Tuesday, December 9, 2014

Countdown 10 hari

Selepas Adam Mujahid berusia sebulan, bermakna tinggal 10 hari lg tempoh berpantang saya. Yeayyy! 

Hari ni tinggal 9 hari lg. 

Sekejap je rs masa berlalu. Pejam celik pejam celik dh hampir 40 hari saya menempuhi saat berpantang. Pantang yg biasa-biasa je. Berpantang mkn dan keluar rumah. Kadang-kadang terlanggar jgk pantang tu terutama bab mkn. Hehe.. Kalau ditanya antara pantang mkn atau pantang keluar rumah, rasa mcm pantang mkn yg lg susah nk jaga. Byk dugaan betul berpantang mkn di Kelantan negeri yg terkenal sbg sorgaa makanan ni hehe.. Saya x boleh mkn nasi belauk, nasi sup, coconut shake, colek, kuih muih yg sdp2, blablabla byk lg...terutama masakan mak yg sdp tu..huhu. Telan air liur je tgk pg2 papa Adam breakfast ngn nasi belauk + teh tarik. Jelesnye.....

Pantang keluar rumah saya jaga. Setakat hari ke-31 ni saya masih taat x keluar ke mana-mana selain pergi klinik. Rasa xdela susah sgt pun nk pantang keluar. Mungkin sbb sblm ni dh sepuas hati keluar ke mana-mana, dan lps ni boleh sambung lg hobi suka keluar tu..bawak Adam le, xde masalah lah..hehe. Semoga ketaatan ni genap hingga hari ke-40. Hari-hari slps tu..Kb Mall, Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh mu tunggu aku dtg kikiki...


Sunday, December 7, 2014

1 bulan usiamu



Hari ni..8 Disember 2014. Genap sebulan Adam Mujahid menjengah dunia. Masih terbayang lg saat-saat genting berada di dlm labour room. Cemas, panik, sakit, takut, berdebar dan tak sabar. Semua perasaan bersarang. Tp benarlah, Allah hadirkan perasaan sakit tu sekejap saja. Skrg mcm dh lupa semua kesakitan, dh xigt sakitnya contraction. Huhu...

Adam Mujahid skrg ni dh pandai tendang2, muka dia jd merah kalo lapar dan tak sabar nk susu. Terus anak mama ni jd hulk hehe...pastu skrg dia suka diriba. Letak ats tilam lama2 dia nangis. Amboiii... Demand sgt ye. Sape suka riba awk ni ha...? Hmmm papa punye keje la ni. Mama yg penat setiap hari nk kena riba dia. Shift papa hjg mggu je. Shift mama weekday. Lama tu.

Dlm kekalutan menempuh pengalaman baru ni, saya bersyukur sgt2 krn diberikan peluang melihat anakanda tersayang membesar dpn mata. Alhamdulillah dgn nikmat yg tak terhitung yg sesekali takkan saya persiakan. 

Terima kasih Ya Allah. 

Selamat menjadi sebulan, Mujahid mama:)




Saturday, November 15, 2014

Genap 7 hari

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar. 

Dgn izinNya, saya selamat melahirkan putera sulung kami, seberat 2.82kg tepat jam 4.43 ptg pd tanggal 8 Nov 2014 di Hospital Putrajaya.

Syukur ke hadrat Ilahi, pengalaman lbh seminggu menjadi ibu mematangkan saya. Walaupun serbi serbi baru, tp melihat si kecil lena dlm dakapan melahirkan suatu perasaan yang tak terungkap.

Dari hari pertama dia lahir, saya byk belajar pelbagai perkara. Benarlah, perasaan seorang ibu lbh indah dr yg dibayangkan. Kehadiran si kecil benar-benar mengisi kekosongan hidup kami. 

