Saturday, August 25, 2012

si gebu

Alaaa...rindunya kt si gebu ni. td talipon rumah pmas, dpt la bercakap kurang seminit dgn si gebu. lps tu dia dh masuk 'dunia' dia dh dgn si abg.

Che Tie : Hello Mal, watpeeee tu??
Imal : Che cue...!!
Che Tie : Che Tie laa...!!
Imal : Che cue...! che cue !!
Che Tie : Che Tie laaa.....!!
Imal : Che tie...che tie g ane?
Che Tie : Che tie blk umh ayh im la...
Imal : ayaaa...nk bayik (balik) umh ayh im dudakkk (jugakk) !
Che Tie : oyoyoyo....huhu :(

...lps tu,terus say bye! then dia masuk dunia power rangers dah. hurmmm...


Comel sangat kan si gebu nih?? huhu...miss u much much darlingsss...

mish u too bebeh

Tinnne gedixx...
Perkataan 'tinne' tu asalnya dr sebutan 'ore tino' dlm bhs kelate, tp bertukar sebutan 'tinne' oleh Iqbal. maka,kami semua adalah org tinnne termasuklah 2 org si gediks di bwh ini hehehe...


hai muyam melohs...rindu kt kak tie la tu upload gamba me. ahakss...

oklaa..oklaaa...mish u too bebeh ~

Friday, August 24, 2012

4 Syawal

4 Syawal 1429H bersamaan 4 Oktober 2008, kami diijabkabulkan.

Tahun ini,genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Terasa masa begitu pantas berlalu tanpa kami sedari sudah menjangkau 4 tahun kami berkongsi kehidupan, susah & senang, pahit maung ditempuh bersama.

Bukan mudah menempuh tempoh 4 tahun ini bersama insan lain dlm hidup kita. Walaupun insan lain itu bukan org lain krn Beliau lah suami saya, dan meskipun usia perkenalan sudah masuk tahun ke-10,namun perbezaannya jelas ketara.

Tempoh 4 tahun yg mengujakan, tempoh 4 tahun yg penuh momen indah, tempoh 4 tahun kami berkongsi suka duka suami isteri...tempoh 4 tahun suami saya mengambil alih tanggungjawab menjaga saya dari Ayah.

Meskipun Tuhan uji kami dgn dugaan menanti kehadiran cahaya mata, penuh sabar & doa, serta harapan yg x pernah putus utk memohon dan meminta hanya padaNya. Sehingga ke saat ini, saya bersyukur krn keyakinan saya masih 100% pada ALLAH. Kami berserah...

Ada org diuji dgn pelbagai perkara. Ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk, kita x minta tp Dia beri krn Dia tahu kita mampu menggalasnya. Yg kita minta x diberi, krn hanya Dia Maha Mengetahui masa yg sesuai dan terbaik utk kita terima anugerah drpdNya.

Maka, saya Redha, dgn serendah dan seikhlas hati saya terima ketentuan drNya.Tanpa putus asa berdoa dan bermohon, saya yakin dan pasti di suatu hari yg indah kelak, Dia akan makbulkan segala permintaan kami. Allah Maha Mendengar, serta Maha Pemurah.

Cuma saya mohon pengertian semua, utk memahami gejolak perasaan kami. Berhentilah bertanyakan soalan yg anda sudah tahu jawapannya. Bukan kami x mahu, tp Dia masih belum memberi, kalau la Anugerah itu boleh dibeli dgn wang ringgit di mana-mana shopping complex atau melalui online atau dari siapa-siapa, sudah pasti kami berusaha utk memilikinya walau semahal mana harganya. Sudah pasti!

Setakat hari ini, di 4tahun usia perkahwinan ini...saya sangat bersyukur krn suami menjaga saya dgn baik, bukan sekadar penjagaan fizikal ditatang bagai minyak yg penuh, malah perasaan saya juga tidak pernah diketepikan. Dia menjadikan saya sbg keutamaan dlm setiap tindak tanduknya. Dia menjaga saya sebaik Ayah menjaganya dulu, dia membelai saya bagai bayi. Sayalah baby girl kpd suami tercinta.

Saya sayangkan suami saya...seluas langit membiru dan lautan bergelora, kasih syg ini tak terungkap dgn kata-kata. Di hari raya nan mulia ini, 10 jari ku susun memohon keampunan dr mu atas segala kekhilafan.


Selamat Ulang Tahun ke-4, N.A.I.M.U.J.A!

