Sunday, February 24, 2013

Jumpa si epal kicikk

Ahad tiba lg...hujung minggu yg paling dinanti-nantikan

Pagi sampai petang, kami bermalas-malasan di rumah sahaja...tgk tv, basuh baju, masak, makan, baring...seronoknya....;)

Petang menjelma...kami rancang nak g Alamanda jer. Malas nk jalan jauh-jauh. Save bajet di hujung bulan. hehe...

Alamanda merupakan satu-satunya tempat yg akan kami kunjungi kalau tiada plan ke mana-mana.
Best. Seronok. Feel.

Ada MPH. Lepak berjam-jam dalam tu pun x apa.
Dato' sukaaa, sbb dia boleh baca buku Doktor Umum.
Dh dkt nk khatam 1 buku kot sbb setiap kali pegi mesti dia membelek.
Saya buat hal sendiri la.
Baca majalah ke, xpun boring-boring saya keluar ronda Parkson sorang-sorang.
Hehe...

Tadi, buat kesekian kalinya masuk lg iMac City di Alamanda.
Dh jemu nk bertanya..
Asal tanya je habis...asal nak je xde...asal cari je x jumpa.
Sudahnya buat dono aje.

Sebelum keluar, saya mintak Dato' book kan ipad mini dambaan hati itew.
Bila-bila dh ada stok, call lah kami.

Tup tup abg epal tu ckp ade..yg saya nak tu ade..
Serius ada.

Hipp hip hooorayyy!!

Akhirnya,di hujung bulan yg menyedihan ini saya berjaya dapatkan apa yg diidamkan. (Menyedihkan laa sbb poket dh menipis. Haha)


Siap ada free gift lg dr Alamanda...hehe tq;)

Semoga kehadirannya membawa 1001 manfaat buat kami...

Saturday, February 23, 2013

Bila pilihanraya?

Selaku petugas SPR di tahun 2013, saya tertanya-tanyalah jugak bila agaknya PM akan umumkan tarikh pilihanraya tahun ni...

Hurmm...banyak perancangan tergantung dek krn ia..nk ke mana-mana pun susah sbb asal cuti sekolah je pentadbir pesan suruh standby...dah dekat 2thn akak standby nih...x jadi2 jugak..huhu

#Mood : tgh usha destinasi, tiket murah, hotel dll...rasa cm nk bercuti je redakan stressss.....

Friday, February 22, 2013

Permintaan Ayah

Suatu hari, Ayah menyuarakan hasrat teringin melawat ke Banda Aceh.
Nak menziarah kesan peninggalan tsunami dan sejarahnya. Jua negeri serambi Mekah di Indonesia.
"Carikan tiket airasia murah-murah"
Pesan Ayah.

Maka selaku anak saya taat dan patuh.
Airasia buat sale cepat-cepat terpacak depan komputer.
Carik tiket murah punya pasal. Hahaha

Harap-harap dapat bawa Mak & Ayah sekali lg
Ke destinasi permintaan Ayah.

Ke mana shj Ayahanda.
Akan anakanda turuti.

Panggilan dari jauh

15:56 hours
Dapat panggilan dari jauh
Mak call dari London
Gembira bukan kepalang

Sembang bukan main
Sempat kirim handbag Longchamp LM hehe...
Mahal Mak ckp..haha
Mcm bag makcik

"Dah tu...belikanlah coach"
Demand si anak..hehe

Tak mengapa, walau tiada apa dibawa pulang
Cukuplah kalian pulang membawa jasad
Cukuplah hati kalian gembira di sana
Cukuplah asalkan kalian bahagia

Semoga selamat pulang.
Kepulangan masih berbaki 11 hari lg
Huhu...lamanye :(

Manja dgn suami

Td topik hot cik-cik kiah dlm bilik guru.

Manja ke? hehehe...
of course, i'm his baby girl...ngeee~

Kusss semangat

Td pergi awal ke sekolah
Pelik. Hari Jumaat jam 11 sudah berada di perjalanan
Ada reharseal mesyuarat agung PIBG. gua kene jd MC daa...
Terpaksa pegi. Sambil mengomel comel. Uhh...

Lepas tol, mata macam terlepas pandang kejap.
Tetibe...nampak Polo kuning rapat dengan Vios gua.
Rapat sangat. Kurang dari sedepa.
Nyaris...ya nyaris eksiden td.

