Thursday, July 17, 2014

10 mlm terakhir Ramadhan

Tips utk 10 mlm terakhir.

1. Jgn biarkan prestasi kita dlm ramadhan setakat ini mempengaruhi prestasi kita pd 10 mlm terakhir. Keampunan Allah blh dtg bila2. Perlu +ve & ikhlas

2. Baca tafsir s alQadr utk faham apa sebenarnya berlaku pd mlm AlQadr, merasai kehebatannya &  lebih lg

3.Jgn tunggu sehingga mlm ke27 baru nak bersungguh2. Target kesemua 10 mlm & berjaga mlm pd semuanya. Jangan terlepas lailatu qadr hanya sebab 'kebetulan'

4. Ikut sunnah, bukan budaya atau amalan di masjid2 yg tak selari dengan sunnah. Hadis- siapa yg berjaga mlm & bersolat/doa pd mlm Qadr disebabkan keimanan & berharap balasan pahala, dosa2nya yg lalu diampunkan

5. Hafal doa & selalu berdoa Allahumma innala 'afuwwun...

6. Sediakan senarai doa - apa yg betul2 kita nak dlm dunia ini, dlm agama kita, keluarga & akhirat.Jgn lupa masukkan ikhwah /akhawat kita yang sedang menderita seluruh dunia

7. Tidur sekejap2 waktu siang. Jgn makan kenyang sgt & harus tidur terus lepas isya". Lepas tidur sekejap, terus bangun & bersiap utk beribadah

8. Jgn abaikan isteri & anak2. Anak2 mampu utk berqiam sekejap2, w'pun mngkin tak sepanjang mlm. Jika anak2 boleh berjaga malam untuk tonton TV atau main game, takkan mreka tak boleh berqiam. Sediakan mereka, Buat mereka teruja utk bangun mlm

9. Pakai pakaian terbaik bila bangun utk qiam pd mlm2 ni, pakai wangian, & rasai tenaga yg lahir dari keadaan minda/ psikologi yg bersedia ini

10. Pilih satu tempat dimasjid/ dirumah yg blh bersendiri & rasa tenang. Sediakan quran, sejadah, air disisi agar xperlu kesana kemari waktu beribadah itu.

11. Tutup semua komputer, whatsapp dll. Putuskan hubungan dgn dunia, hebatkan hubungan dgn Allah

12. Jika mengantuk, selang seli antara qiyam, doa, bc quran. Hanya dgr ceramah / tazkirah dll jika betul2 mengantuk. Jika tidak, elakkan

13. Kuncinya ialah kesabaran. 10 mlm terakhir ini mngkin sgt meletihkan kerana masih berkerja/ bersekolah.tapi inilah masanya utk bersabar dgn segala kepayahan ini. Fikirkan bgmn Allah telah merahmati kita dgn mlm alQadr ini yg mngkin tak akan dtg lagi dlm hidup kita. Jika kita tahu ramadhan tak akan dtg lagi bagi kita, jika kita tahu Jannah sedang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yg mahukannya, tentu kita akan pecut kpdnya, walau dalam keadaan kepayahan bagaimana sekalipun

14. Yg paling penting- husnu dzaan pd Allah.jika kita harap yg terbaik, Dia akan beri pd kita yg terbaik. Jgn teragak2. Curahkan hati & perasaan kita pdNya.

Allahumma ballighna lailatul qadr, amiin 
amiin.  ðŸ˜­ðŸ˜ªðŸ˜­ðŸ˜¢

Thursday, June 19, 2014

Ask your behaviour

Pagi td seperti biasa aku ke KKBangi utk monthly checkup.

Temujanji jam 11pg. Jam 10.30 lg aku dan Dato' dh sampai di klinik. Kami menunggu giliran seperti biasa. bersama gajet dan bhn bacaan masing-masing. Hehe..itulah caranya menunggu berjam-jam.

Tp hari ni kami bernasib baik. Kurang dari sejam, temujanji biasa bersama jururawat telah selesai. Namun, kali ni aku ttp perlu berjumpa doktor untuk scan. Aku turutkan sahaja, malah agak teruja manalah tahu kalau-kalau scan kali ni dapat tahu jantina baby.

Lbh setengah jam menunggu giliran, barulah namaku dipanggil. Spt biasa, aku berseorangan masuk ke blk rawatan krn prosedur klinik tidak membenarkan suami ikut serta. Biasala, klinik kerajaan beb..huhu

Doktor yg merawatku rupanya bukan sembarangan krn dia 'semacam'. Semacam maksudku doktor itu kerek karena dia langsung tidak mengangkat muka dan mengeluarkan suara apatah lg utk melemparkan senyuman. Arahan hanyalah melalui bahasa isyarat. Aku turutkan jua. Aku diam tak bertanya apa-apa sehingga selesai dia menulis, dia hanya sebut "Ok". Ok? Ok what??

