Tuesday, April 17, 2012

Membujang.

Sesi membujang bermula dlm hidup saya seminggu yg lps..Dato' berkursus induksi di Melaka selama 2 minggu. Dan saya,ditinggalkan terkontang kanting seorang diri..huhu:(

Ku rindu padamu soulmate:)

Percayalah!

Percayalah...
Dia sangat mencintaimu...maka diberikan kamu ujian agar kamu sentiasa mengingati cintaNYA padamu... :)

Tuesday, April 10, 2012

Bangi-Duta-Putrajaya-Cheras-Serdang

Hari ni,hari travel seluruh Kolumpo. Pepagi lg dh gerak dr Bangi ke Hentian Jalan Duta. Hantar FIL blk kg. Dari Duta straight ke pejabat Dato' di KPKT,Putrajaya. Pastu, saya bergegas pulang ke rumah. Tukar baju, g sekolah. nasib baik hari ni 2 sesi. rileks cket.

4.50pm:saya gerak dari sekolah di Cheras ke Putrajaya. Ambik Dato' plak then kami g Alamanda. Dato' layaaaan je walaupun penat. hehe...Dato' kan kuat,gagah dan berani. Dia xkan penat meladeni karenah bukan2 saya ni kan kan kann. ehe..we olls gi shopping brg2 Dato'. Khamis Dato' akan berangkat ke Melaka,menghadiri Kursus Induksi selama 2 minggu. dan 2 minggu jugalah saya bakal kena tinggal. uwaaaaaa!!xnk pk kalo pk kang ada yg cuti tanpa gaji selama 2 minggu (alasan:mengikut suami menghadiri kursus) huiiiihuhuhu :(

Mlm, blk siap2 then Dato' keluar pulak. mentang2 le esok cuti umum mlm ni sempat depa plan main badminton yek..hajat nk ikut x kesampaian sbb kepenatan dan kemengantukan.
Baik saya dok umah je kan, bole mkn,tido,baring dpn tv. hehehe...

Pendek kata arini, si CCH tu meronda sakan lah ye.. Dari BB Bangi- Jalan Duta - Putrajaya - Bangi - Cheras - Putrajaya - Serdang. haduuuiii...sakan!

Sekian laporan harian, dari penulis blog yg hangat2 tahi ayam. hehe :)

KOSONG. kosong.

Saya x minat Najwa Latif. Tp lagunya yg satu ni mmg ada sense. bole layaaaan lagu ni.

KOSONG by Najwa Latif.

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong. Kosong.

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong. Kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

#Lately nih,suker giler dengar lagu ni. rasa release je.x pecaye cuba dengar dan feel lagu dia :D ada jiwa dan tetiba aku jiwang lakksss.. huuhu

Saturday, March 24, 2012

Amsterdam,London,Paris?

Eheeemmm ;)

Mimpi la kalau nk sampai ke sana kann :D
Kisahnya saya menerima souvenier tulus ikhlas dr kazen yg travel seorang diri dgn bahagianya. Arrghh jeles btul !!



huaaaaa...seronok kann.. TQ a.din!

Wednesday, March 21, 2012

ZARA from Spain

Sekian lama bercuti (haha..seminggu je pon :D), sesungguhnya macam-macam cerita yg terpendam.

Cuti sekolah 9 hari, 5 hari saya pulang ke Pasir Mas, bertemu ayah bonda, mendakap penuh erat. Kerinduan yg terpendam pd yg tersayang serta kg halaman.

Cerita handbag Zara dari Spain.

Gembira sungguh dpt hadiah besday thn ni. Ingatan tulus ikhlas dr Dr Izzat dan Dr Aimi nun jauh di Egypt. Cuti sem yg lps,mereka berkunjung ke Holland dan Spain atas tujuan melancong. Sementelah ada sepupu sekeluarga yg bekerja di Rotterdam. Maka,melancong sambil menziarah. Asalnya, saya mengirim sebuah handbag jenama negara yg mereka lawati. Zara made in Spain. So, handbag Zara laa yg dibeli. Kebetulan, hari jadi ke-28 waktu itu. Maka kiriman bertukar menjadi hadiah. Ehe, terima kasih daun keladi,kalau boleh nak lagiii :D hahahaaa...


Comel kan... merah menyala lagi :D


Ini mummy Asiah Harun punye. Kurang 60 minit barang diterima, beliau menggayakan penuh bangga ;) hehe

Thank u. Arigato !!

Monday, March 12, 2012

tershopping raya!

hari ni...isnin pertama cuti sekolah. memandangkan esok br saya blk kg,hari ni ada masa nak kuar merayap le..huhu

ada plan sebenarnya..nk g cari kain nk buat bj melayu utk anak2 lelaki Cikgu Kamal. thn ni,turn kami suami-isteri yg beli kain.slps bbrp thn di'sponsor' baju raya esp baju melayu (memula ayah sponsor, pastu a.mat,pastu mak..hehe), maka thn ni tibalah giliran kami menyediakan kain utk membuat baju melayu. peraturan sendiri, seseorang yg menaja kain baju melayu berhak memilih tema warna pd thn tersebut. saya dgn eksaitednya memilih tema turqoise!!


Ahha..inilah kaler turqoise..ala-ala hijau petronas gtu..cuma terang sikit warna dia. br nampak menyerlah. hehe..ntah ngape,lately ni mmg saya minat dan suka beli baju kaler2 seumpama ini...memandangkan dh ada batik digital kaler turqoise + pink dan kain chiffon dr bkt tinggi utk adik-adik,maka saya nekad memilih warna ini.

Lokasi pencarian, di Kamdar Saujana Impian,Kajang je. smlm dh usha kt Kamdar Mid Valley tp x berapa menarik...hari ni masih setia ke Kamdar memandangkan Kamdar tgh sale sekarang ni...saya suka sale Kamdar...sekian. heheh...

Ikut perancangan,kalo kt Kamdar Kajang td xde gak..esok saya nekad g Nilai 3 sorang2.. Dato' kan keja :D alaaaa, 15min x sampai kot dr Bangi. dekaaat je, naik highway byr tol x sampai 3hengget pun. Tp,oleh krn dh jumpa apa yg dicari, perancangan ke Nilai 3 sengsorang otomatik terbatal. hahaa...

Esok,bole le blk kg dgn senang lenang hati girang...sbb bwk balik 1 bagasi kain baju raya utk ditempah. semua stok kain yg dibeli dr Bkt Tinggi saya angkut blk. nk tempah sume sekaligus. puas hatiii..

Sblm tu, g Seksyen 9. g bank hokayyy...tp dukacita betul sbb lokasi bank tu berdekatan dgn Butik Ariani Bangi. nk x nk, saya kena masuk..kalo x rs ralat. cisss.

Bila dh masuk, xnk keluar selagi x beli ape2..adusss,masalah btol pompuan nih..tgh sale best buy plak tuh...TERRRRpaksa ler saya beli 2 helai tudung.2 je pun :D saya plh siap2 kaler nk machine ngn baju raya. hopefully sampai raya nnt saya x beli tudung dh. huhuhu, selalunya..kebiasaannya...harapan hanya tinggal harapan. nafsu berbelanja mmg sentiasa x dpt dikekang. ohh..tetibe jer tershopping raya.

p/s: Raya lg 5 bln oiitt...;)