Sayang mama..ini diari utk syg. Sempena seminggu usia syg menjengah dunia...:) 

Hari pertama, 8 Nov 2014

Mama mula rs sakit kontraksi pd jam 4 pg. Waktu tu skt dh dtg pd selang 5 minit. Segera mama kejut papa dah kami bergegas ke hospital bersama Mak. Setibanya di hospital pd jam 5.30 pg, urusan daftar masuk di Hospital Putrajaya berjalan lancar. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan mama dan papa. Walaupun ditempatkan di wad sementara krn katil hospital telah penuh, tp sekurang-kurangnya urusan check-in kami tidak ditolak. Wad sementara juga selesa menempatkan hanya dua pesakit di dlm satu bilik. Waktu doktor cek bukaaan pertama jam 7 pg br 2cm. Mama ditolak ke wad. Sblm tu, papa smpt belikan roti dan air milo. Mama mkn itu aje utk sarapan pg pd lbh kurang pukul 9 pg. 

Apabila bukaan mencecah 3cm, lbh kurang jam 12 tengahari mama ditolak ke labour room dan doktor terus pecahkan air ketuban. Pelik jgk sbb br 3cm. Biasa org ckp 4cm ke atas br air ketuban akan dipecahkan. Mama maklumkan pd doktor bertugas utk cuba bersalin normal, tanpa epidural @ pembedahan. Lps ketuban dipecahkan, skt kontraksi dtg semakin kerap. 3x dlm sepuluh minit. Waktu tu papa dh ada bersama dl labour room. Doktor bg gas tahan skt pun mama cuba utk tak sedut. Nk natural birth katanya. Hehe..

Bacaan contraction dan heartbeat baby dipantau terus oleh nurse dan doktor. Sekejap2 nurse dtg cek. Doktor bg tempoh selama 4jam slps air ketuban dipecahkan. So dr jam 12 tengahari sehingga jam 4 ptg mama menahan skt yg sekejap dtg sekejap hlg. Papa di sisi setia menemani. Zikir dan doa nabi Yunus tak lekang dr mulut. Saat ni kdg2 mama rs panik sampai x blh nk kawal pernafasan. Nurse psn kalau skt tarik nafas pjg dan hembus melalui mulut. Air ketuban terus-terusan dirasakan hangat mengalir. Byk juga airnya. Igtkan ms pecah td je ia keluar. Mama xde pengalaman mama xtau syg. 

Skt semakin ketara. Tiba-tiba doktor dtg nurse dtg bgtau heartbeat baby dh lemah. Doktor cek bukaan br 6cm. 2x doktor cuba srh mama push sbb kepala syg masih belum engage sepenuhnya dlm tulang pelvis mama. Mama panik x boleh nk fokus sgt sbb rs terlalu sakit. Bila doktor srh push mama siap srh doktor hold "sekejap, sekejap" sbb skt contraction. Lupa langsung waktu contraction itula mama kene push. Mama cuba syg tp x berjaya. Doktor x berani nk ambik risiko lalu doktor bertindak utk mama segera dibedah. Dengar perkataan operation tu mama dh kecut perut. Sungguh, mental mama langsung tak bersedia utk lahirkan syg melalui pembedahan. Mama bertegas taknak dgn doktor, tp demi keselamatan syg mama akhirnya akur.

Jam 4.15 ptg mama ditolak utk emergency czer. Allahuakbar, hanya Tuhan yg tahu perasaan mama ketika itu. Mama xsmpt nk jumpak papa cuma smpt dengar suara papa je srh mama ikut ckp doktor. 

Mcm dlm drama rasanya apabila nurse berlari-lari menolak mama ke operation theatre (OT).  Bimbang berlaku apa-apa komplikasi sbb heartbeat baby dh lemah. Di OT ada 2 org doktor sedia menunggu mama utk segera dibius. Mama kena bius seluruh badan sbb doktor nk cpt. Dlm keadaan skt, mama ditolak dan dipindahkan katil sebanyak 3x. Doktor dan nurse keliling mama. Mama risau jd apa-apa pd sayang. Mama zikir, istighfar dlm hati, mengucap dan berserah nyawa sepenuhnya pd Allah Taala. Kemudian, mama tertidur. Nyenyak. 

            ********************************************************************

Mama tersedar apabila terasa pipi ditampar-tampar lembut. Kemudian mama meracau xtau ckp apa. Sakit bercampur mamai. Terasa ngilu di bhgn bwh perut. Mama kemudian ditolak ke wad bersalin. Dlm keadaan mamai, mama tny pd nurse keadaan syg. Nurse ckp ok je. Waktu tu juga mama sempat bertanya pd nurse jam berapa, lbh kurang 6.30 ptg. Mama tnya nurse lg mana papa..nurse ckp papa ada nnt papa ikut mama naik ke wad. Byk mama tanya hehe.. Mama lega segalanya selamat. 

