Saturday, December 1, 2012

Ikan rebus

Td masuk Sogo supermarket cr groceries..
Masa nk byr queue ngn sorang pakcik
Lbh kurang sebaya ayah,nmpk muka mcm org Kelantan
Saya pandang sekilas,senyum hormat..

Dia beli ikan rebus..di Sogo. Hehe..
Comel.

Selepas byr saya perhatikan dia.. Berjalan berseorangan trn eskalator. Ke surau barangkali.

Teringat Ayah di rumah. Kalau ke mall, mesti masuk supermarket. Cari lauk kegemaran,tambah2 kalau x berada di rumah sendiri..

Ayah kalau ke Sogo mkn lauk ikan sardin kt food court.Sedap katanya,barangkali lauk itulah yg harga plg berpatutan. Iyela, sepinggan nasi bersama sayur sudah RM8.50...ape ke hal?sudah bole beli sekilo ikan di Pasir Mas. Haha..

Sekian cerita pakcik ikan rebus di Sogo.

Saturday, November 24, 2012

Heyy pencuri kasut, go to h**l...grrr!

Sabtu mlm lepas, Dato' kecoh cr kasut badminton beliau. Hilang. Gone. Missing.

Pelik tapi benar. Fikiran waras ku x boleh nk fikir macamana kasut yg diletakkan di atas rak kasut di dlm pagar rumah pun masih boleh hilang. Mula2 saya x nak la prasangka melulu x tentu hala, tp bila Dato' ckp 2 psg kasut dia hilang, maka mula la saya syak bukan2..Dua psg beb, sepasang umbro yg br beli dan masih berkilat, sepasang lg pierre cardin yg dh hampir nk lusuh..huhu

Mungkin...ada org masuk rumah semata2 nk ambik kasut lelaki je. Sbb kasut saya yg kuantitinya 5x ganda dr kasut Dato' tu masih selamat...hikhik.kasut2 saya disimpan di dlm rak kasut, manakala kasut Dato'yg hilang tu diletakkan di atas rak kasut lain. Ia regular usage, maka letak la kt luar senang nk capai. Tak tahu lah kalo ada org seberani itu masuk dlm pagar rumah dan ambik kasut,time kereta xde dan gate terbuka.. kemudian keluar cm biasa. Settle! Kurang dr 60saat apa pun boleh jd. Mungkin laa, Wallahuálam.

Tak baik berprasangka, tp x mungkin salah ltk sbb mmg kt situ la tmpt ltk nya. Kasut tu birthday present ke-28 Dato'..br je bli. kasut 1 lg yg hlg tu, kasut hantaran kahwin. Setiap hak milik Dato' ada makna sbb Dato' xkan bg saya beli benda sia-sia utk dia.. Oleh sbb itu semua brg2 Dato' ada kegunaaan, jadik bila hilang..mudah nk sedar. Berbeza dgn brg2 saya, x semua milik saya penting sbb saya suka simpan benda2 x penting..so kadang2 saya x sedar pun kalau ada brg2 yg hilang atau tersalah ltk, sedar2 dh jumpa blk.hehehe...

Kesian Dato', sekarang pakai blk kasut lusuh utk bersukan sementara nk beli yg baru. Tunggu sikit masa lg kita beli yek...Masalah Dato' Naim nih plak bkn boleh beli kasut yg sales @ clearance @ jualan gudang...nak new arrival saja. Maka kene la tunggu berduit lebih sikit..tp bini xpa pakai kasut less 50-70% pun orite..anytime boleh beli.sekali beli 3 psg pun ok.hehe..

Heyyy pencuri kasut, x kira siapa pun kamu...di mana kamu..bila masa kamu memakainya.. Yakin lah setiap perbuatan jahat itu balasan Allah pasti ada...hukhuk;)

WTH, WTfishhh.....

