Wednesday, June 20, 2012

DrpdNya kita dtg, kpdNya kita kembali.

Semalam, dikejutkan dgn berita kematian kawan sematrix di KYPM , Kota Bharu dulu.

Terkejut. Sungguh...

Saya insaf seketika. Sesungguhnya benarlah nikmat Allah itu bila2 masa saja Dia boleh ambil balik. X kira usia, x kira bila, x kira siapa.

YA ALLAH...panjangkanlah usia ku dan keluarga ku, agar kami boleh terus beribadat kpdMu Ya Rabb. Masih byk dosa ku yg x terampun dan masih byk hasrat ku yg x tertunai buat insan-insan kesayangan. Semoga kelak kami kembali pdMu dlm keadaan kami telah benar-benar bersedia Ya Allah...

Al-fatihah utk arwah Ija @ Hasniza atas kembalinya ke Rahmatullah pd tanggal 19 Jun 2012. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Monday, June 18, 2012

USS Trip!

Cuti sekolah,saya dan Dato' horey2 ke Kota Singa, kami ke Universal Studios Singapore!

Seriussss besttt..walaupun tiket mahal,tp oleh krn kami mengamalkan perbelanjaan berhemah, maka kami dpt berjimat-cermat.hehe...tiket dibeli di Matta Fair 2012 yg lalu berharga RM248 per pax termasuk penginapan 2 hari 1 mlm di New York Hotel,Johor Bahru, shuttle bas dr JB-Sentosa Island (return) dan tiket masuk ke USS. walaupun kami dikenakan caj peak season sebanyak RM30 per pax tp still murah wooo...!! baru RM500++ utk sume2 tu. Jadi,disyorkan anda2 yg kepingin ke USS belile tiket kt Matta Fair atau bole cari dr agen2 bertauliah.

nie le bilik we olls di New York hotel;) bole laa tahan...selesa tidurnya sampai rs xnak keluar bilik. haha...











Saya dh buat perbandingan,kalo kita g walk-in,tiket masuk USS utk dewasa pd peak season ialah SGD 74,tu belum masuk parking charge dsb kalo drive sendiri masuk S'pore.atau kalo nk g naik shuttle bas ke Sentosa Island pun ada dr kebanyakan hotel kt JB.Tambang bas dr JB ialah RM5 dan blk dr S'pore $5. haaa..jd sama kan nilai 'lima' tu walaupun bila convert Ringgit M'sia tiket blk dh jd RM12.50...kesiaannn... pastu,rate utk New York hotel bg bilik Deluxe (sama yg kami dpt melalui pakej) ialah RM235 semalaman. I tau laa..sbb Dato' dh tny utk extend 1 mlm lg.Igtkan RM100++ je,haha..maka bila dh over budget kami pun lari ke budget hotel jer...kih3

So, kesimpulannya...USS berbaloi utk pergi buat kali pertama,ambik gamba byk2, posing sakan2,enjoy to the max! tp kalo nk repeat tiap2 thn mcm g Genting tu kira x berbaloi la sbb mahal weh..tp klo korg kaya byk duit tiap2 thn asik nk g enjoy ke USS je no halnye...heheh:)

okeh, jom kita layaaaaan gambar2 kt sana :)



haa..dh sampaiii!! excited abis..perkara wajib nk kena buat ialah posing kt globe hikmat ni dulu. seluruh umat manusia dr serata dunia berebut-rebut nk pose kt sini.. Cehhh..x bangga langsung kan.kalo bergamba berlatar belakangkan Kaabah lbh excited kott...huhu





Info:It's open everyday...yeayyy!!





alaaa...mula2 sampai lg dh disogokkan dgn souveniers shop. layaaan je la sambil cuci mata:D



haaa..nampak ketara ai mmg kurusss kan compared to panda ni :D atr maskot bergerak yg kami sempat snap gambar...susah woo..sbb nk kne queue up ngn kanak2..ni kebetulan dok dpn ni trus ambik gambar.klo x kan teruk kalo nampak 2 'org tua' di celah kanak2 tersebut? haha..







views di sepanjang New York city...USS ni terbahagi kpd bbrp bahagian iaitu New York, Hollywood, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar.