Sampai di wad, mama nampak muka papa, mak dan ciksu. Mama x nampak syg lg. Rupa-rupanya syg dh keluar awal 2 jam dr mama. Papa yg azankan syg. Papa ckp dia menangis waktu pertama kali  azankan syg sbb xthn sebak. Mama dh jd org keberapa yg lihat wajah syg. Mula-mula mama tgk gambar melalui handphone yg papa dan ciksu tunjukkan. Syg comel sgt tau tak?? Hehe

Bbrp minit lps tu br mama dpt jumpak syg. Tp mama sakit xdpt nk gagahkan diri utk pangku syg lg. Skt di perut terasa menyucuk-nyusuk. Nurse pesan tekan butang thn skt. Butang tu mengandungi ubat morfin. Ohh patutlah mama lalok semacam je. Lps tu mama tertidur kejap. Sedar2 dh mlm mama rs kuat sikit. Mlm tu papa x boleh temankan mama sbb mama share wad dgn pesakit lain, mak yg temankan mama dan syg. Nurse dtg ajar cara-cara nk susukan baby, mama cuba sekali syg terus pandai hisap susu. 

Mlm tu mama dan mak x tidur mlm. Syg sekejap lena sekejap sedar nk susu. Sbb mama xleh gerak byk jd mak yg tlg angkat syg gilir-gilir dan ltk kt sebelah mama. Sekejap belah kiri, sekejap belah kanan. Kesian mak, dah laa kena tidur ats kerusi. Berjaga mlm pulak tu demi kita. Mama pun nervous x lena tidur first time tidur ngn syg. Tp syg x suka tidur dlm katil kecik syg, ltk je syg nangis..syg nk nempek je sebelah mama ataupun atas riba mak. 

Hari kedua, 9 Nov 2014

Hari ni syg menerima pelawat pertama di hospital. Kwn mama dan Ayah Chik dtg menjenguk syg. Mama Nori dan Ayah Mat juga dtg dan masakkan mama menu berpantang. Ikan selar bakar beserta nasi panas. Jauh lbh sdp dr menu hospital yg susah mama nk telan tu. Mama mkn dgn berselera sekali. Dr pg sampai ptg papa dtg dan temankan kita di hospital. Tengahari ciksu dtg dan bw mak blk berehat di rumah dan tidur dgn selesa. Kesian mak semalaman lenguh blkg tidur bersandarkan kerusi je. Mlm nnt nk temankan kita lg. Jd mak blk berehat di rumah dulu. Papa dan mama x puas menggolek syg. Rs bahagia menyelinap di hati. Bahagia sgt2 syg...

Mlm. Syg merengek tak seperti mlm smlm. Mama bg susu dan tidurkan syg masih menangis. Bdn syg rs suam panas. Mama dh mula risau. Kesian syg x boleh tidur. Mama dan mak sama-sama berjaga nk tidurkan syg. Mama bg susu, kemudian mak kendong dan ulit syg tidur. Syg masih menangis. Mak ckp mungkin syg x sdp badan sbb demam. Mak bagitahu nurse kemudian nurse dtg ambil suhu badan syg. Suhu syg 38.3. Tinggi. Jadi doktor ambil keputusan utk hantar syg ke wad kanak-kanak (NICU). Ya Allah...hati mama risau dan gundah gulana. Jam 4 pg syg ditolak ke NICU. Menangis mama x tidur mlm terkenangkan syg yg tiada di sisi.. Mama call bgtahu papa. Hati mama dah berkecamuk tiada rasa. Mlm tu dan sampai ke subuh mama tidur berlinangkan air mata. Di NICU, mama x boleh sebarangan nk jumpa syg. Nak bg susu pun kena pergi waktu melawat je. Mama pasrah. Semoga doktor dan nurse jaga syg dgn baik. Semoga Allah lindungi syg dr segala kesakitan. Kalau la boleh kesakitan tu ditukar ganti, mama rela jg galang gantinya anak.....