Thursday, August 23, 2012

Kronologi seminggu

Assalamualaikum!

Dah berzaman rasanya x update blog usang nie..bila ada luahan perasaan,baru la teringat kt dia..pity u:(

Nak cerita pasal kereta baru, saya gelarkan ia sbg JLo (bkn nama sebenar) shj ye.. hehe

Hari ni genap sebulan dpt, tp br seminggu kami merasa menaikinya. 3 minggu yg lepas, ia tersadai bahagia di bwh porch di sebuah rumah di hadapan masjid. Terlindung dr panas dan hujan,asap dan debu. Ia masih suci di saat pertama kali kami menaikinya. Plastik pun ayah saya x buang, malah ayah dh siap 'mandikan' ia dgn tok guru dr Pondok Lubuk Tapah.Ayah dan Mak jaga ia dgn baik sehinggalah kami sampai mengambil alih tugas menjaganya. Mileage belum sampai 100km pun masa kami ambik.

Hari pertama, kami mandikan ia di sebuah car wash di Lemal. br berkilat kereta raya kami. Haha, konon...kereta raya la sangat. Sebenarnya,xde sekelumit niat pun nk jadikan ia sbg kereta raya. No WWW tu dh basi dh di Kolumpo nun. Skrg dh masuk WXF barangkali.. Tp apa nasib, brg br sampai kt tangan tuannya. dan mmg kami x rush nk cpt sgt pun. Wat rilex je la..Kebetulan dpt bln puasa, time dkt2 nk raya, maka 'ter'jadilah ia sbg kereta raya kami. Yg dibawa ke hulur ke hilir, yg setia menemani kami tanpa jemu...

Hari Selasa, ia dibawa berjalan-jalan blk ke kg Dato' di Selama,Perak. Ayah pesan, daki jln Grik elok2..jgn lasak2. Ia selamat sampai dgn jayanya setelah dato' bawa ia dgn berhemah sekali.Syabas Dato'!

Hari Rabu, sekali lg ia mendaki Bukit Sumpitan utk ke Grik semula, beraya di rumah saudara. dan ia pulang semula ke kg Dato' dgn gagah perkasanya, dr Grik ia singgah ke Baru Kurau sblm kembali ke Felda Ijok. Kereta berkilat dh jd berhabuk, berhujan, berpanas. Kesian ia...

Hari Khamis, mileage dh 700km++, kami hantar ia ke pusat servis di Taiping utk buat compulsory first service for 1000km. Dr jam 4 ke jam 5lbh kami menunggu di Customer's Lounge sambil Dato' menghirup white coffee sementara saya memilih hot milo.Ia kembali ke pangkuan kami setelah diservis bersama free car wash. Ia berkilat kembali.

Dari Taiping kami beraya di Batu Kurau lg. Hujan turun berkadaran sederhana, on the way back to home...Dato' melalui jln yg biasa dilalui. Tidak disangka jln tersebut dilanda banjir. Agak dlm. Tp xdelaa sedalam mana sbb viva masih dpt lps, mungkin paras air setinggi bumper dpn di bwh plat number. Jln yg gelap menghalang penglihatan kami terhadap paras air yg membanjiri jalanraya. Dato' redah saja. Bateri tiba-tiba menyala merah...saya risau. Lps selamat melalui banjir mini sepanjang 500m itu, nyalaan merah pd bateri terpadam. Tp saya ttp risau. Hati rasa x sedap.

Sampai rumah, br kami tersedar plat number depan tercabut, hilang entah ke mana. Plat number original UMW tuu...sayangnya. Kalau nk cari,mustahil dpt jumpa kecuali ada org ambil alih dan letak di tepi jln. mungkin kalau dpt blk pun dlm keadaan patah remuk berlumpur kot..ahh,tragis.

Saya x mau terlalu memikirkannya. Kereta, mcm tu laa..akan ada benda yg baik @ buruk berlaku pd ia. Saya mohon Tuhan lindungi ia dan org yg berada di dalamnya, lindungi ia dari segala bahaya, malapetaka atau kejadian yg tidak diingini...saya mohon org yg memandunya pun berhati-hatilah. Sama ada saya @ Dato', berhati-hati ye ;)

Sekian kronologi satu minggu cik JLo.

ohh sedihhh :(

SELAMAT HARI RAYA!

SALAM AIDILFITRI 1433H...

Maaf Zahir & Batin, Maaf Rohani & Jasmani.

