Happy Birthday to me!!
Usia ku genap 29tahun 2 hari lepas. Pejam celik pejam celik x sangka dh berada di penghujung twenties...sob sobb :(
Mcm biasa, reminder facebook menyebabkan bertalu-talu notifications harijadi di wall. Wahh..kalo xde facebook aganya dlm 50 org yg wish berapa org shj agaknya yg betul2 igt tarikh lahir org lain kan...TQ FB! :)
Alhamdulillah. Permulaan dan pengakhiran tarikh 13.02.2013 yg sgt baik buat kami. Hari tu kami sekeluarga bertolak ke KL bersama-sama namun melalui destinasi yg berbeza. Kereta pertama dinaiki oleh Ayah, Mak, Mardhiyyah & Abdullah manakala kereta kedua dinaiki oleh Abg Mat sekeluarga. Mereka ke KL melalui jln G.Musang manakala saya menyimpang ke Terengganu melalui jln pantai. Perjalanan ini juga sgt bermakna krn akan berangkatnya Ayah, Mak dan Abdullah ke Cairo pd mlm 14 Februari. Ya Allah...semoga Kau lindungi musafir kami...in sha Allah.
Saya & Dato' bermalam semalaman di K.Terengganu. Niat asalnya kami nk keliling pulau-pulau di Terengganu sementelah cuti masih berbaki beberapa hari. Tp atas bbrp sebab percutian disingkatkan jd persinggahan semalaman je. Jadilah tu..dpt tengok pantai, makan kepok lekor, minum air nyior, ke pasar payang...what an amazing day to me! Terima kasih suamiku sayang kerana membawaku jalan-jalan ke Terengganu cari kain batik..hehe
Namun di hari tua ku itu tetiba jer saya demam. Pelik, tapi benar. Nak kata umo br setahun dh tua bangka...masih demam. hahaha...
Tak mengapalah, kafarah dosa-dosa kecil. Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku...
Sudahnya, sampai2 kt KT, check in hotel, kua makan kemudian tidur berselimut jer dlm bilik lps mkn ubat. Berharap agar demam segera kebah. Alhamdulillah, bgn esoknya segar bugar sihat sejahtera...Maka, cergas la saya menjelajah ke pasar payang...haha dpt beli kain batik sutera..berkenan satu, tp ambik dua..lps beli dua..berkenan satu lg pulak...beli lg jadilah tiga..pokailah daku...huhu :(
Terima kasih utk semua ucapan hari jadi di wall fb, private message, hp dll...Saya doakan kalian juga gembira sentiasa :)
Jumpa lg di hari jadi ke-30...
No comments:
Post a Comment