Friday, November 23, 2012

Birthday presents

Hari ni pegi sekolah,settlekan apa yg patut.Blk dr sek sempat la saya menyinggah di AEON Cheras Selatan kejap..Saje jenjalan abiskn wang poket.. Ahaksss mcm byk sgt duit poket punn...;p

Naik kt tingkat 1,ade bedding fair.Saya belek2 la cadar,comforter ape bagai..
pastu ternampak bantal Angry Bird, otomatik kepala otak dh igt bdk 3org janteyyy tu..hehe cm comel & sesuai utk d'org..

Pastu teringat lg,x penah bli kn present utk Irham kecuali ms dia br lahir..27/10 aritu besday Irham yg pertama..pun x blikn adiah.utk bdk kenit 3ketul tu mmg x pyh bg baju,seluar ape bagai..pakaian yg mak ayah d'org blikn tetiap minggu tu pun x abs pakai rasanye.pulak tu,demand semacam..mana bole bli bj sebarangan cap Jusco,koman2 bli kt Parkson kalo bkn Sogo..mmg x bleh blah.haha..

Maka terbelilah saya 3bijik pillow cap 'burung marah'..satu kerja usung,byr pastu dgn baik atinya g wrap skali.kata adiah kn,knelaa balut cantiks2 gtu..free wrapping service,klo kne byr..jgn harappp..haha

Tadaaa...!! 1 utk abg bai,1 utk abg mai dan 1 utk adik cham..(cehh x bleh blah ngn nickname mcm nama betul BAIzura, MAIsarah ngn Shamsiah jer..hoho)

Sekian khabar setelah 2 bln x update:D










Saturday, September 15, 2012

berakhirnya Syawal

Sibuk benar rasanya seminggu dua selepas raya ini. Hanya apb ada masa terluang beginilah, yakni blk kg br ada masa utk fikir dan muhasabah apa yg berlaku kebelakangan ini. Kalau kt rumah sendiri mana ada masa nk fikir mcm2 perkara, nk uruskan yg dpn mata pun sudah x cukup tangan. Haha, bunyi mcm ada anak 10 kt rumah kan.

Maksud saya, kalau kt rumah..mcm2 perkara yg lbh penting saya boleh buat selain duduk mengadap labtop 24jam. bila blk kg, lbh byk masa utk menyendiri so saya boleh buat mcm2 perkara yg saya x sempat nk buat kt rumah.

Minggu lps, saya ada buat jamuan mkn-mkn kt rumah sempena hari raya. Sesaje je, nk lpskn hajat mak yg bersusah payah dtg kl bwk satay frozen bersama kuah kacang serta rencah ramuan nasi dagang resipi beliau. hehe, sweet mak ayah ni...dtg kl naik kapal terbang,isi barang dlm kargo dgn kotak-kotak berisi barangan dapur. Apapun, saya hargai setiap titik peluh dan usaha serta wang ringgit yg keluar dr poket ayah serta handbag mak. Katanya belanje...hikhik.

Jamuan ringkas saja. Jemput jiran kiri kanan depan blkg, ajak clicks dkt sekolah, membe2 dan sedara mara berdekatan serta Dato' jemput kwn2 opis dtg. Tp menu special dr mak, nasi dagang kelate! sekejap saja sold out sampai tuan rumah pun x menyempat nk merasa.huhu.. menu lain, kak nori buat lontong (for the 1st time dan syabas krn menjadik!hihi) pstu saya buat laksa penang. hehe..kan dh kata jamuan ringan2 saja.

Lps jamuan kecil-kecilan tu, 2 hari kemudian saya diserang demam,batuk,selsema. pakej 3 in 1 lg. huhu.. mujur semalaman jer dan x sempat nk ambk mc pun tup tup...taraaa..!! esoknya dh sihat blk. Alaaa...x sempat nk dilayan mcm princess lg oleh Dato'..Dato' suapkan makanan, buatkan air milo..beli ubat..hehe apepun Amin, Alhamdulillah atas nikmat kesakitan dan kesihatan yg dikurniakan olehNya.

dan Syawal berakhir dgn momen-momen indah. InsyaAllah semoga ketemu lg di Syawal yg akan dtg...

