Wednesday, August 14, 2013

ke London mencari almond > Part I

Alhamdulillah. Bagai mimpi bulan jatuh ke riba. Peluang menjejakkan kaki ke negara Eropah hadir bagaikan mimpi. Iyelah,rasanya bkn calang-calang tempat yg nak dituju, segalanya memerlukan persiapan rapi, dari A sampai Z..persediaan mental juga fizikal.

    Persediaan ini yg paling penting sebenarnya. Huhu..

Belanja ala kadar shj. Org kata,percutian bajet. Tiadalah daku mengidamkan utk membawa pulang tas tangan Louis Vuitton krn rasanya semua sedia maklum, di London everything in Pound (£) manakala di Paris & Amsterdam sediakanlah wang Euro (€). Maka, ukurlah baju di badan sendiri. Sekadar Longchamp tu mampulah saya membawa ia pulang walau seutas dua. Hehe..

Percutian ini berlangsung dr 25/5-8/6/2013. Dua minggu menjelajah Europe mmg betul-betul mem'bankrupt'kan kami..haha. Iyelah,kos utk penginapan shj pun dh menelan belanja yg bsr, tak termasuk kos pengangkutan dll. Namun,demi sebuah pengalaman yg tiada galang gantinya..kami cekalkan hati, tabahkan semangat. Percutian diatur sesederhana mungkin. 

Walaupun tempoh masa singkat diambil utk menempah tiket penerbangan, Alhamdulillah dgn bantuan mereka yg berpengalaman dlm urusan jual beli tiket, maka kami berjaya memperoleh kos yg berpatutan utk perjalanan dari Kuala Lumpur-London dan balik dari Amsterdam-Kuala Lumpur. Tiket dibeli sendiri melalui website cheaptickets.com. Selain itu boleh juga survey tiket murah di kayak.com. Setelah membuat perbandingan harga tiket dan sedikit kajian tentang airlines yg akan kami naiki, maka  kami memilih Chinese Southern Airlines utk menerbangkan kami. Rare bukan? Hehe..tunggu saya akan ceritakan tentang CSA ini. 

    We're on the board!! 

Ia syarikat penerbangan milik negara China. Airlines ini dipilih krn selain tambang yg ditawarkan berpatutan, ia juga menyediakan menu halal utk pelanggan muslim. Tapi menu halal pun agak-agakla dgn tekak kita kan..tekak melayu. Huhu..tp belasah saje la sbb hal mkn bukanlah masalah utama bg kami. Konsep 'cukup makanlah' kiranya ni.hehe.. 

Dari KL kami transit semalaman di Guangzhou,China. Mengikut kefahaman kami (sbb ckp bahasa ayam ngn itik kan..hehe), polisi mereka akan menyediakan hotel utk penumpang yg transit bermalam. Maka,sesampainya kami di Baiyun International Airport, Guangzhou...dgn duit yuen yg tiada walau sesen pun, kami dibawa menaiki bas ke hotel penginapan. Lbh kurang 40 minit perjalanan (jauh giler), br la dpt  check in hotel. Sebenarnya, mindset dh prepare utk tidur di airport shj mlm tu sbb flight seterusnya ke London pd jam 9 pagi keesokan harinya..entah kenapa lps check out kastam dh ada org bagitahu minta kami tunggu bas ke hotel. Nasib baik x kena culik hehehe...Segalanya tawakal kpd Allah. Hanya mohon dipermudahkan segala urusan. Selebihnya berserahlah kpd Allah Yang Maha Pelindung. 

Hotelnya...fuhhh!! Bole tahan..taraf 4* beb! Hehehe..maka tidur lena la kami mlm itu bermimpikan London ngehngehngeh.. 

No comments:

Post a Comment