Friday, November 20, 2009

dulu lain...skrg lain.

Aku mencoret lg,di tmpt yg sama dgn coretan sblm ini...hujan yg agak lebat diikuti guruh berdentam dentum tiba2 mengilhamkan aku sesuatu...

apa yg menjadi sesuatu itu?ntah laa...sst yg aku sndiri x pasti.saat ini kurasakan semangatku semakin hari semakin berkurangan...hlg melayang ntah ke mana...aku xtahu hala tuju hidupku kelak berkaitankah dgn apa yg aku lakukan skrg...maksudku,keputusan yg kuambil untuk menyambung pengajian sarjana 2 thn lps...dulu aku merasakan aku mampu memikul segala beban yg mendatang..tp kini,perlahan demi perlahan perasaan itu terhakis dek rutin kehidupan yg sentiasa diburu waktu...

dulu lain,skrg lain...dulu aku full time student,so of course masa ku byk dihabiskan dgn pelajaran. aku x kisah bergelumang dgn tugasan atau paper work atau peperiksaan,tp kini aku dh bekerja. w'pun org kata kerjaya sbg guru sgtlah rilex,aku pun x pasti di mana rileksnya t/jwb itu.sbb hari demi hari pelbagai tugasan yg menanti hingga ia sedikit sebyk menghakis tumpuan ku pd pelajaran.kalau ada pun ms,rs ingin berehat shj bersama keluarga meredakan sgl tekanan yg ditempuhi setiap hari.keadaan ini menyebabkan aku rs t/jwb yg satu itu terabai tp hnya perasaan yg kurasakan.selebihnya,aku x mampu bertindak utk menangani mslh seumpama ini.kurasakan seolah2 bagai satu bebanan dgn apa yg aku lakukan kini.kadangkala juga aku terfikir andai aku lpskan peluang bljr ini dan aku akan merasa tersgt legaaaaaa............

tp,kelak tindakan ku itu tidak akan menyebabkan aku rs menyesalkah?

aku khuatir esk2 aku menyesali dr sendiri krn melakukan tndkn yg slh...peluang ini sudah ada di dpn mata dan aku hnya mengemudi peluang ini ke arah kebaikan...

aku ingin sentiasa bersikap positif.aku ingin jd kan kekangan masa yg kulalui kini sbg suatu cabaran...aku mst bijak meraih segala peluang yg terbentang di dpn mata w'pun kadangkala kurasakan aku hampir tersungkur.oh Tuhan...hnya Kau yg Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat di hati ku saat ini.smg sgl niat ku dipermudahkan olehMu Ya Allah....

Monday, November 16, 2009

Selamat Berjuang!

16 Nov 2009: hujan renyai2,hari ni aku kua awal ke tmpt kerja.dlm perjalanan,hujan bertukar jd lebat yg amat.aku memandu perlahan sang kancilku DAT 224, kenderaan kesayangan ihsan drpd ibu bapa tercinta sejak zaman bljr lg.syg kt keta ni nih..sentiasa besama di sisi,xpernah menyakiti.ke mana2 pun aku angkut dia...dr tg malim - pasir mas, dr p.mas - kl, dr kl - johor, dr johor blk p.mas. Ialah teman setia di sisiku dr dulu,kini dan selamanya...huhhh!erm,setakat ni blum terfikir utk tkr keta lain lg.mungkin dlm tempoh sethn dua nnt bla smpai masanya keta itu harus kupulangkan kembali kpd yg berhak.

Destinasi pertama ialah UPM.ada niat di hati ini.....tp malangnya,dlm keadaan hujan renyai2 yg kdgkala lebat itu membantutkan hasrat di hati...alih,aku ke library je.membaca paper smbil tggu masuk waktu zohor.pukul 2 aku harus berada di SMK Bandar Damai Perdana...ada taklimat pengawasan SPM 2009.thn ni,aku ditugaskan utk menjadi pengawas peperiksaan buat kali ke-2.kali pertama,pengawas PMR pd bln okt ari tu.xpelaa,t/jwb ni aku pikul seikhlas hati...tanpa terlalu byk rungutan w'pun cuti raya haji hanya 4hari..huhu

Setibanya di sek berkenaan,kami dijamu hidangan ringan terlebih dahulu sblm memulakan agenda.aku mkn mihun goreng yg disediakan besama kwn2 yg br kukenali.inilah bagusnya klo bertugas di luar sek,dpt knl ramai kwn br.hmm,mmg btulah pepatah mengatakan "jauh berjalan luas pemandangan."Selesai sesi welcoming,kami naik ke blk mesy dan memulakan agenda pd hari ini.mesy selesai kira2 jam 4.30 ptg.

