Friday, August 23, 2013

ke London mencari almond > Part II

Alhamdulillah, lena tidurnya. Sempat lg kidnap toileteries hotel sbg kenang-kenangan.hehe...

Keesokan paginya, kul6 pg lg kami dh tercongok di lobi hotel menunggu bas utk membawa kami ke airport semula. Sewaktu check out, get ready jgk dgn credit card kot-kot pihak hotel akan caj kos bermalam tersebut,mane la tahu kan kalau-kalau berlaku slh faham ke..so mental prepare aje laa..tp x ada apa pun malah disediakan breakfast lg sementara tunggu bas sampai, tp kami x mkn la..was-was hehe.  

    Gate A110 flight CZ303 yg akan menerbangkan kami ke kota London!

Kul7 lbh lg kami dh sampai di airport and ready for boarding:) Sementara menunggu masa utk berlepas, sempat la saya meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Pada pandangan saya, canggih jugaklaa airport Baiyun ni..xdelaa sedaif yg saya bayangkan..hehe sorry ter'under estimate' pulak padehal negara China dh jd peneraju ekonomi dunia, apetah lg Guangzhou sbg Asia shopping heaven,maka kemudahan yg terdapat di lapangan terbang jauh lbh baik dr jangkauan. Cuma yg masih daifnya ialah smlm lepas trn dr flight kami menapak terkedek-kedek naik shuttle bas yg membawa kami ke terminal. Yg lain-lain, servisnya in average.  

Dari Guangzhou, kami naik airbus ke London. Jakun seh naik flight besar. Haha..rasanya last sekali naik airbus thn 2000 waktu pegi umrah dgn mak ayah. Lps tu asik naik kapalterbang murah Airasia jek. Hehe..jenuh mak jemah nk cari seat yg bernombor terakhir sekali tu. Rupanya seat kami kt belakang skali sebelah toilet. Letih mak tawaf kapalterbang tau! Haha

Perjalanan 13jam berjalan lancar. Cuma bosan tahap x boleh nk cerita je la tunggu nk sampai tu. habis segala movie tengok dari citer cina,hindi,omputih..dan semua lagu dgr termasukle lagu mandarin pun layaaan...x jugak sampai-sampai. Haha..lamanyaaa....lamaaaaaaaa!! 

Nasib baik berdua jer. Agaknya kalau travel ngn budak-budak,camnolah ye? Yg couple ni pun dh abes gaya duduk..dh puas duduk, mengiring, melunjur, tertonggeng dan segalanya tggu waktu landing.. Huhu..muslim meal yg disediakan pulak x memenuhi selera tekak ni..maka saya nekad bukak bekal sambal ikan bilis, mkn ngn roti. Kenyang. Haha..sepanjang 13 jam perjalanan, kami dibekalkan dgn 3x mkn. Ada yg saya boleh telan, ada yg saya tolak tepi. 

    Akhirnya!! Sampai jua di Heathrow Airport, London tepat jam 5.25 petang waktu tempatan. 

Kalau diikutkan waktu kami sampai tu dah lbh kurang pukul10.30 mlm waktu Malaysia dah laa..
Dari Heathrow Terminal 4,kami naik tube ke hotel penginapan yg terletak di Earl's Court. Terkial-kial jugak laa nk pahamkan route tube map ni.. 


Perkara pertama yg kami belanjakan menggunakan duit £ ialah dgn membeli Oyster Card berharga £5 dan topup £10 dalam tu...oyster card ni kire mcm Touch n Go la tp tambang dia kalo x silap lbh murah 40% dr printed tickets. Sekiranya x habis guna, sblm blk nnt bole return card tersebut dan dpt blk baki dlm kad dlm bentuk tunai. Bagus bukan? So,kire x rugi la kalau beli dan x habis digunakan. 

Route perjalanan dari airport ke hotel telah diteliti siap-siap oleh Dato' selaku pemandu pelancong yg cekap walaupun bertaraf amatur hehe..bkn senang tau nk study tube map dan ikhlas nk bagitau saya mmg fail nk paham bab tersebut haha..maka tugasan kami masing-masing ialah saya akan mencari dan menyenaraikan tempat-tempat menarik yg akan dilawati di negara yg dituju dan Dato' akan mengatur jadual perjalanan kami menggunakan tube, metro,bus dan yg sewaktu dengannya. Segala jenis application yg berkaitan contohnya London Tube dan Paris Metro Map awal-awal lg dh siap install dlm ipad. Cari application yg sentiasa boleh diakses walaupun dgn ketiadaan internet. 

Sampai di Earls's Court tube station, terkial-kial pula nk cari dan selarikan kedudukan hotel dari tube station dgn peta. Dgn sorang satu beg tarik dan satu backpack, maka menonong lah kami mengikut arah kaki mencari hotel penginapan. Nasib baik percubaan berjaya. Perjalanan pertama dari tube station ke hotel rs mcm jauh laa jgk...lenguh kaki, bahu,dan segala urat keting serta belikat menapak mencari hotel...

   Inilah hotelnya. Berkedudukan di tepi jln utama memudahkan kami menjumpai lokasi hotel ni. 

Easy Hotel. Mmg 'mudah' hotelnya semudah nama..haha. Sewaktu google senarai hotel,mmg agak sukar menjumpai hotel murah di London. Iyelah, murah cukup ler..watpe nk dok hotel mewah kalau sekadar menjadi tempat tidur aje kan..Easy Hotel ni pun £39 semalaman tau iaitu kira-kira RM200 utk hotel bertaraf 1*.. perghhh...hanya ada katil dan toilet dgn bilik yg super sempit. Nak solat pun cukup-cukup ruang je. kt situ la solat, kt situ jgkla jd tempat mkn..huhu rs mcm berada dlm kabin hokayy. Tak apelaa, at least ada ruang privasi diri sendiri kan tanpa perlu sharing bathroon dgn penghuni lain. Jenis penginapan yg banyaknya kt sini ialah stail ala-ala B&B (bed & breakfast).B&B ala-ala dorm pulak boleh plh nk dok berapa org sebilik,share bathroom dan berkatil double decker. Konsep mcm asrama gtu so mcm x best la pulak dtg berdua tp kne sharing-sharing ni, klo solo traveller ok je rasanya. Ada jgk survey Malaysian Hall, murah cuma kita hanya boleh stay max 2mlm dan ia juga tidak menyediakan bilik kelamin. Penghuni lelaki dan wanita diasingkan. Reject! Mara House pula ada blk kelamin, tp rate per person..so bila campur pun masih x memenuhi kriteria harga mengikut piawaian kami. Reject jgk! hehe.. Bila bc blog pun mmg lbh kurang sama la kisahnya...dan tanpa demand kami terima seadanya bilik yg sempit itu sambil-sambil membayangkan hotel mewah percuma 4* yg kami tidur mlm td di Guangzhou. Jauh bezanya, padahal China dgn London kottt... Hahaha! 


No comments:

Post a Comment