'Lights Camera Action' by Steven Spielberg.best kt dlm ni bole tgk teknik2 pengarahan sebenar SP. ada angin ribut,api,petir,pintu terbakar,bot jatuh....feel abes!!





ala2 kt obesea kan? hihihhh...



aku laaa...nk putus urat perut naik benda alah ni. Ia adalah sejenis roller coaster di Sci-Fi City bernama Battlestar Galactica:Human and Cyclon (blue/red track).kami naik yg track biru tuh,tu pun saya dh melalak bkn main lg..dgr citernye,red track lbh thrill...oh no...!!







Far Far Away.kt dlm ni ada Shrek 4-D adventure. pakai spek 4D pastu masuk panggung kemudian mengembara bersama Shrek dlm misinya menyelamatkn Princess Fiona.









wahhh...penat ambik gamba dgn sume maskot. hehe...



souveniers...maaf terpaksa selfish sbb dpt beli utk diri sendiri je ;p sementelah duit pun x tkr byk (perbelanjaan berhemah kan..) maka ada byk benda yg terpaksa telan air liur je. xpe xpe,esk kan kan g shopping kt JPO...

By the way,puas saya cr gamba nasik yg saya snap ms we oll lunch kt Oasis Cafe.tp xdo..sedap nasi beriyani tu walaupun lps convert RM jd dkt 40hengget sepinggan... Oasis Spice Cafe ni ialah restoran halal dkt Ancient Egypt. masuk je terus lapar.haha



Gudbye USS. Ada rezeki kita ketemu lagi ;)

Tuesday, June 12, 2012

Siapa menduga...

Petang td, mcm biasa sampai rumah jam 7.10pm...Dato' dh siap sedia menanti tersenyum mesra:) Masuk rumah,landing-landing dpn TV tgk Seindah Sakura.

Tiba-tiba:

"Arghhh......Arggghhh........."

terdengar jeritan & pekikan yg sgt kuat dr luar rumah. saya intai dr jendela rumah, ternampak jiran terduduk di hadapan rumah kami. Ya Allah, apa dh berlaku?

Tergesa-gesa kami keluar dr rumah. Jiran-jiran juga mula keluar. MasyaAllah, Kak Murni kena samun di hadapan rumahnya sendiri. Beliau diacu parang dan penyamun berkereta tersebut telah meragut beg tangannya. Mujurlah, hanya beg tangan berisi hp dan dokumen2 penting di dlmnya. Mujurlah belaiu tidak dicederakan dan tiada apa-apa. Mujur...Syukur Alhamdulillah.....

Apabila berlaku sesuatu musibah, perkataan 'mujur' itu sering muncul. Mujur tidak itu, dan mujur tidak ini. Sekurang-kurangnya, pd saat ini manusia akan rs bersyukur.

Ya Allah, manusia skrg zalim. Saya x dpt bayangkan perasaan trauma yg dialami oleh Kak Murni selama mana akan wujud dlm hatinya. Parang beb! Dan di saat saya mulai membina kembali keberanian serta membuang jauh-jauh perasaan takut dek krn tragedi yg melanda kami bbrp bln dahulu, ia berulang lg..berulang lg...perasaan takut itu kembali dtg.

Ya Allah,lindungi kami..lindungi kami. Kejadian itu berlaku 10 minit sesudah saya sampai di rumah.Siapa menduga kan? smg Allah lindungi kami. Beringatlah kawan2,adik2...bahaya ada di mana2. Usah bersangka baik pd semua org. Berhati2lah.




Saturday, June 9, 2012

TQ ALLAH

Kadang-kadang,kita bayangkan hidup org lain lbh seronok drpd kita..ada serba-serbi,ada keluarga yg lengkap, ada segalanya sehingga kita merasakan untungnya mereka...

Tp kita lupa nikmat Allah,kita tak bersyukur dgn pemberianNya,kita alpa dgn kuniaanNya..

