Monday, February 13, 2012

Happy Birthday to me!



Happy Birthday to me.TQ Allah for the beauty of today.

Saturday, February 11, 2012

Penyamun Tarbus

Kebelakangan ni,topik penyamun tarbus menjadi bualan kami seharian. Dan kesan kehilangan TV semakin terasa dari sehari ke sehari. Sampai ke hari ini,Dato' masih x dpt nk menerima hakikat kehilangan 2 buah tv sekaligus. Mmg kejam kan si penyamun tarbus ni..kesian Dato' terpaksa tgk bola yg jd sebesar bola ping pong je dlm tv cute kami ni :D

Mmg si pencuri ni x berhati perut langsung, x fikirkan kesengsaraan org lain, fikir kesenangan hidup sendiri je,selfish!!tobat saya prejudis dgn warga Indon di M'sia skrg ni. Klo ada org lalu naik moto,keliling taman,kelihatan pelik je terus rs ragu2, mula la nk pk bukan2 sampai jd mengarut dh..hehe, suck Indon!!

Selama ni,saya cuba berprasangka baik dgn sume org. tp x semua org baik mcm yg kita fikirkan.mungkin 10 org yg kita jumpa,ada 1 org yg niatnya x betul. dan dgn niat yg x betul itu terkena pd diri kita? macamana...?? huhu,nasib laa,inilah yg dikatakan xde rezki.

X apalah,skrg ni kami cuba fikir yg baik2 aje,fikir +ve..mungkin Allah nk menyucikan harta dan jiwa kami...mana lah tahu pernah dikotori atau pernah tercemar..atau Allah nk ingatkan kami supaya lbh byk bersedekah,prihatin dan sentiasa membantu golongan yg memerlukan...huhu, xtahu laa..tp kami yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Terima kasih atas keprihatinan rakan2...yg mana tahu,tahu laa..yg xtahu kami x hebohkan pun. Xpelaa,sama2 beringat dan sama muhasabah diri masing2..Musibah Allah, ada di mana2...x siapa mampu menduga dan dlm keadaan bagaimana...bersabarlah wahai hati.

p/s:hjg minggu ni nk pegi cari tv baru...huhu. tv baru yg ada kt rumah dulu pun masih baru tp telah hilang. sekarang perlu cari tv yg lbh baru rasanya. kesian Dato'. Satu-satunya hobi dia bila berada di rumah telah direnggut. Maka, kami x harus biarkan kesedihan ini berlarutan...kami harus mencari keseronokan spy hidup x diselubungi kesunyian.

Thursday, February 9, 2012

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Di'copy' dari: SAYA CINTA ISLAM.

Tuesday, February 7, 2012

rumah kami kene pecah!

Weekend aritu, cuti 4 hari kann...cuti Maulidur Rasul + Cuti Thaipusam. Saya & Dato' blk ke kg Perak utk meraikan kenduri abg ipar pd hari Sabtu & Ahad. Kami pulang dgn gembiranya dan berada di kampung bersama keluarga dgn seronoknya.

Ptg Isnin, Dato' menerima panggilan dr Abg Zul,jiran sebelah rumah mengatakan rumah kami mungkin kene pecah masuk.Abg Zul mintak izin nk masuk dlm rumah dan tgk keadaan rumah kami.

MasyaAllah. mmg betul, rumah kami digeledah! Bagai nk tercabut jantung mendengar berita tersebut. Rs menggiggil,takut,ketar,rungsing,bimbang semua bersatu. Terus rs x sedap hati, saya ajak Dato' blk kl ptg tu jgk.

Maka, kami rushing pulang dan sampai di Bangi tepat jam 12tgh mlm. Dlm perjalanan, saya talipon mak,talipon abg maklumkan berita buruk ini. Sedih+risau semua bercampur baur. Mcm x dpt nk gambarkan perasaan tersebut sbb saya x pernah alaminya. Pertama kami utk seumur hidup saya menempuh pengalaman sebegini. Cuak sungguh rasanya. Perjalanan 4jam dr Taiping-Bangi rs terlalu lama. Mata mmg x blh nk lelap.

