Thursday, February 16, 2012

Setelah sekian lama

Inilah benda yg saya cari-cari sejak sekian lama tu.
Bath towel from Lovely Lace.



Ianya x seberapa pun. Tp mempunyai nilai sentimental yg tinggi dlm diri saya. Pertama kali saya beli tuala unik ni di Lovely Lace @ Jusco Taman Universiti, Skudai Johore. Waktu saya posting di sana dan sblm berkahwin lg. Niat membelinya,utk dibuat hantaran dan boleh diguna slps kami kahwin nnt. (sbb hobi ku suka kumpul towel...ahahh)



Tuala tu dihias indah, dgn manik-manik berjuraian menaikkan lg seri di atas dulang hantaran. Saya rs benda ni unik. Ditambah lg dgn bau original Lovely Lace yg sungguh wangi. Suker...!!

Tup Tup, lps kahwin..saya carik blk towel tu dlm byk2 brg hantaran yg ada dgn Dato' dh xde. huhu huwaaa...!!hilang pulak. Xtau la saya kalau ia tersalah letak @ tersalah ambil. Yg pasti ia termasuk dlm senarai dulang hantaran. Ada.

X mengapalah. Mungkin xde rezeki saya. Saya fikir benda mcm tu byk kt kedai dan boleh dicari lg. Malangnye slps tu puas saya carik dkt hampir semua outlets Lovely Lace yg saya jumpa dh xde... Frust sungguh. Hampir give-up rasanya.

Jengjengjeng!! mlm td saya jumpa dkt Jusco. Dr jauh lg dh nmpk tang yg jurai-jurai tu...huii...seronoknya apb terjumpa scr x sengaja brg yg dh lama kita cari2 tu,xtau nk ckp mcmane dan x fikir pjg sedepa saya terus beli. Mlm td,rs nk tdo berselimutkan tuala wangi tuh je. haha...besssttnye :)


Tuala ni ada 3pcs, hand towel,face towel n bath towel. tgk yg jurai2 tu yg plg suker. hahaa..pelik aku nihh!!

Okeh,mmg...mmg saya suker tulis ngarut2 mcm ni. Annoying! haha...sekian terima kasih.

Kutemui pengganti dirinya


Tadaaaa.........!! Presenting to our home...16022012

Lbh kurang 10 hari tanpa TV tersayang, smlm secara rasminya kami menemui pengganti dirinya. TV Panasonic ini dibeli sewaktu J-Card Day @ Jusco Wangsa Maju. murah sikit. Almaklumlah,sume kene bajet skrg ni..huhu. Bli tv dpt cash voucher RM150..ok apee.. nxt time saya bole g Jusco shopping handbeg@kasut@baju@blablabla :D hehe...

Perlu diakui bhw kami amat mendambakan kehadiran TV di rumah. Rs mmg x bole nk hidup xde TV. Dato' lagi la..kehilangan TV seolah-olah meragut separuh jiwanya pergi. Blueeekkk!! saya pun sama laa, rs semacam jer bile sehari x tgk tv. Isy teruk kan manusia skrg ni? asyik bergantung ngn teknologi je sampai bile diri nk berubah...:D


OK,spesifikasinya biase2 aje. ini TV plasma,bkn LCD. TV kami yg hlg dulu pun plasma.

Knp plh plasma? krn menurut research yg dibuat ditokok tambah ngn saranan abg salesman, tv plasma mempunyai jangka hayat yg lbh lama berbanding TV LCD..iye ke? huhu..xtau laa, TV plasma yg hlg aritu jangka hayat dia 2thn je kot, pastu HILANG... bkn sbb ROSAK. sakitttt hati sgt kan?? :D

Xpelaaa,semoga tv ini sentiasa selamat di rumah kami, dan kejadian pecah rumah itu x berulang lagi.

Cukuplah sekali..pengajaran dan kesannya sgt bsr dlm hidup kami :)

p/s:saya terjumpa sst yg menarik di Jusco smlm, sst yg sekian lama saya cari2 :D sekejaaap lg akan ku upload benda istimewa itu.

Tuesday, February 14, 2012

Habluminallah, Habluminannas

"Kesedihan dan kegembiraan memang lumrah. Tugas kita hanya terima dan belajar atas segala yg berlaku. Fikir esok hari terakhir kita."

Quote ni saya petik dr FB Prof Muhaya. Sungguh bermakna madah darinya.

Kebelakangan ni,saya sering memikirkan hubungan dgn Allah, serta hubungan baik sesama manusia.

Mungkin kerana seminggu dua ni,saya diasak dgn pelbagai perasaan. Asakan dr kuasa manusia.

Maka saya naturalkan kembali perasaan ni dgn mencuba berbuat kebaikan dgn org2 yg berkait di sekeliling saya. Tidak kira siapa mereka, pelajar atau kerani atau tukang sapu atau makcik cleaner atau pakcik jaga atau siapapun mereka, saya berusaha membina perasaan yg selesa apabila berkomunikasi. Tiada jurang. Tiada pemisah. Semua manusia adalah sama di mataNYA. Berebutlah utk menjadi plg baik atau plg sempurna di mata Allah, bukan di mata manusia, atau majikan, atau org atasan kita.

Berhenti menjadi manusia pengipas yg bercakap lain di dpn, tp di blkg mengutuk. \
Ya Allah, saya selalu berdoa agar dijauhi dr tabiat yg keji itu.

Usah angkuh dgn kuasa yg kita ada. Jgn biarkan org lain berasa bersalah dgn kata-kata kita. Jgn ada perasaan ingin terlalu ingin dihormati sebaliknya tanyalah diri kita adakah kita cukup menghormati org lain sblm kita mahu org lain menghormati kita. Cermin diri, muhasabah sendiri.

"Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, maafkan aku"

Kekalkan hubungan baik kita sesama manusia, di samping sentiasa wasatiah hubungan kita dgn ALLAH nescaya hati akan sentiasa tenang dan gembira.

Monday, February 13, 2012

Happy Birthday to me!



Happy Birthday to me.TQ Allah for the beauty of today.

Saturday, February 11, 2012

Penyamun Tarbus

Kebelakangan ni,topik penyamun tarbus menjadi bualan kami seharian. Dan kesan kehilangan TV semakin terasa dari sehari ke sehari. Sampai ke hari ini,Dato' masih x dpt nk menerima hakikat kehilangan 2 buah tv sekaligus. Mmg kejam kan si penyamun tarbus ni..kesian Dato' terpaksa tgk bola yg jd sebesar bola ping pong je dlm tv cute kami ni :D

Mmg si pencuri ni x berhati perut langsung, x fikirkan kesengsaraan org lain, fikir kesenangan hidup sendiri je,selfish!!tobat saya prejudis dgn warga Indon di M'sia skrg ni. Klo ada org lalu naik moto,keliling taman,kelihatan pelik je terus rs ragu2, mula la nk pk bukan2 sampai jd mengarut dh..hehe, suck Indon!!

Selama ni,saya cuba berprasangka baik dgn sume org. tp x semua org baik mcm yg kita fikirkan.mungkin 10 org yg kita jumpa,ada 1 org yg niatnya x betul. dan dgn niat yg x betul itu terkena pd diri kita? macamana...?? huhu,nasib laa,inilah yg dikatakan xde rezki.

X apalah,skrg ni kami cuba fikir yg baik2 aje,fikir +ve..mungkin Allah nk menyucikan harta dan jiwa kami...mana lah tahu pernah dikotori atau pernah tercemar..atau Allah nk ingatkan kami supaya lbh byk bersedekah,prihatin dan sentiasa membantu golongan yg memerlukan...huhu, xtahu laa..tp kami yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Terima kasih atas keprihatinan rakan2...yg mana tahu,tahu laa..yg xtahu kami x hebohkan pun. Xpelaa,sama2 beringat dan sama muhasabah diri masing2..Musibah Allah, ada di mana2...x siapa mampu menduga dan dlm keadaan bagaimana...bersabarlah wahai hati.

p/s:hjg minggu ni nk pegi cari tv baru...huhu. tv baru yg ada kt rumah dulu pun masih baru tp telah hilang. sekarang perlu cari tv yg lbh baru rasanya. kesian Dato'. Satu-satunya hobi dia bila berada di rumah telah direnggut. Maka, kami x harus biarkan kesedihan ini berlarutan...kami harus mencari keseronokan spy hidup x diselubungi kesunyian.

Thursday, February 9, 2012

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Di'copy' dari: SAYA CINTA ISLAM.

Tuesday, February 7, 2012

rumah kami kene pecah!

Weekend aritu, cuti 4 hari kann...cuti Maulidur Rasul + Cuti Thaipusam. Saya & Dato' blk ke kg Perak utk meraikan kenduri abg ipar pd hari Sabtu & Ahad. Kami pulang dgn gembiranya dan berada di kampung bersama keluarga dgn seronoknya.