Hari ketiga, 10 Nov 2014

Hari ni sepatutnya kita dh boleh discaj wad. Tp sbb syg demam mama je yg dibenarkan keluar. Syg kena tahan wad lg. Mama x sabar tunggu waktu melawat jam 12.30 tengahari utk jumpa syg. Mama susah hati x dpt tgk wajah syg. Mama nk tahu keadaan syg. Kul10 pg mama dh boleh discaj. Mak dan papa tkg kemaskan brg2. Mama cuba perah susu sbg bekalan syg dlm wad tp agaknya sbb mama stress fikirkan syg susu keluar sikit je..

Dr jam 10 ke jam 12.30 mama dan papa sabar tunggu utk jumpa syg. Waktu dirasakan terlalu lambat bergerak. Tepat jam 12.30 mama dan papa lah org pertama yg tercongok di dpn wad NICU. Mama tak sabar nk jumpa syg, nk tatap wajah syg, nk tahu keadaan syg, nk usap kepala syg, nk peluk cium syg. 

Doktor bgtahu suhu badan syg dh turun 37.4. Alhamdulillah mama syukur sgt demam syg x melarat. Tp doktor mesti pantau syg di wad dan teruskan dgn ubat antibiotik utk tempoh 48 jam. Kesian syg, umur sehari dh kena cucuk antibiotik. Hancur luluh hati mama saat tgk tangan syg yg kecik tu kena cucuk dgn jarum. Sebelah lg lebam sikit. Menangis mama terkenangkan kesakitan syg. Mama bisik di telinga syg spy syg kuat dan cpt sihat, agar boleh segera keluar dr wad. Tak sanggup mama tgk keadaan syg. Syg lena tidur dlm dakapan mama. Mama peluk cium syg puas-puas. Sampai skrg perasaan tu masih melekat di ingatan. Setiap kali terkenangkan keadaan syg di NICU, luluh hati dan luruh jiwa mama, syg. Mama berdoa smg syg sentiasa sihat. Syg mama kuat, in sha Allah. 

Ptg mama dh blk rumah. Perasaan mama kosong bila blk ke rumah tanpa syg. Kosong sekosong-kosongnya. Mama hrp dpt kendong syg dan bw syg blk ke rumah kita, sama-sama. Ptg tu papa bw mama lg ke hospital pd waktu melawat utk susukan syg. Semua kesakitan mama tolak ke tepi demi syg. Sampai di wad, papa ambik syg dh sedar dr tidur. Terkebil-tebil keseorangan. Kesian syg, mama lambat dtg ye..bila tgk syg, hati mama luluh lg. Mama susukan syg sepuas-puasnya. Papa tny pd doktor bila syg boleh keluar. Saat itu mama rs nk bw syg lari shj dr wad tu. Tak sanggup lg mama tidur tanpa syg di sisi. Tak mengapa syg andai setiap mlm syg merengek berjaga mlm asalkan syg ada dpn mata mama. 

Doktor tak bg harapan. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin 2-3 hari lg br syg boleh keluar. Semua bergantung pd keadaan syg. Mama dan papa pasrah. 

Hari keempat, 11 Nov 2014.

Mama tersedar dr tidur pukul 5 pg terus x boleh tidur menangis teresak-esak teringatkan syg. Pg tu semua bersiap nk jumpa syg. Bersedia dgn segala kemungkinan. Sama ada syg boleh keluar atau pindah ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8. Di situ mama boleh temankan syg. Mama doa yg terbaik utk syg. 

Sampai di wad, kebetulan pakar kanak-kanak sdg ronda. Papa ambik kesempatan bertanyakan keadaan syg. Mama x putus2 berdoa smg urusan kita dipermudahkan. Mama nk syg selamat kembali ke pangkuan mama dan papa. Alhamdulillah, doktor benarkan syg blk slps jam 4 ptg. Mama syukur sgt2 syg. Mama x sabar nk bw syg blk rumah kita. Dari jam 2 hingga jam 4 mama papa stay je di hospital dan tak sabar nk tunggu syg discaj. 

Alhamdulillah, jam 5 ptg di usia 4 hari syg selamat blk rumah kita. Mama rs taknak lps syg walaupun seminit. Teruk sindrom mak-mak mama ni. Hehe...