Sampai di rumah,abg siap sedia menanti. Dia dh call polis,jiran pun dh maklumkn pd polis. Rupa2nya,rumah blkg rumah kami pun kene pecah masuk,disyaki pd mlm yg sama. Saya & Dato' meluru masuk ke rumah.Kami naik ke blk mencari brg2 berharga yg mmg ditinggalkan. hrp2 pencuri tu x jumpa.

Syukur Alhamdulillah,mereka mmg x jumpa brg2 kemas saya. Wang tunai pun terselamat. Cuma yg lesap 2 bijik tv,1 tv kt ruang tamu dan 1 lg tv dlm blk tidur. mungkin itu shj brg yg sng diangkut, usung je tv lcd tu..brangset punye penyamun!

habis 1 rumah dia geledah.dlm blk tidur saya,dr almari,katil,meja solek semua tempat dia geledah. sy juga hlg passport dan baki 200 000 wang tunai Rupiah blk dr Padang Indonesia hari tu.Mereka juga mkn pisang salai yg saya beli dr sana. mmg sah penyamun Indon. Demn!

Polis dan pasukan forensik tiba 1jam kemudian di rumah saya. Mereka siasat semua benda yg blh dijadikan bhn bukti.Ada 8 kesan cap jari dijumpai.Saya hrp pencuri tersebut tertangkap. X apalah kalau brg2 di rumah x dijumpai,cuma jgn biarkan pengkhianat2 ini berleluasa merompak rumah sesuka hati mereka.

ALLAH lindungi kami dr menyaksikan kejadian ini. Tp saya masih trauma. Mcm2 yg saya fikirkan. Nk tidur pun x lena. Takut2 perompak itu dtg lg. Syukur Alhamdulillah kami cuma hlg 2 tv..x apalah,ayah saya ckp Allah nk 'cuit' sedikit rezeki yg Dia dh bg pd saya. Ambillah,kalau itu blh dijadikan peringatan buat kami spy lebih berhati-hati.




Keadaan dlm bilik slps digeledah. Hbs segala brg2 dlm meja solek saya dia punggah. Saya hlg 2 bentuk cincin,3 utas jam tangan dan 2 botol minyak wangi. huhuhu :(


TV Panasonic Dato' kt sini dh hlg. kami br beli 2 minggu yg lps. dh xde rezeki namanya tu..lps ni adelaa makhluk2 yg tgk tv lcd di rumah kongsi. Arghhh....!!

Semoga Allah jadikan hikmah atas semua ini. Saya redha. Saya tawakal pdNya. Semoga makhluk Tuhan yg buat kerja-kerja terkutuk mcm ni diberikan hidayah dan petunjuk utk tahu mengenal makna halal & haram. Semoga Allah tunjukkan mereka jln yg benar dan lurus. Saya x berdendam,saya maafkan mereka cuma saya xkan bg muka lg pd org asing yg masuk dlm rumah kita.

p/s:Baru teringat, 2-3hari sblm blk kg, Dato' ada panggil plumber dtg baiki paip rosak kt sinki. Wallahu'alam. Allah Maha Mengetahui. Biarlah Allah shj yg membalas setiap perbuatan mereka.

Dlm kesedihan,saya bersyukur krn Dia masih lindungi kami. Ya Allah, semoga Kau sentiasa melindungi diri kami,keluarga dan seluruh hambaMu dr segala bencana, malapetaka atau kejadian2 yg tdk diingini.

Semoga rumah yg menjadi tempat kami berlindung senantiasa berada lindunganMu Ya Allah.

Friday, January 6, 2012

1st tuition class

Mlm ni kami memulakan kelas tuisyen utk pertama kalinya di thn 2012..di tempat baru.

