Sunday, July 18, 2010

He leave me alone

Br sejam yg lps saya ditinggalkan lagi utk kesekian kali.kali ni dia outstesen ke Pasir Mas pulak...what??? Pasir Mas?? That is my lovely hometown...huhu knp dia pergi tinggalkan daku keseorangan...huhu huwaaa....!!

Dok pk2 boringnye dok umh sorg2...nnt nk ckp ngn sape, nk mkn ngn sape, nk gaduh ngn sape...huhuhu. dok pk2 jgk perlu ke g tumpang umh sape2 sminggu ni. Ade bbrp pilihan yg bermain di kepala sepanjang ketiadaan dia. dia mencadangkan saya tdo di rumah abg.. tp mslhnya ialah saya akan jauh utk berulang alik ke sekolah. Bangi - Cheras lbh dkt dr Seri Kembangan - Cheras.tp itu bukanlah masalah utama krn saya bersekolah ptg.masih byk masa dan petrol yg blh saya bazirkan di atas jln. cuma mlm mungkin saya akan sampai di rumah lbh lmbt dr biasa..dan pg keluar awal dr sediakala.sebenarnya,lbh selesa kta berada di rumah sndiri...krn di rumah inilah mcm2 perkara yg blh dilakukan. sesuka hati,sesedap rasa..nk tdo jam brp,nk bgn kul brp...semuanya ikut suke sndiri.

at last,saya decide...tgk keadaanlah. tgk mcmane dulu mlm ni...klu saya rasa ok dan x sunyi,saya proceed mcm ni..tp klo rs boring thp gaban saya bungkus laa kain baju. hehe...nsb baik rumah berada btul2 di hadapan surau dan playground...blk2 sek je nmpk bdk2 berkejar-kejaran di hdpn rumah, nmpk golongan pakcik makcik menuntun ke surau...dan mlmnye plak dr rumah sentiasa kedengaran suara imam di surau, mengalunkan azan..wirid..doa..ceramah dan segala aktvt dlm surau itulah dpt diakses dr rumah saya.so,kesimpulannya di sini xdelaa sunyi sgt......kot!!huhuhu...

saya hrp segala2nya berjalan lancar...saya hrp saya selamat bersendirian begini.yg lbh saya rungsingkn ialah keselamatan dia..smg Allah memelihara kedua-dua kami. InsyaAllah...

Thursday, July 15, 2010

cerita ketawa...

Bahana mengejar kemantapan bahasa Inggeris di 'Tanah Melayu' dengan harapan untuk maju; mungkin sahaja memalapkan peluang generasi baharu menjadi sebuah bangsa dan umat yang besar dan matang.

Ditokok dengan kemahiran berbahasa yang memang terpinggir ialah budaya hedonisme, ketidakpedulian, mengadap televisyen 24 jam dengan pengaruh rancangan tidak bermutu, permainan video; dan segala macam ragam sosial (termasuklah ibu-bapa tiada di rumah, dan pembantu negara seberang yang menghadap Astro Aruna).

Karangan pelajar yang menduduki UPSR ini sungguh mengejutkan. Sebagai pembimbing Minggu Penulis Remaja hampir sedekad, sesungguhnya saya tidak terkejut. Ia mungkin lucu, tetapi ia juga menakutkan kita. Terima kasih kepada adik saya yang bertugas di Jabatan Nazir Sekolah yang menyerahkan salinan karangan ini:

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

dicopy dari blog faisal tehrani

p/s:credit to Cikgu Izyani...TQVM

Thursday, July 8, 2010

Raya ... Raya ... Raya...

Lebih kurang sebulan dari sekarang, seluruh umat islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..puasa ganti dh abes ke blom??daa ganti daa...ms pose 6 arituh. mak ajar ganti pose cpt2,klo blh bln Syawal lg abeskn pose ganti...

