Thursday, July 5, 2012

Travelogue:Medan

Mlm ni saya suka-suki tgk gamba holiday ke Medan aritu.byk yg x sempat nk update dlm blog nie lantaran kemalasan melanda di jiwa. Adehh..lgpun blog 28 followers cuma nih x glamer pun kann...haha,xtau dr mane 28 followers tu..padehal x expose URL kt FB pun krn segan...URL ade kt Yahoo Messenger jer...hehe..manusia ni x konfiden langsung kan...grrr!

Okehh...back to the topic. Sebenarnya di kesempatan yg ciput ni sy nk cerita travelogue ke Medan last 2 months. Nyaris2 tertinggal flite dohh...hehe,mmg cuai..mmg lalai. Gelabah sungguh...


Akhirnya,setelah melalui pelbagai ranjau dan duri saya dan Dato' selamat sampai di Polonia International Airport, Medan nih...cantik dan selesa airportnya. Rasa-rasa, airport kt Medan ni la yg plg canggih nk dibandingkan ngn airport2 lain di Indon.

Hujan renyai2 menyambut ketibaan kami. Oleh sbb kami menjadi atr org terawal yg trn, maka proses mengecop pasport x memakan masa yg terlalu lama. Sampai2, Dato' cm biase le carik toilet dulu. Setelah selesai beristinja ape yg patut, kami keluar mencari abg driver Garuda Hotel yg kononnya akan menyambut ketibaan kami. Sengaja saya pilih hotel di Agoda.com yg menawarkan servis "Airport Transfer" spy kami x terkial-kial menunggu di negara org. Malangnya, abg driver terlambat krn berlaku slh faham dr pihak hotel, maka kami memenuhi masa menunggu itu dgn membeli kredit prepaid bernilai Rp.30 000 dan topup sebanyak Rp.12 000. haa...dh lbh 50k saya sopim arinih! huhh...

Pokcik driver sampai dan membawa kami pulang ke hotel dgn selamatnya dlm ke'macet'an jalanraya di kota Medan. Masa check in, dh mlm so lps letak brg,mandi,solat kami keluar semula mencari sesuap nasi. Laporrrr.



Ni le hidangan pertama kami di kota Medan. Nasi ayam penyettt...Dato' sorg je mkn. Saya curik2 mkn makanan dia je bersama mango juice yg sgt pekat dan sedap...tp es juice kt kedai ni x sesedap es juice kt Bkt Tinggi kot...


Pg esoknya, sblm bertolak ke Danau Toba kami disajikan dgn hidangan breakfast di hotel. Mee tu sungguh x sedap. Dan dek krn x sedap,saya yg maha cerewet ini mkn sesuap je kot akan tp Dato' berjaya habiskan apa jua makanan meskipun makanan itu x memenuhi selera tekak beliau. Tabik kt Dato'.


Ok,sblm bertolak ke Danau Toba Dato' telah melakukan sedikit research menggunakan Google map sambil mengecas iphone beliau. Kami x bwk travel charger, universal charger yg ada kt restoran td pun langsung x membantu tp mujurlah boleh gunakan USB pd CPU utk caj hp kami. Tgk tu Dato', tekun sungguh krn beliau mmg peminat tegar abg Google map :D


Gara2 nk jimatkn kos, kami hanya gunakan becak utk ke stesen bas terdekat. Ya, naik becak best uu! tgk pokcik tu pose, comel kan ;p Becak ini merupakan beca tp menggunakan motosikal. haha..unik kan pengangutan mereka. Yg penting, tambang murah sbb biasanya perjalanan sehala hanyalah Rp.10 000 shj. murah la tuu. Oh ya,mlm td kami ke mall berhampiran hotel pun menaiki becak. Arini pun naik becak jgk...lps c/out td mmg byk becak siap sedia menanti di hdpn hotel. Mujur travel berdua ngn backpack je..senang cerita kire tugas kami hanyalah bargain harga tambang becak mencari yg termurah. woww. ohseme!