Alkisahnya, sejak thn lps lg saya mula mengajar anak2 jiran kelas tuisyen mlm2. alaa x lama pun, lbh kurang 1jam je utk 1 sesi. Utk isi ms lapang, ye laa..mlm2 blk keja bkn buat ape2 kan. drpd rs sunyi baik ajak budak2 ni dtg rumah. kecoh ckit ada budak2...

Lps pindah rumah baru, projek tuisyen pun tergendala seketika hjg thn lps. kebetulan ms tu bdk2 tgh nk exm PMR dan periksa akhir thn. So biar je la..sejak pindah aritu, jiran2 dok bertanya la xnak buat tuisyen ke x..yelah, take oppurtunity la kan sbb ada jiran keja cikgu..haha, tp i assume as my 'golden' oppurtunity....emmm;) ok ok..hehe

Makanya, secara rasmi hari ni...bermula la kembali kelas tuisyen saya bersama 'anak-anak' Seksyen 4. alaa...kecoh je kann...student ade 2 org je ponn =)

Anak2 k.murni dpn rumah...2-2 perempuan, sorg form 2 n sorg lg standard 5. bijak2 anaknya...sekolah kt sekolah prestasi tinggi SMK Jln Empat..so, not a big deal for me...but, a lot challenging! huhu

Semoga ALLAH merahmati niat kami. Amin.

Tuah dr Ilahi

lately ni..ntah knp rs bertuah. cewahhh...poyo je kan, annoying..haha

ada 1 hari tu...saya sembang dgn rakan,kategorinya bole dianggap kakak2 la.. huhu sejak dulu saya mmg suka sembang ngn org lg tua...rs secure. (ape yg secure ntah..kui3)

masyaAllah. sungguh positif orangnya. dugaan hidup dia sgt hebat tp dia sungguh sabar. Tuhan menguji dia dgn ketiadaan cahaya mata selama 15 thn usia perkahwinan. Satu tempoh yg calang2 manusia mampu bertahan, tp beliau mampu, bukan sekadar beliau...suaminya juga. Alhamdulilah krn Allah memberi ganjaran suami yg baik utk beliau. yg sama2 berkongsi kehidupan susah & senang. Di saat berapa ramai mereka di luar sana yg diuji dgn krisis rumah tangga, keganansan suami, kecurangan isteri atau 1001 masalah, tp mereka kental bertahan...kukuh kasih syg. "Ya Allah...moga Kau limpahkan Rahmat dan rezeki Mu buat mereka."

Serta merta saya rs bertuah sbb dpt berkongsi ilmu dgnnya.

Sungguh. Adakah kami mampu sesabar mereka? Ya Tuhan...moga Kau dekatkan hati kami pd hatiMu dan kuatkanlah iman imi selamanya, tanpa sedetik pun jauh dr sisi Mu...

Hati yang bersih.

MATA HATI (HIJJAZ)
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

SIFAT HATI YANG BERSIH

Sensitif dengan Tuhan – tidak mensyirikkan Allah dan benci kepada sesuatu yang dibenci Allah.
Jika dikurniakan kesenangan, sentiasa bersyukur atas pemberianNya.
Merasa resah dengan dosa dan noda yang dilakukan.
Sentiasa merasa diri diawasi Pencipta.
Bila ditimpa ujian dan musibah, redha dengan takdirNya.
Merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah.
Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

KEPENTINGAN PEMBERSIHAN HATI

Melaksanakan tuntutan Allah
Selari dengan tugas para Nabi
Syarat mendapat kedudukan yang tinggi
Amalan Rasulullah SAW
 Tingkatkan solat dan doa
 Banyakkan berselawat
 Melakukan solat sunat taubat
 Melazimi membaca Al-Quran
 Bermaaf-maafan
 Sentiasa berfikiran positif
 Muhasabah diri
 Berpuasa
 Mengingati mati
 Melaksanakan tuntutan Allah

Amin. Semoga diberi kebersihan hati yang maksimum.