Saturday, November 15, 2014

Genap 7 hari

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar. 

Dgn izinNya, saya selamat melahirkan putera sulung kami, seberat 2.82kg tepat jam 4.43 ptg pd tanggal 8 Nov 2014 di Hospital Putrajaya.

Syukur ke hadrat Ilahi, pengalaman lbh seminggu menjadi ibu mematangkan saya. Walaupun serbi serbi baru, tp melihat si kecil lena dlm dakapan melahirkan suatu perasaan yang tak terungkap.

Dari hari pertama dia lahir, saya byk belajar pelbagai perkara. Benarlah, perasaan seorang ibu lbh indah dr yg dibayangkan. Kehadiran si kecil benar-benar mengisi kekosongan hidup kami. 

Sayang mama..ini diari utk syg. Sempena seminggu usia syg menjengah dunia...:) 

Hari pertama, 8 Nov 2014

Mama mula rs sakit kontraksi pd jam 4 pg. Waktu tu skt dh dtg pd selang 5 minit. Segera mama kejut papa dah kami bergegas ke hospital bersama Mak. Setibanya di hospital pd jam 5.30 pg, urusan daftar masuk di Hospital Putrajaya berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan mama dan papa. Walaupun ditempatkan di wad sementara krn katil hospital telah penuh, tp sekurang-kurangnya urusan check-in kami tidak ditolak. Wad sementara juga selesa menempatkan hanya dua pesakit di dlm satu bilik. Waktu doktor cek bukaaan pertama jam 7 pg br 2cm. Mama ditolak ke wad. Sblm tu, papa smpt belikan roti dan air milo. Mama mkn itu aje utk sarapan pg pd lbh kurang pukul 9 pg. 

Apabila bukaan mencecah 3cm, lbh kurang jam 12 tengahari mama ditolak ke labour room dan doktor terus pecahkan air ketuban. Pelik jgk sbb br 3cm. Biasa org ckp 4cm ke atas br air ketuban akan dipecahkan. Mama maklumkan pd doktor bertugas utk cuba bersalin normal, tanpa epidural @ pembedahan. Lps ketuban dipecahkan, skt kontraksi dtg semakin kerap. 3x dlm sepuluh minit. Waktu tu papa dh ada bersama dl labour room. Doktor bg gas tahan skt pun mama cuba utk tak sedut. Nk natural birth katanya. Hehe..

Bacaan contraction dan heartbeat baby dipantau terus oleh nurse dan doktor. Sekejap2 nurse dtg cek. Doktor bg tempoh selama 4jam slps air ketuban dipecahkan. So dr jam 12 tengahari sehingga jam 4 ptg mama menahan skt yg sekejap dtg sekejap hlg. Papa di sisi setia menemani. Zikir dan doa nabi Yunus tak lekang dr mulut. Saat ni kdg2 mama rs panik sampai x blh nk kawal pernafasan. Nurse psn kalau skt tarik nafas pjg dan hembus melalui mulut. Air ketuban terus-terusan dirasakan hangat mengalir. Byk juga airnya. Igtkan ms pecah td je ia keluar. Mama xde pengalaman mama xtau syg. 

Skt semakin ketara. Tiba-tiba doktor dtg nurse dtg bgtau heartbeat baby dh lemah. Doktor cek bukaan br 6cm. 2x doktor cuba srh mama push sbb kepala syg masih belum engage sepenuhnya dlm tulang pelvis mama. Mama panik x boleh nk fokus sgt sbb rs terlalu sakit. Bila doktor srh push mama siap srh doktor hold "sekejap, sekejap" sbb skt contraction. Lupa langsung waktu contraction itula mama kene push. Mama cuba syg tp x berjaya. Doktor x berani nk ambik risiko lalu doktor bertindak utk mama segera dibedah. Dengar perkataan operation tu mama dh kecut perut. Sungguh, mental mama langsung tak bersedia utk lahirkan syg melalui pembedahan. Mama bertegas taknak dgn doktor, tp demi keselamatan syg mama akhirnya akur.

Jam 4.15 ptg mama ditolak utk emergency czer. Allahuakbar, hanya Tuhan yg tahu perasaan mama ketika itu. Mama xsmpt nk jumpak papa cuma smpt dengar suara papa je srh mama ikut ckp doktor. 

Mcm dlm drama rasanya apabila nurse berlari-lari menolak mama ke operation theatre (OT).  Bimbang berlaku apa-apa komplikasi sbb heartbeat baby dh lemah. Di OT ada 2 org doktor sedia menunggu mama utk segera dibius. Mama kena bius seluruh badan sbb doktor nk cpt. Dlm keadaan skt, mama ditolak dan dipindahkan katil sebanyak 3x. Doktor dan nurse keliling mama. Mama risau jd apa-apa pd sayang. Mama zikir, istighfar dlm hati, mengucap dan berserah nyawa sepenuhnya pd Allah Taala. Kemudian, mama tertidur. Nyenyak. 

            ********************************************************************

Mama tersedar apabila terasa pipi ditampar-tampar lembut. Kemudian mama meracau xtau ckp apa. Sakit bercampur mamai. Terasa ngilu di bhgn bwh perut. Mama kemudian ditolak ke wad bersalin. Dlm keadaan mamai, mama tny pd nurse keadaan syg. Nurse ckp ok je. Waktu tu juga mama sempat bertanya pd nurse jam berapa, lbh kurang 6.30 ptg. Mama tnya nurse lg mana papa..nurse ckp papa ada nnt papa ikut mama naik ke wad. Byk mama tanya hehe.. Mama lega segalanya selamat. 

Sampai di wad, mama nampak muka papa, mak dan ciksu. Mama x nampak syg lg. Rupa-rupanya syg dh keluar awal 2 jam dr mama. Papa yg azankan syg. Papa ckp dia menangis waktu pertama kali  azankan syg sbb xthn sebak. Mama dh jd org keberapa yg lihat wajah syg. Mula-mula mama tgk gambar melalui handphone yg papa dan ciksu tunjukkan. Syg comel sgt tau tak?? Hehe

Bbrp minit lps tu br mama dpt jumpak syg. Tp mama sakit xdpt nk gagahkan diri utk pangku syg lg. Skt di perut terasa menyucuk-nyusuk. Nurse pesan tekan butang thn skt. Butang tu mengandungi ubat morfin. Ohh patutlah mama lalok semacam je. Lps tu mama tertidur kejap. Sedar2 dh mlm mama rs kuat sikit. Mlm tu papa x boleh temankan mama sbb mama share wad dgn pesakit lain, mak yg temankan mama dan syg. Nurse dtg ajar cara-cara nk susukan baby, mama cuba sekali syg terus pandai hisap susu. 

Mlm tu mama dan mak x tidur mlm. Syg sekejap lena sekejap sedar nk susu. Sbb mama xleh gerak byk jd mak yg tlg angkat syg gilir-gilir dan ltk kt sebelah mama. Sekejap belah kiri, sekejap belah kanan. Kesian mak, dah laa kena tidur ats kerusi. Berjaga mlm pulak tu demi kita. Mama pun nervous x lena tidur first time tidur ngn syg. Tp syg x suka tidur dlm katil kecik syg, ltk je syg nangis..syg nk nempek je sebelah mama ataupun atas riba mak. 

Hari kedua, 9 Nov 2014

Hari ni syg menerima pelawat pertama di hospital. Kwn mama dan Ayah Chik dtg menjenguk syg. Mama Nori dan Ayah Mat juga dtg dan masakkan mama menu berpantang. Ikan selar bakar beserta nasi panas. Jauh lbh sdp dr menu hospital yg susah mama nk telan tu. Mama mkn dgn berselera sekali. Dr pg sampai ptg papa dtg dan temankan kita di hospital. Tengahari ciksu dtg dan bw mak blk berehat di rumah dan tidur dgn selesa. Kesian mak semalaman lenguh blkg tidur bersandarkan kerusi je. Mlm nnt nk temankan kita lg. Jd mak blk berehat di rumah dulu. Papa dan mama x puas menggolek syg. Rs bahagia menyelinap di hati. Bahagia sgt2 syg...

Mlm. Syg merengek tak seperti mlm smlm. Mama bg susu dan tidurkan syg masih menangis. Bdn syg rs suam panas. Mama dh mula risau. Kesian syg x boleh tidur. Mama dan mak sama-sama berjaga nk tidurkan syg. Mama bg susu, kemudian mak kendong dan ulit syg tidur. Syg masih menangis. Mak ckp mungkin syg x sdp badan sbb demam. Mak bagitahu nurse kemudian nurse dtg ambil suhu badan syg. Suhu syg 38.3. Tinggi. Jadi doktor ambil keputusan utk hantar syg ke wad kanak-kanak (NICU). Ya Allah...hati mama risau dan gundah gulana. Jam 4 pg syg ditolak ke NICU. Menangis mama x tidur mlm terkenangkan syg yg tiada di sisi.. Mama call bgtahu papa. Hati mama dah berkecamuk tiada rasa. Mlm tu dan sampai ke subuh mama tidur berlinangkan air mata. Di NICU, mama x boleh sebarangan nk jumpa syg. Nak bg susu pun kena pergi waktu melawat je. Mama pasrah. Semoga doktor dan nurse jaga syg dgn baik. Semoga Allah lindungi syg dr segala kesakitan. Kalau la boleh kesakitan tu ditukar ganti, mama rela jg galang gantinya anak.....

