2 sampai dr site visit di Gua Musang kul 10mlm. So semalam 1 hari Dato' dh rest. Kecuali mlm td mcm biasa kami keluar nonton wayang. Saya fikir2 xkan hari ni cuti lg kot.

Rupa-rupanya, ketidakasedapan badan Dato' itu melarat. Dia ckp dia x larat kt opis td tu yg terus pegi klinik. Nasib baik Dato' buat tindakan yg bijak. Sakit pegi klinik. Bukan sakit dibiarkan.

Dato' citer mcm2 doktor periksa. Amik darah, kne cucuk, wat urine test dll sbb suspected denggi. At last doktor ckp Dato' kene jangkitan kuman dlm urine. tu yg jd lemah semacam jer tuh. Kesian dia. saya blk sekolah jam 7 td dia berselimut dpn tv. Jarang Dato' nk guna selimut, hatta tido mlm2 pun jgn harap dia nk pakai selimut. Tala kipas kt dpn muka lg ada ;)

Doktor bg MC 2hari. Wahh, bestnye...(tp demam x best!!). Kiranya minggu ni Dato' masuk opis sehari je..Selasa trn site, Rabu EL, khamis & jumaat MC. uhh, jeless.. Sungguh jeles.


mkn ubat. kene mkn ubat. mesti mkn ubat. jangan lupa mkn ubat. ubat kene mkn.

Sunday, July 17, 2011

Si Hitam

9.45p.m

Terima msg melalui FB dr Hamza Adam. "Hii..."

Hoih. sape ni?

Seingat saya xde plak dlm friend list nama ni.

Bukak profile si penama di atas.

Terkejut beruk saya. hahahaha!!


hahh?? bila masa plak jd membe ngn student University of Portsmouth nih?

Cpt2 saya Unfriend. Isyyy, lucu btul facebook ni kan.

Tergelak golek-golek saya ngn Dato'. ngok ngekkk betoiii...;)

Friday, July 15, 2011

Paprik Campur

Ni resipi copy paste jer dr blog Dapurku Sayang

Bahan-bahan :

sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus
1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sedikit kicap manis/masin
sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda dll)
garam dan gula secukup rasa
4-5 biji cili padi (diketuk)

Cara-cara :

#Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian, toskan.

#Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih hingga terbit bau.

#Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.

#Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau sebati.

#Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya.

#Gaul-gaulkan hingga sayur hampir masak.

#Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau sebati hingga masak.

#Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.


Tetibe tringin nk mkn paprik...dulu feveritt nihh! InsyaAllah jika dikuatkan semangat, saya akan cuba buat sndiri...nantikan! haha

Wednesday, July 13, 2011

Mengapa harus bersedih?

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya."
- [Ibrahim 14:34]

Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?

Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya.

Yakinlah.