Utamakan keluarga

Yes. Tajuk plg best yg difikirkan mlm ini.

Ada byk definisi keluarga sbg keutamaan. Namun terpulang pd tafsiran dan cara masing-masing bagaimana mereka mengutamakan keluarga. Setiap org mungkin berbeza cara & rasa, namun matlamatnya adalah sama.

Kita masing-masing ada cara dan kebiasaan sendiri. Usah menilai sesiapa. Siapapun kita, kita x layak.

# Ada mungkin byk benda yg saya x dpt nk bidas kata-kata sesetengah org. Bila difikirkan blk,kdg2 mereka yg berkata-kata itu x sempat nk cermin diri dia sendiri namun cepat benar mengecop org itu dan ini. Kasihan.

It's ok ,nevermind. Only God knows why.

Saturday, August 25, 2012

si gebu

Alaaa...rindunya kt si gebu ni. td talipon rumah pmas, dpt la bercakap kurang seminit dgn si gebu. lps tu dia dh masuk 'dunia' dia dh dgn si abg.

Che Tie : Hello Mal, watpeeee tu??
Imal : Che cue...!!
Che Tie : Che Tie laa...!!
Imal : Che cue...! che cue !!
Che Tie : Che Tie laaa.....!!
Imal : Che tie...che tie g ane?
Che Tie : Che tie blk umh ayh im la...
Imal : ayaaa...nk bayik (balik) umh ayh im dudakkk (jugakk) !
Che Tie : oyoyoyo....huhu :(

...lps tu,terus say bye! then dia masuk dunia power rangers dah. hurmmm...


Comel sangat kan si gebu nih?? huhu...miss u much much darlingsss...

mish u too bebeh

Tinnne gedixx...
Perkataan 'tinne' tu asalnya dr sebutan 'ore tino' dlm bhs kelate, tp bertukar sebutan 'tinne' oleh Iqbal. maka,kami semua adalah org tinnne termasuklah 2 org si gediks di bwh ini hehehe...


hai muyam melohs...rindu kt kak tie la tu upload gamba me. ahakss...

oklaa..oklaaa...mish u too bebeh ~

Friday, August 24, 2012

4 Syawal

4 Syawal 1429H bersamaan 4 Oktober 2008, kami diijabkabulkan.

Tahun ini,genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Terasa masa begitu pantas berlalu tanpa kami sedari sudah menjangkau 4 tahun kami berkongsi kehidupan, susah & senang, pahit maung ditempuh bersama.

Bukan mudah menempuh tempoh 4 tahun ini bersama insan lain dlm hidup kita. Walaupun insan lain itu bukan org lain krn Beliau lah suami saya, dan meskipun usia perkenalan sudah masuk tahun ke-10,namun perbezaannya jelas ketara.

Tempoh 4 tahun yg mengujakan, tempoh 4 tahun yg penuh momen indah, tempoh 4 tahun kami berkongsi suka duka suami isteri...tempoh 4 tahun suami saya mengambil alih tanggungjawab menjaga saya dari Ayah.

Meskipun Tuhan uji kami dgn dugaan menanti kehadiran cahaya mata, penuh sabar & doa, serta harapan yg x pernah putus utk memohon dan meminta hanya padaNya. Sehingga ke saat ini, saya bersyukur krn keyakinan saya masih 100% pada ALLAH. Kami berserah...

Ada org diuji dgn pelbagai perkara. Ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk, kita x minta tp Dia beri krn Dia tahu kita mampu menggalasnya. Yg kita minta x diberi, krn hanya Dia Maha Mengetahui masa yg sesuai dan terbaik utk kita terima anugerah drpdNya.

Maka, saya Redha, dgn serendah dan seikhlas hati saya terima ketentuan drNya.Tanpa putus asa berdoa dan bermohon, saya yakin dan pasti di suatu hari yg indah kelak, Dia akan makbulkan segala permintaan kami. Allah Maha Mendengar, serta Maha Pemurah.

