Wednesday, February 12, 2014

A spiritual trip to Banda Acheh

Alhamdulillah, perancangan menjejakkan kaki ke bumi Acheh tercapai jua. Hasrat suci idea ayahanda. Katanya Acheh negeri serambi Mekah. Ditambah pula banyak sejarah peninggalan tsunami yg menjadikan ia destinasi istimewa utk dilawati. 

Percutian kali ini bukan berdasarkan keseronokan semata-mata. Ia lebih kpd keinsafan dan sisa-sisa pengalaman yg sempat kami kutip serta jadikan iktibar. Sungguh. Rasa takjub pd kekuasaan Ilahi itu wujud saat melihat satu-persatu kesan peninggalan tsunami. Pengalaman yg dilalui sukar diungkapkan dgn kata-kata, payah diceritakan secara lisan. Hanya yg melaluinya dpt menzahirkannya. Subhanallah. 

Inilah Masjid Raya Baiturrahman. Masjid ini masih gah & utuh walau dilanda badai tsunami. Dikatakan amukan tsunami yg mengalir deras tiba-tiba menjadi jinak saat merapati masjid ini. Ia terselamat sama sekali bersama beratus-ratus manusia yg berlindung di dalamnya. Subhanallah:) Kami sempat bersolat Jumaatdi masjid ini. Lantunan ayat-ayat suci Al-Quran dan kemerduan bacaan doa membuatkan hati menjadi sebak. 

Makan malam pertama di Banda Aceh. Di rumah makan Mujahidin. Hari pertama kami hanya berjalan-jalan di sekitar hotel. Malamnya ke mall sebab semua kedai dan tempat wisata ditutup menjelang petang. Mall aje pilihan yg ada yg dibuka sehingga jam 11 mlm. Pengalaman mak & ayah naik tuk-tuk di Indonesia. Sweet! Hari pertama lg Mak dah habis juta-juta. Hehe..

Tgk ayah & menantu sama naik bershopping. Hehe

Keesokan hari,awal pagi lg supir dah menunggu kami utk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Banda Aceh. Saya menempah supir utk sehari dgn bayaran setengah juta beb! Hehe.. Selesai bersarapan, kami terus bergerak ke Masjid Baiturrahman. Masjid ini terletak hanya lbh kurang 500m shj dr pantai Ulee Lheeu. Rata-rata tempat yg terselamat sewaktu kejadian tsunami hanyalah masjid dan rumah ibadat. Yg lain, musnah sama sekali. Begitu sekali kita dapat menyaksikan keagungan Ilahi. 

Ini adalah keadaan Masjid Baiturrahim sejurus selepas tsunami. MasyaAllah. Semuanya ibarat padang jarak,padang tekukur. 

Kemudian, kami bergerak ke kapal PLTD Apung seberat 1000 tan yg berganjak 5km dr lokasi asal. Kalau difikir logik akal, bagaimana kapal seberat ini mampu bergerak sejauh tersebut. Lagi tanda kekuasaan Ilahi. Subhanallah. Apa sahaja yg Dia kehendaki pasti berlaku walaupun mustahil pd akal fikiran manusia. 


Inilah harapan masa depan penduduk Aceh. Mereka yg terselamat menganggap merekalah insan terpilih yg diberi peluang kedua oleh Allah utk meneruskan kehidupan. 

Perkuburan Massal Siron ini menempatkan hampir 50,000 nyawa yg terkorban. Di sini disediakan beberapa pondok tempat berteduh. Al-fatihah, merekalah para syuhada pilihan Allah. 

Kami melepaskan penat seketika dgn berhenti rehat dan mengalas perut di Solong Cafe, antara yg menyediakan hidangan kopi terbaik dr Aceh. Tak cukup kopi, kami pesan mee acheh juga. Tak sangka sedap sesedap-sedapnya.hehe..

Kapal di atas rumah. Inilah kapal nelayan yg tersedai di atas sebuah rumah penduduk setempat. Kapal ini telah berjaya menyelamatkan 59 nyawa dan nah! Seakan-akan elok terletak ia mendarat di atas bumbung sebuah rumah. Ia terletak di Kg.Lampulo berhampiran Pantai Ulee Lhuee.

Heyyy ni kalau kt sekolah konpem asyik kena denda ngn pengawas nih. Org ckp jgn lompat maka dia lompat. Huhhh.

Sekian cerita tsunami. Seakan tak sanggup menatap satu demi satu penderitaan masyarakat Aceh. Meski tak merasa azabnya menanggung penderitaan sebegitu namun simpati kami melimpah ruah. Tak terbayang bagaimana perasaan sekiranya peristiwa tersebut terjadi di negara kita, menimpa org yg dkt dgn kita. Sedih, pilu, sungguh itulah derita yg tak tertanggung.   

Destinasi kami yg seterusnya ialah ke Muzium Rumoh Aceh. Malangnya muzium sedang direnovasi. Posing sajalah. Di sebelah Muzium Rumoh Aceh terletak Muzium Aceh, bayaran masuk hanyalah 1000Rupiah (lbh kurang 30 sen). Alang-alang dah sampai di sini, kami masuk juga ke Muzium Aceh. Saya pusing seround, 10minit dah siap. Hehe..tp Dato' rajin berlama-lamaan dlm muzium. Mcm semua cerita dia baca. Tak paham ai :D Ayah pun mcm tu. Dlm hal ni, saya tabik giler spring dgn ayah. Pengetahuan sejarah beliau sgt luas dan yg utama ingatan beliau mmg superb! Saya sampai tertanya-tanya dulu waktu exam Ayah dpt berapa agaknya utk paper Sejarah. Huii x sangka ayah dan menantu berkongsi minat yg sama. Suka masuk muzium! Eh...eheh




Ini replika Masjid Raya Baiturrahman dari 1873-1957. Asal 1 kubah kini menjadi 5. Masjid ini memang kebanggaan masyarakat Aceh. Semua rumah ibadat adalah kebanggaan mereka. Saya ternganga dengar cerita Ayah tentang Aceh dr zaman kesultanan Sultan Iskandar Muda sehinggalah kpd sejarah 
Islam di Aceh. He's amazing. Really. 

Seterusnya, kami sempat singgah bergambar sekejap di Makam Sultan Iskandar Muda. Mak & Ayah tunggu dlm kereta je sbb dh x larat nk turun posing2. 

Destinasi terakhir kami pd hari kedua ini ialah ke Taman Putri Pahang. Dikisahkan taman ini dibina oleh Sultan kpd permaisuri baginda yg berasal dari negeri Pahang. Puteri dr Pahang itu dikatakan sering menangis krn merindui tempat asal baginda, maka Sultan membina taman ini supaya sang puteri dpt bermain-main di kawasan ini. Sweettt. Hehe:) 



Eh eh, posing ape mcm tu..hehehe. Nampak sgt letihnya kann. Ok, jom blk hotel dan berehat. Penat benar rasanya sehari suntuk outing. Yg muda pun lenguh-lenguh kaki, yg berusia apatah lg. Sblm blk ke hotel, Mak request supir nk mkn ayam penyet. Maka, santap ayam penyetlah kami mlm tu. mujur sodappp...saya sampai terlupa nk snap gambar gara-gara kebulur sgt nk mkn. Lapar hoiii.

Budak ni suka dapat 5000Rupiah dr Mak. Dtg ke tempat mcm ni, menjadikan kita umpama lalang yg sentiasa menunduk ke bawah.....:( 

Mee Acheh.

Jus avocado. 

Nasi Ayam Tangkap. 

Menu di Acheh boleh tahan sedapnya. Kalau serasi dgn tekak byk songeh saya ni maknanya saya rasa makanan tu sedap laa...hehe

Bandara melambai-lambai kepulangan kami. Seolah-olah sedang berkata, "jenguklah kami lg di sini..." 

Sekian travelog ke Aceh. Percutian jiwa, penyucian hati. Allah Maha Besar. Apabila Dia berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah. 🌸 Kunfayakun 🌸 

Allahuakbar!









































8 comments:

  1. Salam.

    Boleh saya dapatkan maklumat supir di sana sebab saya berminat untuk pergi ke sana.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Boleh saya dapatkan maklumat supir di sana sebab saya berminat untuk pergi ke sana.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Kalau datang lagi ke Aceh, jangan lupa ke Pulau Sabang, Kak. :)

    Salam dari Banda Aceh.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini
    kami syarikat mempunyai legalitas di indonesia, Nak tumpang promotion sikit
    bagi tuan puan yang nak melancong kat bukittinggi/ Padang,Medan dan bandung Kami 7LINES HOLIDAY tour & travel siap melayani anda kami sediakan : transport, hotel, and pakej tour
    contact person : firman
    Whats app : +62 82390 797959
    email : firman_7linesholiday@yahoo.com / 7lines.holiday@gmail.com
    blogger : 7linesholiday.blogspot.com
    insyaallah tuan & puan boleh puas dengan service kami

    ReplyDelete
  5. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    SALAM DARI KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA.

    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  6. Salam ...
    pakej perkhidmatan 4d3n Bandar Bandung (Hotel & pengangkutan) ... Murah Sampai pengsan ....

    Butiran Perjalanan

    Hari 1
    > Airport bandung
    > Pasar Baru Membeli belah
    > Studio Trans
    > TokoTiga (Branded Jeans)
    > Factory outlet
    > Makan malam

    Hari 2
    > Gunung Tangkuban Perahu
    > Grafika Cikole
    > Petik Strawberry
    >Luwak caffe
    > Naik kuda deranch
    > Floating market
    > Farhm House
    > Dusun Bambu{Cadangan}
    > Daun Kampung {Cadangan}
    > Rumah mode
    > Cihampelas Jeans Pusat
    > Paris van java
    > Makan malam

    Hari 3
    > Kawah putih
    > Valley Hot Spring
    > Kulit Cibaduyut kawasan jalan
    > Afrika Asia
    > Tebing keraton (Cadangan)
    > Kartika sari
    > Makan malam

    Hari 4
    > Keluar Hotel bandung
    > Airport Bandung

    syarat dan Syarat

    * Jumlah harga Seorang Adalah
    Rm 395/orang jika 2 orang
    Rm 330/orang jika 3 orang
    Rm 285/orang jika 4 orang
    Rm 250/orang jika 5 orang
    Rm 235/orang jika 6 orang

    -1 Bilik muat 2 orang tidak di join sehingga Selesa Sangat, semasa 4hari 3malam.
    -Termasuk sarapan pagi bufet.

    Hotel Bandar bandung Adalah

    #Hotel Setara 3 Star #

    -Citra Dream


    > Tidak termasuk makan tengah hari dan makan malam

    > Tidak termasuk kos tiket lawatan per kereta atau perorang di Tempat lawatan dengan itenary.

    Sila Tuan / Puan memutuskan Tempat lawatan boleh Ikut tentatif Program yang Sudah di sediakan ATAU Ikut rancangan Sendiri.

    Untuk Perkhidmatan Kami Janji akan berikan PERKHIDMATAN yang tiptop,Baik,Ramah & bahasa berbudi.

    Syarikat Kami 100% pemandunya muslim Dan tidak payah Risau Mencari Tempat Makan Yang sedap Dan pastinya halal.

    Joom Tempah Sekarang dan dapatkan harga istimewa Dari Syarikat Kami.
    InsyaAlloh amanah dan barokah.

    Call / WhatsApp :
    +628 12 2121 567


    mytripbandoeng@gmail.com
    mytripbandoeng@yahoo.com

    www.sewakeretamurahbandung.com

    FB: MyTrip Bandoeng

    Semoga maklumat Yang Saya berikan memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
    Terima kasih.
    Wassalam ... wr..wb.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wr wb. Bila puan2 dan tuan2 nak melancong ke Acheh & Sabang butuh kreta sewa di aceh bleh
    Call. +6281263979828.
    Wattsapp +6281263979828

    saye siap drop tuan2 dan puan2 kat Bandara Sultan Iskandar muda Banda Aceh. Wassalam

    ReplyDelete