Ptg Isnin, Dato' menerima panggilan dr Abg Zul,jiran sebelah rumah mengatakan rumah kami mungkin kene pecah masuk.Abg Zul mintak izin nk masuk dlm rumah dan tgk keadaan rumah kami.

MasyaAllah. mmg betul, rumah kami digeledah! Bagai nk tercabut jantung mendengar berita tersebut. Rs menggiggil,takut,ketar,rungsing,bimbang semua bersatu. Terus rs x sedap hati, saya ajak Dato' blk kl ptg tu jgk.

Maka, kami rushing pulang dan sampai di Bangi tepat jam 12tgh mlm. Dlm perjalanan, saya talipon mak,talipon abg maklumkan berita buruk ini. Sedih+risau semua bercampur baur. Mcm x dpt nk gambarkan perasaan tersebut sbb saya x pernah alaminya. Pertama kami utk seumur hidup saya menempuh pengalaman sebegini. Cuak sungguh rasanya. Perjalanan 4jam dr Taiping-Bangi rs terlalu lama. Mata mmg x blh nk lelap.

Sampai di rumah,abg siap sedia menanti. Dia dh call polis,jiran pun dh maklumkn pd polis. Rupa2nya,rumah blkg rumah kami pun kene pecah masuk,disyaki pd mlm yg sama. Saya & Dato' meluru masuk ke rumah.Kami naik ke blk mencari brg2 berharga yg mmg ditinggalkan. hrp2 pencuri tu x jumpa.

Syukur Alhamdulillah,mereka mmg x jumpa brg2 kemas saya. Wang tunai pun terselamat. Cuma yg lesap 2 bijik tv,1 tv kt ruang tamu dan 1 lg tv dlm blk tidur. mungkin itu shj brg yg sng diangkut, usung je tv lcd tu..brangset punye penyamun!

habis 1 rumah dia geledah.dlm blk tidur saya,dr almari,katil,meja solek semua tempat dia geledah. sy juga hlg passport dan baki 200 000 wang tunai Rupiah blk dr Padang Indonesia hari tu.Mereka juga mkn pisang salai yg saya beli dr sana. mmg sah penyamun Indon. Demn!

Polis dan pasukan forensik tiba 1jam kemudian di rumah saya. Mereka siasat semua benda yg blh dijadikan bhn bukti.Ada 8 kesan cap jari dijumpai.Saya hrp pencuri tersebut tertangkap. X apalah kalau brg2 di rumah x dijumpai,cuma jgn biarkan pengkhianat2 ini berleluasa merompak rumah sesuka hati mereka.

ALLAH lindungi kami dr menyaksikan kejadian ini. Tp saya masih trauma. Mcm2 yg saya fikirkan. Nk tidur pun x lena. Takut2 perompak itu dtg lg. Syukur Alhamdulillah kami cuma hlg 2 tv..x apalah,ayah saya ckp Allah nk 'cuit' sedikit rezeki yg Dia dh bg pd saya. Ambillah,kalau itu blh dijadikan peringatan buat kami spy lebih berhati-hati.




Keadaan dlm bilik slps digeledah. Hbs segala brg2 dlm meja solek saya dia punggah. Saya hlg 2 bentuk cincin,3 utas jam tangan dan 2 botol minyak wangi. huhuhu :(


TV Panasonic Dato' kt sini dh hlg. kami br beli 2 minggu yg lps. dh xde rezeki namanya tu..lps ni adelaa makhluk2 yg tgk tv lcd di rumah kongsi. Arghhh....!!

Semoga Allah jadikan hikmah atas semua ini. Saya redha. Saya tawakal pdNya. Semoga makhluk Tuhan yg buat kerja-kerja terkutuk mcm ni diberikan hidayah dan petunjuk utk tahu mengenal makna halal & haram. Semoga Allah tunjukkan mereka jln yg benar dan lurus. Saya x berdendam,saya maafkan mereka cuma saya xkan bg muka lg pd org asing yg masuk dlm rumah kita.

p/s:Baru teringat, 2-3hari sblm blk kg, Dato' ada panggil plumber dtg baiki paip rosak kt sinki. Wallahu'alam. Allah Maha Mengetahui. Biarlah Allah shj yg membalas setiap perbuatan mereka.

Dlm kesedihan,saya bersyukur krn Dia masih lindungi kami. Ya Allah, semoga Kau sentiasa melindungi diri kami,keluarga dan seluruh hambaMu dr segala bencana, malapetaka atau kejadian2 yg tdk diingini.

Semoga rumah yg menjadi tempat kami berlindung senantiasa berada lindunganMu Ya Allah.