Lepas berpuasa, kita juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...thn ni kami bersepakat utk menyambut hari raya pertama-ketiga di kampung ku di Pasir Mas. thn lps turn blk Perak,so thn ni turn Kelate pulok. perasaan nk sambut raya thn ni biase2 aje...maybe sbb xde perubahan dlm hidup kot...but i'm still happy. bukankah bersyukur itu sebahagian drpd kegembiraan...jd utk sentiasa rs gembira aku akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Masa blk Perak hari tu,kami sempat singgah bli kain di Taiping. tadaaa!! ni laa bj raya ku dan adik2...kot. (klo smpai raya x bli kain lg la..hehe)


kain tu trio 3 beradik...yg kt bwh ni plak sbli atas dasar berkenan...emm hari tu borong 6 psg kain sehingga suami ku membebel muncong2...mcm nk tdo selimut ngn kain je dia ckp...haha tp suami ku baik,dia membebel kejap je pastu dia relakan i juge u. hahahaa....nie laa kain2 yg dibeli tanpa niat.



Emm,mcm2 ragam la klo cerite psl persiapan raya nih...tu x cerite yg psl shopping kt sogo, jln TAR, bla bla bla lg...yg pasti thn ni kali ke-2 saya beraya sbg seorang isteri...Semoga thn2 mendatang memberi kami nikmat yg lebih bermakna......

Wednesday, July 7, 2010

Sedikit Perkongsian

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) & Kesuburan Wanita

Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.

2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.

5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Bagaimana Ia terjadi

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.

Secebis ilmu utk dikongsi bersama...

Cinta Pertama [Siri 1]

Ini kisah ttg cinta pertama ku...cinta ini berpaut di usia 19 tahun, yg saya rasa usia pada masa itu masih mentah lg. Tiba-tiba disapa cinta, saya teruja...Semasa di alam persekolahan, saya mengelak terjatuh hati. Kononnya saya ada prinsip hidup tersendiri di mana, saya hanya akan bercinta selepas masuk universiti shj. Masa tu byk tgk drama kot, so jd terikut-ikut. haha...tp ada bagusnya saya berprinsip begitu,sbb sekurang-kurangnya saya tidak alpa dlm pelajaran...sesetengah orang mungkin blh menangani atr cinta & cita-cita,tp saya tdk yakin saya mampu maka saya memilih perkara terpenting pd masa itu...

Justeru, apabila berjaya selangkah menjejak kaki ke universiti, di saat itu cinta menyapa. Saya keliru pd mulanya, lama-kelamaan dapat saya terima inilah lumrah hidup. Biarlah insan istimewa itu kukenali sbg Mr.R shj (hehe...). Saya mengambil masa yg agak lama untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan cinta itu...Mungkin krn pd ms itu prinsip hidup td masih menebal dlm diri...

Lama kelamaan, kehadiran dan perhatian si dia memikat hati. Dia kukenali dlm 1 organisasi iaitu MSCC (maaf, sy terlupe MSCC tu hape..huhu). Masa tu si dia ialah Presiden MSCC manakala saya hanyalah Bendahari. Kali pertama dia menyapa saya dgn menyebut nama penuh saya dalam satu mesyuarat...Si dia bukanlah jejaka yg top, yg hot, yg ganteng, atau yg sume2 itu...si dia hanyalah si dia...insan biasa yg teristimewa di hati saya.

Lawatan ke Kuala Lumpur mengeratkan lg hubungan kami. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku sepanjang tempoh tersebut. Kami ke sana menaiki bas kolej dan menginap di asrama KYPM cawangan Bangi. Dlm perjalanan, bas rosak pulak di Gua Musang... Semua itu memberi peluang utk saya dan si dia lbh mengenali atr satu sama lain. Semua peristiwa itu merapatkan lg hubungan kami dgn bantuan kawan2 yg memahami. hehe...(sygnya semua gmbr yg ada tidak tersedia dlm softcopy, hnya ada hardcopy shj yg disimpan sbg kenangan dlm photo album,ada masa tggu saya scan dulu kemudian br upload eh...)

Sepanjang 2 semester pengajian, kami sama-sama berusaha utk lulus peperiksaan dan mengikuti pengajian dlm bidang yg diminati. Pada masa itu, saya & si dia merancang utk menyambung pengajian di universiti yg sama. Kehendak Tuhan, siapa tahu...kami terpisah apb saya ke UPSI dan dia ke UM.

Ikuti sambungan kisah cinta kami...apa yg terjadi seterusnya apb kami terpisah haluan melanjutkan pelajaran di menara gading. Adakah saya dan si dia masing-masing setia, atau ada org ketiga atr kami? Apa keistimewaan si dia yg menyebabkan hati saya terpaut erat padanya...Semua rahsia bakal dirungkaikan dlm episod akan dtg. (cewahh,mcm cter misteri plak...hahaha)

Sekian kisah cinta pertama ku....siri 1.