Cuma saya mohon pengertian semua, utk memahami gejolak perasaan kami. Berhentilah bertanyakan soalan yg anda sudah tahu jawapannya. Bukan kami x mahu, tp Dia masih belum memberi, kalau la Anugerah itu boleh dibeli dgn wang ringgit di mana-mana shopping complex atau melalui online atau dari siapa-siapa, sudah pasti kami berusaha utk memilikinya walau semahal mana harganya. Sudah pasti!

Setakat hari ini, di 4tahun usia perkahwinan ini...saya sangat bersyukur krn suami menjaga saya dgn baik, bukan sekadar penjagaan fizikal ditatang bagai minyak yg penuh, malah perasaan saya juga tidak pernah diketepikan. Dia menjadikan saya sbg keutamaan dlm setiap tindak tanduknya. Dia menjaga saya sebaik Ayah menjaganya dulu, dia membelai saya bagai bayi. Sayalah baby girl kpd suami tercinta.

Saya sayangkan suami saya...seluas langit membiru dan lautan bergelora, kasih syg ini tak terungkap dgn kata-kata. Di hari raya nan mulia ini, 10 jari ku susun memohon keampunan dr mu atas segala kekhilafan.


Selamat Ulang Tahun ke-4, N.A.I.M.U.J.A!

Thursday, August 23, 2012

Kronologi seminggu

Assalamualaikum!

Dah berzaman rasanya x update blog usang nie..bila ada luahan perasaan,baru la teringat kt dia..pity u:(

Nak cerita pasal kereta baru, saya gelarkan ia sbg JLo (bkn nama sebenar) shj ye.. hehe

Hari ni genap sebulan dpt, tp br seminggu kami merasa menaikinya. 3 minggu yg lepas, ia tersadai bahagia di bwh porch di sebuah rumah di hadapan masjid. Terlindung dr panas dan hujan,asap dan debu. Ia masih suci di saat pertama kali kami menaikinya. Plastik pun ayah saya x buang, malah ayah dh siap 'mandikan' ia dgn tok guru dr Pondok Lubuk Tapah.Ayah dan Mak jaga ia dgn baik sehinggalah kami sampai mengambil alih tugas menjaganya. Mileage belum sampai 100km pun masa kami ambik.

Hari pertama, kami mandikan ia di sebuah car wash di Lemal. br berkilat kereta raya kami. Haha, konon...kereta raya la sangat. Sebenarnya,xde sekelumit niat pun nk jadikan ia sbg kereta raya. No WWW tu dh basi dh di Kolumpo nun. Skrg dh masuk WXF barangkali.. Tp apa nasib, brg br sampai kt tangan tuannya. dan mmg kami x rush nk cpt sgt pun. Wat rilex je la..Kebetulan dpt bln puasa, time dkt2 nk raya, maka 'ter'jadilah ia sbg kereta raya kami. Yg dibawa ke hulur ke hilir, yg setia menemani kami tanpa jemu...

Hari Selasa, ia dibawa berjalan-jalan blk ke kg Dato' di Selama,Perak. Ayah pesan, daki jln Grik elok2..jgn lasak2. Ia selamat sampai dgn jayanya setelah dato' bawa ia dgn berhemah sekali.Syabas Dato'!

Hari Rabu, sekali lg ia mendaki Bukit Sumpitan utk ke Grik semula, beraya di rumah saudara. dan ia pulang semula ke kg Dato' dgn gagah perkasanya, dr Grik ia singgah ke Baru Kurau sblm kembali ke Felda Ijok. Kereta berkilat dh jd berhabuk, berhujan, berpanas. Kesian ia...

Hari Khamis, mileage dh 700km++, kami hantar ia ke pusat servis di Taiping utk buat compulsory first service for 1000km. Dr jam 4 ke jam 5lbh kami menunggu di Customer's Lounge sambil Dato' menghirup white coffee sementara saya memilih hot milo.Ia kembali ke pangkuan kami setelah diservis bersama free car wash. Ia berkilat kembali.

Dari Taiping kami beraya di Batu Kurau lg. Hujan turun berkadaran sederhana, on the way back to home...Dato' melalui jln yg biasa dilalui. Tidak disangka jln tersebut dilanda banjir. Agak dlm. Tp xdelaa sedalam mana sbb viva masih dpt lps, mungkin paras air setinggi bumper dpn di bwh plat number. Jln yg gelap menghalang penglihatan kami terhadap paras air yg membanjiri jalanraya. Dato' redah saja. Bateri tiba-tiba menyala merah...saya risau. Lps selamat melalui banjir mini sepanjang 500m itu, nyalaan merah pd bateri terpadam. Tp saya ttp risau. Hati rasa x sedap.

Sampai rumah, br kami tersedar plat number depan tercabut, hilang entah ke mana. Plat number original UMW tuu...sayangnya. Kalau nk cari,mustahil dpt jumpa kecuali ada org ambil alih dan letak di tepi jln. mungkin kalau dpt blk pun dlm keadaan patah remuk berlumpur kot..ahh,tragis.

Saya x mau terlalu memikirkannya. Kereta, mcm tu laa..akan ada benda yg baik @ buruk berlaku pd ia. Saya mohon Tuhan lindungi ia dan org yg berada di dalamnya, lindungi ia dari segala bahaya, malapetaka atau kejadian yg tidak diingini...saya mohon org yg memandunya pun berhati-hatilah. Sama ada saya @ Dato', berhati-hati ye ;)

Sekian kronologi satu minggu cik JLo.

ohh sedihhh :(

SELAMAT HARI RAYA!

SALAM AIDILFITRI 1433H...

Maaf Zahir & Batin, Maaf Rohani & Jasmani.

Raya spt biasa shj,seiring dgn peningkatan usia hari raya dirasakan semakin lama semakin sederhana. Dh besar kan, turn menerima duit raya dh tukar jd memberi. Alhamdulillah sbb masih mampu memberi. Walau x banyak, tp seikhlas hati;)

Raya thn ni meriah jugakla sbb blk beraya di Pasir Mas bersama kelima-lima adik-beradik. Sejak besar ni,jarang adik-beradik dpt berkumpul bersama cukup korum, walau x ramai tp tetap riuh dgn gurau senda usik-mengusik...semuanya hampeh!! hahaha...

Saya nk sangkal sesetengah dakwaan yg mengatakan raya puasa di Kelantan x semeriah kt tempat lain. Ada saudara jauh-jauh pernah berkata begitu pada saya. Kesian kan, x pernah rasa jgn kata. Mmg kt Kelate xde rendang lemang apa bagai, malah kt rumah saya ketupat pun xde..harapkan jiran yg memberi je..tp ketiadaan tu x menggugat pun sbb masih ada berjenis-jenis lauk lg yg menjadi hidangan utama. Ada nasi dagang, nasi himpit, satay, bermacam jenis kuih tradisional Kelantan dan sebagainya..Xpelaa,yg ckp mcm tu pun mungkin sbb dgr pendapat dr org lain jgk...xleh nk salahkan dia..manusia ada pandangan masing-masing kan...terserah pd tafsiran sendiri.


Lengkap raya Cikgu Kamal dan Cikgu Asiah thn ini bersama 5 anak, 3 menantu dan 5 cucu. Gege gegok, riuh rendah, gegak gempita...Awesome!


Sunday, August 5, 2012

Salam Ramadhan di hari Nuzul Quran

Hari ni sudah masuk 17 Ramadhan. Kebetulan tarikh tu jatuh pd hari Isnin, maka bercutilah kami. Hari Nuzul Al-Quran merupakan cuti umum bg negeri Selangor, Perak, Kelate dan yg sewaktu dgnnya. Dato' yg bekerja di WP Putrajaya dikecualikan dari bercuti. Tp oleh sbb saya cuti dan kami merancang utk blk berbuka & bersahur di kg halaman Dato' tercinta, maka beliau dgn bangganya tlh mengambil cuti..nk jugakkk cuti kan..hihii

Kami pun ho ho blk kg sejak Jumaat mlm lg. Lps berbuka jer, terus chow chin chau.. Nk save quality time bersama family punye psl kan..haisss

2-3 hari bercuti, kami hanya berehat shj di rumah. Ptg td Dato' bw saya menziarah kubur arwah Mak. Al-fatihah, pejam celik pejam celik...sudah hampir setahun Mak pergi...:(

Teringat kenangan Ramadhan thn lps, saban hari berulang alik dr rumah ke hospital, berbuka dan bersahur ala kadar. Pengalaman beraya di hospital begitu menginsafkan. Sepanjang hidup saya selama hayat ini, tidak pernah terfikir bagaimana perasaan mereka yg beraya di hospital.

Selama ni, kita bermewah-mewah dgn pakaian baru dan juadah lazat di rumah...kita lupa berapa ramai insan yg kurang bernasib baik di luar sana. Berapa ramai keluarga yg tertunggu-tunggu nasib insan yg dikasihi masing-masing di katil hospital,yg beraya bersama keluarga masing-masing dlm keluh-kesah-sebak-sedih.

Thn ni, meskipun kembali beraya dlm keadaan normal dan seperti biasa keinginan melakukan persiapan raya menggebu-gebu, saya sentiasa igtkn diri...terapkn dlm hati ttg brp ramai insan yg kesusahan di luar sana. Mungkin kita x dpt membantu semua di atr mereka, ttp sekurang2nya dgn amalan berhemat kita akan sentiasa beringat :D

Esk, insyaAllah kami kembali ke KL. meneruskan baki Ramadhan yg kurang dr 2 minggu lg. Betapa pantas masa berlalu. Sedar x sedar, sudah sampai pertengahan Ramadhan.

Persiapan hari raya meskipun ala kadar tp masih ada yg kurang. Atau lbh tepat lg puasa ni kami masih belum shopping khas utk raya. Good girl, kan? ehe..

InsyaAllah minggu dpn..nk shopping ngn cikna di Jln TAR. haha..asik-asik cikna, asal shopping jer cikna..karena cikna lah teman seshoppingku sehidup semati. Ahaksss...


Salam Ramadhan di hari ke-17!


Tuesday, July 17, 2012

Travelogue Medan:Sogo!!

Last day @ Carolina Hotel. Kul10am lg kami dh siap-siap check-out, breakfast mengadap tasik dari koridor bilik (yg bestnye dpt mkn nasi belauk gulai ayam dlm kelongsong tuu) dan bersiap sedia menunggu feri dtg menjemput utk kembali ke Medan. Perjalanan blk ke Medan hari ni pasti mencabar mental dan fizikal huhu..



Sementara feri sampai, kami posing sakan buat kali terakhir di Danau Toba. Syg ngn view yg sgt cantiks..Kalau ada rezki InsyaAllah ketemu lg ;)





Goodbye Carolina Hotel. Selamat tinggal tasik yg tenang. Kami meninggalkan memori indah di Danau Toba setenang air yg mengalir...



Lbh kurang pukul 5 ptg, kami selamat sampai di Kota Medan. Flight blk KL mlm nnt jam 9.30, so ada masa lg utk kami ronda keliling bandar. Destinasi pertama, kami mintak driver Kijang turunkan kami di hadapan Masjid Raya. Raya means, masjid besar. So kami singgah solat jamak ta'akhir Zohor & Asar. Lps tu kami bergerak ke Istana Maimon, malangnye xdpt nk masuk sbb ada event ape ntah masa tu...so kami jeling-jeling je laa...xde ape yg menarik pun. Lps tu cari becak sbb nak g SOGO @ Sun Plaza.


Yeayyy...kaki kujejakkan jua di sini...