Aku berkira2,smpt lg klu sggah bli brg jap.sementelah dlm perjalanan nk ke sek @ blk ke rumah terlalu byk tmpt feverit ku yg harus kutempuhi.ade carrefour bdr tun hussein onn,jusco cheras selatan n kt dpn jusco pun ade econsave.aiseeyyy,ni laa kelemahan hidup d kl nih.terlalu mewah dgn shopping complex..bersepah2.huhu..aku berkira2,mau sggah di manakah?hehe...ade niat x baik dlm ati.klu ore kelate kato,nok ngularrr....ahaha.alah,sepatutnya hr di mana ada taklimat, atau meeting atau apa2laa x pyh nk g sek dh.tp PK tu strict sgt...nk soh punch in and out jugek. uhhh,jeles laaa tue....last2,aku plh tmpt yg plg kck skali iaitu econsave.spy ms dpt dijimatkan. lgpun nk bli brg ckit jer...bkn nk window shopping pun.hehe,wajar x pertimbangan ku kali ini?

kira2 jam 5.10p.m,aku selamat smpai d sek perimbun terchentaa...dan punch in 2min kemudian.selesai keja di pejabat,aku bergegas ke blk guru...sengeh2 masuk n buat keje ape yg ptt.

kul 6.40 pm, kringggg.............dan aku pun cpt2 balik sbb suami terchentaa sdg menunggu di rumah...blk pun hujan gak,tp renyai2 je laa...

Good Luck to all SPM candidates...Selamat berjuang!

Monday, November 9, 2009

Dia........

Kita seringkali bertanya kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu.
Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu.

Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Friday, November 6, 2009

isteri yg ditinggalkan...

mlm ni aku keseorangan,ditinggalkan lg.

hubby ke port dickson mggu ni,menjalani kursus selama 4 hari JER....huhuhu.hr ahad nnt dia blk laa...utk itu aku mengambil peluang & kesempatan ini besame kwn2.t/hari smlm,aku same2 mengusung beg dgn suami.bezanya,destinasi kami.dia ke PD tp aku g sekolah.mlm tuh plak tumpang tdo umh k.syaf sementara suaminya juga sdg berkursus.inilah persatuan isteri2 yg ditinggalkan.huhu..

hjg mggu yg menyedihkan.tanpa suami di sisi utk diajak ke sana ke mari.

nsb ade kwn.so aku plan utk to spend my weekend at na's house.hurm,si dia ialah teman ku meronggeng.ahaaa...sementara na masih solo,kan na kan kan kan??ehehe...

keseorangan menanti na nih..g dating rasenye.hehe...sekadar ckit utk diceritakan.yg lain2 tu,off record.hehe...

Ahad.blk laa suami terchentaa.smg selamat perjalanan pergi & pulang serta apa jua yg dilakukan.kemudian,isnin ke JB plak.ade diajak ku pergi skali.menemaninya kepergian sepanjang perjalanan.nnt laa,ku pk2 dahulu.ape alasan nk mntk CRK nnt.1hari je.selasa blk laa.. tgklaaaa,klu rs nk release tension yg amat aku pegi laa..klu x aku tggu kt umh jer..x ksah dh skrg ni.biasa laa tue..ditinggalkan dan meninggalkan adalah lumrah biasa dlm perjalanan hidup kita semua...aku kalis kini.

hmm,mlm semakin larut.tp mata ku masih blum mahu terkatup.

selamat mlm.sekian cerita isteri yg ditinggalkan...

Monday, November 2, 2009

Menatap Matamu


Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selalu ku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat di hatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkan ku lepas walau sedetik pun

Sunday, November 1, 2009

kidal hebat!

hehehe...best x tajuk?

bg org kidal,bunyi mcm best jek...

tp utk org normal (i mean, right handed person), post ni x best laa kot sbb xde kne mengena ngn diri msg2..(kan mc yam kan kan..hehe)

post kali nih aku nk share ttg keistimewaan org2 yg dilahirkan kidal...

aku slh seorang insan 'istimewa' yg kidal orgnye...dlm keluarga kami hnya aku n mak yg menulis menggunakan tangan kiri..yg lain2 tuh,iaitu ayah,a.mat,ijat,mardiah n maryam sume menulis pkai tangan kanan...termasuklaa hubby ku terchenta...actually,bkn aktvt menulis jek...kebykan keje2 yg dilakukan lbh dominan menggunakan anggota sebelah kiri...knp jd mcm tu ekk?

Mengikut kajian saintis, kidal terjadi kerana pengaruh otak, iaitu apabila otak kanan lebih dominan dan menyebabkan ia akan mengawal fungsi badan sebelah kiri sekaligus menjadikan orang terbabit kidal, dan begitu juga sebaliknya.

Dominasi otak kanan lebih kepada perkara dan minat seperti muzik, seni, fantasi, kreativiti dan GENIUS! (hehe..). Maka tidak hairan kebanyakan tokoh, artis, pelukis hebat dan tokoh korporat terdiri daripada orang kidal.

Sebagai bukti, ramai orang kidal berjaya dalam karier masing-masing seperti angkasawan pertama, Neil Armstrong, Bill Gates (ahli perniagaan), Henry Ford (pencipta kereta), Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo (pelukis), Pierce Brosnan, Brad Pitt dan Angelina Jolie (pelakon) serta Mozart (pemuzik).

Tidak ramai org yg dilahirkan kidal, sekaligus menyebabkan byk peralatan terutama utk kegunaan harian lbh didominasikan org yg menggunakan tangan kanan.W'pun menjadi golongan minoriti ttp org kidal tdk sepatutnya berasa rendah diri krn selayaknya boleh dianggap sbg satu kurniaan istimewa disebabkan tdk ramai spt itu.

Apa yg nyata, org kidal masih mampu menjalani kehidupan scr normal dgn menggunakan alat yg dicipta oleh org bertangan kanan w'pun sesetengah mereka berasa kekok.hmm ikut pengalaman sndiri dulu2 ms zaman sek aku slalu alami kesukaran menggunakan kerusi bermeja yg slalu digunakan time exm tuh..sbbnya,kerusi tu mmg dicipta utk org yg menulis pkai tangan kanan, so klo org pkai tangan kiri yg guna ia dh jd x praktikal sbb menyusahkan! akibatnya, kta akan rs kekok dan lenguh nk menulis disbbkan benda tu xde penahan siku sebelah kiri...sape2 yg penah melaluinya mmg akan rs lah kesengsaraan itu...

Menariknya psl artikel yg aku bc nih..terdapat sebuah kedai yg menjual peralatan khusus utk golongan kidal yg terdapat di Left-Handed Convenience Sdn. Bhd.,New Wing LG, One Utama Shopping Centre Damansara. Antara barangan yg dijual ialah gunting, pembuka tin, pengupas buah, pensil, pen, pembaris, pengasah dan pemegang pensel, pisau, jam, buku nota dan cawan yg mana semuanya direka khas utk org kidal. Sekali pandang, semua barang itu tdk ada bezanya dgn produk sedia ada ttp hakikatnya semua barangan berkenaan diimprort scr terus dr AS dan UK.

Begitulah...org kidal tdk seharusnya berasa terpinggir krn sememangnya ada aksesori yg dicipta khas bg memudahkan penggunaan spy tdk berasa kekok lg.

aku x penah smpai lg kt kedai ni..bc artikel dlm Metro Ahad ari nih jer...tp dh bgtau hubby dia ckp nnt kta g..aku assume hubby dh janji laa tu kan kan kan...hehehe.nnt la klu 1 day nnt aku smpai kt sane aku share lg ekk...

Anyway, kidal mmg hebat! hehehe=p