KYPM Kota Bharu

Zaman matriks adalah kenangan zaman belajar yg terindah dlm hidup saya. Ini kerana, pd usia inilah saya hidup berdikari dlm erti kata yg lbh bebas...sebelum ini pun mmg saya hidup berdikari, 5 thn tinggal di asrama memberi pelbagai kenangan pahit manis alam persekolahan. Seusai tamat spm, saya ditawarkan meneruskan pengajian di peringkat matrikulasi di Kolej Yayasan Pelajaran Mara cawangan Kota Bharu atau singkatannya KYPM KB. Pada mulanya, saya agak frust krn ditawarkan belajar di sini shj, sedangkan waktu itu kebanyakan kwn2 dpt peluang ke Kolej Matrikulasi yang dikhususkan utk pelajar-pelajar matriks Kementerian Pelajaran shj. Di sini, kami bercampur dgn pelajar lulusan Sijil dan Diploma dr IPTA-IPTA yg terlibat. Berbeza dgn kolej matrikulasi semua kemudahan dan prasarana tersedia utk mereka sedangkan kami hanyalah di cawangan yg ditumpangkan oleh KPM. Justeru, pelbagai kekurangan yg kami hadapi di sini dari pelbagai aspek ttp itu bukanlah alasan yg melemahkan semangat kami utk belajar. Lihat gambar-gambar yang tersedia yg menggambarkan betapa daifnya kehidupan kami di sini...




Court kt bwh ni lah tmpt jejaka-jejaka selalu bermain ptg2...ptg2 plak,gadis-gadis salu kua beramai-ramai g mkn mlm kt kdai dpn...selalu kami lalu mst depa tgh bermain lg...ade laa adegan kenyit mengenyit tu...hehehe



Ni plak ialah library. Aku suka masuk library ni w'pun libry dia xdelaa bsr dan canggih sgt...tp cukup selesa utk kami menelaah pelajaran @ membuat ulang kaji. Selain itu, dlm libry inilah juga tmpt aku dan si dia selalu dating..hehe,konon2 masuk libry nk study,tp adakalanya ada org kaco ajak g mkn aiskrim, so x blh concentrate sgtlah...haahahaaa



and then this is our classroom. jgn pandang enteng pd kelas berupa sebegini, krn dr kelas beginilah lahirnya doktor, jurutera, arkitek bla bla bla


"Taman Astakona". Tempat ini ialah tempat yg plg spesel bg kami. Di tempat inilah aku & si dia meluangkan masa ptg2 mggu sambil mkn aiskrim lps study...di tempat inilah kami pernah bercerita kisah ms lampau dan merancang ms dpn...x sangka, dgn tmpt seusang ini impian kami termakbul...x sangka jodoh ku bertemu di tempat ini.....


Ni ialah bangunan pentadbiran @ administration. tmpt ambik surat dan tmpt berurusan segala benda. di blkg bangunan admin ni ada makmal komputer. dlm lab tersebut lah kami berhubung di alam maya...maklum laa zaman tu mana ada pkai labtop or broadband sndiri lg...mcm muda mudi zaman skrg...semuanya canggih. kami dulu serba kekurangan.


Dan ini ialah surau...di surau inilah kami berjemaah beramai-ramai mengukuhkan ukhwah, mengerat silatul rahim. di surau ini jugalah pertama kali aku mendengar suaranya mengimami solat...di surau inilah hatiku terpaut....


Kelas-kelas di sebelah padang dan blok asrama perempuan...ada kuarters warden di dlm pagar tersebut...


Inilah keadaan asrama perempuan...ada 3 blok utk pelajar matriks iaitu blok Syukur, Iman dan Takwa. aku menginap di asrama blok Syukur. 1 bilik ada 6 org ahli. Keadaan asrama ini spt rumah panjang di Sarawak nun. Di hujung hadapan ada toilet dan di hjg blkg ada blk utk study. Apabila seseorang berjalan di atas papan asrama ini,ia akan berbunyi...nasib x runtuh aje.huhu...Apabila berbual-bual dlm blk juga, insyaAllah kwn-kwn di blk sebelah menyebelah pasti akan dengar skali. kadang2 main sembang je from room to room. jerit2, pekik2, gelak2..haha. kt sinilah aku knl Ayu, Ainul dan Hanim. depa 1 bilik ngn aku. 2org lg Sue dan Wani, sudah ku kenali sbb sama2 dr sekolah menengah lg.


