4 Syawal 1429H bersamaan 4 Oktober 2008, kami diijabkabulkan.
Tahun ini,genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Terasa masa begitu pantas berlalu tanpa kami sedari sudah menjangkau 4 tahun kami berkongsi kehidupan, susah & senang, pahit maung ditempuh bersama.
Bukan mudah menempuh tempoh 4 tahun ini bersama insan lain dlm hidup kita. Walaupun insan lain itu bukan org lain krn Beliau lah suami saya, dan meskipun usia perkenalan sudah masuk tahun ke-10,namun perbezaannya jelas ketara.
Tempoh 4 tahun yg mengujakan, tempoh 4 tahun yg penuh momen indah, tempoh 4 tahun kami berkongsi suka duka suami isteri...tempoh 4 tahun suami saya mengambil alih tanggungjawab menjaga saya dari Ayah.
Meskipun Tuhan uji kami dgn dugaan menanti kehadiran cahaya mata, penuh sabar & doa, serta harapan yg x pernah putus utk memohon dan meminta hanya padaNya. Sehingga ke saat ini, saya bersyukur krn keyakinan saya masih 100% pada ALLAH. Kami berserah...
Ada org diuji dgn pelbagai perkara. Ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk, kita x minta tp Dia beri krn Dia tahu kita mampu menggalasnya. Yg kita minta x diberi, krn hanya Dia Maha Mengetahui masa yg sesuai dan terbaik utk kita terima anugerah drpdNya.
Maka, saya Redha, dgn serendah dan seikhlas hati saya terima ketentuan drNya.Tanpa putus asa berdoa dan bermohon, saya yakin dan pasti di suatu hari yg indah kelak, Dia akan makbulkan segala permintaan kami. Allah Maha Mendengar, serta Maha Pemurah.
Cuma saya mohon pengertian semua, utk memahami gejolak perasaan kami. Berhentilah bertanyakan soalan yg anda sudah tahu jawapannya. Bukan kami x mahu, tp Dia masih belum memberi, kalau la Anugerah itu boleh dibeli dgn wang ringgit di mana-mana shopping complex atau melalui online atau dari siapa-siapa, sudah pasti kami berusaha utk memilikinya walau semahal mana harganya. Sudah pasti!
Setakat hari ini, di 4tahun usia perkahwinan ini...saya sangat bersyukur krn suami menjaga saya dgn baik, bukan sekadar penjagaan fizikal ditatang bagai minyak yg penuh, malah perasaan saya juga tidak pernah diketepikan. Dia menjadikan saya sbg keutamaan dlm setiap tindak tanduknya. Dia menjaga saya sebaik Ayah menjaganya dulu, dia membelai saya bagai bayi. Sayalah baby girl kpd suami tercinta.
Saya sayangkan suami saya...seluas langit membiru dan lautan bergelora, kasih syg ini tak terungkap dgn kata-kata. Di hari raya nan mulia ini, 10 jari ku susun memohon keampunan dr mu atas segala kekhilafan.
Selamat Ulang Tahun ke-4, N.A.I.M.U.J.A!
No comments:
Post a Comment