Hari kelima, 12 Nov 2014.

Hari ni kita berehat je kt rumah syg. Mama dan papa x puas nk belek syg. Bg susu, tukarkan pampers, mandikan, pakaikan baju, acah-acah syg. Tp syg mama ni suka tidur. Seharian syg tidur. Papa ckp syg nmpk letih je hari ni, mungkin kesan ubat masih ada. Mama kesian tgk syg. Papa uruskan hal uri dan urusan cuti mama. Uri syg papa tanam di surau berdekatan rumah kita. 

Mlm tu syg terima tetamu x putus-putus. Kwn2 mama dan papa dtg menjenguk syg. Aunty Husna. aunty Hanim, uncle Zarir dan uncle Hisyam semua bwk hadiah yg best2 utk syg. Alhamdulillah, rezeki syg berganda. Jiran-jiran pun dtg menjenguk sbb esk kita nk blk kampung. Bila dh kt Klate, lama pulak la nk blk sini. Terima kasih kwn2 mama papa bg syg hadiah...mama yg excited lbh hehe...

Hari keenam, 13 Nov 2014.

Hari ni semua berkemas nk blk kg. Sejak pg lg Mak kemas dapur dan papa kemas brg2. Brg2 syg awal lg mama dh kemas utk bw blk kampung. Banyaaaak brg2 syg. Tak cukup 1 bonet hehe.. 

Perjalanan berjalan lancar. Syg tidur je dlm carseat. Sampai nk bg susu pun terpaksa kejut. Kita gerak jam 11.30 pg dr Bangi dan sampai Pasir Mas jam 8.30 mlm. Bbrp kali papa berhenti utk keselesaan syg dan mama. Jln pun x boleh nk speed laju sgt, nnt terhantuk-hantuk pd lubang atau bonggol mama yg sakit. 

Kt rumah, semua menunggu kepulangan kita. Atuk, Ayah Jat, Che Mie, Che Teh, Along, kakak Khadijah dan Imad, mek serta ayah tok juga. 

Oleh sbb syg dh tidur lama dlm kereta, maka mlm tu syg seronok berjaga. Mama dan papa yg tersengguk-sengguk nk layan syg. Kesian papa, penat drive jauh. Mlm nk pujuk2 syg lg. Tak mengapa syg, asalkan syg dpn mata kami. 

Hari ketujuh, 14 Nov 2014.

Pg Jumaat yg barakah. Hari ni rancang nk bw syg tahnik dgn Tok Guru Nik Aziz (TGNA) di Pulau Melaka. Mak ckp kena keluar awal pg dan solat subuh di sana. Kalau TGNA sihat dia akan jemaah di masjid. Mlm tu mama x lena tidur sgt sbb syg berjaga. Kul 5 pg kami bersiap utk bw syg bertahnik. Mama ikut sekali dan tunggu dlm kereta sbb nk susukan syg. 

Mak ckp org ramai sgt yg beratur utk tahnik dgn TGNA. Lbh kurang 50 org. Papa beratur sambil kendong syg. Tp dkt nk sampai turn syg TGNA dh x larat sgt. Tak sempat syg tahnik dgn Tok Guru. Papa bw syg tahnik dgn ustaz lain kt situ jgk. Takpela syg, xde rezeki kepala syg diusap oleh Tok Guru. Atok ckp sapa2 tahnik tu x penting, yg penting doa ibu bapa yg plg mustajab. In sha Allah, papa dan mama sentiasa doakan syg jd anak yg baik, taat perintah Allah, taat pd kedua ibu bapa dan berakhlak mulia. Dari dlm kandungan lg doa papa dan mama utk syg x pernah putus. 

Semoga syg sentiasa dlm lindunganNya, sihat tubuh badan dan membesar jd anak yg baik. Mama dan papa sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sayangkan syg, tiada taranya di dunia ni kasih syg kami utk syg. Lama papa dan mama menanti kehadiran buah cinta kami, syg lah anugerah terindah dr Allah utk kami, rezeki yg plg besar yg sentiasa kami syukuri. Smg papa dan mama dpt didik dan jaga amanah dr Allah ini dgn baik, smg kehadiran syg akan menyerikan lg keluarga kita. 

