Friday, February 15, 2013

Pemergian

Hari ni Jumaat...saya masih bercuti dan berada di rumah...berehat-rehat, menonton rancangan kegemaran di televisyen, melayan FB, menyudahkan saki-baki Adam & Hawa yg masih x habis-habis. Tertinggal keretapi btol.hehe...

Rumah rasa sunyi je bila berseorangan begini. Seminggu di kampung, meriah dgn suara hilai tawa riuh rendah si anak-anak kecil. Berlari berkejaran bergomol berguling bergaduh dan sebagainya. Meriah.

Tapi hari ni rasa kosong. kosong. kosong...

Mlm td Ayah, Mak & Abdullah (Along) berlepas ke Cairo tepat jam 10 mlm. Manakala Iqbal & adik-adiknya telah kembali ke rumah masing-masing. Dato' pergi kerja. Sudahnya saya berseorangan di rumah melayan perasaan. Nak keluar rasa penat masih belum hilang lg. Maka menyendiri laa saya menerawang teringatkan kisah budak-budak kecik di rumah.

Terutama Along.

Naif orangnya. Nakal-nakal biasa tu normal la bg kanak-kanak seusia dgnnya. Saya percaya insan-insan terdekat dgnnya pasti merasai rindu yg sama. Dia petah berkata-kata, cerdik pelatnya. Dia comel, matanya menumpahkan rasa kasihan pd sesiapa yg memandang wajahnya. Keletahnya terbayang-bayang di alir mata. 3 minggu dia mengembara bersama Atuk & Nenek bertemu mata dgn Ayah & Ibu pasti menggamit kegembiraan mereka setelah 6 bulan terpisah. Tuhan, moga kalian sentiasa dlm LindunganMu.

Pemergian keluarga terdekat terutama mak & ayah pasti menerbitkan perasaan tidak kena pd anak-anak. Betapa besar impak kehadiran dan kewujudan ibubapa dlm diri anak-anak kerana apb mereka tiada, berada jauh...anak-anak merasakan dunia mereka kosong. Terasa sesaat pun x mampu nak berpisah. Bila berperasaan begini, saya teringatkan perasaan yg sama apabila mak & ayah mengerjakan haji kali pertama sewaktu saya Darjah 3. Di usia 9 tahun, ya...20 thn yg lepas.

Masih mentah umur anak-anak sekecil itu. Ditinggalkan emak & ayah selama lebih kurang 40 hari bersama saudara mara terdekat. Masing-masing terpisah, masa tu kami baru 4 beradik, saya & abang duduk asing-asing, dan adik 2 org lg tinggal bersama nenek. Tiap-tiap hari nak pegi sekolah pasti menangis. Blk sekolah menangis, mlm nk tdo pun menangis. Hujung minggu, br berkumpul adik-beradik di rumah nenek. Masa tu mak akan telefon dr Tanah Suci...berebut-rebut kami adik-beradik nk bercakap dgn mak.

Kemudian,5 thn lps mak & ayah pergi haji kali ke-2. Tapi masa tu saya dah matang, dh kahwin pun dan adik-adik dh besar. Kami dh boleh bawa diri sendiri. Perasaan sedih tu berkurang sedikit...namun tetap rasa kekurangan bila mak & ayah x ada dekat...Kalau umrah 2 minggu, masih rasa sekejap tp kali ni pengembaraan mak & ayah ke bumi Anbia lbh dr jangka masa umrah. Patut laa dada rasa sebak...

Memori. Memori apabila org tersayang berpemergian, jauh di mata...

ALLAH. KepadaMu ke berserah. Lindungi mereka Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment