Wednesday, May 14, 2014

Andai itu takdirnya

Semalam...sepupu terdekat ayah saya meninggal dunia akibat kanser kolon. Masih muda. Di usia 37 tahun. Penyakit yg pd awalnya disangkakan gastrik itu rupanya adalah sel kanser yg telah mencecah ke tahap 4. 

Pemergian arwah terlalu cepat. Terasa br smlm kami adik beradik menziarahi beliau yg terdampar lesu di pembaringan. Terasa baru smlm kami menyambut Aidilfitri meriah bersama-sama. Mujurlah, sempat kami menziarah di saat arwah terlantar sakit. Sungguh tak dapat dibayangkan bagaimana andai kita berada di tempatnya. Bergenang air mata, mengenang nikmat kesihatan yg serta merta Allah tarik. 

Antara nikmat kesihatan dan kekayaan, jauh berbeza bagai langit dgn bumi. Tiada galang gantinya kekayaan yg melimpah ruah andai kesihatan menjadi pertaruhan. Ya Allah, ku pohon nikmat sihatmu agar daku mampu berkerja meskipun harus membanting tulang memerah keringat utk mencari rezeki. Asalkan dikurniakan kesihatan yg baik dan berpanjangan. 

Jaga diri. Take a good care of yourself. Please...

Al-fatihah. 

Absolutely true.


Kita tak tahu apa yg Allah telah rancang utk kita. He's the great planner. Just believe in ALLAH. 

Sunday, May 4, 2014

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar

Alhamdulillah, 2014 bermula dgn berita gembiraa...I'm pregnant!! Awal Mac hari tu Doktor sahkan saya mengandung 5minggu. Subhanallah, dlm keadaan yg betul2 tak disangka ia datang menerjah. Sungguh, saya terkejut. Alhamdulillah, syukur sgt2 penantian kami selama lebih 5 tahun insyaAllah akan menjadi kenyataan.

Masa mula2 menerima berita gembira ini, perasaan excited mmg x dpt digambarkan. Tapiii, saya sentiasa beringat. Bersedia dgn segala kemungkinan. Awal2 lg ni mcm2 benda boleh berlaku. Semuanya dgn izin Dia. Saya hanya berdoa memohon yg terbaik dariNya. Semoga Dia jadikan hajat kami suatu kenyataan.

Jika ditanya apa ikhtiar yg saya buat, macam-macam. Kami sudah pergi jumpa pakar perbidanan, berurut, ubat subur, pembedahan laparoskopik, biodex, dan baaaanyaaaak lg. Sehingga ke satu tahap, saya dan suami memilih utk redha shj. Berserah semata-mata kerana Allah. Tiada lg perasaan sedih mendengar berita gembira drpd kaum keluarga dan rakan taulan yg saban tahun mengandung dan menerima org baru... Perasaan itu kami ganti dgn perasaan gembira dan teruja...sambil berkata pd diri sendiri..."biarlah, itu bahagian mereka. Rezeki masing2 Allah dh tetapkan. Dia dh beri byk utk kami sehingga tak terhitung. Nikmat rezeki ni sebenarnya hanyamenjadi rahsia kita dgn Allah. Saya redha dan syukur..." Maka hati rasa tenang dan jiwa kembali tenteram. Tiada langsung perasaan cemburu melihat kebahagiaan dan kegembiraan org lain, malah kami turut sama berkongsi kegembiraan itu.

Selama itu juga, kami berusaha jgk selagi termampu. Saya percaya pd ketetapan rezeki, bila saat apa yg kita minta itu bukanlah saat terbaik utk kita, maka Dia tangguhkan dulu keinginan kita. Percaya pd percaturan Allah pasti lbh baik dr perancangan kita.

Kemuncak kpd usaha kami, Feb 2014 apabila Mak, Ayah dan adik-adik saya ke Mekah menunaikan umrah. Saya kirim doa dgn niat seikhlas hati..Semoga doa dari insan yg plg mustajab iaitu ibu bapa kita di tempat yg plg mulia dimakbulkan Ilahi.

Alhamdulillah, benarlah doa Ibu itu makbul. Tiada hijabnya. Genap sebulan Mak Ayah saya balik dr umrah, saya disahkan mengandung. Terimaa kasih semua. Ini jua berkat doa kalian. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

Doakan saya baik-baik shj. Alhamdulillah skrg dh melepasi trimester pertama. Segalanya terasa dipermudahkan. Saya langsung x mabuk, pening, loya, muntah dan tiada alahan. Sikit-sikit dan kadang-kadang ade laa..tu pun masih terkawal dan mampu bekerja seperti biasa. Cuma selera makan shj on & off. Alhamdulillah, 'dia' langsung tak menyusahkan saya. Mungkin 'dia' faham betapa susahnya kami utk mendapatkan 'dia'.

Suami? Saya rs dia lah org yg paling gembira di abad ini..:D Sifat mithalinya semakin terselah. Dia rajin masuk dapur, cuci pinggan mangkuk dan sental periuk kuali. Lauk pauk basah, dia beli, sekali dgn pakej basuh dan simpan  dlm peti ais siap2. Saya tukang masak aje. hehe. Terima kasih suamiku...

Sekali bila saya fikir kekurangan sendiri, saya terfikir blk berapa ramai lg kawan2 di luar sana yg masih sabar menanti. Semoga kesabaran mereka terbalas dgn kegembiraan. Yg penting jgn putus asa berdoa, berdoa, berdoa dan meminta dariNya. Dialah Tuhan Yang Maha Memberi dan Maha Mengasihani.

Terima kasih Ya Allah utk segala nikmat ini.

#prayforthebest. Ameeen.