Terima kasih ya Allah...atas kurniaanMu yg Maha Agung ini. ALHAMDULILLAH. 

Thursday, October 23, 2014

Kisah motivasi yang menginsafkan

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini.. 
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid.. 
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini.. 
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln... 
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.. 
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. 
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia.. 
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara.. 
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, teruslah solat.. Selepas solat, bertebaranlah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk.. 
Berserah pada Allah & bertawakal lah.. 
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kenalah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm.. 
Usahalah bersungguh2.. 
Usaha bermula dgn berniat.. 
Lepas itu buat, sampai dpt.. 
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah 
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyakkan berjalan kaki.. 
Banyakkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir.. 
Makanan & minuman mestilah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasalah belanja org mkn & minum.. 
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk.. 
Di situ kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln... 
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Carilah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.. 
Malam, buang sampah sarap.. 
Basuh pinggan mangkuk.. 
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar.. 
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org.. 
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergilah sendiri.. 
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. 
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuklah Rasulullah SAW.. 
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niatkan mahu kaya..
Niatkan mahu bantu ramai org.. 
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat.. 
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

Ayuh kita istiqamah dlam amalan  kebaikan. Yg baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah... Bersama amar maaruf nahi mungkar..

Monday, October 20, 2014

Our 'humble' preparation

Salam...

Lama x borak2 dlm blog ye..kesuntukan masa barangkali. Sekarang ni minggu berganti minggu kejap je rasa...

Sedar tak sedar i'm already 38weeks mommy-to-be! Tinggal 2minggu saja lg baby nk golek2 dlm perut...mkn tido mkn tido ye...bersenang lenanglah dikau wahai sang arjuna.. Nnt bila awak keluar dunia dh x serupaa...hehe:)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Skrg dh tiap2 minggu kena pergi check-up di klinik kesihatan. Dari sebulan sekali lepas 28w jadi 2minggu sekali, masuk 36w terus tiap2 minggu kena pergi. 

Persiapan pun hampir 99% settle. Lps ni xnak fikir hal preparation dah. Focus on delivery plak. In sha Allah...doakan ye smg dipermudahkan kelak. 

Aduhh..dlm pd nk bersederhana, terpalit jgk pembaziran sikit2.. Hehe biasa laa Mujahadah yg tak bermujahadah melawan hawa nafsu ni susah cket...kihkih. Sepanjang pregnant ada 4x baby fair di KL so kesemuanya kami pergi. 2x di PWTC, kemudian KLCC & PICC. Lepas tu, sekaligus pergi borong di Sogo waktu member's day. Jimat. Ada rebate & cash voucher. Hehe..Gigih i ols meredah segala onak & duri..tp x susah laa..alah bisa tegal biasa katakan. 

Saya suka segala jenis fair ni sbb boleh dpt semua benda dlm satu masa di bwh satu bumbung gtu. Barangan pun murah2 dan yg penting byk pilihan serta blh banding2kan harga. Tu kan I. Suka banding2 ni hehe.. 

Let's catch up our 'humble' preparation. Wasatiah katanya...haduiii

Ni hasil dagangan dr Sogo member's day...mmg berbaloi2...blh dpt brand baby kiko, disney, polo pd harga pureen. Tak ke seronok hihii...

Ni plak dari Mom & Parenting Expo @ KLCC. Saya beli pam susu electric jenama eve love pd harga RM250 je. Pastu beli bedung baby n bengkung ibu. Masa ni tgh survey set bersalin yg best2 tp x beli lg. Pastu beli pampers huggies byk2. Kesian Dato' kene pikul sume bebanan tuu...

Last smlm di Baby Fair @ PWTC. Tak tau kenapa minat sungguh ngn botol susu tommee tippee. Target nk beli online je tp smlm jumpa rs cm murah plak. 1set ni ada 2 bottles 5oz, 2 bottles 9oz, 2 teats, brush & pacifier dpt harga RM109. Kalau beli loose botol aje dh RM81. So atas persetujuan bersama Dato', beli set terus le senang. Bantal senang hati tu cm lucu je dengar. Plan nk beli bamboo pillow tp sebijik yg kecik tu mahal oi..so kita tukar pakai organic pillow je muraah cket hehe.. Bengkung zap tu terbeli la plak sbb murah...nak pakai ngn cream Nona Roguy tu..ramai yg suggest pakai cream ni sblm pakai bengkung. Padahal aritu dh beli bengkung tali Hana's choice...yg kt bwh bengkung tu plak corak cartoon changing mat Ichiro...pun dh ade tp beli lg sbb comel..alalala kn dh ckp byk benda x perlu terbeli lg. Pastu saya beli Autumz nursing bra...non wired punye 2helai RM28...murah kn murah kn.. Kt Jusco n Avon pun ada. Tanamera brown soap tu mmg nak beli. Set bersalin plak dh decide xnak beli laa tkut tak terpakai nnt pastu membazir. Biarlah kita berpantang cara alami xpyh mkn jamu2 bagai...

Baju2 baby beli berpada2 je...yg byk dr kak nory mcm2 dia bg. Baju, mitten, booties, kasut, tilam, bantal.. Carseat pun dpt 2bijik lg..hihi rezekii baby. Stroller saya beli sendiri laa alang2 mende alah tu la perkara pertama yg kami beli. kak noly pun bg tilam n kelambu..pendek kata murah rezeki le awak anak... Alhamdulillah smg Allah membalas jasa2 kalian... 

Edd 3 Nov. Kalau tanya berdebar ke tak usah cerita laa...semua bakal ibu merasakan begitu rasanya tp saya cuba utk bertenang, cool & relaks. Semoga cuti deepavali seminggu ni dpt dimanfaatkan sepenuhnya, utk bersedia fizikal & mental. Doakan ye kwn2..! Semoga dipermudahkan segala urusan. In sha Allah. Amin. 

Thursday, September 4, 2014

Mintalah pada Dia


Assalam..:) 

2-3 hari lepas, dpt private msg ni dr teman lama. Bertanyakan apa rahsia saya pregnant selepas 6thn;p 

Sejujurnya, betul tiada rawatan yg saya lakukan sehingga berjaya hamil. Br thn ni rancang2 ngn Dato' nk buat iui. Sebelum ini bkn tiada usaha kami, Allah shj yg tahu. Cuma baru-baru ni je tergerak dan terbukak pintu hati utk mencuba rawatan persenyawaan luar rahim ataupun iui. Lalu kami mendaftar di sebuah klinik pakar O&G di Cheras. Klinik Dr Suria. 

Tapi sekali pegi jer. Dr Suria bg saya clomid 150mg terus utk cuba mkn on the 2nd day period beserta ubat kontraksi utk period (sbb period saya x regular dan kena mkn ubat utk bg period tu dtg). Lps seminggu lbh mkn ubat kontraksi tp period masih x dtg2, saya risau lalu tergerak hati utk buat upt. Demi Allah, langsung tiada harapan pd upt tersebut. Telah berpuluh2 upt saya uji sblm ni namun hasilnya sama, negatif. Maka utk upt yg entah ke berapa puluh kalinya ini saya tidak menyimpan sebarang harapan. Sambil lewa shj saya uji ia senyap2 dlm toilet di satu pg jumaat yg barakah... Dgn perasaan yg kosong. Bayangkanlah bila result tersebut jd positif, utk saat pertama kalinya dlm hidup kalian setelah bertahun2 menanti dan berharap, apa yg dirasakan? 

Subhanallah...saya x mampu nk rasa apa2. Terima kasih ya Allah utk anugerah ini. 

Satu masa di ketika harapan saya kian pudar, saya pernah berjanji andai suatu hari nanti Allah izinkan saya utk pregnant, saya akan kongsi seboleh-bolehnya segala usaha saya dgn mereka yg pernah senasib. Terutama rakan2 terdekat. Peluang menunggu selama hampir 6 thn yg Allah beri dan pilih utk insan tertentu, akan saya manfaatkan sebaiknya ke arah kebaikan. Tak semua berpeluang melaluinya, lalu saya menilik hikmah di sebalik semua itu. Sungguh, Allah hanya menduga hambaNya yg layak. 