Raya spt biasa shj,seiring dgn peningkatan usia hari raya dirasakan semakin lama semakin sederhana. Dh besar kan, turn menerima duit raya dh tukar jd memberi. Alhamdulillah sbb masih mampu memberi. Walau x banyak, tp seikhlas hati;)

Raya thn ni meriah jugakla sbb blk beraya di Pasir Mas bersama kelima-lima adik-beradik. Sejak besar ni,jarang adik-beradik dpt berkumpul bersama cukup korum, walau x ramai tp tetap riuh dgn gurau senda usik-mengusik...semuanya hampeh!! hahaha...

Saya nk sangkal sesetengah dakwaan yg mengatakan raya puasa di Kelantan x semeriah kt tempat lain. Ada saudara jauh-jauh pernah berkata begitu pada saya. Kesian kan, x pernah rasa jgn kata. Mmg kt Kelate xde rendang lemang apa bagai, malah kt rumah saya ketupat pun xde..harapkan jiran yg memberi je..tp ketiadaan tu x menggugat pun sbb masih ada berjenis-jenis lauk lg yg menjadi hidangan utama. Ada nasi dagang, nasi himpit, satay, bermacam jenis kuih tradisional Kelantan dan sebagainya..Xpelaa,yg ckp mcm tu pun mungkin sbb dgr pendapat dr org lain jgk...xleh nk salahkan dia..manusia ada pandangan masing-masing kan...terserah pd tafsiran sendiri.


Lengkap raya Cikgu Kamal dan Cikgu Asiah thn ini bersama 5 anak, 3 menantu dan 5 cucu. Gege gegok, riuh rendah, gegak gempita...Awesome!


Sunday, August 5, 2012

Salam Ramadhan di hari Nuzul Quran

Hari ni sudah masuk 17 Ramadhan. Kebetulan tarikh tu jatuh pd hari Isnin, maka bercutilah kami. Hari Nuzul Al-Quran merupakan cuti umum bg negeri Selangor, Perak, Kelate dan yg sewaktu dgnnya. Dato' yg bekerja di WP Putrajaya dikecualikan dari bercuti. Tp oleh sbb saya cuti dan kami merancang utk blk berbuka & bersahur di kg halaman Dato' tercinta, maka beliau dgn bangganya tlh mengambil cuti..nk jugakkk cuti kan..hihii

Kami pun ho ho blk kg sejak Jumaat mlm lg. Lps berbuka jer, terus chow chin chau.. Nk save quality time bersama family punye psl kan..haisss

2-3 hari bercuti, kami hanya berehat shj di rumah. Ptg td Dato' bw saya menziarah kubur arwah Mak. Al-fatihah, pejam celik pejam celik...sudah hampir setahun Mak pergi...:(

Teringat kenangan Ramadhan thn lps, saban hari berulang alik dr rumah ke hospital, berbuka dan bersahur ala kadar. Pengalaman beraya di hospital begitu menginsafkan. Sepanjang hidup saya selama hayat ini, tidak pernah terfikir bagaimana perasaan mereka yg beraya di hospital.

Selama ni, kita bermewah-mewah dgn pakaian baru dan juadah lazat di rumah...kita lupa berapa ramai insan yg kurang bernasib baik di luar sana. Berapa ramai keluarga yg tertunggu-tunggu nasib insan yg dikasihi masing-masing di katil hospital,yg beraya bersama keluarga masing-masing dlm keluh-kesah-sebak-sedih.

Thn ni, meskipun kembali beraya dlm keadaan normal dan seperti biasa keinginan melakukan persiapan raya menggebu-gebu, saya sentiasa igtkn diri...terapkn dlm hati ttg brp ramai insan yg kesusahan di luar sana. Mungkin kita x dpt membantu semua di atr mereka, ttp sekurang2nya dgn amalan berhemat kita akan sentiasa beringat :D

Esk, insyaAllah kami kembali ke KL. meneruskan baki Ramadhan yg kurang dr 2 minggu lg. Betapa pantas masa berlalu. Sedar x sedar, sudah sampai pertengahan Ramadhan.

Persiapan hari raya meskipun ala kadar tp masih ada yg kurang. Atau lbh tepat lg puasa ni kami masih belum shopping khas utk raya. Good girl, kan? ehe..

InsyaAllah minggu dpn..nk shopping ngn cikna di Jln TAR. haha..asik-asik cikna, asal shopping jer cikna..karena cikna lah teman seshoppingku sehidup semati. Ahaksss...


Salam Ramadhan di hari ke-17!