Dh lama saya dengar Sogo kt Indon ni tp x pernah jumpa. Hanya apb sampai di Medan perkataan Sogo ni cm glamer ckit. Oh ye byk mall yg terdapat di sekitar kota Medan selain drpd Sogo.Tp oleh krn keinginan dan nafsu serakah saya utk menjejakkan kaki ke Sogo Medan menggebu tinggi, Dato' usahakan juga utk saya sampai di sana...*wink wink*


Memandangkan masa mencemburui,maka saya membuat short visit shj di sekitar mall ini. Sempat le sambar handbag Guess cap Sogo ni walaupun duit juta-juta dh tinggal ribu-ribu. Tp serius murah je sbb lps convert dpt RM130++. Klo kt M'sia Guess 50% pun x dapek below 150 tau. murah.murah.suker.sukerr.hihii

Dh beli 1 item ni kira puas ati laa...br dpt kua dr mall ni, haha giler kejam kan...


Maka, mlmnya jam 9 lbh kami pun siap sedia utk boarding. Lucu...lps byr tax, duit Rupiah tinggal 1000 jer.haha...nk beli air pun x lps ni tp nsb baik penerbangan 55minit shj so kalo dahaga ke,lapar ke nnt kita mkn kt Restoran Tasik Idaman ajelah ye. huhu...dari jutawan dh papa kedana :(


Safe journey & sweet memories here;) Syukur,Allah permudahkan segalanya.

TQ 4 reading!

::END::












Travelogue Medan:Rempit di danau

OK,saya masih gigih berkongsi ceritera di Medan. bila belek2 blk folder album,byk cerita yg terkumpul.

Carolina Hotel sungguh indah. Hari ke-2 di Danau Toba, kami menyewa motor dgn Dato' sbg penunggang dan saya selaku pembonceng. Kadar sewa pun murah saja,sekitar Rp50-70k kalo x silap..mmg jimat sangat.

Dato' bergaya sakan bersama motor Honda sewaan beliau :)

Gambar kt bwh ni diambil di pekarangan hotel. Ms ni mntk extend bilik 1mlm lg.Rasa syok dok cni sampai extend bilik uu...nice view;)



Destinasi pertama kami hari tu, ke Pasar Tomok. Hanya mengambil masa 5min perjalanan dr hotel. Kami redah saja jln berpandukan map yg dibekalkan oleh pihak hotel. Mujur x sesattt dlm perkampungan Batak. hehe...


Mcm biasa, saya seronokkk bila dpt berbelanja...puas atiii hehehe


Lps shopping, perut pun berkeroncong. Maka menononglah sepasang suami isteri yg kelaparan ini mencari kedai makanan halal di kawasan berhampiran. Jumpa je, trus ngappp!

Setelah selesai melesapkan berjuta-juta rupiah, blk rest di blk kejap sblm keluar blk ptg nnt merempit ngn moto. Sebenarnya saya mencari Ambarita Village, iaitu perkampungan org Batak yg menjadi tumpuan pelancong...tp bila tgk signboard ni rasa lain mcm lah pulak...x psl2 kang ada 2 org jd mangsa kaum Batak ngahahaha...ape lg,pusing blk dan terus cabuttttt...

Okeh,selesai sesi bermotor ngn Dato'. Rasa mcm takjub sgt dpt naik moto keliling kampung kt tempat mcm nih. Pemandangan sekeliling ialah tasik nan indah. Besttt!!





Friday, July 6, 2012

Medan-Danau Toba

Ok,mlm minggu nan indah ini kita sambung blk travelogue ke Medan. Seriusss sampai skrg saya masih x boleh lupa desir angin alunan bayu di Danau Toba. kalo x krn sampai ke sana dgn tiket murah Airasia saya xtahu betapa indahnya danau tersebut...nama tu tau le, tp x penah nk feeling2 sbb tempatnya jauh kt Indon nuh kan.kalo Danau Tokban kt Pasir Mas gua tau la..hahha..


Ni pemandangan Danau Toba dkt nk sampai jeti.masa ni blum trn dr feri lg.feri dia tragis sgt,tp ok la..selamat sampai jgk. Barangkali ketragisan feri itu x tergugat dgn cabaran dan halangan yg bsr memandangkan air danau mengalir setenang-tenangnya.