Aku : So Dr?
Doktor kerek : So?? Takde apa2 la. Baby u normal.
Aku : Ooh. Saya tunggu utk scan mcm tu je?
Doktor kerek : Iyelaa. Kalau awk nk detail pegi private.
Aku : Yes, I know. Tp at least xkan saya xtau apa-apa.
Doktor kerek : Baby u normal. Itu je. So saya xde apa nk ckp la. Kalau awk nk lbh detail boleh pegi scan di hospital private. (2x dia ulang suh aku g private!! cinabeng...)
Aku : Cisssssss!! (dlm hati je laa...huhu)

Aku naik bengang krn dilayan sehina begini. Terfikir inikan layanan doktor hospital kerajaan. Selama ni doktor hospital kerajaan yg aku jumpa semuanya baik-baik. Kalau nurse tu, lain laa...kannn

Hello!! Bkn masalah private or gomen, sukahati aku laa nk g klinik kerajaan ke swasta. Aku bkn nk srh doktor ni cerita beriya pjg lebar ttg baby. At least, communicate with ur patient. Bg penerangan ringkas pun xpe. Tak pernah seumur hidup aku jumpa doktor 'bisu' camni. Nk bercakap pun mls. Berat mulut. Huhu

Please. You're a doctor. Kalau penat atau stress sekalipun, tu dh jd rutin seharian awk. Takkan masih tak boleh nk handle perasaan sendiri. Awk kerja deal dgn manusia, yg ada hati & perasaan. Jgn buat org mcm tunggul. Aku pun cepat2  hafal nama dan no perubatan doktor tu. Nk kena report KKM ni....grrrrr

It's all about your attitude. Your own behaviour. So, please behave Mrs. Doctor!




Aku ke saya?

Aku atau saya? 

Mungkin lebih sempoi jika guna kata ganti nama 'aku'

T_T

Wednesday, June 11, 2014

Papa, Mama?

Papa
Mama

Daddy
Mummy

Abi
Ummi

Ayah
Mak

Hehe..
Masih 'geli-geli' lg

Bercuti itu indah, tapi...

Assalamualaikum! :) 

Dgn masa yg masih bersisa di penghujung cuti sekolah, sempat laa saya nk godek2 blog. Byk benda nk diceritakan tp semua mcm beku dlm pala otak jer...coiii

Tgk newsfeed kt FB di musim cuti sekolah, mcm2 gmbr yg kwn2 post..holiday sakan situ sana sini... Alhamdulillah, dimurahkan rezeki dariNya, dibukakan mata utk mengembara. Benarlah, jauh berjalan luas pemandangan. 

Pemandangan (pandangan) ttg percutian ni ada mcm2. Secara umumnya, pergi bercuti mmg menyeronokkan. Apatah lg percutian beramai2 bersama keluarga. The more the merrier. Mmg havoc habis! Mcm2 gelagat, mcm2 pe'el..ada yg lucu, ada yg jengkel. Semua tu lumrah...

Adik2/anak2 gembira sakannn...post gambar 12 kali sehari sementara mak bapak yg menyara garu kepala. Poket kosong sara mkn minum dan sebagainya sementara nk tggu gaji lmbt lg. Apatah lg kalau percutian beramai-ramai bajet mmg lost terusss...:(

Sesudah merasa menjadi 'penyara' yg sebenar mungkin baru kalian mengerti apa erti kegembiraan pergi bercuti yg sebenarnya. Dulu saya pun mcm tu. Bercuti bersama keluarga mcm2 benda minta nak beli dr Mak Ayah. Bila x dpt, merajuk. Jadi,bila berpeluang menguruskan percutian sendiri saya belajar banyak perkara terutama ttg pengurusan kewangan. Sementara belum merasa sbg 'penyara' ni nikmatilah masa cuti kalian. Esok2 bila sampai waktunya kalian yg mengeluarkan duit poket utk menanggung segala kos, mungkin baru kalian mengerti di sebalik keseronokan sebenar ttg percutian. 

Selamat bercuti kawan-kawan! 


Wednesday, May 14, 2014

Andai itu takdirnya

Semalam...sepupu terdekat ayah saya meninggal dunia akibat kanser kolon. Masih muda. Di usia 37 tahun. Penyakit yg pd awalnya disangkakan gastrik itu rupanya adalah sel kanser yg telah mencecah ke tahap 4. 

Pemergian arwah terlalu cepat. Terasa br smlm kami adik beradik menziarahi beliau yg terdampar lesu di pembaringan. Terasa baru smlm kami menyambut Aidilfitri meriah bersama-sama. Mujurlah, sempat kami menziarah di saat arwah terlantar sakit. Sungguh tak dapat dibayangkan bagaimana andai kita berada di tempatnya. Bergenang air mata, mengenang nikmat kesihatan yg serta merta Allah tarik. 

Antara nikmat kesihatan dan kekayaan, jauh berbeza bagai langit dgn bumi. Tiada galang gantinya kekayaan yg melimpah ruah andai kesihatan menjadi pertaruhan. Ya Allah, ku pohon nikmat sihatmu agar daku mampu berkerja meskipun harus membanting tulang memerah keringat utk mencari rezeki. Asalkan dikurniakan kesihatan yg baik dan berpanjangan. 

Jaga diri. Take a good care of yourself. Please...

Al-fatihah. 

Absolutely true.


Kita tak tahu apa yg Allah telah rancang utk kita. He's the great planner. Just believe in ALLAH.