"Kesedihan dan kegembiraan memang lumrah. Tugas kita hanya terima dan belajar atas segala yg berlaku. Fikir esok hari terakhir kita."
Quote ni saya petik dr FB Prof Muhaya. Sungguh bermakna madah darinya.
Kebelakangan ni,saya sering memikirkan hubungan dgn Allah, serta hubungan baik sesama manusia.
Mungkin kerana seminggu dua ni,saya diasak dgn pelbagai perasaan. Asakan dr kuasa manusia.
Maka saya naturalkan kembali perasaan ni dgn mencuba berbuat kebaikan dgn org2 yg berkait di sekeliling saya. Tidak kira siapa mereka, pelajar atau kerani atau tukang sapu atau makcik cleaner atau pakcik jaga atau siapapun mereka, saya berusaha membina perasaan yg selesa apabila berkomunikasi. Tiada jurang. Tiada pemisah. Semua manusia adalah sama di mataNYA. Berebutlah utk menjadi plg baik atau plg sempurna di mata Allah, bukan di mata manusia, atau majikan, atau org atasan kita.
Berhenti menjadi manusia pengipas yg bercakap lain di dpn, tp di blkg mengutuk. \
Ya Allah, saya selalu berdoa agar dijauhi dr tabiat yg keji itu.
Usah angkuh dgn kuasa yg kita ada. Jgn biarkan org lain berasa bersalah dgn kata-kata kita. Jgn ada perasaan ingin terlalu ingin dihormati sebaliknya tanyalah diri kita adakah kita cukup menghormati org lain sblm kita mahu org lain menghormati kita. Cermin diri, muhasabah sendiri.
"Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, maafkan aku"
Kekalkan hubungan baik kita sesama manusia, di samping sentiasa wasatiah hubungan kita dgn ALLAH nescaya hati akan sentiasa tenang dan gembira.
No comments:
Post a Comment