Wednesday, January 21, 2015

Pulang ke Rahmatullah

19 Jan 2015. 12.25am. Kembalinya AyahTok ke Rahmatullah.

Dia pergi dlm keadaan yg sgt mudah kerana terlantar sakit tua. Genap setahun AyahTok dan Mek berada di rumah kami. Alhamdulillah, Allah pilih mak dan ayah saya utk jaga mereka sehingga ke akhir hayat. Semoga ganjaran syurga selayaknya utk mereka kerana sentiasa bersabar dgn karenah org tua.

AyahTok pergi 4 hari sblm usia ayah genap 63 tahun. Mungkin hadiah ulang tahun yg plg sedih utk dia. Walau bagaimanapun, saya sentiasa fikir ayahlah org plg beruntung kerana di usia sebegini dan di saat dia sudah ada 8 org cucu tp dia masih punya ibu dan bapa. 

AyahTok pergi di usia Iqbal Hakeem 9 tahun.
Ikmal Hakeem 6 tahun.
Abdullah Fathi 5 tahun.
Irham Hakeem 4 tahun.
Khadijah Hawwa 3 tahun.
Izz Zara Hannan 2 tahun.
Adam Mujahid 70 hari. 

Sekejap shj Adam Mujahid sempat bertemu mata dgn AyahTok. 

Kami adik beradik semua pulang dan berada di pangkuan keluarga di saat-saat seperti ini. Malah kanak-kanak kecil itu juga menyaksikan dgn mata mereka sendiri jasad AyahTok yg kaku di pembaringan. 

Saudara mara, sepupu sepapat jua pulang memenuhi ruang rumah di saat jenazah dimandi, dikapan dan dikebumikan. Alhamdulillah. Semoga roh AyahTok tenang abadi di sana. 

Doa kami dari kejauhan. 

Al-fatihah buat,
Hj Hamzah bin Idris
1927-2015

1 comment: