Sunday, August 5, 2012

Salam Ramadhan di hari Nuzul Quran

Hari ni sudah masuk 17 Ramadhan. Kebetulan tarikh tu jatuh pd hari Isnin, maka bercutilah kami. Hari Nuzul Al-Quran merupakan cuti umum bg negeri Selangor, Perak, Kelate dan yg sewaktu dgnnya. Dato' yg bekerja di WP Putrajaya dikecualikan dari bercuti. Tp oleh sbb saya cuti dan kami merancang utk blk berbuka & bersahur di kg halaman Dato' tercinta, maka beliau dgn bangganya tlh mengambil cuti..nk jugakkk cuti kan..hihii

Kami pun ho ho blk kg sejak Jumaat mlm lg. Lps berbuka jer, terus chow chin chau.. Nk save quality time bersama family punye psl kan..haisss

2-3 hari bercuti, kami hanya berehat shj di rumah. Ptg td Dato' bw saya menziarah kubur arwah Mak. Al-fatihah, pejam celik pejam celik...sudah hampir setahun Mak pergi...:(

Teringat kenangan Ramadhan thn lps, saban hari berulang alik dr rumah ke hospital, berbuka dan bersahur ala kadar. Pengalaman beraya di hospital begitu menginsafkan. Sepanjang hidup saya selama hayat ini, tidak pernah terfikir bagaimana perasaan mereka yg beraya di hospital.

Selama ni, kita bermewah-mewah dgn pakaian baru dan juadah lazat di rumah...kita lupa berapa ramai insan yg kurang bernasib baik di luar sana. Berapa ramai keluarga yg tertunggu-tunggu nasib insan yg dikasihi masing-masing di katil hospital,yg beraya bersama keluarga masing-masing dlm keluh-kesah-sebak-sedih.

Thn ni, meskipun kembali beraya dlm keadaan normal dan seperti biasa keinginan melakukan persiapan raya menggebu-gebu, saya sentiasa igtkn diri...terapkn dlm hati ttg brp ramai insan yg kesusahan di luar sana. Mungkin kita x dpt membantu semua di atr mereka, ttp sekurang2nya dgn amalan berhemat kita akan sentiasa beringat :D

Esk, insyaAllah kami kembali ke KL. meneruskan baki Ramadhan yg kurang dr 2 minggu lg. Betapa pantas masa berlalu. Sedar x sedar, sudah sampai pertengahan Ramadhan.

Persiapan hari raya meskipun ala kadar tp masih ada yg kurang. Atau lbh tepat lg puasa ni kami masih belum shopping khas utk raya. Good girl, kan? ehe..

InsyaAllah minggu dpn..nk shopping ngn cikna di Jln TAR. haha..asik-asik cikna, asal shopping jer cikna..karena cikna lah teman seshoppingku sehidup semati. Ahaksss...


Salam Ramadhan di hari ke-17!


1 comment:

  1. adikk? bagaimana dengan adikk?

    bukankah adik jua teman shopping mu? haha :D

    ReplyDelete