Hari ketiga, 10 Nov 2014

Hari ni sepatutnya kita dh boleh discaj wad. Tp sbb syg demam mama je yg dibenarkan keluar. Syg kena tahan wad lg. Mama x sabar tunggu waktu melawat jam 12.30 tengahari utk jumpa syg. Mama susah hati x dpt tgk wajah syg. Mama nk tahu keadaan syg. Kul10 pg mama dh boleh discaj. Mak dan papa tkg kemaskan brg2. Mama cuba perah susu sbg bekalan syg dlm wad tp agaknya sbb mama stress fikirkan syg susu keluar sikit je..

Dr jam 10 ke jam 12.30 mama dan papa sabar tunggu utk jumpa syg. Waktu dirasakan terlalu lambat bergerak. Tepat jam 12.30 mama dan papa lah org pertama yg tercongok di dpn wad NICU. Mama tak sabar nk jumpa syg, nk tatap wajah syg, nk tahu keadaan syg, nk usap kepala syg, nk peluk cium syg. 

Doktor bgtahu suhu badan syg dh turun 37.4. Alhamdulillah mama syukur sgt demam syg x melarat. Tp doktor mesti pantau syg di wad dan teruskan dgn ubat antibiotik utk tempoh 48 jam. Kesian syg, umur sehari dh kena cucuk antibiotik. Hancur luluh hati mama saat tgk tangan syg yg kecik tu kena cucuk dgn jarum. Sebelah lg lebam sikit. Menangis mama terkenangkan kesakitan syg. Mama bisik di telinga syg spy syg kuat dan cpt sihat, agar boleh segera keluar dr wad. Tak sanggup mama tgk keadaan syg. Syg lena tidur dlm dakapan mama. Mama peluk cium syg puas-puas. Sampai skrg perasaan tu masih melekat di ingatan. Setiap kali terkenangkan keadaan syg di NICU, luluh hati dan luruh jiwa mama, syg. Mama berdoa smg syg sentiasa sihat. Syg mama kuat, in sha Allah. 

Ptg mama dh blk rumah. Perasaan mama kosong bila blk ke rumah tanpa syg. Kosong sekosong-kosongnya. Mama hrp dpt kendong syg dan bw syg blk ke rumah kita, sama-sama. Ptg tu papa bw mama lg ke hospital pd waktu melawat utk susukan syg. Semua kesakitan mama tolak ke tepi demi syg. Sampai di wad, papa ambik syg dh sedar dr tidur. Terkebil-tebil keseorangan. Kesian syg, mama lambat dtg ye..bila tgk syg, hati mama luluh lg. Mama susukan syg sepuas-puasnya. Papa tny pd doktor bila syg boleh keluar. Saat itu mama rs nk bw syg lari shj dr wad tu. Tak sanggup lg mama tidur tanpa syg di sisi. Tak mengapa syg andai setiap mlm syg merengek berjaga mlm asalkan syg ada dpn mata mama. 

Doktor tak bg harapan. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin 2-3 hari lg br syg boleh keluar. Semua bergantung pd keadaan syg. Mama dan papa pasrah. 

Hari keempat, 11 Nov 2014.

Mama tersedar dr tidur pukul 5 pg terus x boleh tidur menangis teresak-esak teringatkan syg. Pg tu semua bersiap nk jumpa syg. Bersedia dgn segala kemungkinan. Sama ada syg boleh keluar atau pindah ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8. Di situ mama boleh temankan syg. Mama doa yg terbaik utk syg. 

Sampai di wad, kebetulan pakar kanak-kanak sdg ronda. Papa ambik kesempatan bertanyakan keadaan syg. Mama x putus2 berdoa smg urusan kita dipermudahkan. Mama nk syg selamat kembali ke pangkuan mama dan papa. Alhamdulillah, doktor benarkan syg blk slps jam 4 ptg. Mama syukur sgt2 syg. Mama x sabar nk bw syg blk rumah kita. Dari jam 2 hingga jam 4 mama papa stay je di hospital dan tak sabar nk tunggu syg discaj. 