Ini ialah pintu masuk ke asrama. Minteri kan dikelilingi pokok2, dan di sebalik pokok2 itu byklah nyamuk2nye juge.hehe...


Port lepak ptg2...sementara tggu nk g mkn mlm...port ini terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke asrama perempuan.


As last pictures, this is the main entrance of our college. dgn papan tanda yg hampir roboh itulah saban minggu saya pergi dan blk dr kolej ke rumah. kadang2 saya tggu ayah dtg ambik berhampiran tmpt ini...lenguh duduk sini saya ke Taman Astakona yg kadang2 ditemani si dia yg tdk blk itu. hehe...


Memang byk kenangan pahit & manis di zaman matriks. Pada zaman inilah aku mengenal usia remaja, aku mengenal kawan dan kekasih...dan yg plg utama di zaman inilah aku mengenal cinta pertama...aku bertemu si dia...aku mengenal erti rindu...di zaman yg pd ketika itu usia ku baru mencecah 19 tahun...

KYPM yang tercinta...hingga ke saat ini kami tdk pernah melupakanmu dan pasti tdk akan melupakanmu. Setiap kali blk kampung kami mst mencurik peluang ke Pantai PCB yg terletak kurang 5km dr kolej. Sungguh indah segala kenangan di sini, di sisi mu.....

p/s:credit to Maryam Ahmad for the precious moment...TQVM!!!

Sunday, July 4, 2010

cerite hjg mggu

fuhh..penat makk...br blk dr berderak di Plaza Metro Kajang...xde tujuan pun pegi sane sbenarnye...just nk hlgkn boring je...jenuh plak tuh nk pakse en naim bwk saya kluar.. Al-maklumlah smlm dh seharian kami kluar...dr pg pegi servis kereta dan ptg dia teman saya pergi tgk bdk2 camping kt Sg Congkak..ditambah lg dgn emosinye yg x brp stabil arini akibat kekalahan pasukan WC feverit-Argentina.hahhhaaa...sabo laa ekk!!

on the way back,kami sggah kdai mamak dulu pekena roti canai ngn maggi goreng.skrg ni perut masih kenyang laa...menu mkn t/gari td masih bersisa...saya cuba membayangkan kelazatan tom yam dan ayam goreng,malangye dlm situasi perut yg masih penuh sukar utk saya menjadi berselera...sudahnya,mungkin mlm ini kami dinner jam 10.dan akibatnya sebulan dua lg,atau setahun dua lg kami berdua akan jd makin gemuk,makin gemuk dan makin gemuk.....ohh tidakkk!!apekah yg aku merapu di saat ini...???

td di parkson metro kajang,saya sempat beli 3 buah frame...sbenarnye sejak lps kawin, masih byk lg gambar2 kenangan spt gambar konvo,bertunang dan kahwin yg belum di'frame'kan. ada 1 kedai gmbr di pertama complex,di situlah tmpt yg biase kami cuci gambar,setiap 100 pcs yg kta cuci,dpt free sekeping gambar 8R.bleh plh ikut suke kite nk ltk gmbr mane...so sepanjang hampir 2thn berkahwin ini,kerap jugalah saya mencuci gambar di kedai tersebut,maka byk jugalahh gambar2 'percuma' yg kami peroleh dr sane.masalah ttg gambar itu,dia hnya bg percuma gambar shj,x skali dgn frame.size 8R kedai itu juga agak berbeza,sbb klo size biase kte dh blh bli frame 8 x 10, tp bla nk ltk gmbr2 ni...x muat plak sbb gmbr tersebut bersaiz 8 x 12. sudahnye kini, hampir 5 keping gmbr 8 x 12 tersebut yg blum di'frame'kan.maknanya,sudah lbh 500 pcs gmbr saya cuci di kedai tersebut...makk aiihhh,bia btuii.saya pun tdk pecaye.

hadehh...xtahu nk tulis ape dh.en naim suda pulang dr surau..baik plak dia arini pi semayang jemaah..hehe...

Waalaikumussalam!
(saya sambut slm suami terchentaaa ku)

Sekian, bubbye.....!!!