Cepat-cepat istighfar.
Astaghfirullahazim.

Tangan udah terketar-ketar.
Kussss semangat.

Wednesday, February 20, 2013

Untuk kamu yg sedang mengecap kebahagiaan

Kebelakangan ni selalu kedengaran berita gembira
Dari orang-orang di sekeliling saya
Si polan mengandung, si polan bersalin
Alhamdulillah, saya gembira mendengarnya.

Jgn tanya apa perasaan saya pabila disogok berita sebegini
Tak mengapalah, rezeki kalian maka saya tumpang bahagia
Rezeki kita masing-masing Allah tentukan berbeda-beda
Ada masa kita di atas, ada masanya di bawah karena hidup ibarat roda

Percaturan Tuhan tiada siapa yg lebih mengetahui melainkan Dia
Jgn tanya kami "bila lagi" karena kalau kami tahu bila pasti saat itu yg kami pilih dlm banyak-banyak masa yg kami ada...hanya saat itu.

Kalaulah rezeki Allah itu mampu dibeli, kami beli
Boleh dibayar, maka kami bayar
Harus dipilih, maka kami pilih
Kalaulah boleh...tapi siapalah kita, siapa kita utk mempersoalkan takdirNya.

Bukan sedikit perit yg kami tanggung
Kalian mengertikah?
Kaliah adakah di tempat kami?
Dulu sedih. Sekarang saya dah lali. Pasrah.

Hidup berkeluarga bukan semudah A,B,C
Org sekeliling hanya mahu melihat 'dia' ada
Seperti kita melihat kehidupan org lain
Seronoknya bila ada anak. Itu yg kita bayangkan.

Tapi pernah terfikirkah kita jerih perih sang ibu, susah payah sang ayah
Bersengkang mata, berhabis segala-galanya utk si anak
Seperti susah payahnya emak ayah membesarkan kita dulu
Siapapun x dapat bayangkan kesusahan itu, kecuali setelah kita melaluinya

Saya realistik kehidupan x seindah yg kita bayangkan
Bukan seperti dlm drama, atau yg kita lihat di depan mata
Tapi di sebalik apa yg kita nampak itu
Ada 1001 persoalan yg tidak terjawab

Maka bersikap adillah kamu dgn kami
Tlg doakan yg baik-baik utk kami
Seperti kami mendoakan yg baik-baik utk kamu
Utk kamu yg sedang mengecap kebahagiaan, kami pun tumpang bahagia.

Ikhlas, seikhlas hati dan serendah diri.





Friday, February 15, 2013

Pemergian

Hari ni Jumaat...saya masih bercuti dan berada di rumah...berehat-rehat, menonton rancangan kegemaran di televisyen, melayan FB, menyudahkan saki-baki Adam & Hawa yg masih x habis-habis. Tertinggal keretapi btol.hehe...

Rumah rasa sunyi je bila berseorangan begini. Seminggu di kampung, meriah dgn suara hilai tawa riuh rendah si anak-anak kecil. Berlari berkejaran bergomol berguling bergaduh dan sebagainya. Meriah.

Tapi hari ni rasa kosong. kosong. kosong...

Mlm td Ayah, Mak & Abdullah (Along) berlepas ke Cairo tepat jam 10 mlm. Manakala Iqbal & adik-adiknya telah kembali ke rumah masing-masing. Dato' pergi kerja. Sudahnya saya berseorangan di rumah melayan perasaan. Nak keluar rasa penat masih belum hilang lg. Maka menyendiri laa saya menerawang teringatkan kisah budak-budak kecik di rumah.

Terutama Along.

Naif orangnya. Nakal-nakal biasa tu normal la bg kanak-kanak seusia dgnnya. Saya percaya insan-insan terdekat dgnnya pasti merasai rindu yg sama. Dia petah berkata-kata, cerdik pelatnya. Dia comel, matanya menumpahkan rasa kasihan pd sesiapa yg memandang wajahnya. Keletahnya terbayang-bayang di alir mata. 3 minggu dia mengembara bersama Atuk & Nenek bertemu mata dgn Ayah & Ibu pasti menggamit kegembiraan mereka setelah 6 bulan terpisah. Tuhan, moga kalian sentiasa dlm LindunganMu.

