Monday, August 4, 2014

Mengapa tak digalakkan upload gambar bayi baru lahir?

Apa salahnya?? Penat kendong ngusung ke sana ke mari 9 bulan. Meneran nak putus urat, kena lah tunjuk kat orang yang kita superwoman dah beranak kan.. Lagipun kawan fesbuk nihaaa dok mintakk je nak tgk gambar. 

Sabar. Dengar dulu tuan puan. 

Baby dalam pantang ni dia sangat fragile. Kena extra care. Bukan nak kata bila upload gambar tu orang nak sihir (sekarang ni kan zaman tok bomoh moden; bak mai gambar fesbuk si polan si polan tu je). Yang ditekankan adalah dua; ain dan ummu sibyan.

Ummu Sibyan iye adalah jin yang suka nau dengar baby menangis. Jd penyelesaian nya kita azankan di telinga bayi setiap 5 waktu. Oh sebab nak halau ummu sibyan ni jugak lah kita kena azab iqamat baby baru lahir tu.

Tutup ceritaa Ummu Sibyan.

Yang seterusnya ain. Bahasa arab tu; ainun (mata). Apa kena mengenanya dengan newborn? Kita upload, ada mata yang melihat. Mata yang melihat ni (audiences) ada pelbagai isi hati. Mulot puji comey nyaaaa tapi dalam hati mengeji kata hidung penyek la mata sepet lah etc.

Lagipun dunia alam maya ni kita puji dari jauh. Tangan nye menaip cakap omeyy tapi mulut kat sana dok ngumpat dgn kawan sebelah; jangan laaa budak ni ngikut perangai x semenggah mak nye! Ataupun sebelum tu si pemuji ngumpat menda lain lpstu tgk gambar baby tu. Dikhuatiri perangai x elok tu terkena pada bayi (ini penerangan yang saya faham lah)

Juga ada ain jin jugak lah. Datang ganggu bagi nangis melalak je x henti-henti. Bagi nekmak x mau, dodoi pun x mau. 

Bukan x boleh nak upload. Tu semua atas penilaian masing2. Upload at your own risk kata omputeh nya?

Penyelesaian nya. Pertama pasang bacaan ruqyah. Part ni sungguh. Saya percaya. Setiap kali anak2 saya mengamuk mcm extra energy sikit saya dah syak la ada gangguan makhluk halus. Pujuk sekejap diam then meraung x hengat balik. Bila dah pujuk dia diam saya pasangkan ruqyah dari henpon je. Terus lena tido! 

Yang kedua, setiap kali orang puji, kita letak tangan kanan atas kepala anak, taawudz dan berdoa dalam hati Semoga anak ini dilindungi Allah daripada bahaya.

Update: saya pun tak tahu bacaan taawudz tu macam mana.Ni baru google. Bacaan taawudz tu adalah : 

“ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” :  aku berlindung diri kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk

Yang ketiga, bila anak mengamuk x hengat tu, bagi mandi dengan bekas air wudhuk ibu (yang beserta doa)

Untuk amalan elak gangguan; setiap malam baca surah al Ikhlas 3 kali. Setiap kali habes surah kita hembus di ubun2. Bacaan yg last tu kita hembus dari ubun2 ke kaki. 

Ini yang saya baca dari sini: link

Satu ilmu baru untuk saya. Mungkin untuk korang juga. Penilaian saya, baby dan orang sakit sangat lemah. Mudah sangat terkena gangguan. Jadi kalau ada anak2 yang baru lahir, simpan sekejap la gambar tu sehingga lepas habis pantang. Dengan anggapan lepas habis pantang tu baby dah kuat sedikit. Tapi kalau ada anak yang sakit atau kerap sakit. Simpan lah gambar2 tu. Takpe kami faham. Share artikel saya bagi tadi supaya lebih meluas masyarakat tahu dan alert.

#credit to facebook article by Zamrie Zam