Weekend aritu, cuti 4 hari kann...cuti Maulidur Rasul + Cuti Thaipusam. Saya & Dato' blk ke kg Perak utk meraikan kenduri abg ipar pd hari Sabtu & Ahad. Kami pulang dgn gembiranya dan berada di kampung bersama keluarga dgn seronoknya.
Ptg Isnin, Dato' menerima panggilan dr Abg Zul,jiran sebelah rumah mengatakan rumah kami mungkin kene pecah masuk.Abg Zul mintak izin nk masuk dlm rumah dan tgk keadaan rumah kami.
MasyaAllah. mmg betul, rumah kami digeledah! Bagai nk tercabut jantung mendengar berita tersebut. Rs menggiggil,takut,ketar,rungsing,bimbang semua bersatu. Terus rs x sedap hati, saya ajak Dato' blk kl ptg tu jgk.
Maka, kami rushing pulang dan sampai di Bangi tepat jam 12tgh mlm. Dlm perjalanan, saya talipon mak,talipon abg maklumkan berita buruk ini. Sedih+risau semua bercampur baur. Mcm x dpt nk gambarkan perasaan tersebut sbb saya x pernah alaminya. Pertama kami utk seumur hidup saya menempuh pengalaman sebegini. Cuak sungguh rasanya. Perjalanan 4jam dr Taiping-Bangi rs terlalu lama. Mata mmg x blh nk lelap.
Sampai di rumah,abg siap sedia menanti. Dia dh call polis,jiran pun dh maklumkn pd polis. Rupa2nya,rumah blkg rumah kami pun kene pecah masuk,disyaki pd mlm yg sama. Saya & Dato' meluru masuk ke rumah.Kami naik ke blk mencari brg2 berharga yg mmg ditinggalkan. hrp2 pencuri tu x jumpa.
Syukur Alhamdulillah,mereka mmg x jumpa brg2 kemas saya. Wang tunai pun terselamat. Cuma yg lesap 2 bijik tv,1 tv kt ruang tamu dan 1 lg tv dlm blk tidur. mungkin itu shj brg yg sng diangkut, usung je tv lcd tu..brangset punye penyamun!
habis 1 rumah dia geledah.dlm blk tidur saya,dr almari,katil,meja solek semua tempat dia geledah. sy juga hlg passport dan baki 200 000 wang tunai Rupiah blk dr Padang Indonesia hari tu.Mereka juga mkn pisang salai yg saya beli dr sana. mmg sah penyamun Indon. Demn!
Polis dan pasukan forensik tiba 1jam kemudian di rumah saya. Mereka siasat semua benda yg blh dijadikan bhn bukti.Ada 8 kesan cap jari dijumpai.Saya hrp pencuri tersebut tertangkap. X apalah kalau brg2 di rumah x dijumpai,cuma jgn biarkan pengkhianat2 ini berleluasa merompak rumah sesuka hati mereka.
ALLAH lindungi kami dr menyaksikan kejadian ini. Tp saya masih trauma. Mcm2 yg saya fikirkan. Nk tidur pun x lena. Takut2 perompak itu dtg lg. Syukur Alhamdulillah kami cuma hlg 2 tv..x apalah,ayah saya ckp Allah nk 'cuit' sedikit rezeki yg Dia dh bg pd saya. Ambillah,kalau itu blh dijadikan peringatan buat kami spy lebih berhati-hati.
Keadaan dlm bilik slps digeledah. Hbs segala brg2 dlm meja solek saya dia punggah. Saya hlg 2 bentuk cincin,3 utas jam tangan dan 2 botol minyak wangi. huhuhu :(
TV Panasonic Dato' kt sini dh hlg. kami br beli 2 minggu yg lps. dh xde rezeki namanya tu..lps ni adelaa makhluk2 yg tgk tv lcd di rumah kongsi. Arghhh....!!
Semoga Allah jadikan hikmah atas semua ini. Saya redha. Saya tawakal pdNya. Semoga makhluk Tuhan yg buat kerja-kerja terkutuk mcm ni diberikan hidayah dan petunjuk utk tahu mengenal makna halal & haram. Semoga Allah tunjukkan mereka jln yg benar dan lurus. Saya x berdendam,saya maafkan mereka cuma saya xkan bg muka lg pd org asing yg masuk dlm rumah kita.
p/s:Baru teringat, 2-3hari sblm blk kg, Dato' ada panggil plumber dtg baiki paip rosak kt sinki. Wallahu'alam. Allah Maha Mengetahui. Biarlah Allah shj yg membalas setiap perbuatan mereka.
Dlm kesedihan,saya bersyukur krn Dia masih lindungi kami. Ya Allah, semoga Kau sentiasa melindungi diri kami,keluarga dan seluruh hambaMu dr segala bencana, malapetaka atau kejadian2 yg tdk diingini.
Semoga rumah yg menjadi tempat kami berlindung senantiasa berada lindunganMu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment