Friday, November 1, 2013

Nilai 3

Hari ni 1st time menyinggah di Nilai 3
Sejak pindah sekolah ini laa kali pertama saya melencong ke Nilai. 
Hehe
Haaa sudahh...!

Dkt je rupanya dr sekolah. 
10min sampai kot

Misi ke Nilai ialah mencari rod langsir
We olls tgh make over rumah u olls! Hehe

Singgah x sampai setengah jam pun
Terus ke kedai target
Sebenarnya sabtu lps dh berkunjung ke sini dgn Dato'
Beli rod panjang 2 btg tp mcm terlebih panjang
Sayang nk potong
So pegi topup 1 rod pendek



Sesambil tu,jenjalan beli bunga...hehe:) 


Kantin yg kosong


Beginilah suasana kantin sekolah baru saya. 
Petang-petang kalau bkn waktu rehat
Ia kosong dan lengang
Bukanlah kebiasaan, tapi selalunya beginilah.

Punca? 

Tiada lauk, makanan sejuk, tidak sedap dan mahal.

Bukan nk menjatuhkan bisnes org Melayu, ttp Melayu sepatutnya apabila dpt peluang manfaatkanlah ia sebaik-baiknya. 

Sesebuah kantin setiap hari mempunyai plg kurang 1000 pelanggan (pelajar) tak termasuk guru. Jadi apalah salahnya pengusaha kantin lbh kreatif dlm memacu bisnes di sekolah. 

Tak perlu sewa tapak @ byr sewa kedai pun
Berbisneslah dgn ikhlas, kalau tak berminat sila beri peluang pd mereka yg lbh layak. 

Sunday, October 20, 2013

Rinduku pada Baitullah



Tahun 2000
Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah
Mengerjakan umrah bersama Mak & Ayah
Di usia 16 tahun, masih mentah

Saban tahun rindu kian bertandang
Keinginan sentiasa menggebu
Rindu pada Al-Haram
Rindu pada Baitullah


Semoga Allah memurahkan rezeki kami utk ke sana lagi



Rinduku pada Baitullah! 


#kredit gambar utk Travelog Haji Saiful Nang. It's awesome! Subhanallah:)






Friday, October 18, 2013

Mabruk TNGA!


Syahdu suara Tok Ti:(
Berjejeran air mata saya mengalir tanpa dapat ditahan-tahan
Ditambah dgn wajah tenang mulus kudus milik Tuan Guru
Mabruk!



Saturday, September 14, 2013

Sepoi-sepoi angin Langkawi


Saya sedang berlintas langsung dr Pantai Cenang...yeayyy!! What a great morning...pg2 lps breakfast bermalas-malasan kt tepi pantai...facebooking,googling,blogging,instagramming bla bla bla bersama deruan ombak dan pemandangan indah. Tenang & nyaman.

Refresh.
Revive.
Rejuvenate. 

Subhanallah.

A morning from Langkawi with LoVe;)

Sunday, September 1, 2013

Kata Imam Al-Ghazali

"Suami yg baik bukanlah suami yg menyerahkan apa adanya pd isterinya. Tetapi suami yg baik adalah suami yg 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah apabila isterinya kurang akal. 

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yg paling baik..."

-Imam Al-Ghazali

Wednesday, August 28, 2013

London:Harrods

Letih window shopping, perut pun dh lapar maka kami blk ke hotel dahulu utk mkn, solat dan berehat. Sepanjang berada di London, kami cuba berjimat dgn mkn bekalan makanan yg dibawa. Lagipun kebanyakan kedai makanan halal bermenukan kebab dan yg sewaktu dengannya. Takde nasi. We olls nk nasi. Hehe..mujurlah saya dh siap-siap bw sambal ikan bilis, roti, tuna, nasi segera, Berahims dan mee segera pelbagai perisa ada. Cukup bekalan utk seminggu. Hehe.. *first day belum jumpa Malaysian Hall lg. 

Kembali segar bugar setelah berehat seketika. Sedia utk memulakan perjalanan. 
Destinasi kami ptg ini adalah utk ke gedung membeli-belah terkemuka Harrods. Menurut info dr hotel, jarak perjalanan ke Harrods dr hotel penginapan kami hanyalah 15min in walking distance. Huhu,bole percaya ke? Dia bg peta dan cerita serba sedikit ttg perjalanan ke sana. Memandangkan br bgn tidur dan badan masih segar, kami memutuskan utk berjalan kaki shj. Gamble sajalah. 

Aikkk...baju dh tertukar?hehe...hoodie pepel ini dr Uniqlo, dibeli mengikut saiz Dato' tp saya yg beriya pakai sbb xde pakaian bersesuaian utk menahan sejuk. Saya bw beberapa helai cardigan nipis, igtkn x sejuk sgt tp pakaian tersebut x sesuai sbb ia menyebabkan saya menggigil kesejukan. Ada org pertikaikan knp saya pakai sweater beriya bagai, tgk org sekeliling xde pun mcm tu..haha maybe suhu 14-19 darjah celsius apelaa sgt bg org putih berbanding suhu musim sejuk mereka yg mencecah negative.. Maka bg golongan yg x biasa mcm kami ni suhu mcm tu pun dh kira sejuk sampai ke telinga..lagipun dress up penting beb... *yg komplen jeles la tuu.heh






Aktiviti ptg ni dikira sbg an evening stroll dh ni. Jauuuuhhhh, bkn 15min tp hampir sejam kami jln kaki! So hampehh...



Yihaaaa...!! Sampai jua di Harrods walaupun kaki dh lenguh + letih. 


Individu yg mengalami sindrom keterujaan. 
Btw, kt Harrods Shop ni je mampu shopping pun. Kt floor lain kebanyakan barangan berjenama mewah spt Coach, Burberry, Ferragamo dll yg sewaktu dgnnya. 

Yeayyy...x puas rs shopping harrods bag yg murah2. Kebetulan ade sale u olls! 
Balik, kami naik bas teruuuusss sampai ke hotel. 15min jugaklaa..tp sng sbb ade direct bas yg ulang alik dr hotel ke Harrods. Satu jln je xpyh tkr2..gaya hafal tu mcm bole pegi sendiri jer. Saya bgtau Dato' pg besok kalo saya hilang cr jek kt Harrods. Dh reti naik bas sendiri hehe.. 

Bye. Adios Day 1 @ London