hehehe...best x tajuk?
bg org kidal,bunyi mcm best jek...
tp utk org normal (i mean, right handed person), post ni x best laa kot sbb xde kne mengena ngn diri msg2..(kan mc yam kan kan..hehe)
post kali nih aku nk share ttg keistimewaan org2 yg dilahirkan kidal...
aku slh seorang insan 'istimewa' yg kidal orgnye...dlm keluarga kami hnya aku n mak yg menulis menggunakan tangan kiri..yg lain2 tuh,iaitu ayah,a.mat,ijat,mardiah n maryam sume menulis pkai tangan kanan...termasuklaa hubby ku terchenta...actually,bkn aktvt menulis jek...kebykan keje2 yg dilakukan lbh dominan menggunakan anggota sebelah kiri...knp jd mcm tu ekk?
Mengikut kajian saintis, kidal terjadi kerana pengaruh otak, iaitu apabila otak kanan lebih dominan dan menyebabkan ia akan mengawal fungsi badan sebelah kiri sekaligus menjadikan orang terbabit kidal, dan begitu juga sebaliknya.
Dominasi otak kanan lebih kepada perkara dan minat seperti muzik, seni, fantasi, kreativiti dan GENIUS! (hehe..). Maka tidak hairan kebanyakan tokoh, artis, pelukis hebat dan tokoh korporat terdiri daripada orang kidal.
Sebagai bukti, ramai orang kidal berjaya dalam karier masing-masing seperti angkasawan pertama, Neil Armstrong, Bill Gates (ahli perniagaan), Henry Ford (pencipta kereta), Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo (pelukis), Pierce Brosnan, Brad Pitt dan Angelina Jolie (pelakon) serta Mozart (pemuzik).
Tidak ramai org yg dilahirkan kidal, sekaligus menyebabkan byk peralatan terutama utk kegunaan harian lbh didominasikan org yg menggunakan tangan kanan.W'pun menjadi golongan minoriti ttp org kidal tdk sepatutnya berasa rendah diri krn selayaknya boleh dianggap sbg satu kurniaan istimewa disebabkan tdk ramai spt itu.
Apa yg nyata, org kidal masih mampu menjalani kehidupan scr normal dgn menggunakan alat yg dicipta oleh org bertangan kanan w'pun sesetengah mereka berasa kekok.hmm ikut pengalaman sndiri dulu2 ms zaman sek aku slalu alami kesukaran menggunakan kerusi bermeja yg slalu digunakan time exm tuh..sbbnya,kerusi tu mmg dicipta utk org yg menulis pkai tangan kanan, so klo org pkai tangan kiri yg guna ia dh jd x praktikal sbb menyusahkan! akibatnya, kta akan rs kekok dan lenguh nk menulis disbbkan benda tu xde penahan siku sebelah kiri...sape2 yg penah melaluinya mmg akan rs lah kesengsaraan itu...
Menariknya psl artikel yg aku bc nih..terdapat sebuah kedai yg menjual peralatan khusus utk golongan kidal yg terdapat di Left-Handed Convenience Sdn. Bhd.,New Wing LG, One Utama Shopping Centre Damansara. Antara barangan yg dijual ialah gunting, pembuka tin, pengupas buah, pensil, pen, pembaris, pengasah dan pemegang pensel, pisau, jam, buku nota dan cawan yg mana semuanya direka khas utk org kidal. Sekali pandang, semua barang itu tdk ada bezanya dgn produk sedia ada ttp hakikatnya semua barangan berkenaan diimprort scr terus dr AS dan UK.
Begitulah...org kidal tdk seharusnya berasa terpinggir krn sememangnya ada aksesori yg dicipta khas bg memudahkan penggunaan spy tdk berasa kekok lg.
aku x penah smpai lg kt kedai ni..bc artikel dlm Metro Ahad ari nih jer...tp dh bgtau hubby dia ckp nnt kta g..aku assume hubby dh janji laa tu kan kan kan...hehehe.nnt la klu 1 day nnt aku smpai kt sane aku share lg ekk...
Anyway, kidal mmg hebat! hehehe=p