Alhamdulillah, jam 5 ptg di usia 4 hari syg selamat blk rumah kita. Mama rs taknak lps syg walaupun seminit. Teruk sindrom mak-mak mama ni. Hehe...

Hari kelima, 12 Nov 2014.

Hari ni kita berehat je kt rumah syg. Mama dan papa x puas nk belek syg. Bg susu, tukarkan pampers, mandikan, pakaikan baju, acah-acah syg. Tp syg mama ni suka tidur. Seharian syg tidur. Papa ckp syg nmpk letih je hari ni, mungkin kesan ubat masih ada. Mama kesian tgk syg. Papa uruskan hal uri dan urusan cuti mama. Uri syg papa tanam di surau berdekatan rumah kita. 

Mlm tu syg terima tetamu x putus-putus. Kwn2 mama dan papa dtg menjenguk syg. Aunty Husna. aunty Hanim, uncle Zarir dan uncle Hisyam semua bwk hadiah yg best2 utk syg. Alhamdulillah, rezeki syg berganda. Jiran-jiran pun dtg menjenguk sbb esk kita nk blk kampung. Bila dh kt Klate, lama pulak la nk blk sini. Terima kasih kwn2 mama papa bg syg hadiah...mama yg excited lbh hehe...

Hari keenam, 13 Nov 2014.

Hari ni semua berkemas nk blk kg. Sejak pg lg Mak kemas dapur dan papa kemas brg2. Brg2 syg awal lg mama dh kemas utk bw blk kampung. Banyaaaak brg2 syg. Tak cukup 1 bonet hehe.. 

Perjalanan berjalan lancar. Syg tidur je dlm carseat. Sampai nk bg susu pun terpaksa kejut. Kita gerak jam 11.30 pg dr Bangi dan sampai Pasir Mas jam 8.30 mlm. Bbrp kali papa berhenti utk keselesaan syg dan mama. Jln pun x boleh nk speed laju sgt, nnt terhantuk-hantuk pd lubang atau bonggol mama yg sakit. 

Kt rumah, semua menunggu kepulangan kita. Atuk, Ayah Jat, Che Mie, Che Teh, Along, kakak Khadijah dan Imad, mek serta ayah tok juga. 

Oleh sbb syg dh tidur lama dlm kereta, maka mlm tu syg seronok berjaga. Mama dan papa yg tersengguk-sengguk nk layan syg. Kesian papa, penat drive jauh. Mlm nk pujuk2 syg lg. Tak mengapa syg, asalkan syg dpn mata kami. 

Hari ketujuh, 14 Nov 2014.

Pg Jumaat yg barakah. Hari ni rancang nk bw syg tahnik dgn Tok Guru Nik Aziz (TGNA) di Pulau Melaka. Mak ckp kena keluar awal pg dan solat subuh di sana. Kalau TGNA sihat dia akan jemaah di masjid. Mlm tu mama x lena tidur sgt sbb syg berjaga. Kul 5 pg kami bersiap utk bw syg bertahnik. Mama ikut sekali dan tunggu dlm kereta sbb nk susukan syg. 

Mak ckp org ramai sgt yg beratur utk tahnik dgn TGNA. Lbh kurang 50 org. Papa beratur sambil kendong syg. Tp dkt nk sampai turn syg TGNA dh x larat sgt. Tak sempat syg tahnik dgn Tok Guru. Papa bw syg tahnik dgn ustaz lain kt situ jgk. Takpela syg, xde rezeki kepala syg diusap oleh Tok Guru. Atok ckp sapa2 tahnik tu x penting, yg penting doa ibu bapa yg plg mustajab. In sha Allah, papa dan mama sentiasa doakan syg jd anak yg baik, taat perintah Allah, taat pd kedua ibu bapa dan berakhlak mulia. Dari dlm kandungan lg doa papa dan mama utk syg x pernah putus. 

Semoga syg sentiasa dlm lindunganNya, sihat tubuh badan dan membesar jd anak yg baik. Mama dan papa sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sayangkan syg, tiada taranya di dunia ni kasih syg kami utk syg. Lama papa dan mama menanti kehadiran buah cinta kami, syg lah anugerah terindah dr Allah utk kami, rezeki yg plg besar yg sentiasa kami syukuri. Smg papa dan mama dpt didik dan jaga amanah dr Allah ini dgn baik, smg kehadiran syg akan menyerikan lg keluarga kita. 

Terima kasih ya Allah...atas kurniaanMu yg Maha Agung ini. ALHAMDULILLAH. 

2 comments:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete