Friday, February 15, 2013

Pemergian

Hari ni Jumaat...saya masih bercuti dan berada di rumah...berehat-rehat, menonton rancangan kegemaran di televisyen, melayan FB, menyudahkan saki-baki Adam & Hawa yg masih x habis-habis. Tertinggal keretapi btol.hehe...

Rumah rasa sunyi je bila berseorangan begini. Seminggu di kampung, meriah dgn suara hilai tawa riuh rendah si anak-anak kecil. Berlari berkejaran bergomol berguling bergaduh dan sebagainya. Meriah.

Tapi hari ni rasa kosong. kosong. kosong...

Mlm td Ayah, Mak & Abdullah (Along) berlepas ke Cairo tepat jam 10 mlm. Manakala Iqbal & adik-adiknya telah kembali ke rumah masing-masing. Dato' pergi kerja. Sudahnya saya berseorangan di rumah melayan perasaan. Nak keluar rasa penat masih belum hilang lg. Maka menyendiri laa saya menerawang teringatkan kisah budak-budak kecik di rumah.

Terutama Along.

Naif orangnya. Nakal-nakal biasa tu normal la bg kanak-kanak seusia dgnnya. Saya percaya insan-insan terdekat dgnnya pasti merasai rindu yg sama. Dia petah berkata-kata, cerdik pelatnya. Dia comel, matanya menumpahkan rasa kasihan pd sesiapa yg memandang wajahnya. Keletahnya terbayang-bayang di alir mata. 3 minggu dia mengembara bersama Atuk & Nenek bertemu mata dgn Ayah & Ibu pasti menggamit kegembiraan mereka setelah 6 bulan terpisah. Tuhan, moga kalian sentiasa dlm LindunganMu.

Pemergian keluarga terdekat terutama mak & ayah pasti menerbitkan perasaan tidak kena pd anak-anak. Betapa besar impak kehadiran dan kewujudan ibubapa dlm diri anak-anak kerana apb mereka tiada, berada jauh...anak-anak merasakan dunia mereka kosong. Terasa sesaat pun x mampu nak berpisah. Bila berperasaan begini, saya teringatkan perasaan yg sama apabila mak & ayah mengerjakan haji kali pertama sewaktu saya Darjah 3. Di usia 9 tahun, ya...20 thn yg lepas.

Masih mentah umur anak-anak sekecil itu. Ditinggalkan emak & ayah selama lebih kurang 40 hari bersama saudara mara terdekat. Masing-masing terpisah, masa tu kami baru 4 beradik, saya & abang duduk asing-asing, dan adik 2 org lg tinggal bersama nenek. Tiap-tiap hari nak pegi sekolah pasti menangis. Blk sekolah menangis, mlm nk tdo pun menangis. Hujung minggu, br berkumpul adik-beradik di rumah nenek. Masa tu mak akan telefon dr Tanah Suci...berebut-rebut kami adik-beradik nk bercakap dgn mak.

Kemudian,5 thn lps mak & ayah pergi haji kali ke-2. Tapi masa tu saya dah matang, dh kahwin pun dan adik-adik dh besar. Kami dh boleh bawa diri sendiri. Perasaan sedih tu berkurang sedikit...namun tetap rasa kekurangan bila mak & ayah x ada dekat...Kalau umrah 2 minggu, masih rasa sekejap tp kali ni pengembaraan mak & ayah ke bumi Anbia lbh dr jangka masa umrah. Patut laa dada rasa sebak...

Memori. Memori apabila org tersayang berpemergian, jauh di mata...

ALLAH. KepadaMu ke berserah. Lindungi mereka Ya Rabb.

Thursday, February 14, 2013

130213

Happy Birthday to me!!

Usia ku genap 29tahun 2 hari lepas. Pejam celik pejam celik x sangka dh berada di penghujung twenties...sob sobb :(

Mcm biasa, reminder facebook menyebabkan bertalu-talu notifications harijadi di wall. Wahh..kalo xde facebook aganya dlm 50 org yg wish berapa org shj agaknya yg betul2 igt tarikh lahir org lain kan...TQ FB! :)

Alhamdulillah. Permulaan dan pengakhiran tarikh 13.02.2013 yg sgt baik buat kami. Hari tu kami sekeluarga bertolak ke KL bersama-sama namun melalui destinasi yg berbeza. Kereta pertama dinaiki oleh Ayah, Mak, Mardhiyyah & Abdullah manakala kereta kedua dinaiki oleh Abg Mat sekeluarga. Mereka ke KL melalui jln G.Musang manakala saya menyimpang ke Terengganu melalui jln pantai. Perjalanan ini juga sgt bermakna krn akan berangkatnya Ayah, Mak dan Abdullah ke Cairo pd mlm 14 Februari. Ya Allah...semoga Kau lindungi musafir kami...in sha Allah.

Saya & Dato' bermalam semalaman di K.Terengganu. Niat asalnya kami nk keliling pulau-pulau di Terengganu sementelah cuti masih berbaki beberapa hari. Tp atas bbrp sebab percutian disingkatkan jd persinggahan semalaman je. Jadilah tu..dpt tengok pantai, makan kepok lekor, minum air nyior, ke pasar payang...what an amazing day to me! Terima kasih suamiku sayang kerana membawaku jalan-jalan ke Terengganu cari kain batik..hehe

Namun di hari tua ku itu tetiba jer saya demam. Pelik, tapi benar. Nak kata umo br setahun dh tua bangka...masih demam. hahaha...
Tak mengapalah, kafarah dosa-dosa kecil. Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku...

Sudahnya, sampai2 kt KT, check in hotel, kua makan kemudian tidur berselimut jer dlm bilik lps mkn ubat. Berharap agar demam segera kebah. Alhamdulillah, bgn esoknya segar bugar sihat sejahtera...Maka, cergas la saya menjelajah ke pasar payang...haha dpt beli kain batik sutera..berkenan satu, tp ambik dua..lps beli dua..berkenan satu lg pulak...beli lg jadilah tiga..pokailah daku...huhu :(

Terima kasih utk semua ucapan hari jadi di wall fb, private message, hp dll...Saya doakan kalian juga gembira sentiasa :)

Jumpa lg di hari jadi ke-30...

Saturday, December 1, 2012

Ikan rebus

Td masuk Sogo supermarket cr groceries..
Masa nk byr queue ngn sorang pakcik
Lbh kurang sebaya ayah,nmpk muka mcm org Kelantan
Saya pandang sekilas,senyum hormat..

Dia beli ikan rebus..di Sogo. Hehe..
Comel.

Selepas byr saya perhatikan dia.. Berjalan berseorangan trn eskalator. Ke surau barangkali.

Teringat Ayah di rumah. Kalau ke mall, mesti masuk supermarket. Cari lauk kegemaran,tambah2 kalau x berada di rumah sendiri..

Ayah kalau ke Sogo mkn lauk ikan sardin kt food court.Sedap katanya,barangkali lauk itulah yg harga plg berpatutan. Iyela, sepinggan nasi bersama sayur sudah RM8.50...ape ke hal?sudah bole beli sekilo ikan di Pasir Mas. Haha..

Sekian cerita pakcik ikan rebus di Sogo.

Saturday, November 24, 2012

Heyy pencuri kasut, go to h**l...grrr!

Sabtu mlm lepas, Dato' kecoh cr kasut badminton beliau. Hilang. Gone. Missing.

Pelik tapi benar. Fikiran waras ku x boleh nk fikir macamana kasut yg diletakkan di atas rak kasut di dlm pagar rumah pun masih boleh hilang. Mula2 saya x nak la prasangka melulu x tentu hala, tp bila Dato' ckp 2 psg kasut dia hilang, maka mula la saya syak bukan2..Dua psg beb, sepasang umbro yg br beli dan masih berkilat, sepasang lg pierre cardin yg dh hampir nk lusuh..huhu

Mungkin...ada org masuk rumah semata2 nk ambik kasut lelaki je. Sbb kasut saya yg kuantitinya 5x ganda dr kasut Dato' tu masih selamat...hikhik.kasut2 saya disimpan di dlm rak kasut, manakala kasut Dato'yg hilang tu diletakkan di atas rak kasut lain. Ia regular usage, maka letak la kt luar senang nk capai. Tak tahu lah kalo ada org seberani itu masuk dlm pagar rumah dan ambik kasut,time kereta xde dan gate terbuka.. kemudian keluar cm biasa. Settle! Kurang dr 60saat apa pun boleh jd. Mungkin laa, Wallahuálam.

Tak baik berprasangka, tp x mungkin salah ltk sbb mmg kt situ la tmpt ltk nya. Kasut tu birthday present ke-28 Dato'..br je bli. kasut 1 lg yg hlg tu, kasut hantaran kahwin. Setiap hak milik Dato' ada makna sbb Dato' xkan bg saya beli benda sia-sia utk dia.. Oleh sbb itu semua brg2 Dato' ada kegunaaan, jadik bila hilang..mudah nk sedar. Berbeza dgn brg2 saya, x semua milik saya penting sbb saya suka simpan benda2 x penting..so kadang2 saya x sedar pun kalau ada brg2 yg hilang atau tersalah ltk, sedar2 dh jumpa blk.hehehe...

Kesian Dato', sekarang pakai blk kasut lusuh utk bersukan sementara nk beli yg baru. Tunggu sikit masa lg kita beli yek...Masalah Dato' Naim nih plak bkn boleh beli kasut yg sales @ clearance @ jualan gudang...nak new arrival saja. Maka kene la tunggu berduit lebih sikit..tp bini xpa pakai kasut less 50-70% pun orite..anytime boleh beli.sekali beli 3 psg pun ok.hehe..

Heyyy pencuri kasut, x kira siapa pun kamu...di mana kamu..bila masa kamu memakainya.. Yakin lah setiap perbuatan jahat itu balasan Allah pasti ada...hukhuk;)

WTH, WTfishhh.....

Friday, November 23, 2012

Birthday presents

Hari ni pegi sekolah,settlekan apa yg patut.Blk dr sek sempat la saya menyinggah di AEON Cheras Selatan kejap..Saje jenjalan abiskn wang poket.. Ahaksss mcm byk sgt duit poket punn...;p

Naik kt tingkat 1,ade bedding fair.Saya belek2 la cadar,comforter ape bagai..
pastu ternampak bantal Angry Bird, otomatik kepala otak dh igt bdk 3org janteyyy tu..hehe cm comel & sesuai utk d'org..

Pastu teringat lg,x penah bli kn present utk Irham kecuali ms dia br lahir..27/10 aritu besday Irham yg pertama..pun x blikn adiah.utk bdk kenit 3ketul tu mmg x pyh bg baju,seluar ape bagai..pakaian yg mak ayah d'org blikn tetiap minggu tu pun x abs pakai rasanye.pulak tu,demand semacam..mana bole bli bj sebarangan cap Jusco,koman2 bli kt Parkson kalo bkn Sogo..mmg x bleh blah.haha..

Maka terbelilah saya 3bijik pillow cap 'burung marah'..satu kerja usung,byr pastu dgn baik atinya g wrap skali.kata adiah kn,knelaa balut cantiks2 gtu..free wrapping service,klo kne byr..jgn harappp..haha

Tadaaa...!! 1 utk abg bai,1 utk abg mai dan 1 utk adik cham..(cehh x bleh blah ngn nickname mcm nama betul BAIzura, MAIsarah ngn Shamsiah jer..hoho)

Sekian khabar setelah 2 bln x update:D










Saturday, September 15, 2012

berakhirnya Syawal

Sibuk benar rasanya seminggu dua selepas raya ini. Hanya apb ada masa terluang beginilah, yakni blk kg br ada masa utk fikir dan muhasabah apa yg berlaku kebelakangan ini. Kalau kt rumah sendiri mana ada masa nk fikir mcm2 perkara, nk uruskan yg dpn mata pun sudah x cukup tangan. Haha, bunyi mcm ada anak 10 kt rumah kan.

Maksud saya, kalau kt rumah..mcm2 perkara yg lbh penting saya boleh buat selain duduk mengadap labtop 24jam. bila blk kg, lbh byk masa utk menyendiri so saya boleh buat mcm2 perkara yg saya x sempat nk buat kt rumah.

Minggu lps, saya ada buat jamuan mkn-mkn kt rumah sempena hari raya. Sesaje je, nk lpskn hajat mak yg bersusah payah dtg kl bwk satay frozen bersama kuah kacang serta rencah ramuan nasi dagang resipi beliau. hehe, sweet mak ayah ni...dtg kl naik kapal terbang,isi barang dlm kargo dgn kotak-kotak berisi barangan dapur. Apapun, saya hargai setiap titik peluh dan usaha serta wang ringgit yg keluar dr poket ayah serta handbag mak. Katanya belanje...hikhik.

Jamuan ringkas saja. Jemput jiran kiri kanan depan blkg, ajak clicks dkt sekolah, membe2 dan sedara mara berdekatan serta Dato' jemput kwn2 opis dtg. Tp menu special dr mak, nasi dagang kelate! sekejap saja sold out sampai tuan rumah pun x menyempat nk merasa.huhu.. menu lain, kak nori buat lontong (for the 1st time dan syabas krn menjadik!hihi) pstu saya buat laksa penang. hehe..kan dh kata jamuan ringan2 saja.

Lps jamuan kecil-kecilan tu, 2 hari kemudian saya diserang demam,batuk,selsema. pakej 3 in 1 lg. huhu.. mujur semalaman jer dan x sempat nk ambk mc pun tup tup...taraaa..!! esoknya dh sihat blk. Alaaa...x sempat nk dilayan mcm princess lg oleh Dato'..Dato' suapkan makanan, buatkan air milo..beli ubat..hehe apepun Amin, Alhamdulillah atas nikmat kesakitan dan kesihatan yg dikurniakan olehNya.

dan Syawal berakhir dgn momen-momen indah. InsyaAllah semoga ketemu lg di Syawal yg akan dtg...

Utamakan keluarga

Yes. Tajuk plg best yg difikirkan mlm ini.

Ada byk definisi keluarga sbg keutamaan. Namun terpulang pd tafsiran dan cara masing-masing bagaimana mereka mengutamakan keluarga. Setiap org mungkin berbeza cara & rasa, namun matlamatnya adalah sama.

Kita masing-masing ada cara dan kebiasaan sendiri. Usah menilai sesiapa. Siapapun kita, kita x layak.

# Ada mungkin byk benda yg saya x dpt nk bidas kata-kata sesetengah org. Bila difikirkan blk,kdg2 mereka yg berkata-kata itu x sempat nk cermin diri dia sendiri namun cepat benar mengecop org itu dan ini. Kasihan.

It's ok ,nevermind. Only God knows why.