Padahal,jika dihitung kitalah yg plg bertuah.Ada sbb Allah memberi dan ada sbb jika doa dan permintaan kita masih belum dikabulkanNya.

Justeru,bersyukurlah seadanya.. Bahawa nikmat Allah itu adalah yg plg berkat utk kita syukuri...

Terima kasih Ya Allah...

Wednesday, May 30, 2012

Merokok di dlm kereta

oh lupa..ada 1 benda lg nk share. tentang merokok dlm kereta.

Anda rasa bagus kah?


Baguskah bg si perokok menghisap rokok dlm kereta sedangkan si pemilik empunya kereta tidak merokok malah alah kpd bau dan asap rokok?

Oh no..sejak dulu,kini dan selamanya saya mmg alah bau asap rokok @ puntung rokok @ habuk rokok hatta astray rokok pun saya x suka ada atas meja makan di kedai. saya mmg anti-rokok,sangat2. mujur nasib baik lucky me,saya dpt suami yg tidak merokok. Amin, Alhamdulillah.mmg tu syarat utama calon suami pilihan dulu pun. heheh :)

Saya igtkn boleh mengelak, rupa2nya tidak, malah jgn harapp. di sekeliling saya, saya ttp akan jumpa perokok-perokok tegar ini. Tak mengapalah kalau anda nk merokok sbb x tahan dh ketagih sgt, tp please tolonglah...jgn merokok dlm kereta saya. kereta itu saya akan gunakan ke tempat kerja, ke sekolah, ke shopping mall, blk kg atau ke mana-mana laaa (suka ati aku le nk bwk g mana, keta ku...huhhh) justeru, tolong hormati etika menaiki kenderaan kami. slps terkena bau asap rokok dlm kereta, biasanya saya terpaksa gantung ambi pur, atau blikan glade utk hilangkn bau x best dlm kereta.

sekadar peringatan, lagipun merokok x bagus utk kesihatan kan... tettt


mana ni ..

blog ni :---> http://naeimsab.blogspot.com dh 2 bulan x di'update'. ape kes ??

mana ni .. saya rindu nk dgr luahan hati dia. kadang2 ada perkara dia x ckp secara luaran tp diceritakan dlm blog.

kpd encik pemilik blog http://naeimsab.blogspot.com, silalah update :D

Sekali dlm sebulan.

Hari2 bukak blog. tp xtahu nk update hape.ceritanya byk..tp sukar nk terjemahkan dlm bentuk tulisan. mungkin kalo jmpa BFF akan pot pet pot pet tanpa henti selama bbrp jam. byk sgt yg ingin dikongsi, byk sgt yg tertangguh.

Sedar x sedar,hari ni dh 31mei. pencapaian blog utk blog mei sangatlah mengecewakan lantaran tiada satupun hapdate terkini dlm bln semasa. kurang 24jam lg dh masuk bln Jun, nasib baik sempat karang 1 cerita bulan Mei :D

Sukacita dimaklumkan lokasi terkini saya di musim cuti sekolah ini x lain x bkn ialah di kg halaman terchentaaa @ pasir mas,klate. pasir mas ok,pasir massss (ngecik air liur). yg dikenali sbg 'kilang jelitawan'. cihhh,kunon...uweeekk!! ni sume slh si neelofa lah ni.hehe..td jer br lalu rumah neelofa,ayah tunjukkan rumah keluarga peranakan dr pakistan yg bermastautin di pasir mas sejak sekian lama dahulu. well,setakat ni ai blum pernah jumpa dia kt mana2, even kfc,kedai moksu,pantai timur,tmn air muleh atau tempat2 lain lg.mungkin x keluar rumah kot. atau kalo keluar je langsung ke KB. x men la merayap kt PM ni kan...x glamer u :P

ahh ape aku melalut nii.. x psl2 kann..

ok,sebelum terlambat, nk ucapkan selamat bercuti! (br 3 hari cuti kottt )
sekiann..semoga diberi kekuatan utk ketemu di bln Jun. eh tapi..alaahh,x jumpa pun ape salahnya. saya bkn blogger. saya tulis blog nk suka-suki. bermusim-musim.hehe :)