Mintalah. Minta banyak2 pd Dia. Dialah yg Maha Mendengar, Pengasih lg Maha Penyayang. Dia memakbulkan setiap doa hamba-hambaNya. Cepat atau lambat shj,bersabarlah. 

Semoga doa-doa kalian diperkenankan. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Monday, August 4, 2014

Mengapa tak digalakkan upload gambar bayi baru lahir?

Apa salahnya?? Penat kendong ngusung ke sana ke mari 9 bulan. Meneran nak putus urat, kena lah tunjuk kat orang yang kita superwoman dah beranak kan.. Lagipun kawan fesbuk nihaaa dok mintakk je nak tgk gambar. 

Sabar. Dengar dulu tuan puan. 

Baby dalam pantang ni dia sangat fragile. Kena extra care. Bukan nak kata bila upload gambar tu orang nak sihir (sekarang ni kan zaman tok bomoh moden; bak mai gambar fesbuk si polan si polan tu je). Yang ditekankan adalah dua; ain dan ummu sibyan.

Ummu Sibyan iye adalah jin yang suka nau dengar baby menangis. Jd penyelesaian nya kita azankan di telinga bayi setiap 5 waktu. Oh sebab nak halau ummu sibyan ni jugak lah kita kena azab iqamat baby baru lahir tu.

Tutup ceritaa Ummu Sibyan.

Yang seterusnya ain. Bahasa arab tu; ainun (mata). Apa kena mengenanya dengan newborn? Kita upload, ada mata yang melihat. Mata yang melihat ni (audiences) ada pelbagai isi hati. Mulot puji comey nyaaaa tapi dalam hati mengeji kata hidung penyek la mata sepet lah etc.

Lagipun dunia alam maya ni kita puji dari jauh. Tangan nye menaip cakap omeyy tapi mulut kat sana dok ngumpat dgn kawan sebelah; jangan laaa budak ni ngikut perangai x semenggah mak nye! Ataupun sebelum tu si pemuji ngumpat menda lain lpstu tgk gambar baby tu. Dikhuatiri perangai x elok tu terkena pada bayi (ini penerangan yang saya faham lah)

Juga ada ain jin jugak lah. Datang ganggu bagi nangis melalak je x henti-henti. Bagi nekmak x mau, dodoi pun x mau. 

Bukan x boleh nak upload. Tu semua atas penilaian masing2. Upload at your own risk kata omputeh nya?

Penyelesaian nya. Pertama pasang bacaan ruqyah. Part ni sungguh. Saya percaya. Setiap kali anak2 saya mengamuk mcm extra energy sikit saya dah syak la ada gangguan makhluk halus. Pujuk sekejap diam then meraung x hengat balik. Bila dah pujuk dia diam saya pasangkan ruqyah dari henpon je. Terus lena tido! 

Yang kedua, setiap kali orang puji, kita letak tangan kanan atas kepala anak, taawudz dan berdoa dalam hati Semoga anak ini dilindungi Allah daripada bahaya.

Update: saya pun tak tahu bacaan taawudz tu macam mana.Ni baru google. Bacaan taawudz tu adalah : 

“ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” :  aku berlindung diri kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk

Yang ketiga, bila anak mengamuk x hengat tu, bagi mandi dengan bekas air wudhuk ibu (yang beserta doa)

Untuk amalan elak gangguan; setiap malam baca surah al Ikhlas 3 kali. Setiap kali habes surah kita hembus di ubun2. Bacaan yg last tu kita hembus dari ubun2 ke kaki. 

Ini yang saya baca dari sini: link

Satu ilmu baru untuk saya. Mungkin untuk korang juga. Penilaian saya, baby dan orang sakit sangat lemah. Mudah sangat terkena gangguan. Jadi kalau ada anak2 yang baru lahir, simpan sekejap la gambar tu sehingga lepas habis pantang. Dengan anggapan lepas habis pantang tu baby dah kuat sedikit. Tapi kalau ada anak yang sakit atau kerap sakit. Simpan lah gambar2 tu. Takpe kami faham. Share artikel saya bagi tadi supaya lebih meluas masyarakat tahu dan alert.

#credit to facebook article by Zamrie Zam