Pemergian keluarga terdekat terutama mak & ayah pasti menerbitkan perasaan tidak kena pd anak-anak. Betapa besar impak kehadiran dan kewujudan ibubapa dlm diri anak-anak kerana apb mereka tiada, berada jauh...anak-anak merasakan dunia mereka kosong. Terasa sesaat pun x mampu nak berpisah. Bila berperasaan begini, saya teringatkan perasaan yg sama apabila mak & ayah mengerjakan haji kali pertama sewaktu saya Darjah 3. Di usia 9 tahun, ya...20 thn yg lepas.

Masih mentah umur anak-anak sekecil itu. Ditinggalkan emak & ayah selama lebih kurang 40 hari bersama saudara mara terdekat. Masing-masing terpisah, masa tu kami baru 4 beradik, saya & abang duduk asing-asing, dan adik 2 org lg tinggal bersama nenek. Tiap-tiap hari nak pegi sekolah pasti menangis. Blk sekolah menangis, mlm nk tdo pun menangis. Hujung minggu, br berkumpul adik-beradik di rumah nenek. Masa tu mak akan telefon dr Tanah Suci...berebut-rebut kami adik-beradik nk bercakap dgn mak.

Kemudian,5 thn lps mak & ayah pergi haji kali ke-2. Tapi masa tu saya dah matang, dh kahwin pun dan adik-adik dh besar. Kami dh boleh bawa diri sendiri. Perasaan sedih tu berkurang sedikit...namun tetap rasa kekurangan bila mak & ayah x ada dekat...Kalau umrah 2 minggu, masih rasa sekejap tp kali ni pengembaraan mak & ayah ke bumi Anbia lbh dr jangka masa umrah. Patut laa dada rasa sebak...

Memori. Memori apabila org tersayang berpemergian, jauh di mata...

ALLAH. KepadaMu ke berserah. Lindungi mereka Ya Rabb.

Thursday, February 14, 2013

130213

Happy Birthday to me!!

Usia ku genap 29tahun 2 hari lepas. Pejam celik pejam celik x sangka dh berada di penghujung twenties...sob sobb :(

Mcm biasa, reminder facebook menyebabkan bertalu-talu notifications harijadi di wall. Wahh..kalo xde facebook aganya dlm 50 org yg wish berapa org shj agaknya yg betul2 igt tarikh lahir org lain kan...TQ FB! :)

Alhamdulillah. Permulaan dan pengakhiran tarikh 13.02.2013 yg sgt baik buat kami. Hari tu kami sekeluarga bertolak ke KL bersama-sama namun melalui destinasi yg berbeza. Kereta pertama dinaiki oleh Ayah, Mak, Mardhiyyah & Abdullah manakala kereta kedua dinaiki oleh Abg Mat sekeluarga. Mereka ke KL melalui jln G.Musang manakala saya menyimpang ke Terengganu melalui jln pantai. Perjalanan ini juga sgt bermakna krn akan berangkatnya Ayah, Mak dan Abdullah ke Cairo pd mlm 14 Februari. Ya Allah...semoga Kau lindungi musafir kami...in sha Allah.

Saya & Dato' bermalam semalaman di K.Terengganu. Niat asalnya kami nk keliling pulau-pulau di Terengganu sementelah cuti masih berbaki beberapa hari. Tp atas bbrp sebab percutian disingkatkan jd persinggahan semalaman je. Jadilah tu..dpt tengok pantai, makan kepok lekor, minum air nyior, ke pasar payang...what an amazing day to me! Terima kasih suamiku sayang kerana membawaku jalan-jalan ke Terengganu cari kain batik..hehe

Namun di hari tua ku itu tetiba jer saya demam. Pelik, tapi benar. Nak kata umo br setahun dh tua bangka...masih demam. hahaha...
Tak mengapalah, kafarah dosa-dosa kecil. Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku...

Sudahnya, sampai2 kt KT, check in hotel, kua makan kemudian tidur berselimut jer dlm bilik lps mkn ubat. Berharap agar demam segera kebah. Alhamdulillah, bgn esoknya segar bugar sihat sejahtera...Maka, cergas la saya menjelajah ke pasar payang...haha dpt beli kain batik sutera..berkenan satu, tp ambik dua..lps beli dua..berkenan satu lg pulak...beli lg jadilah tiga..pokailah daku...huhu :(

Terima kasih utk semua ucapan hari jadi di wall fb, private message, hp dll...Saya doakan kalian juga gembira sentiasa :)

Jumpa lg di hari jadi ke-30...