Feri dari Jetty Parapat ke Danau Toba. Tambang Rp7000.


Kt atas feri, jumpa ini budak sgt cute. I love this mat salleh girl sbb dia comel giler...dia Pan Asian girl sbb mak dia Japan n ayah dia warga apa ntah. bahasa percakapan yg tidak difahami. tp gelagat mereka sgt comel!feri berhenti sekejap je dkt pit stop kami iaitu Tuk Tuk.mujur sempat trn besama gegirl ini sekeluarga. ape daa d'org x bgtahu ape pun dh sampai mane ke ape.igt kami penduduk setempat kt cni ke.mujur saya dh buat research dan dh tgk hotel ni kt internet. knl le jgk tempat dia mcmana..:) *membebel*


Carolina Hotel,Tuk Tuk. 2 nights accomodation for only Rp.150 000. murah kan dgn lokasi yg sgt cantik,betul2 kt tepi Danau Toba. ptg2 boleh lepak tepi tasik mencari ketenangan.kelassss!!






Tgk tu, menyampah x menyaksikan aksi Dato' dan Datin yg berlagak poyo.maklum le,kt umh xde balkoni :D

Facilities sume lengkap dlm setiap blk kt hotel ni kecuali xde econ dan tv je. oh ye,utk pengetahuan cuaca kt sini mmg sgt2 sejuk, xde econ pun masih berselimut kesejukan dan tv mungkin kurang digunakan kecuali klo mereka yg dtg tu peminat sinetron akan berasa sgt ralat kot ;p


Hotel Carolina Tuk Tuk,very-very recommend! kami keluar mencari rumah makan in walking distance jer dr hotel. Di pertengahan jln, kami nyaris dikejar anjing namun kami terselamat. Anjing2 sgt byk berkeliaran di sekitar kawasan hotel, dh jd haiwan peliharaan mereka kot,lgpun penduduk kt sini 80% berketurunan Batak. haaa,Batak... ape? Batakkk... *cuak*


Nasib baik,kami jumpa rumah makan muslim berhampiran dgn hotel. Lauk ape yg ade, mkn saja. dan Dato' mcm biasa x cerewet dan mkn dgn berselera seolah-olah beliau sedang menjamu selera di Red Wok Bangi. Bismillahirrahmanirrahim...inilah hidangan mkn t/hari kami pd jam 5 petang. No wonder rasa kebulur!



Selesai mkn, kami menikmati keindahan remang senja di tepi tasik. Xde nk jiwang2 sgt la..hehe. Masa ni br pukul 6.00pm waktu M'sia tp dh masuk waktu Magrib. Waktu di Indon kan awal sejam dong!


Seriusss cool,beb...

Esoknya,lps solat Subuh cpt2 saya ajak Dato' trn bawah semata-mata nk tgk sunrise. Ya,sunrise di Danau Toba. Excited!


View dr bilik. Mmg terbaik bilik dia sbb betul2 menghadap tasik.Kalo tgk sunset dr bilik pun boleh. Tp saya x puas hati,saya ajak Dato' turun. Terhoyong-hayang beliau trn lantaran kemengantukan. hehe...






Subhanallah! indahnya ciptaan Ilahi. saya terkagum sendiri. Bertuah krn berada di sini,menyaksikan ketidakterbatasan ciptaan Ilahi.Indah di mana jua...






Akhirnya...sang mentari memancarkan sinar, menerangi seluruh alam semesta. Gambar dirakam menggunakan digital camera Olympus, 14.0 megapiksel. Takjub x? hehe... Walaupun camera saya berpiksel rendah,bkn DSLR..xde copong2 bagai,tp saya bangga dpt menyaksikan dan merakam detik-detik indah ini di hadapan mata sendiri. Allahuakbar!



Hoyyehhh!! Gud Morning Lake Toba. Tgk Dato' dh x mengantok. hehe...

*bersambung*