Dato' yg punctual dan x suka tergopoh-gapah ni memenuhi masa lapang beliau dgn mkn pringles di ruang menunggu CV Raja taxi. nasib baik ada econ dan tv...so xdelaa kepanasan.hik3 (belagak ajer, kt Indon jgn nk belagak sgt ok! sib baik ade econ jer) hihi dan saya sempat berkenalan dgn akak Indon (lupe namanye) dan beliau dgn gembiranya meminta no phone saya sambil menjanjikan janji2 manis nk ajak saya ronda2 di Medan. oh no! aku x gemar. tp dek krn nk menjaga hati dan menstabilkan keadaan maka dlm keterpaksaan saya terpaksa miscol beliau (x igt no phone pjg lebar tuss).


Berehat bersama teh botol! Tambang perjalanan adalah Rp.70 000 / pax sehala dan taxi akan berhenti di Jeti Parapat utk penumpang mengambil ferry ke Danau Toba.

Perjalanan darat dr Medan - Danau Toba mengambil masa lbh kurang 5 jam melalui pelbagai daerah yg saya x pernah tahu nama-nama tempat tersebut. Ada masa tido, tp byk masa nya kami berjaga sbb kondisi utk tidur yg tidak brp selesa krn CV Raja mengisi muatan penuh Kijang (Toyota Innova) mereka dgn 7 org penumpang. So, bayangkan dgn melalui jln berliku, berbukit-bukau, selekoh tajam dsb bagaimana kami bisa melelapkan mata? Seat penumpang di blkg ada 3-3, sesiapa yg berada di tgh2 atr 3 tu mmg terseksa, dan Dato' lah yg menjadi mangsa. kasihan beliau...tiada tempat melabuhkan kepala, terpaksalah melentok atas bahu saya yg tajam lagi kurus ini. haha...kesiann.

Perjalanan yg jauh dan beribu rintangan itu berakhir dgn pemandangan yg sungguh indah lagi takjub iaitu Tasik Toba yg sgt luas yg membentuk sebuah danau,seluas saujana mata memandang. Mata yg terpejam dgn tubuh yg lesu akhirnya bermaya kembali setelah kami selamat sampai di Parapat.tu belum naik feri lg, perjalanan air pulak bersambung selama 45minit dan selepas itu barulah kami benar-benar boleh menikmati keindahan Danau Toba.

Rasanya, ke'eksaited'an kami di Danau Toba terpaksa bersambung kott...I promise.

Soriii ye...ngantuksss:)





Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaika untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat

Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba’an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

Thursday, June 28, 2012

Tidak kesampaian...

Kebelakangan ni,asik jenjalan je...thn ni g Indon sampai 2x..dh jd cm minah indon aku ni pasport asik cop negara Indon je..x menarik langsung kan...cube la selang-seli ngn Korea, Japan, Italy, Turkey...haaaa...br besttt!

Apepun,saya bersyukur. Syukur krn Allah permudahkn setiap urusan kami ke mana-mana. Mmg itulah doa yg saya pohon setiap kali nk mengembara @ travel. Alhamdulillah atas nikmat yg Allah kurniakan...saya berpeluang melawat negara org dan merasai cara hidup mereka. Agenda utama bkn hanya sekadar utk bershopping, byk agenda sampingan yg kita peroleh tanpa kita rancang. byk pengajaran dlm setiap perjalanan. Ke Indonesia misalnya, mengajar kami erti survival. apb melihat kesusahan org lain, jauh di sudut hati, kita harus rs bersyukur berada di Malaysia, sekurang2nya kita lbh bertuah drpd mereka.

Tp kali ni,ada satu hajat yg mungkin tidak kesampaian. Sedih sgttt...sbb terpaksa burn tiket g Tawau esk. Sbb musabab burn:tidak diketahui..mungkin sbb byk sgt travel thn ni, so bile sampai turn g Tawau mood jln2 dh merudum. Arghh rugiii!! tiket dh ada dpn mata, halangan yg dtg masih boleh diatasi,bajet ada w'pun x byk...tp entahlahh... mungkin belum sampai masa utk kami sampai ke sana :(

Seminggu ni saya sebok buat research psl Tawau/Semporna/Pulau Mabul. walaupun keinginan menggebu nk pegi bila melihatkan biru air laut yg seolah bercantum menjadi sebiru langit...indahnya ciptaan Ilahi...masyaAllah.




Kadangkala, x semua yg kita hajati kita akan dapat...Semoga suatu hari nnt Tuhan makbulkan hasrat saya ke sana.

Wednesday, June 20, 2012

DrpdNya kita dtg, kpdNya kita kembali.

Semalam, dikejutkan dgn berita kematian kawan sematrix di KYPM , Kota Bharu dulu.

Terkejut. Sungguh...

Saya insaf seketika. Sesungguhnya benarlah nikmat Allah itu bila2 masa saja Dia boleh ambil balik. X kira usia, x kira bila, x kira siapa.

YA ALLAH...panjangkanlah usia ku dan keluarga ku, agar kami boleh terus beribadat kpdMu Ya Rabb. Masih byk dosa ku yg x terampun dan masih byk hasrat ku yg x tertunai buat insan-insan kesayangan. Semoga kelak kami kembali pdMu dlm keadaan kami telah benar-benar bersedia Ya Allah...

Al-fatihah utk arwah Ija @ Hasniza atas kembalinya ke Rahmatullah pd tanggal 19 Jun 2012. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Monday, June 18, 2012

USS Trip!

Cuti sekolah,saya dan Dato' horey2 ke Kota Singa, kami ke Universal Studios Singapore!

Seriussss besttt..walaupun tiket mahal,tp oleh krn kami mengamalkan perbelanjaan berhemah, maka kami dpt berjimat-cermat.hehe...tiket dibeli di Matta Fair 2012 yg lalu berharga RM248 per pax termasuk penginapan 2 hari 1 mlm di New York Hotel,Johor Bahru, shuttle bas dr JB-Sentosa Island (return) dan tiket masuk ke USS. walaupun kami dikenakan caj peak season sebanyak RM30 per pax tp still murah wooo...!! baru RM500++ utk sume2 tu. Jadi,disyorkan anda2 yg kepingin ke USS belile tiket kt Matta Fair atau bole cari dr agen2 bertauliah.

nie le bilik we olls di New York hotel;) bole laa tahan...selesa tidurnya sampai rs xnak keluar bilik. haha...











Saya dh buat perbandingan,kalo kita g walk-in,tiket masuk USS utk dewasa pd peak season ialah SGD 74,tu belum masuk parking charge dsb kalo drive sendiri masuk S'pore.atau kalo nk g naik shuttle bas ke Sentosa Island pun ada dr kebanyakan hotel kt JB.Tambang bas dr JB ialah RM5 dan blk dr S'pore $5. haaa..jd sama kan nilai 'lima' tu walaupun bila convert Ringgit M'sia tiket blk dh jd RM12.50...kesiaannn... pastu,rate utk New York hotel bg bilik Deluxe (sama yg kami dpt melalui pakej) ialah RM235 semalaman. I tau laa..sbb Dato' dh tny utk extend 1 mlm lg.Igtkan RM100++ je,haha..maka bila dh over budget kami pun lari ke budget hotel jer...kih3

So, kesimpulannya...USS berbaloi utk pergi buat kali pertama,ambik gamba byk2, posing sakan2,enjoy to the max! tp kalo nk repeat tiap2 thn mcm g Genting tu kira x berbaloi la sbb mahal weh..tp klo korg kaya byk duit tiap2 thn asik nk g enjoy ke USS je no halnye...heheh:)

okeh, jom kita layaaaaan gambar2 kt sana :)



haa..dh sampaiii!! excited abis..perkara wajib nk kena buat ialah posing kt globe hikmat ni dulu. seluruh umat manusia dr serata dunia berebut-rebut nk pose kt sini.. Cehhh..x bangga langsung kan.kalo bergamba berlatar belakangkan Kaabah lbh excited kott...huhu





Info:It's open everyday...yeayyy!!





alaaa...mula2 sampai lg dh disogokkan dgn souveniers shop. layaaan je la sambil cuci mata:D



haaa..nampak ketara ai mmg kurusss kan compared to panda ni :D atr maskot bergerak yg kami sempat snap gambar...susah woo..sbb nk kne queue up ngn kanak2..ni kebetulan dok dpn ni trus ambik gambar.klo x kan teruk kalo nampak 2 'org tua' di celah kanak2 tersebut? haha..







views di sepanjang New York city...USS ni terbahagi kpd bbrp bahagian iaitu New York, Hollywood, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar.



