Thursday, August 8, 2013

Membazir makanan



  • Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik.
  • Rakyat Malaysia suka mengambil makanan berlebihan terutamanya ketika makan di restoran ataupun hidangan bufet.”Mereka berbuat begitu mungkin kerana malas mahu pergi semula makanan atau risau jika makanan akan habis sebelum mereka mengambilnya semula.”
  • Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap harikerana tidak dimakan.Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari.mstar
  • Perunding Marditech, Ahmad Zamzam Mohamed berkata negara kita sebenarnya sedang berada dalam satu krisis makanan dan rakyat perlu mengubah tabiat pemakanan bagi mengurangkan kesan daripada krisis tersebut.”Kita patut belajar untuk makan mengikut keperluan dan tidak memanjakan diri.”
Pls...love ur food. Berapa ramai isi rumah yg mengamalkan tabiat buang je makanan yg x habis dimakan. Masak banyak2, kemudian kesudahannya masuk dlm tong sampah. Pity of food. 

Ada bbrp tips utk pastikan makanan yg dimasak tidak menjadi santapan tong sampah: 

1) masak dalam kuantiti yg berpatutan. Berpatutan bermaksud tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Masa inilah istilah ala kadar sesuai digunakan. Berpatutan bukan juga bermaksud 'kedekut' nk masak byk2..tp kesian kan kt makanan tu kalo kene buang? 

Kadang-kadang benda yg sedikit itulah yg jd sedap sbb berebut-rebut..bila byk org x berapa nk heran sgt..xpe,byk lg..konsep menikmati makanan itu tak ada..

2) keupayaan mengagak 'kecukupan' makanan tersebut dgn kuantiti org yg nk mkn. Biasanya org mcm ni sentiasa ada plan B.contoh klo nk masak makanan utk hari raya pasti x dpt nk agak brp ramai tetamu yg dtg kn..so masak dulu dgn kadar berpatutan, klo x cukup sesuaikn dgn menu lain yg cepat dan ringkas utk dimasak, contoh mee goreng, mihun goreng,spaghetti dll. 

Saya tabik spring dgn Mak saya,dia cukup handal memasak dan ligat di dapur. Dia sentiasa ada plan nk masak itu nk masak ini..kalo x cukup makanan macamana..saya rasa tanpa emak huru hara laa dapur rumah kami. Mak cukup pantang membazir makanan. Mak suka masak di rumah utk elakkan pembaziran..tp tipulah kalo kami x pernah buang makanan lebihan yg dimasak, ada...tp dlm kadar yg minima utk elakkan pembaziran.. Siapa saya dan adik-adik skrg adalah hasil didikan emak di dapur. Nasi yg x habis ditanak jgn dibuang...buatlah macamana pun utk pastikn nasi x basi..lauk x perlu nk masak byk2,kesian sotong ketam udang kita beli mahal2 pastu membazir..konsep berpatutan sgt penting bkn ikut kehendak nafsu semata-mata..

Maaflah, saya mempunyai kesedaran sivik yg tinggi tentang isu pembaziran terutama makanan. Berapa ramai insan di seluruh dunia yg kebuluran laparkan makanan, jadi apelah salahnya kita belajar berjimat sbg tanda bersyukur dgn nikmat makanan yg Allah kurniakan mudah-mudah utk kita... Bayangkan makanan yg kita buang setiap hari di dalam tong sampah menjadi rebutan mereka yg kebuluran..di Afrika,Somalia,Uganda,Ghana berapa ramai lg umat manusia yg laparkan makanan:( 

Membazir itu amalan syaitan. Jgn hanya tahu dgr dan sebut, tp terapkan dlm hati. 

Salam Lebaran 1434H. 

No comments:

Post a Comment