'Lights Camera Action' by Steven Spielberg.best kt dlm ni bole tgk teknik2 pengarahan sebenar SP. ada angin ribut,api,petir,pintu terbakar,bot jatuh....feel abes!!





ala2 kt obesea kan? hihihhh...



aku laaa...nk putus urat perut naik benda alah ni. Ia adalah sejenis roller coaster di Sci-Fi City bernama Battlestar Galactica:Human and Cyclon (blue/red track).kami naik yg track biru tuh,tu pun saya dh melalak bkn main lg..dgr citernye,red track lbh thrill...oh no...!!







Far Far Away.kt dlm ni ada Shrek 4-D adventure. pakai spek 4D pastu masuk panggung kemudian mengembara bersama Shrek dlm misinya menyelamatkn Princess Fiona.









wahhh...penat ambik gamba dgn sume maskot. hehe...



souveniers...maaf terpaksa selfish sbb dpt beli utk diri sendiri je ;p sementelah duit pun x tkr byk (perbelanjaan berhemah kan..) maka ada byk benda yg terpaksa telan air liur je. xpe xpe,esk kan kan g shopping kt JPO...

By the way,puas saya cr gamba nasik yg saya snap ms we oll lunch kt Oasis Cafe.tp xdo..sedap nasi beriyani tu walaupun lps convert RM jd dkt 40hengget sepinggan... Oasis Spice Cafe ni ialah restoran halal dkt Ancient Egypt. masuk je terus lapar.haha



Gudbye USS. Ada rezeki kita ketemu lagi ;)

Tuesday, June 12, 2012

Siapa menduga...

Petang td, mcm biasa sampai rumah jam 7.10pm...Dato' dh siap sedia menanti tersenyum mesra:) Masuk rumah,landing-landing dpn TV tgk Seindah Sakura.

Tiba-tiba:

"Arghhh......Arggghhh........."

terdengar jeritan & pekikan yg sgt kuat dr luar rumah. saya intai dr jendela rumah, ternampak jiran terduduk di hadapan rumah kami. Ya Allah, apa dh berlaku?

Tergesa-gesa kami keluar dr rumah. Jiran-jiran juga mula keluar. MasyaAllah, Kak Murni kena samun di hadapan rumahnya sendiri. Beliau diacu parang dan penyamun berkereta tersebut telah meragut beg tangannya. Mujurlah, hanya beg tangan berisi hp dan dokumen2 penting di dlmnya. Mujurlah belaiu tidak dicederakan dan tiada apa-apa. Mujur...Syukur Alhamdulillah.....

Apabila berlaku sesuatu musibah, perkataan 'mujur' itu sering muncul. Mujur tidak itu, dan mujur tidak ini. Sekurang-kurangnya, pd saat ini manusia akan rs bersyukur.

Ya Allah, manusia skrg zalim. Saya x dpt bayangkan perasaan trauma yg dialami oleh Kak Murni selama mana akan wujud dlm hatinya. Parang beb! Dan di saat saya mulai membina kembali keberanian serta membuang jauh-jauh perasaan takut dek krn tragedi yg melanda kami bbrp bln dahulu, ia berulang lg..berulang lg...perasaan takut itu kembali dtg.

Ya Allah,lindungi kami..lindungi kami. Kejadian itu berlaku 10 minit sesudah saya sampai di rumah.Siapa menduga kan? smg Allah lindungi kami. Beringatlah kawan2,adik2...bahaya ada di mana2. Usah bersangka baik pd semua org. Berhati2lah.




Saturday, June 9, 2012

TQ ALLAH

Kadang-kadang,kita bayangkan hidup org lain lbh seronok drpd kita..ada serba-serbi,ada keluarga yg lengkap, ada segalanya sehingga kita merasakan untungnya mereka...

Tp kita lupa nikmat Allah,kita tak bersyukur dgn pemberianNya,kita alpa dgn kuniaanNya..

Padahal,jika dihitung kitalah yg plg bertuah.Ada sbb Allah memberi dan ada sbb jika doa dan permintaan kita masih belum dikabulkanNya.

Justeru,bersyukurlah seadanya.. Bahawa nikmat Allah itu adalah yg plg berkat utk kita syukuri...

Terima kasih Ya Allah...